Ilmu Mantik

Kalau merujuk ilmu mantik:

Lembu makan rumput

Bang Chik makan rumput

Maka Bang Chik adalah lembu

Sudah aku menjangkakan bahawa cinta alam sibir ini amat sulit, malah menabur janji dalam internet itu kerjanya orang gila. Maka aku dapatlah dikatakan sebagai orang gila. Cinta itu gila, lebih cepat sembuh lebih baik. Cinta itu buta, lebih cepat dapat melihat lebih baik. Aku sudah matang dalam menilai cintanya seorang manusia kerana ia ada pola-pola tertentu yang dapat kita ramalkan. Dan aku masih memegang erat gagasan bahawa mengatakan ku cinta padamu?lewat dawai letrik adalah kerja orang yang hingusan ?kampungan. Tetapi entah kenapa aku sanggup melewati prinsip aku itu dan aku mengaku kepada Pian dan teman-teman yang lain betapa jahilnya aku dan kesungguhan aku dalam era kekampungan itu. dengan harapan pola-pola yang aku jangkakan tidak mengikut aliran normal, terjadi satu keajaiban dan cinta yang aku semai itu tumbuh segar dan menghijau.

Kemudian dalam kesihatan yang mengganggu nafasku, aku gagahkan diri bertemu dengan rang kesayangan?itu. dan aku dapati bahawa pohon yang aku semai itu tidak tumbuh segar bugar tetapi terbantut di serang penyakit untut. Aku tidak tahu apakah dalam hatinya itu ada satu daerah yang aman dan suegar untuk nafas aku. Tetapi yang pastinya dalam diri aku ini tanah ladang dengan rumput menghijau itu setiap hari bertukatrr menjadi pasir kering sedikit demi sedikit ?lembah menjadi sahara. Entahlah kemana janji yang ditaburkan dahulu. Tetapi oleh kerana kematangan aku dalam menghadapi problamatika seperti ini, aku dapat melaluinya dengan mudah dan tabah.

Mungkin sebagai gantinya, aku beroleh sesuatu yang lebih baik dari itu. selalunya orang berkata bahawa kehilangan sesuatu itu pasti di ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Dan aku bersetuju dalam hal ini pada kali ini. aku telah di kurniakan oleh Rabb aku dengan seseorang yang lebih berharga dan lebih aku sayangi. Pertemuan yang tidak dijangka dan tiada kata-kata manis yang ditabur sebelum pertemuan itu ?menjadikan daerah kontang ini subur kembali malah tumbuh hutan-hutan yang rebup dengan keharmonian.

Kekuatan aku ialah kecintaan ini akan memebal jika semakin kuat orang itu mencintaiku. Dan semakin lemah rasa kesayangan orang itu maka semakin lemahlah rasa sayangku. Kekuatan ini dia miliki dengan jelas hinggakan aku menyanyanginya sesungguh-sungguhnya. Mungkin inilah perasan yang ulung kali aku alami dalam bergelar manusia matang yang sudah lama bercinta. Tidak perlulah kita menetapkan rasa cinta ini dengan berbahasa?berbunga-bunga, dengan pantun, atau syair ataupun seloka, ibarat manusia yang hidup dalam zaman Hang Tuah, tetapi cukuplah untuk aku berdiam menutup mulut, hanya terlahir dari bahasa badan dan kata-kata tanpa suara ?hati ini.

Catatan: kepada Ada, percobaan untuk bercinta bukanlah sesuatu yang aku gemari. Bunyinya semacam lawak sarkes sedangkan kita ini dalam dunia nyata. Cuba untuk mengintai orang lain itu biasa, berlaku dalam kehidupan orang zaman dahulu bila mereka dijodohkan dengan seseorang yang asing. Tetapi cuba untuk bercinta itu amat memedihkan hati aku kerana ia ibarat satu paksaan ke atas hati engkau. Tanpa rela engkau mencintaiku, dengan berat hati engkau menyanyangiku. Jika tidak berjaya berbuat demikian maka engkau terasa semacam disiksa atau dihukum. Sedangkan aku tidak menerima satu percintaan yang dikerah, diatur dengan kekerasan atau satu perhubungan yang tidak ada senyuman ikhlas. Makanya engkau mungkin dapat mencubanya bersama orang lain.?Dan kepada orang yang aku sayangi, rasanya dia mengetahui aku menujukan ucapan ini kepadanya, janganlah engkau risau mengenaiku kerana daerah hatiku ini telah aku tanam ia agar menghijau dan aku tetap mencintaimu.

posted Wednesday, 31 March 2004

Tinggalkan komen