Posts Tagged ‘tuhan’

Semalam Aku Mendapat Wahyu

Disember 4, 2007

semalam.

aku ke Sungai Besi. dengan Khairul Anam – teman sepejabat. jumpa sama seorang manusia separuh abad.

ada sejemput janggut yang memutih di dagunya. pakaiannya juga seperti janggutnya – putih. dia bercakap dengan lemah lembut. budi bicaranyaa cukup indah. dia akan menegur semua insan tanpa mengenal darjat.

orang bilang dia mengaku rasul. rasul melayu. kata orang lagi, dia selalu membicarakan wahyu-wahyu tuhan.

tak mungkin orang sebaik tu mengaku rasul.

aku tanya: “apa nama tuan”

“saya rasul. rasul dahri”

Advertisements