Posts Tagged ‘sahabat berniaga’

Seminar: Rahsia Perniagaan Orang Cina

Mac 5, 2008

Penceramah: Ann Wan Seng

Tempat: Hotel Crown Plaza Mutiara, KL

Tarikh: 4 Mac 2008

Ann Wan Seng – sang penceramah – seorang yang saya kenali dengan buku-bukunya. Punya pendidikan formal di bidang antropologi dan sosiologi. Dia juga seorang Muslim yang bernama Cina – dia tak menjadi Melayu selepas mengucap syahadah seperti kebanyakan orang Cina dan India yang lain.

Akhirnya saya ketemu dengannya dalam majlis ini, seperti acara yaqazah – jumpa terus secara nyata – seperti majlisnya Abuya Asya’ari pendiri Al Arqam. Tetapi yang hadir bukanlah Rasul dan menceritakan arambu-rambu agama, tetapi seorang Cina yang berlidah Melayu dan mauduknya ialah rahasia orang Cina berniaga. Dan sebenarnya mauduk ini telah tertuang di dalam sebuah buku – sehingga kini telah dicetak ulang.

Maka seandainya pendengar telah membeli buku itu dan membacanya, itu sudah memadai untuk mereka, cuma Ann Wan Seng menambah beberapa cerita tentang masyarakatnya, seperti kawannya yaang membuka kedai runcit di Papua New Ginie selama 7 tahun dan pulang membawa kekayaan, keluarganya yang memiliki restoran di Klang yang menjual Bak Kut Teh: Daging – Tulang – Teh.

Apapun, seperti yang kita sedia maklum, menjadi seorang peniaga, apatah lagi usahawan, semua sikap baik-baik belaka harus kita kumpul dan amalkan. Saya teringat seperti soalan SPM tentang para tokoh Agama Islam, seperti “nyatakan sikap dan sifat tokoh ini”, lalu kita pun menjawab: “dia berilmu, baik hati, rajin, kerja keras, suka menolong”.

Malah mengikut pengkajian beliau, asal masyarakat cina tidak berminat untuk berniaga kerana ajaran Kung Fu Tze meletakkan perniaga di hirarki terbawah, kemudian mereka dikunjungi oleh para sahabat Nabi Muhammad yang menyebar Islam, lalu ajaran Kung Fu Tze diasimilasi dengan paham Islam yang kemudian itu melahirkan satu pandang baru bagi masyarakat Cina.

Beberapa stigma yang songsang:

1)  Orang Cina bukan penipu. Kerana penipu itu tak berbangsa.

2) Orang Cina suka cekik darah. Yang sebenarnya orang cina memberi perkhidmatan yang baik dan kerana itu harus dihargai lebih mahal banding dari harga orang lain.

3) Berkerja dengan orang Cina susah dan dikerah sehabis tenaga. Yang benarnya orang cina memang berkerja keras, lalu pekerja yang berjaya survival dalam tekanan akan menjadi pekerja utama dan barangkali akan menjadi kesayangan bos, seperti Rashid Husin yang bermenantukan anak Raja Gula.

Kerana itulah orang lain yang ingin menjadikan orang Cina sebagai model perniagaan harus pertama sekali mengenali orang Cina dengan sebenar-benarnya, bukan setakat menenali mereka dengan berkulit kuning cair, bermata sepet, berambut lurus, sukakan warna merah dan gemar bermercun. Itu tak mencukupi untuk berjaya persis seperti mereka.

Teringat saya kepada satu falsafah pendidikan yang telah dibacakan kepada saya oleh teman baik saya dari sebuah buku pedagogi, ikatkata:

“when u want to teach Mary Latin, u must know Mary as well as Latin