Posts Tagged ‘pistol’

Mati Lemas

Mac 3, 2008

Tembun baru sahaja menjadi keluarga kami. Dia ada saudara – Tembam, gemok macam Tembun juga. Mereka berdua suka main kejar-kejaran. Boleh dikatankan “aktif terlampau” – siang malam asyik bermain. Entah bila mereka mau berhenti dari main-mainan.

Satu hari Afif – anak saudaraku – kasi Tembun dan Tembab pistol mainan, dengan harapan mereka akan berhenti dari main kejar-kejaran dan mula memegang picu pistol. Tapi akhirnya Afif kecewa sebab Tembun dan Tembam lebih suka main sorok-sorok dicelah batu-batu besar.

Lain hari Afif berikan dia kereta mainan. Pun mereka berdua tak mau main. Afif jadi bengang dan marah-marah. Masa itu aku ada di rumah. Aku tak paham apa yang Afif bebelkan sebab Afif bercakap dalam bahasa Sanskrit campur Jawa Kuno.

Kemudian Tembun yang menyedari kesalahannya pun brkata pada Afif: “Hey budak kecil, kami tak minat dengn mainan kau. Coba kau beri kami rumah mainan, mesti kami suka”.

Belum sempat Afif berikan mereka rumah mainan, Tembun dan Tembam mati lemas. Afif sedih.

Mak aku yang kesihan melihat Afif kesedihan pun berkata: “Tak pa, sok abi beli lagi 2 ekor ikan emas”.