Posts Tagged ‘china’

Seminar: Rahsia Perniagaan Orang Cina

Mac 5, 2008

Penceramah: Ann Wan Seng

Tempat: Hotel Crown Plaza Mutiara, KL

Tarikh: 4 Mac 2008

Ann Wan Seng – sang penceramah – seorang yang saya kenali dengan buku-bukunya. Punya pendidikan formal di bidang antropologi dan sosiologi. Dia juga seorang Muslim yang bernama Cina – dia tak menjadi Melayu selepas mengucap syahadah seperti kebanyakan orang Cina dan India yang lain.

Akhirnya saya ketemu dengannya dalam majlis ini, seperti acara yaqazah – jumpa terus secara nyata – seperti majlisnya Abuya Asya’ari pendiri Al Arqam. Tetapi yang hadir bukanlah Rasul dan menceritakan arambu-rambu agama, tetapi seorang Cina yang berlidah Melayu dan mauduknya ialah rahasia orang Cina berniaga. Dan sebenarnya mauduk ini telah tertuang di dalam sebuah buku – sehingga kini telah dicetak ulang.

Maka seandainya pendengar telah membeli buku itu dan membacanya, itu sudah memadai untuk mereka, cuma Ann Wan Seng menambah beberapa cerita tentang masyarakatnya, seperti kawannya yaang membuka kedai runcit di Papua New Ginie selama 7 tahun dan pulang membawa kekayaan, keluarganya yang memiliki restoran di Klang yang menjual Bak Kut Teh: Daging – Tulang – Teh.

Apapun, seperti yang kita sedia maklum, menjadi seorang peniaga, apatah lagi usahawan, semua sikap baik-baik belaka harus kita kumpul dan amalkan. Saya teringat seperti soalan SPM tentang para tokoh Agama Islam, seperti “nyatakan sikap dan sifat tokoh ini”, lalu kita pun menjawab: “dia berilmu, baik hati, rajin, kerja keras, suka menolong”.

Malah mengikut pengkajian beliau, asal masyarakat cina tidak berminat untuk berniaga kerana ajaran Kung Fu Tze meletakkan perniaga di hirarki terbawah, kemudian mereka dikunjungi oleh para sahabat Nabi Muhammad yang menyebar Islam, lalu ajaran Kung Fu Tze diasimilasi dengan paham Islam yang kemudian itu melahirkan satu pandang baru bagi masyarakat Cina.

Beberapa stigma yang songsang:

1)  Orang Cina bukan penipu. Kerana penipu itu tak berbangsa.

2) Orang Cina suka cekik darah. Yang sebenarnya orang cina memberi perkhidmatan yang baik dan kerana itu harus dihargai lebih mahal banding dari harga orang lain.

3) Berkerja dengan orang Cina susah dan dikerah sehabis tenaga. Yang benarnya orang cina memang berkerja keras, lalu pekerja yang berjaya survival dalam tekanan akan menjadi pekerja utama dan barangkali akan menjadi kesayangan bos, seperti Rashid Husin yang bermenantukan anak Raja Gula.

Kerana itulah orang lain yang ingin menjadikan orang Cina sebagai model perniagaan harus pertama sekali mengenali orang Cina dengan sebenar-benarnya, bukan setakat menenali mereka dengan berkulit kuning cair, bermata sepet, berambut lurus, sukakan warna merah dan gemar bermercun. Itu tak mencukupi untuk berjaya persis seperti mereka.

Teringat saya kepada satu falsafah pendidikan yang telah dibacakan kepada saya oleh teman baik saya dari sebuah buku pedagogi, ikatkata:

“when u want to teach Mary Latin, u must know Mary as well as Latin

Advertisements

Revolusi Bahasa

Mac 4, 2008

Saya membaca sebuah buku “Revolusi Bahasa” karangan seorang peguan yang entah namanya apa – rasanya Mukhtar – masa di tingkatan 4. Ini sebuah bahan bacaan yang keluarga saya simpan di geduhok [kabinet] yang penuh dengan buku-buku.

Dia menyebutkan bahawa faktor penting yang memajukan bangsa eropah dan cina adalag antaranya kerna bahasanya pendek2 sedangkan kita mewakilkan sesuatu itu dengan 2 atau 3 suku kata. Ambil contoh; bangsa Inggeris menyebutnya cat, sementara kita menyebut haiwan comel itu sebagai ku cing. Inggeris menyebut one, dan kita membilangnya sebagai sa tu.

Maka apabila mereka – bangsa inggeris- itu menyebut dengan lebih cepat dan mampu menulis jumlah perkataan yang lebih banyak dalam sebuah muka surat ketimbang dari kita, maka mereka lebih pantas mencapai informasi dan melakukan tranformasi.

Saya tak berapa bijak untuk memikir seperti penulis itu berpikir.

Pertamanya matematik itu bukanlah dihubungkan kemajuannya dengan kepantasan bahasa, tetapi bijak atau tidak bergantung kepada latihan dan pemahaman.

Keduanya apakah dengan cepat beberapa saat atau minit, akan memajukan kita sejarak 30 tahun. Dan lambat sesaat atau seminit akan meninggalkan kita sejarak 30 tahun?

Ketiganya; historis menunjukan bahawa bangsa  Arab, Parsi dan bangsa-bangsa yang pernah mencipta nama, ada sebahagian dari mereka mempunyai bahasa jenis “gam” – glu, iaitu meng”gam” kan beberapa suku kata untuk membentuk sebuah perwakilan, seperti wa hid iaitu one.

Mualap

Mac 4, 2008

“Saya tak terasa kalau saya masih dipanggil oleh orang Melayu sebagai mualap walaupun saya telah memelok Islam 12 tahun lalu. Sebab kalau Melayu pergi ke China, mereka pula akan dipanggil mualap, kerna China lebih awal Islam dari Melayu”

 – Ann Wan Seng – Bicara Rahsia Perniagaan Orang Cina