Posts Tagged ‘Arab’

Revolusi Bahasa

Mac 4, 2008

Saya membaca sebuah buku “Revolusi Bahasa” karangan seorang peguan yang entah namanya apa – rasanya Mukhtar – masa di tingkatan 4. Ini sebuah bahan bacaan yang keluarga saya simpan di geduhok [kabinet] yang penuh dengan buku-buku.

Dia menyebutkan bahawa faktor penting yang memajukan bangsa eropah dan cina adalag antaranya kerna bahasanya pendek2 sedangkan kita mewakilkan sesuatu itu dengan 2 atau 3 suku kata. Ambil contoh; bangsa Inggeris menyebutnya cat, sementara kita menyebut haiwan comel itu sebagai ku cing. Inggeris menyebut one, dan kita membilangnya sebagai sa tu.

Maka apabila mereka – bangsa inggeris- itu menyebut dengan lebih cepat dan mampu menulis jumlah perkataan yang lebih banyak dalam sebuah muka surat ketimbang dari kita, maka mereka lebih pantas mencapai informasi dan melakukan tranformasi.

Saya tak berapa bijak untuk memikir seperti penulis itu berpikir.

Pertamanya matematik itu bukanlah dihubungkan kemajuannya dengan kepantasan bahasa, tetapi bijak atau tidak bergantung kepada latihan dan pemahaman.

Keduanya apakah dengan cepat beberapa saat atau minit, akan memajukan kita sejarak 30 tahun. Dan lambat sesaat atau seminit akan meninggalkan kita sejarak 30 tahun?

Ketiganya; historis menunjukan bahawa bangsa¬† Arab, Parsi dan bangsa-bangsa yang pernah mencipta nama, ada sebahagian dari mereka mempunyai bahasa jenis “gam” – glu, iaitu meng”gam” kan beberapa suku kata untuk membentuk sebuah perwakilan, seperti wa hid iaitu one.