1 + 2, Berapa Ya?

Oktober 27, 2008

Dulunya aku bijak. Ini dahululah. Bukan sekarang. Masa di sekolah menengah aku sentiasa mendapat tempat pertama atau kedua ataupun ketiga dalam seluruh tingkatan yang jumlahnya 300 orang itu . Yang kuat melawan aku hanya Bidin dan seorang awek yang aku terlupa namanya. Tetapi bijaknya aku ini tidaklah sebijak seorang kawan aku yang dapat memegang dua ijazah sarjana muda ketika berumur 20 tahun.

Masa ini sudak bongkak dan angkuh, walaupun tidak sebijak mana. Jalan pun mendongak. Bila cikgu menyanyakan soalan cepat-cepat jawab. Kalau orang jawab salah aku gelakkan mereka. Kah.. kah.. kah.. hangpa silap! Kalau memberi tunjuk ajar, lagak gaya macam seorang profesor dan cara ajarannya kasar. Kemudian mungkin Rabb murka maka Dia mencabut sedikit demi sedikit kebijaksanaan aku hingga tidak bersisa. Cukup mudah Dia lakukan hingga aku menjadi sano.

Jalan kali ini sudah menunduk. Sentiasa mengingat diri ini; ebijaksanan itu adalah anugerah? Dan kita harus menghargai apa yang tuhan berikan, guna untuk meluruskan kehidupan bukannya membanggakan diri. Kali ini aku sudah merendah diri, seolah-olah bongkok ke bumi.Lalu seorang teman membanggakan dirinya dengan kepandaiannya dalam pelajaran pagi tadi. Mengajar orang macam acuh tak acuh sahaja. Aku terkenang Bangchik?zaman silam yang angkuh. Dan aku tersenyum. Apakah dia bijak sebijaknya hingga semua ilmu dalam dadanya?

Dan aku tersenyum untuk kedua kalinya; andai dia tidak menginfasi kelebihannya maka dia akan kehilangan nikmat kebijaksanannya. Dan waktu itu dia akan tertunduk dan lemah sendi-sendinya. Dan tersenyum untuk ketiga kalinya; sungguh kau belum merasa kebodohan selepas kebijaksanaan. Engkau akan merasanya setelah senyumanku yang kedua!Dia berkata:  Ilmu geografi engtkau amat lemah. Apakah engkau tidak tahu dimana Masjid Tanah? Aku memegang dua ijazah dalam masa yang sama. Kimia dengan 3.30 dan IT dengan 3.80 di universiti seberang laut! Banyak orang yang belajar di universiti tempatan membodohkan dirinya. Ilmu umum mereka amat kurang dibanding dengan pelajar seberang. Bila ditanya dimana Masjid Tanah, mereka menjawab: Kuala Lumpur!?

Dan aku tersenyum lagi. Apakah dengan dua ijazahnya dia dapat berbicara semahunya hingga dapat merendah-rendahkan orang lain? Apakah dengan pointer yang tinggi itu sudah menggambarkan bahawa dia seorang yang berilmu dan menjadi manusia berguna kepada bangsanya? Dan kebanggaannya itu sudah cukup untuk melumatkan ilmunya kerna ilmu akan menggirin seorang manusia untuk merendah diri.

Hakikatnya kebijaksanaan itu bukan dapat dinilai dengan berapa keping ijazah yang engkau miliki, dengan berapa pointer yang engkau perolehi. Tetapi kebijaksanan itu akan engkau perolehi bila engkau memahami maksud kejadian manusia. Kerna memahami maksud terciptanya kita ini adalah sebesar-besar kebijaksanan. Berapa ramai manusia yang dikatakan bijak masih bingung bila kita bicarakan tentang subjek yang namanya anusia? Lalu setelah kita memahami tujuan kita tercipta, maka ia akan menunjukkan kita jalan-jalan seterusnya. Malah aku tidak tahu adalah satu kebijaksanan, dan ia sebenarnya gambaran tingginya ilmu pemilik perkataan itu.

Sesungghnya berlagak pandai dengan kepandaian adalah dua benda yang berbeza. Begitu juga dengan berlagak bodoh dengan kebodohan. Dan aku sering berlagak bodoh (atau memang benar-benar bodoh?) ketika berhadapan dengan orang yang dikatakan pandai. Pertamanya kerna aku tidak suka menunjuk-nunjuk dan keduanya ialah aku akan mendapat banyak ilmu daripadanya ketika dia membanggakan dirinya, dengan mengajarkanku ilmu yang dia miliki. Sebenarnya dia tertipu kerana kesombongannya dengan seorang yang bodoh seperti aku!

posted Thursday, 10 June 2004

Advertisements

Malu Bertanya Sesat Jalan

Oktober 27, 2008

Ini kata orang tua dan bicara dari para bijak pandai. andaikan keadaan kita apabila hendak pergi ke suatu tempat yang kita tidak pernah sampai tetapi kita hanya dibekalkan dengan peta dan kompas selain daripada maklumat asas. Dan bila kita tiba di tempat tersebut ada banyak papan tanda. Katakan kita hendak pergi ke Jalan Banjar di Bagan Serai, maklumat asasnya ialah Jalan Banjar itu di Bagan Serai dan Bagan Serai itu berada dalam daerah Kerian dan daerah Kerian itu didalam negeri Perak. lalu kita tengok peta  ada tertera Jalan Banjar  papan tanda pun ada terpacak di tepi jalan besar bila kita tiba di Bagan Serai. Wah begitu mudah untuk ke jalan ke situ. Tak payah tanya orang. Kalau bernasib baik kita akan dapat mendengar jawapan dalam bahasa Jerman selepas kita bertanya.

Kemudia mulut kita akan ternganga kerana tidak faham apa yang diucapkan. Tak payah itu semua. hanya tengok peta, putar kompas hingga tunjuk arah utara dan kemudian cari papan tanda.Jalan Banjar ada tertera di dalam peta dan ada papan tandanya di tepi jalan. Tetapi jika kita disuruh pergi ke Kalumpang lain pula ceritanya. Semaklah peta Kerian sehari semalam, tak cukup dengan itu teroponglah dengan kanta pembesar, pasti berkerut dahi dibuatnya. Kalumpang tidak ada di dalam peta dan tiada sebarang papan tanda! Lalu cara yang paling bijak ialah bertanya. Lepas bertanya tahulah kita bahwa kalumpang itu adalah nama Jalan Banjar yang lama sebelum ditukar.

Macamlah juga acara perlumbaan menakjubkan yang sekarang ini ditayangkan di astro dan ntv7. ada sekali tu para peserta di suruh membeli makanan mentah di sebuah pasar di China. Maka kalau mereka tidak bertanya kepada apek-apek dan nyonya-nyonya di pasar sudah pasti mereka tidak dapat membeli barang yang sepatutnya dibeli. Yang disuruh beli ialah ikan kembong tetapi yang dibelinya ketam. kalaulah keadaan ini berlaku, sudah pasti peserta tersebut gagal menjuarai perlumbaan tersebut.

Tak mahu bertanya ini dipanggil bodoh sombong. Bodoh kerana dia memang tidak tahu akan sesuatu yang sepatutnya dia tahu, dan sombong kerana dia berpura-pura macam orang yang tahu dan merasa malu jika dia bertanya. orang yang bodoh sombong ini tidak boleh dibuat teman untuk ke Kalumpang atau masuk lumba menakjubkan?kerana nanti kita akan sesat jalan atau kalah kerana dia malu untuk bertanya.

susun-atur papan tanda di Malaysia ini sangatlah tidak teratur. kadang-kadang papan tanda di pacak selepas simpang tiga (sepatutnya di pacak sebelum simpang) dan kadang-kadang tidak ada langsung. jadi semasa kita keluar berjalan-jalan dengan teman baik, maka amat wajar kita bertanya kepada teman kita itu. bukan apa, cuma takut nanti tersesat jalan. cubalah tanya: wahai temanku, apakah aku kawan baikmu??  kita inginkan satu kepastian agar hubungan kita ini menuju kepada jalan yang betul. kita takut cuma kita sahaja yang menganggap si fulan tersebut sebagai sahabat baik, tetapi si fulan tersebut tidaklah menganggap sedemikian.

banyak orang yang tersesat dalam hal ini kerana tidak bertanya selepas tidak ketemu dengan sebarang papan tanda. mungkin kerana malu untuk bertanya atau mungkin juga dia bodoh lagi sombong atau mungkin juga dia tidak pernah terfikir akan hal ini. bila kita menyerahkan kepercayaan untuk menyimpan rahsia besar atau kecil, meluahkan rasa hati, mengadu masalah yang ditanggung, menagih simpati ketika digigit kesempitan, menceritakan kejahatan yang pernah di laksanakan, atau merencanakan rancangan nakal dan macam-macam lagi kepada orang yang salah, kesannya besar ke atas diri kita. akhirnya kita akan dimalukan, dikhianati, diperdaya, atau mungkin juga dimakan oleh si fulan itu tadi. ini bukan harapkan pagar, pagar makan padi tetapi ia lebih mirip kepada macam lembu yang disondol oleh rakannya dikatakan lembu kerana dia bebal sehinggakan tidak menyedari bahawa temannya itu berpura-pura dan dia juga tidak mahu untuk bertanya.

samalah halnya apabila seorang kenalan aku yang mengaji sama-sama di UTM ini dimalukan oleh orang kepercayaannya. harga dirinya dikoyak-koyak. kemudian tidak beberapa lama kemudian dia sekali lagi di khianati oleh orang lain pula. kecelakaan ini berlaku mungkin kerana mereka memacak papan tanda yang pelik atau mungkin mereka menggunakan peta yang ganjil atau kompasnya mereng. atau mungkin juga mereka menuju ke satu daerah yang tidak di ketahui akan namanya, tempat letaknya, yang tiada papan tanda dan mereka tidak tahu mana utara dan selatannya. kesihan aku mendengar masalahnya dan dia membuat satu kesimpulan setelah itu ?dia sudah tidak percaya kepada sahabat baiknya. ini tindakan yang salah dan rumusan yang silap. dia masih kurang pandai merumus. kerja rumus-merumus ini sulit sebenarnya untuk mendapat keputusan yang shahih lagi rajih.

kita tidak tahu kenapa si fulan?itu berkawan dengan teman aku itu. mungkin kerana nanti boleh makan ABC Campur secara percuma, atau mungkin untuk mudah menyelesaikan masalah arithmetik 2+1. jadi kita perlu lontarkan pertanyaan kenapa kita berkawan dengan si fulan??ke dalam kalbu kita ini dan kemudian kita tanyakan si fulan itu tadi: kenapa kamu berkawan dengan saya?? apa yang dapat dipastikan ialah kita mengetahui jawapan kalbu kita dan kita tidak tahu apakah jawapan di dalam kalbu teman kita itu. jadi bertanyalah untuk kita mengetahui jawaapannya.

dalam peta hati terlukis satu daerah yang subur ?hijau. ini daerah persahabatan. kita perlu letak papan tanda di pintu masuk daerah subur ini. selamat Datang?atau Jangan Masuk. Penceroboh Akan Di Dakwa? terpulanglah kepada kita untuk memilih papan tanda yang mana satu. tetapi apa yang penting ialah kita perlu letakkan papan tanda yang jelas di bahu jalan selepas kita loretkan sebuah kawasan yang bernama Teman Baik di dalam peta hidup ini. dan kita juga perlu pastikan agar tidak tersesat untuk pulang ke rumah selepas keluar bekerja.

Catatan: pian, hamdi, hadi dan asri, foo, kimi, nizal, jijeo, rizal, tolong tinggikan papan tanda yang kalian pacakkan? Kepada adam; papan tanda apa yang kau letak di bahu jalanmu??

posted Monday, 1 March 2004

Biru

Oktober 27, 2008
Kenapa layarnya berwarna biru?mungkin ada orang yang bertanya sedemikian kepada aku setelah melewati blog ini. Warna biru menjadi latarnya dan putih tulisannya, mungkin akan merabuni mata orang yang belum rabun atau membutakan mata yang sedia rabun. Aku yang sudah rabun ni pun kena tengok betul-betul. Mata tu kena fokus, kecilkan dan tengok dekat-dekat bila nak baca blog aku sendiri. Tulisannya yang halus itu nampak tenggelam kerana anah kembaliya (background) berwarna biru. Kalau tulisannya putih dan anah kembaliya warna hitam, pasti ia nampak jelas. Walau bagaimanapun aku tetap suka dengan warna biru itu.

Mungkin aku boleh jawab sebegini: ku suka kebiruan, kerana biru lambangnya laut. Laut itu menyimpan khazanah alam. Di dasarnya ada mutiara dan emas hitam. Laut menyimpan rahsia besar yang tidak dapat dibongkar, menyelam dan berenanglah di dadanya dan kalian akan menemui keajaiban alam. Mesranya ikan dan karang, putihnya pepasir di gigi air. Tuntasnya laut itu punya banyak kekuatan hingga dapat karamkan kapal dan punya kegagahan hingga dapat jadikan pusaran. Laut lambangnya keakraban. Laut itu tanda kekayaan. Laut tanda rahsia?

Atau mungkin aku boleh katakan: uba dongakkan kepalamu ke atas, lihat langit yang terbentang luas. Lihatlah awan mengawan, langit membiru, angkasa jagat raya yang warnanya adalah biru. Langit itu mendamaikan, akan terasa nyaman mata memandang. Indahnya burung layang-layang yang berterbangan di ruang udaranya. Tengok bintang berkelipan dan bulan yang memantulkan cahaya mentari di malam hari. Awan yang putih dan kadang-kadang ada pelangi mengintai bila gerimis menyapa. Dan langit juga punya keagungan, ia mampu menenggelamkan bumi bila ia menangis, runtuhkan tanah bila ia menjalar di dalam dataran. Memalu dengan tukulnya bila syaitan mencuri dengar bicara alam langit. Langit itu adalah kebebasan. Langit itu lambang keindahan. Langit itu lambang kesucian?

Atau aku juga boleh memberi alasan sebegini; ku suka nonton filem rang dewasa? yang amat laku di pasaran gelap. Kata orang filem ini erita biru? Ia adalah satu cabaran kepadaku untuk mencarinya, menguji jiwaku untuk mengekangnya, ceritanya bagus untuk meningkatkan teknik-teknik asmara. Aku juga sukakan cara berfikir yang kata orang agak ebiruan? memikirkan fantasi-fantasi yang memberangsangkan macam yang dinyatakan oleh Ning Baizura, mau melakukannya di dalam lif atau di dalam tandas, mau buat pesta buih atau pesta kolam. Atau aku akan palingkan makna setiap ayat yang didengar kepada makna yang lucah dan ghairah. Aku juga gemar menuturkan kata-kata yang engerutu?macam kertas pasir; cibai, kepala butuh, puki mak hang, tahi palat, cipap dan banyak lagi. Kata orang kata-kata ini iru? Lalu biru itu lambangnya kebiadapan dan kekurang-ajaran?

Arh… apa saja boleh aku cakapkan, macam; aku suka biru kerana biru itu lambang kelelakian, biru itu tanda nasionalis, biru adalah patriotik, biru itu menunjukkan semangat kejiranan, biru itu adalah…, biru itu merupakan…, biru itu… dan aku juga boleh tukarkan anah kembalinya?kepada warna hitam, putih, jingga, merah atau sebagainya tetapi aku tak mahu ?tetap mahukan warna biru itu.

Biru tidak pernah buat salah kepadaku, malah biru juga tidak pernah mendurhakai ibuku, tidak pernah ia membohongi manusia dan dia tidak pernah mencarut atau melakukan sandiwara di atas ranjang. Tidak pernah melanggan pelacur dan merogol anak gadis orang. iru tidak bersalah, tuan hakim!? Begitu juga dengan kuning. Kuning adalah saudara kepada biru, juga adik beradik kepada putih dan hitam. Mereka semuanya warna. Dan biru tetap tidak akan terhina walaupun namanya disandarkan kepada perbuatan yang keji. Penyandaran namanya hanya berfungi untuk menggambarkan sesuatu perkara ?memberikan nilai. Kita memerlukan perkara ini dalam berbahasa, kerana tanpa kaedah ini, bahasa kita tidak akan maju dan berseni.

Dan berapa banyak kerja yang kita lakukan tanpa tujuan yang mendalam, macam seorang penulis muda yang menulis sebuah novel kemudian para pengkaji berkata macam-macam mengenai hasil tulisannya. Seorang profesor botani berkata: eorang penulis muda yang berjaya menjiwai semangat pokok kiambang? sementara seorang pakar sosiologi membuat komentar ringkas: enulis telah mengangkat satu teori baru tentang masyarakat Melayu?dan seorang penganalisis politik menghujah: yabas! Penulis telah menunjukkan satu jalan yang cemerlang kepada para politikus untuk berjaya? Tetapi bila ditanya kepada penulis muda itu, dia berkata: aya menulis bukanlah untuk mengangkat tema-tema itu, hanya saja saya menulis kerana keminatan, lantaran saya punya idea yang meruah. Lantas saya gambarkan ilham-ilham itu dalam bentuk tulisan ?ayat yang berseni. Makanya saya tidak ada maksud lain melainkan sekadar bercerita. Dan mereka (pengkaji-pengkaji itu) menetapkan saya sebegini… sebegitu…. saya tersenyum? Begitu juga berapa banyak manusia yang berbuat tanpa memikirkan enapa?dan pa alasannya? kerana mereka hanya mengikuti getaran jiwa, bahasa hari dan ilham sanubari. Dan ilham sanubari ini tidak perlukan penghujahan.

Jadi rasanya aku tidak perlu untuk menjawab soalan-soalan sebegini. Ia umpama bila ada orang yang bertanyakan kepada kita: engapa engkau suka warna hitam dan biru?? Lalu kita hendaklah menjawab: kut suka akulah, kalau aku tak suka apa-apa warna pun, aku tak bersalah!? Kerana apa-apa alasan pun yang kita berikan, orang yang bertanya akan menerimanya walaupun kita berbohong. Kalau kita memberikan alasannya mengikut pakar warna, macam merah melambangkan semangat membara, kuning melambangkan kedaulatan dan sebagainya. Atau kita huraikan dalam kacamata fizik, iaitu warna putih punya frekuansi getaran yang tinggi berbanding warna lain, atau sebagainya. Apakah alasan-alasan ini dapat menjawab perbuatan naluri mata kita, yang sebenarnya ia tidak dapat dihuraikan oleh ilmu warna dan fizik. Kita memandang warna dan kita membencinya, atau kita menyukainya, adalah kerana perasaan (atau hati) kita yang membuat kesimpulan sebegitu. Semua ini adalah fitrah yang telah pencipta letak dalam jasad ini.

Yang pentingnya ialah warna apa yang memikat hati, bukannya kenapa engkau memilih warna ini. Dan setiap warna itu tidaklah melambangkan apa-apa melainkan dongengan penglipurlara. Mengetahui warna kegemaran orang kadang-kadang amat penting jika kita berhajat untuk memberikan hadiah. Jadi aku suka warna biru, hitam, putih, oren dan merah. Ada sesiapa yang nak belikan baju kat aku ke? Kalau nak beli, belikan baju warna yang aku suka supaya aku selalu pakai.

Catatan: Menyebokkan diri dengan perkara remeh-temeh amat memenatkan, tidaklah perlu untuk memikirkan dengan tekun berhari-hari kenapa aku beli tuala warna putih, kenapa aku pakai seluar jin otong lurus?dan tidak otongan lobak merah? Banyak permasalahan lain yang perlu kita fikirkan; persoalan urusan kehidupan, kerja-kerja yang bertimbun, perancangan kewangan, keutuhan kekeluargaan dan banyak hal lain lagi. Sebenarnya melihat dunia dengan mata yang insaf bersinar bahawa dunia inilah yang terbaik lebih indah berbanding mengharapkan dunia yang penuh kesempurnaan.

posted Tuesday, 9 March 2004 dari blog bangchik [blog yang telah ditalkinkan]

 

Lebaran

Oktober 2, 2008

“Lebaran itu apakah yang disambut? Meraikan tamatnya penat lelah berpuasa, atau tanda satu permulaan untuk terus bersusah payah?”

Malay Dilema

September 15, 2008

1) Apakah menjadi keaiban kalau kita tidak bisa mengerti percakapannya bangsa Inggeris?

2) Apakah dengan mengerti bahasa Inggeris kita akan maju? Kalau begitu majukah masyarakat India dan Filphina?

3) Apakah dalah sejarah bagi bangsa yang maju, seperti Bangsa Arab silam, Bangsa Jepun, Bangsa Jerman, Bangsa Prancis malah Bangsa Inggeris sendiri menggunakan bahasa orang lain untuk memajukan tamadun mereka ketika mereka mula merangkak dahulu?

Falasi Para Pondokius

September 15, 2008

Satu dari di Maha 08 saya bertanya kepada Ustaz Abdullah, pemilik syarikat Al Auliya Ubudiyah (M), yang banyak keluarkan produk  zakar sihat tegang dan faraj  mantap kemut. Mengenai gambar-gambar yang dia gantungkan – berupa lakaran gambar orang. Yang kalau dikantor selalunya gambar Bapak Perdana Menteri atau Gusti Pengeran – tetapi di kedai ustaz ini [dan kedai-kedai lain di Pineng dan Kedah] menggantungkan gambar Nendanya Sultan Kedah sekarang ini, berserta para lelaki yang bersorban.

Kata sang Ustaz ini “ini para wali. Kalau digantung kan gambarnya, mendapat berkat, murah rezeki”.

Lalu kalau begitulah keadannya, lebih baik saya mengukir gambar Muhammad saw lalu menggantungkan di kedai saya, pasti kedai saya akan memberi pulangan bermilyar, atau bilyar. Kerna antara Muhammad saw dan para wali Ustaz tadi, pasti para wali itu tidak ma’sum. Justeru kalau yang tidak ma’sum sahaja sudah bisa menggamit barakah, pasti manusia yang menjadi kekasih Tuhan lebih punya barakah.

Sebentar!

Bukankah kita tidak boleh melukiskan wajah Muhammad saw? Benar juga. Hummmm… kalau begitu, baik saya melukis gambar muka Abu Bakr As Siddiq, tiada larangan nash yang mengharamkan, yang ada cuma pandangan para cendiakawan. Alasan saya memilik Abu Bakr adalah pertamanya beliau mentua Muhammad saw, kedua belia antar yang memelok Islam terawal, ketiganya beliau adalah sahabt baik kepada Muhammad, keempatnya dia disinggung oleh Tuhan dalam Al Kitab, kelima dia menjadi Khalifah sesudah Muhammad saw wafat, keenam dia memenggal leher para golongan murtad. Wah banyak lagi jasanya berbanding para wali Ustaz Abdullah.

Tetapi nampaknya niat saya itu tidak dibenarkan oleh Ustaz dan para pondokius [para manusia yang memondok mengaji kitab aqidatunajin]

Ini adalah satu contoh falasi – salah tanggap – terhadap para guru yang mereka agungkan. Sehingga mereka angkat kepada darjat tuhan.

Coba kita fikir secara ilmiyah, walaupun anda seorang yang tidak religus atau tiada basis agama seperti saya, kita bisa memahami bahawa kalaulah gambar Muhammad saw sahaja adalah haram untuk dilukis, lakar, dipanggungkan, mana mungkin manusia yang darjatnya rendah dari beliau bisa dilukis dan dipuja kemudian disandarkan padanya “ini ajaran agama, dapat kebaikan – barakah”.

Begitulah juga dengan Teresa Putri DAP. Dia mungkin bersalah, atau mungkin benar. Itu saya tidak pasti. Tetapi satu hal yang jelas bahawa saya mengenal Masjid Kinrara itu. Dan Saya juga sudah mengetahui sejak tahun dahulu bahawa masyarakat tidak menyenangi masjid itu.

Tuan tuan para pondokius, coba kita lihat sejenak beberapa hukum.

1) Ketiaka seorang yang sedang solat fardu di musalla atau masjid, dia diganggu dengan bacan al quran oleh seorang lelaki. Lalu terbatal, ataupun solatnya teruk terganggu. Siapakh yang bersalah? Apakah si penyolat itu yang salah kerna masuk masjid sedang si pembaca itu membaca? atau sipembaca itu yang bersalah kerana dia harus membaca al kitab dengan suara perlahan?

2) Ketika seorang masbuk yang sedang meneruskan solatnya sedang para jamah dihadapannya termasuk imam dari aliran pondokius meratib meraban sehingga dia terlupa bilangan rakaatnya, siapakah yang bersalah? Setan yang kerjanya menggangu? atau dirinya yang masuk lambat? atau para jamaah yang membaca zikir secara beramai2?

Justeru kalau kita bisa menjawab masalah ini secara tenang tanpa dipengaruhi hasad dengki, maka kita bisa meleraikan tali jemali yang terjerut di batang tengkok Teresa Kok. Bahwa azan itu harus kuat sehingga masyarakat bisa mengetahui bahawa waktu sudah tiba. Sementara itu selain dari azan, adalah haram untuk dikuatkan.

Sadarlah bahawa setiap umat masyarakat itu punya hak. Hak Azan sudah ditunaikan, lalu mengapa digorogoti hal masyarakat umum?

Tapi saya pasti para pondokius akan berang dan tidak mahu berpikir waras. Mereka selalunya telah dihinggapi penyakit FALASI.

Sebuah Revolusi

Julai 8, 2008

“Kalimat yang benar berupa sau revolusi besar”

Isu Mahasiswa Lelaki Adalah Krisis Kilang Kicap

Julai 6, 2008

Bertahun sebelum ini saya menulis tentang Biji soya dan Kicap –  adalah metafora kepada sistem pendidikan kita dan keberadaan mahasiswa. Namun sayang kerana tulisan itu telah ditalkinkan bersama jenazah blog saya yang lama.

Saya gambarkan bahawa manusia yang kerjanya masuk kelas – belajar – hapal – kemudian ambil periksa – adaalah manusia yang sedang diproses dalam sebuah kilang yang begitu besar. Akhirnya setelah habis menjalani proses akhir iaitu mendapat ijazah diploma atau sarjana muda aka Sijil Halal Jakim ataupun sijil kualiti antarabangsa seperti GMP atau HACPP maka sudsah layaklah mereka itu diletakkan di kedai2 atau pun di pasaraya.

Semuanya bergantung pada pasaran; kalau musim itu permintaan kicap soya meningkat maka serata kilang di Malaysia mula mengeluarkan botol kicap soya. Kalau musim itu banyak rakyat kita mahukan kicap tomato maka para kilang besar itu pun mengeluarkan kicap tomato.

Harus kita sadar, kilang adalah kilang. Tak ada kilang yang berubah menjadi gedung ilmu. Justeru kita harus berusaha untuk mengubah kilang kicap kita ini kepada gedung ilmu. Tetapi ini sulit kerana para pembikinnya juga hampir semuanya adalah manusia yang telah terdoktrin dengan ideologi kekicapan.

Tidak kiralah yang membikin itu bergelar doktor, atau profesor, hampir semuanya telah keracunan dengan bau kicap. Maka untuk mengubah kilang itu kepada gedung ilmu amat sukar, lantaran yang pertamanya akan membangkang adalah pekerja kilang ini sendiri yang terdiri dari para doktor dan profesor.

Lalu kita pun menyelidiki punca “cerdik pandai” kita ini membelot kepada ilmu. Maka akhirnya kita ketemu jawabannya iaitu para pembikin ini sedari umur muda hingga meraih sarjana, telah bergelumang dengan satu sistem. Sistem yang mengarahkan kepada satu keupayaan sahaja: ingat dan luah kembali diatas sekeping kertas. Lalu ingtan yang tertuang itulah akan dinilai “hidup” dan “jaya” seorang manusia.

Justeru sanking lamanya para doktor dan profesor bergelumang dengan sistem exam orianted inilah akhirnya membuatkan mereka beriman bahawa pengukur kepandaian seseorang insan adalah dengan “ingat dan luahkan kembali”. Percaya bahawa seorang manusia yang boleh mengingat [punya hapalan baik] dan boleh menjawab soalan yang diberikan seperti yang termaktub dalam silabus berupa manusia yang cerdik dan harus diberikan “kepandaian” kepadanya.

Kemudian manusia yang tidak serasi dengan sistem “exam orianted” ini akan dinilai manusia yang gagal. Maknanya seorang manusia yang tidak punya ingatan yang kuat, atau manusia yang tidak kaku dan lesu seperti bakunya silabus, atau manusia yang sering menjana idea baru dan penuh krativiti, selalunya akan dinilai bodoh dan lembab lantaran mereka ini sering tidak mampu mengingat dan meluahkan kembali pengajaran para guru di kelas pada sekeping kertas yang harus dijawab dengat cepat-cepat dalam jangka masa terhad.

Sebenarnya, manusia yang bisa menumpukan perhatian pada pengajaran kemudian menghapal dan akhirnya memuntahkan kembali adalah manusia yang mempunyai jenis pemikiran penumpu. Manakala manusia yang berlawanan dengan “pemikiran penumpu” adalah manusia dari jenis pemikiran mencapah.

Kerana sistem pendidikan yang dibina oleh masyarakat kita adalah yang memenangkan golongan penumpu dan menumpaskan golongan mencapah, maka golongan mencapah terus tertindas setiap masa dalam alam persekolahan.

Lebih bertambah malang apabila tamat pengajian para kretivities dan idealis ini dicop “Kurang Bijak” pada kad kemajuan mereka oleh sistem pendidikan kita. Kemudian masyarakat memandang mereka sebagai orang yang “gagal”, sehinggalah ibu bapa mereka dan para pelajar yang di katakan bijak tadi pun mencebikkan diri mereka. Padahal mereka adalah orang yang bijak tetapi kebijaksanaan mereka itu tidak diukur dengan barometer yang benar. Akhirnya pelajar yang “gagal” itu pun tercalarlah emosinya dan terganggulah krebiliti dirinya dan menjadilah dia manusia yang punya jati diri rendah serta akhirnya menjadi orang yang tiada semangat juang yang tinggi.

Maka bila dilihat manusia yang punya pemikiran mencapah ini kebanyakannya adalah lelaki berbanding perempuan. Lelaki itu telah dijadikan memiliki pemikiran yang mencapah, salah satu bukti kebesaran Rabb; bahawa lelaki itu dijadikan sebagai ketua, sama ada ketua kumpulan kecil, ketua rumah tangga, ketua organisasi, ketua negeri dn ketua negara. Maka sudah pasti manusia yng dijadikan ketua ini harus punya pemikiran yang mencapah; guna untuk mengatur dan menyelesaikan masalah.

Justeru, kekhuawatiran kita mengenai kualiti lelaki, atau pun jumlah pelajar lelaki yang cemerlang dalam sistem pendidikan kita, bukanlah satu kebimbangan yang mnybabkan kita menunding jari kepada lelaki, tetapi faktor terbesar yang mendorong berlakunya hal demikian adalah kerana sistem pendidikan kita yang tidak memihak kepada mereka.

Memang dirisaukan tentang penurunan kualiti ini, maka seharunya kita bersama-sama membetulkan kesilapan paradigma yang membawa kepada falasi, dan kita haru merobah sistem kita supaya ianya lebih dinamika – sesuai untuk falsafah pendidikan itu sendiri – melahirkan manusia yang berilmu secara holistik.

Harus berubah secara pantas agar sisa yng tertingal ini boleh dijanakan kembali, dan lelaki yang telah kecundang bisa diperbaiki. Jangan sampai nanti kita kehilangan lelaki.

Burung

Jun 24, 2008

“Burung itu akan bersama dengan yang sejenis dengannya” – Nasr ud Dean Albani

Roslan Aziz & Ego Seorang Agamawan

Jun 20, 2008

Mungkin telah Tuhan berikan wewenang kepada orang yang bersorban dan berjubah sahaja untuk berbicara tentang agama-Nya. Selain dari mereka itu adalah haram dan terlarang. Barang siapa yang berbicara tentang agama tanpa pernah ke Azhar atau ke pondok dan pasantren maka dia dianggap dhalal – sesat.

Logisnya ada, iaitu orang yang bersorban dan jubah ini kan yang belajar agama. Lalu sudah satu kepastian bahawa orang yang belajar agama lah yang mengerti akan hal agama. Ketimbang seorang yang belajar kejuruteraan, sudah pasti dia hanya mengerti akan ruang lingkup kejuruteraan semata dan amatlah cetek ilmunya dalam hal agama. Begitu juga seorang yang belajar agama tiada pengetahuan dalam hal kejuruteraan.

Justeru, biarkan orang yang bersorban dan berjubah itu berbicara semua hal-hal agama, dan ingatan keras kepada orang yang belajar ilmu lain untuk mencampuri ehwal religus. Dan kepada yang tak belajar apa-apa itu, lebih baik diam dan mengekor; kalau disuruh angguh maka angguklah. Kalau disuruh geleng maka gelenglah.

Tetapi dunia hakikat itu bukan seperti itu; ada manusia yang belajar agama tetapi dia tak mengerti apa yang dia pelajari. Dan ada yang belajar kejuruteraan tetapi dia memahami apa yang disampaikan oleh seorang ustaz. Malah ada banyak orang yang belajar ilmu sains dan dalam masa yang sama dia belajar ilmu agama.

Makanya kita harus kembali kepada akar, basis dalam pemahaman iaitu setiap bangsa akan memerlukan agama untuk diisi dalam degupan jantungnya. Lalu seorang Melayu sudap pasti akan punya basis sedikit tentang agamanya. Yang beda antara yang ke London mengaji sains dan yang ke Tanta mengaji Fiqh wa usulihi adalah yang ke Tanta itu lebih banyak mengerti agama.

Oleh kerana pemahaman itulah kita melihat para ustaz kita ini dibawah bayangan malaikat, atau pun persis seperti nabi – ma’sum dan terjaga dari kesalahan tafsiran agama. Padahal seorang nabi terkadang melakukan silap seperti kasus nabi membelakangkan seorang buta dan memberi penghormatan kepada pembesar kaumnya yang masih musyrik. Kerana pada pikiran sang nabi, andai pembesar ini memelok Islam nescaya kaumnya akan menuruti. Tetapi pikiran nabi nyata mendapat teguran dari Tuhan lalu turun ayat daro kolong langit menegur pikiran nabi. Akhirnya nabi memperbetulkan tindakannya. Ini makna ma’sum seorang nabi, iaitu dia terjaga dari segala kesilapan dan kesalahan, andai berlaku maka Tuhan terus memperbetukan dia.

Sebaliknya seorang agamawan itu maqamnya lebih tinggi dari rasul dalam hal berbuat sialp dalam tafsiran agama. Seolah-olah mereka adalah malaikat bersayap yang menjalankan arahan Tuhan. Sedikitpun mereka tak tergelincir kerna mereka telah diprogramkan oleh Tuhan. Maka apa saja yang mereka katakan itu berupa titah sang Gusti Agung Purbawisesa. Manusia sekeliannya harus tunduk patuh tanpa banyak bicara dan tanpa engkar.

Lalu seorang manusia yang entah apakah pengajiannya di Tanta atau paling kurang punya 4 thanawi dari pasantren atau dia tak belajar agama, itu tak dapat dipastikan. Tetapi yang pasti dia adalah manusia yang bergelumang dengan muzik, telah mencabar kewibawaan Manusia-Malaikat ini. Roslan Aziz adalah seorang komposer lagu, yang sudah pasti Islam tidak menyetujui pekerjaannya. Dia tak terkenal sebagai seorang ustaz seperti Ustaz Akil Khair atau seperti Rabbani yang ber-Gospel Islami. Dia tak terkenal dengan islamis, malah pernah masuk mahkamah atas tuntutan cerai dari bekas isterinya yang juga seorang penyanyi.

Tetapi Roslan telah berani memperkatakan sesuatu yang benar: “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”

Ekoran itu Manusia-Malaikat ini pun tersentak lalu berang. Seperti anjing yang menyalak, bukit tak kan runtuh.  Maka sudap pasti Roslan akan dicemuh dan dibenci kerna kenyataannya itu. Hari ini Roslan telah mohon maaf secara rasmi di blog beliau. Mungkin kerana memikirkan bahawa Manusia-Malaikat itu punya sayap dan bisa sampai kerumahnya dalam sekejip mata. Maka dia harus cepat-cepat mohon maaf, selagi masih ada masa sebelum mereka muncul di depan katilnya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”.

Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!

Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.

Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka – Manusia-Malaikat – ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka.

Nasihat saya kepada para agamawan kita:

 “Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.