Re: XXXI NAM

Oktober 27, 2008

[ panjang yang aku tulis, lagi malaslah orang baca. pendeklah! ringkaslah! ini seruan dari aku kepada minda aku agar selepas ini hanya idea ciput sahaja yang terkeluar]

mungkin cuai ataupun mata ini terbuta, mungkin juga tiadak sempat untuk membaca. jadi aku tertinggal entry XXXI NAM pian punya. ini cerita tentang kami. cerita mengenai “Perjalanan Ke Mordor”.?walaupun perjalanannya panjang dan hebat seperti encik San dan Frodo, dan ansir jahatnya tetap wujud (seperti naga terbang itu yg namanya Naqzul – rasanyalah). pengembaraan ini tamat juga akhirnya. dan pastilah kepenatan itu sebagai satu inbuhan.

bukannya apa, ia satu perjalanan yang membuka satu gerbang baru bagi aku, dan kepenatan serta kelelahan dan akhirnya gering itu sekadar satu persiapan untuk menempuh perjalanan yang lebih hebat. justeru aku tidaklah mengatakan ini sebagai sia-sia.

dan akhirnya satui bendera telah kelihatan, walaupun aku sudah mengimpikannya. dalam mimpi papan tanda itu terang – jelas maksudnya, hanya saja ia belun teristiharkan secara tegas dalam alam sedar. (persoalan papan tanda ini bukan mendasar ataupun basis)

dan empat tahun itu yang kita lalui bersama, amat indah sebenarnya pian. terlalu indah hinggakan ia banyak membentuk cara pikir kita malah pandangan semesta.

terima kasih

posted Thursday, 15 April 2004

 

Advertisements

Kepenulisan

Oktober 27, 2008

Sebenarnya bukan mudah menjadi penulis. Yang paling sukar dalam proses menulis ialah menunggu ilham bergolek ke dalam kotak fikiran. Kalau tidak bergolek juga setelah menunggu berjam-jam di depan monitor atau sudah penat memegang pen, maka kenalah dicari juga ilham itu. Perahlah otak, bukakan minda, luaskan pandangan, kuatkan pendengaran, guna untuk mencerap sebarang ilham yang mungkin terbit. Andai selepas itu tidak juga kelihatan sebarang petanda bahawa ilham telah datang, maka baik tarik selimut dan pejam mata ?tidur sambil berdengkur. Manalah tahu mungkin ilham itu akan turun bila kita sedang nenyak membuat tahi mata dan melelehkan air liur.

 

 

Penulis menjejak idea lalu menterjemahkannya dalam bentul tulisan alias karangan. Penulis ini adalah pencerita tanpa suara. Suara mereka ialah tulisan. Maka bermain-mainlah penulis dengan bahasa dan ejaan-ejaan. Justeru lahir berbagai ragam bahasa dan lenggok tulisan, bersesuaian dengan peribadi penulis tersebut. Kalau bahasanya kasar maknanya penulis itu kasar sifatnya. Kalaulah lembut dan sopan tulisannya maknanya sopan dan berbudi tinggilah penulis itu.

 

 

Kepenulisan bukanlah kerja main-main, melainkan penulis yang bergelumang dengan cerita ghairah. Dan sekarang ini banyak juga kelihatan penulis ghairah di massa macam di majalah-majalah kecil yang di jual di toko-toko buku. Tajuknya juga menarik, jalan ceritanya pasti lebih menarik, lalu berlumba-lumbalah anak-anak muda, tidak ketinggalan bapak budak juga membacanya sambil dalam pikiran mereka mula membuat gambaran-gambaran asmara. Mereka ini tergolong dalam jenis Kepenulisan Ghairah.

 

 

Ada juga Kepenulisan Haprak, maknanya kepenulisan yang membawa kesongsangan atau ajaran yang menjumudkan. Macam cerita-cerita tahyul yang mengalami permintaan tinggi dewasa ini termasuklah dalam majalan Mastika. Entahlah kenapa diceritakannya betapa bahawa ada puteri bunian yang berkahwin dengan pemuda kampung, ada batu sakti yang boleh menyembuhkan segala macam penyakit minteri, kuburan yang ditumpahkan hajat di atasnya, serta bermacam-macam cerita kurafat lagi yang memenuhi pembacaan masyarakat kita. Cerita-cerita ini tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembangunan minda kita, malah sama sekali tidak menyumbang apa-apa kepada infrastruktur negara, melainkan ia menjahanamkan semangat keagamaan kita, melemahkan rohani serta memalaskan minda kita dari mencerna pemikiran yang cemerlang.

 

 

Kepenulisan Kosong ialah penulis yang menulis dengan penceritaan yang tidak membawa sebarang makna ataupun tidak ada apa-apa yang bisa diambil dari tulisannya melainkan kosong belaka. Lalu kerana itulah ia dinamakan sebagai kepenulisan kosong, bersesuaian dengan sifatnya. Banyak juga kita lihat penulis-penulis yang menggolongkan dirinya dalam kelompok ini, misalnya penulis bagi majalah URTV, Mangga dan Hai.

 

 

Sementara itu Kepenulisan Sesat ialah lebih menjurus ke dalam bidang agama, walaupun seperti kata Encik Khairul (www.encikkhairul.cjb.net) bahawa sesat itu luas pengertiannya, bukan sekadar mewarnai ritual tetapi ia meliputi sekelian aspek kehidupan ini. Tetapi aku menfokuskan sesat di sini dengan cakupan yang lebih tertumpu dan kecil agar mudah kita menjelaskannya. Dan pemuka dalam kelompok ini sudah pasti penulis terkenal di Malaysia ?Astora Jabat.

 

 

Tidak pernah dalam pikiran ini bahawa suatu hari nanti kerjaku ialah menulis. Dan tidaklah pernah menjadi cita-cita seperti yang tertera dalam semua kad laporan ujian di sekolah dahulu ?ita-cita: Penulis? Tetapi mungkin kerana sudah ditakdirkan bermula dari tingkatan satu minat untuk menambah ilmu membuak-buak dalam hati ini, memaksa aku melalui jambatan ilmu hingga banyak melapangkan diri di pustaka, yang akhirnya mendatangkan satu cita-cita luhur iaitu mau menjadi penulis satu hari nanti. Gunanya untuk menyatakan wawasan kita secara meluas, agar bisa majukan bangsa kita, moga keamanan bisa dikecap serta keutuhan akan tertegak.

 

 

Subjek yang paling menarik untuk dibualkan oleh aku ialah cerita tentang hari-hari yang kita lalui. Ini cerita benar seperti isah Benar?di TV3. Semuanya benar belaka melainkan tidak ada yang benar kecuali yang benar sahaja. Dan semacam kata Tamar Jalis dalam bukunya ercakap Dengan Jin? sedikit garam serta Ajinomoto di masukkan agar ada rasa masam masin ketika menghadamkan tulisan ini. Justeru tulisan ini darjatnya tidaklah shahih kerana dari ilmu Riwayahnya dan ilmu Dirayah nya menunjukkan bahawa matan serta sanadnya dhaif jiddan kerana bersumber dari manusia yang di dhaifkan. Penyakitnya datang dari Bangchik, kerana dia (bangchik ini) tidak dikenal dan hapalannya buruk ?tidak dhabit. Yang perlu dinilai ialah apakah tulisan ini memiliki makna yang benar sehingga mengarahkan tindakan yang benar. Seandainya ia tidak memiliki sebarang erti, malah menyimpang dari kebenaran, maka seseorang harus mengkhabarkan kepadaku agar kegelinciran ini bisa dialihkan.

 

 

Dan rasanya tulisan semacam ini ?tulisan blog, walaupun kebanyakan dari penulisnya banyak menceritakan perihal hidup mereka; kadang-kadang kisah makan mereka, cerita tentang kawan mereka, hal cinta mereka, malah sempat pula bercerita mengenai lawatan mereka ke kedai untuk membeli gula, tulisan-tulisan ini sebenarnya memberikan kebaikan kepada diri mereka sebagai satu wadah untuk melakar dunia mereka sehingga ia bisa menjadi penyembuh kepada mereka seperti yang dikatakan oleh Bluehikari. Dan kebaikan juga bisa dipungut oleh pelawat-pelawat alias pembaca, kerana di dalam tulisan semacam ini, kebanyakannya terkandung makna yang tersembunyi untuk panduan hidup ini. Cerita-cerita yang termuat dengan kebaikan maka minda yang sihat akan menetapkannya sebagai ikutan. Kadang-kadang ceritanya berkisar tentang keburukan, maka minda yang waras akan menetapkanya sebagai sempadan.

 

 

Sebenarnya minda kita ini punya kuasa yang kuat. Semacam kita melihat dunia ini. Ada manusia yang memandangnya dengan warna kelam. Ada yang melihatnya dengan warna merah. Dan ada ramai juga yang melihatnya dengan warna pelangi. Sedangkan mereka-mereka ini memandang kepada permandangan yang sama. Kerana kekuatan itu bergantung kepada sistem pemikiran yang kita jana, maka kepahaman itu bermacam-macam dalam satu perkara. Mungkin kaedah yang terbaik ialah kita menetapkan satu sistem yang akan menghasilkan pemahaman terakhir berupa nilai positif. Untuk itu, semua jenis kepenulisan akan kita ambil pengajaran dan kita tinggalkan keburukan-keburukan yang terhasil daripadanya.

 

 

Catatan: nampaknya Bangcik ini mula suka sendiri. Kata-kata Bangchik ini tidaklah boleh diambil peduli. Bagaimana dia mau jadi berjaya kerana dia malas untuk membaca blog-blog enior?yang lain. Yang tahu hanya duduk termenung sambil mengkebil-kebilkan mata.

 

 

10 April 2004posted Wednesday, 14 April 2004

 

Temubual Bersama Andrew

Oktober 27, 2008

Semalam ada kesempatan bertemu dengan seorang teman dari tanah seberang. Mungkin ini adalah perjumpaan pertama dari sekian lama berhubung lewat kawat eletrik, maka banyaklah tanyaan yang dilontarkan seputar kehidupan di tanah yang kaya dengan manusia, bahasa, pulau-pulau dan budaya itu.

+ Wah.. kamu bisa bertutur dalam bahasa melayu ya! Berapa lama kamu sudah di sini?

– Sikit-sikit saja. Sudah lapan bulan. Saya selalu bercampur dengan orang Malaysia, justeru saya sudah paham sedikit percakapan disini.

+ Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu enggak jauh bedanya, bukan?

– Kalau yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu baku itu benar, tapi di sini orangnya bertutur guna bahasa setempat. Banyak yang tidak sama. Dulu saya enggak mengerti langsung! Ha.. ha.. Mula-mula turun di emigresen saya enggak mengerti apa yang dikatakan oleh pekerja di sana. Orang disini percakapannya perlahan dan laju. Mana gue sempat tangkap!

+ Makanannya?

– Makananya kurang sadap jika dibandingkan dengan di sana. Lagipun di sini masakannya banyak minyak. Asyik goreng, goreng dan goreng. Di sana walaupun guna santan tetapi tidaklah berminyak seperti di sini. Pilihannya juga banyak. Banyak propinsi maka banyaklah pilihan. Semuanya sadap-sadap! Dan aku juga lihat orang di Malaysia ini gemok-gemok atau yang kurus-kurus. Jarang yang badannya sedap-sedap. Di Indonesia kurang orang gemok.

+?Orang disini terlebih makanlah.

– iya.. di sana makannya tiga kali saja. Pagi, petang, malam. Di sini ada yang sampei enam kali. Pagi, kudapan, tengah hari, petang, malam, tengah malam.

+ ha… bagaimana dengan pemilu? Kamu turut mengundi?

– ini, jari gue warna hitam tanda gue sudah memilih.

+ Tintanya dari mana? Katanya tebal kertas undian kalian?

– Ini tinta dari India. Tiga hari baru hilang. Ibu jari kita di celup dengan tinta ini. Guna untuk mengesahkan bahawa kita sudah mengundi. Takut-takun nanti petang ada orang yang mengundi lagi walahal pagi tadi dia sudah memangkah. Kertasnya tebal, bayangkan ada lebih 20 pakatan parti dengan setiap pakatan itu mengandungi lebih dari 5 parti bergabung. Di sini partinya kurang. Senang untuk memilih di sini.

+ kenapa ya, kalau di Amerika sana hanya ada dua pakatan ?Liberal dan Demokratik. Negaranya besar dan orangnya juga banyak. Sama kondisinya di Indonesia?

– Itu lain. Di sini semuanya mau jadi pemimpin. Dan semua orang ada wawasannya sendiri. Sosialis, Liberal, Religus, Demokratik dan banyak lagi juga mau bertanding. Semuanya ini tidak bisa bergabung sesama sendiri.

+ Rasanya siapakah yang menang kali ini?

– Mungkin Golkar. Ada tiga partai yang dominan. Partainya Akbar Tanjung, Megawati dan (saya lupa seorang lagi). Tetapi Golkar punya ruang yang besar untuk menang.

+ Golkar bukankah dibayangi dengan Ordar Baru?

– Orang yang menyokongnya masih banyak. Walaupun pemukanya masih orang dari Ordar Baru tapi ia sudah diberi nafas baru. Dan orang banyak masih mahukan dia untuk memerintah.

+ Apa bedanya antara Ordar Lama, Ordar Baru dan era reformasi penggulingan Suharto?

– Ordar Lama tidak sesuai untuk di Indonesia. Sistem ekonominya diambil dari Komunis. Sama rata sama rasa. Ini enggak bisa dilaksanakan di sana. Lalu dilakukan revolusi. Dan Order Baru secara garis besarnya baik. Tetapi pada penghujung hayatnya ia mengamalkan nepotisme, anak-anak Suharto punya kepentingan dalam syarikat-syarikat besar. Lalu proyek-proyek diberi kepada kerabatnya. Kemudia diadakan reformasi. Sekarang ini keadaan sudah kembali baik.

+ Lalu apa namanya sekarang ini? Order apa? Bukankah sekarang ini katanya bergolak sakan?

– (Senyum) Mungkin kita bisa panggil rder Futuristik?kerna ama?dan aru?sudah dipakai.?Sekarang ini keadaanya mendatar. Sudah aman di sana. Cuna ada beberapa propinsi yang bergolak macam Acheh. Kita sekarang ini tengah kumpulkan kembali kekuatan untuk maju. Tengah berusaha ke arah itu.

+ Saya juga kalau diikutkan darahnya dari seberang. Sebelah ibu dari Surabaya dan sebelah ayah dari Matapura. Tapi rasanya takut untuk kesana. Selalunya dengar banyak perkara bunuh, pukul, bertimpas (bergaduh).

– Di sinipun ada bunuh, gaduh, pukul, ya bukan? Di sini manusianya kurang dibanding di sana. Maka pasti tekanan hidup di sana lebih tinggi. Justeru buat orang di sana lebih cepat terasa. Tapi kes-kes bunuh dan gaduh juga sama saja seperti di sini. Sebenarnya di sana aman sama seperti di sini. Cuma keamanan di sini lebih tinggi. Sama saja amannya! Jangan khuatir.

+ Kraton-kraton masih wujud?

– hanya ada tiga atau empat kraton yang punya kuasa, salah satunya di Yongjakarta. Sultannya ibarat Gabenur. Di wilayah lain sudah tidak ada kesultanan lagi walaupun keturunannya masih ada hingga hari ini. Macam di Matapura, sultannya masih wujud tetapi tidak berkuasa seperti di Yongjakarta.

+ Bagaimana mereka itu tidak berkuasa lagi dan bagaimana Kraton Yongjakarta mempertahankan kuasanya?

– Di wilayah lain Belanda sudah menggulingkan mereka, tetapi Belanda tidak dapat berbuat sebegitu di beberapa wilayah yang tadi. Maka semasa pembentukan Indonesia, hanya wilayah-wilayah ini mempunya kesultanan yang berdaulat. Belanda ini licik, selalunya dia akan membuat huru-hara. Wilayah ini bergaduh dengan wilayah sebelah lalu perang. Sultan bermusuhan dengan adiknya lalu berbunuhan. Pada masa genting inilah Belanda akan masuk menjahanamkan kita. Yangjakarta juga telah dipecahkan kepada dua wilayah kerana itu. Tetapi Kraton ini masih dapat bertahan. Dia tidak mengikut telunjuk Belanda secara taat dan dia juga tidaklah mengkhianat rakyat.

+ aku secara peribadi menghormati bangsa kalian. Orangnya bijak, kuat dan seni kalian tinggi.

– Itu memang benar, tetapi kami bergasakan sesama sendiri. Jakarta itu lebih maju dari Kuala Lumpur hingga sudah ada jalanraya lima tingkat, cumanya subway tidak ada lagi di sana. Seni kami lebih tinggi. Para bijakpandai kami juga banyak. Tapi bergaduhan sesama sendiri. Itu masalahnya! Bayangkan dengan memiliki 1000 lebih pulau, 1000 lebih rumpun bangsa dan 1000 lebih bahasa, kami mampu bergabung untuk menentang Belanda. Memang menakjubkan! Tetapi kini kami bergaduhan.

+ dan kalian juga punya jatidiri yang kuat. Pemimpin kalian bertutur dalam Bahasa Indonesia, tidak seperti di sini. Di sini pemimpin kami lebih gemar bertutur dalam bahasa asing, malu rasanya jika bertutur dengan bahasa ibunda.

– Setelah pembentukan Indonesia, bapak-bapak kami sudah mengangkat sumpat setia; Satu Nusa, Satu Bangsa, Satu Bahasa. Justeru kami tidak memandang kamu cina, india, punjabi, banjar, jawa, sunda, semuanya adalah Bangsa Indonesia. Dan kami juga bertutur dalam bahasa Indonesia. Tidak kiralah cina atau bangsa lain, semuanya fasih bertutur. Kalau ada orang bertutur dalam bahasa Inggeris, maka dia adalah sombong. Mungkin kasut sesuai dipakai dikepalanya. Pemimpin kami hanya bercakap Bahasa Inggeris jika media internasional yang mewawancaranya. Ini peratutannya. Kami bangga sebagai bangsa Indonesia. Kalau ada manusia itu gemar bertutur dalam bahasa asing, maknanya dia tidak bersyukur menjadi Melayu dan dia tidak bangga sebagai Melayu. Dia ketandusan jatidiri.

+ mungkin di sini kekuatan Bahasa Melayu tidak dapat ditegakkan kerna kami berbilang bangsa; Cina, India dan Melayu, sedamg bangsa-bangsa lain hanya dalam lingkungan satu peratus.

– Itu sebenarnya bukan alasan. Kalau kami bisa bergabung untuk sepakat, maka kenapa kalian tidak bisa? Kami memiliki 1000 pulau dengan 1000 rumpun bangsa, maka setiap rumpun bangsa itu memiliki pula bahasanya tersendiri. Justeru bagaimana 1000 bangsa berbeda dengan 1000 bahasa berpadu untuk menuju kepada satu sumpah setia: atu Nusa Satu Bangsa Satu Bahasa? Ini persoalannya! Justeru itu bukan jawaban utuk permasalahan tadi. Tegasnya peru ada satu usaha yang bersungguh-sungguh.

+ bagaimana dengan bahasa cina?

– dahulu bangsa cina ini berjuang dengan komunis. Lalu kerajaan dalam menghalang pengaruh komunis mengharamkan segala unsur-unsur budaya cina kerana khuatir. Dan sebenarnya mereka ini banyak jumlahnya serta memegang kekuasaan ekonomi negara. Tetapi selepas era Gus Dur, bangsa cina kembali mengadap kebenaran untuk mengamalkan budaya mereka.

+ Apakah selepas ini ia akan menggugat jatidiri bangsa Indonesia?

– Tidak, kerana kami sudah jadi bangsa yang satu. Tidak khuatir lagi kerana semuanya bisa bertutur bahasa Indonesia dengan baik.

+ banyak orang indonesia tidak sukakan orang Malaysia, katanya kami sombong.

– Ia, mungkin kerana kamu berada di tanah sendiri, berasa bangga dengan negara sendiri, berasa kaya dan berasa bijak.

+ Mungkin kerana rata-rata yang kemari menjadi tukang cuci?

– Ia, ini faktor besar. Kerana kalau kami sebutkan dari seberang, orang cepat-cepat ingatkan kami tukang cuci! Geram… geram… Bukan semuanya tukang cuci yang kemari. (senyum).

+ taraf pendidikannya?

– tahap pendidikannya lebih susah dari di sini. Universitasnya ada 1000 lebih, itu belum dicampur dengan swasta. Sistem di universitasnya susah untuk ditamatkan. Selalunya jarang ada siswa yang berjaya mengikuti programnya dengan baik. Di sini lebih mudah dan releven dengan kerjayanya. Dan yang mendukacitakan di sini ialah aku lihat orang melayu di Malaysia kurang pentingkan pelajaran. Mereka merasakan telah cukup dengan belajar sehingga degree sahaja. Kalau di sana, ada ramei orang melayu yang menyambung pelajaran hingga ke peringkat doktor.

08 April 2004

posted Wednesday, 14 April 2004

Penjual Minyak Wangi dan Tukang Besi

Oktober 27, 2008
Ini mungkin kelanjutan dari Sindrom Ultah gambaran Radit si Kambing Jantan. Malah lebih tepat lagi ia bisa dikatakan sebagai cebisan yang lebih mendalam.Ini cerita mati! Ceritanya bermula sebegini; Dua mani bertemu dalam persetubuhan, kemudian membentuk segumpal darah. Berdiam di kamar yang dipenuhi dengan air selama sembilan bulan lalu lahir sebagai bayi. Menangis ?minum susu ?tidur ?berak ?kencing. Lalu menangis ?minum susu ?tidur ?berak dan kencing lagi. Membesar jadi budak-budak. Sudah tahu makan sendiri, sudah bisa berak di jamban, sudah mau membaca buku. Lantas ia tumbuh jadi remaja. Bercinta, berfoya-foya lalu ia jadi hantu puntianak; keluar dari rumah bila azan magrib selesai dan kembali tidur bila dengan azan subuh. Tahun berlalu lalu dia menjadi dewasa. Berkerja lalu mengumpul sedikit wang untuk berkahwin. Lalu bersetubuh dengan pasangannya lantas sembilan bulan kemudia dia jadi manusia yang punya anak. Anaknya membesar dan akhirnya dia tua dan mendapat pikun. Lalu Tuhan memanggilnya kembali. Anaknya yang muda itu juga kemudiannya murung bila kedua orang tuanya mati. Dalam beberapa bulan kemudian anaknya mengikutinya menemui tuhan mereka. Semuanya akan kembali mengadap kepada Gusti Agung. Kullu nafsin zaa ikatul maut ?setiap yang bernafas pasti akan menemui ajal.

Tahun ini mungkin dapat di istiharkan tahun kematian, atau juga tahun kesedihan. Kerna tahun ini menyaksikan banyak dari kerabatku serta teman-teman ayah dan ibuku meninggal. Busu Kadir, Makachil, dan banyak lagi telah mendahului kita. Mereka datang dan pergi. Kemudian lahir anak-anak baru dan membesar menggantikan Busu Kadir dan Makachil. Persoalanya ialah apa yang kita perbuat? Mengangakan mulut menghitung hari-hari menunggu usia meningkat dan berserah diri kepada waktu? Atau melakukan kebejatan-kebejatan sehingga usia menjangkau empat puluh? Oh.. masih muda… tunggulah lima puluh. Tidak cukup gembira lagi… tunggulah selepas pergi haji kira-kira umur enam puluh. Akhirnya mati juga tanpa sempat berbuat apa-apa! Bila ingin taubat? Kapan mau insaf? Tunggu hingga maut datang? Oh tidak! Maut tidak akan mengkhabarkan bila ia mau datang! Justeru bila lagi? Esok? Lusa? Ataupun mingggu depan? Atau tunggu bila ada masa lapang? Oh tidak! Manusia senantiasa sebok memanjang! Terpulanglah! Itu urusan kalian! Tamat cerita.

Seorang temanku menelefonku petang tadi.

Semalam ada pergi dengan ceramah? Ceramah apa? Politik kah? Ceramah agama. Dia cakap tentang mati. Lepastu buat aku terfikir sejenak. Aku sedar aku tak mau jadi macam ni bila aku mati nanti? Bagus!? ku harap ko faham maksud aku?Aku faham. Niat yang baik kenalah sokong. Tak boleh di tahan-tahan?

Bila Adam berkata semacam itu, fikiranku melayang-layang teringatkan si Zaid budak Iban. Aku kenal Zaid sudah hampir empat tahun. Masa tu dia baru masuk Islam ?mualaf lah pada masa tu. Pertemuan yang terakhir dengannya tahun lepas, dia menyuarakan kepadaku hasrat untuk ke Saudi belajar agama di Universiti Islam Madinah ?dia mau insaf dan kembali menempuh jalan yang lurus. Aku setuju dia berbuat begitu dan aku cakap kepadanya bahawa betapa aku gembira dengan keputusannya serta aku akan menyokonnya. Dan hingga hari ini aku tidak mendengar khabar berita daripadanya. Entah apakah dia sudah berjalan di bumi Anbiya sana atau masih di Malaysia. Aku juga malu untuk berhubung dengannya, takut-takut nanti kita mengajarkan ajaran bangsat.

Sebagai seorang teman, aku akan menyokong dan membantu setiap rakan-rakanku yang ingin kembali kepada kehidupan yang murni bermaruah. Tiada sebab bagi kita untuk menghalangnya dari berbuat sebegitu. Aku senang bila aku lihat teman-temanku bahagia kerana kebahagiaannya adalah kesenanganku juga.

Dalam hal ini aku terkenang kata-kata ini; persahabat dengan penjual minyak akan mendapat bau wangi, bersahabat dengan tukang besi akan mendapat bau busuk? Entah apakah ini dari maksud sepotong hadith ataupun dari ilham hukamak. Andai ia adalah sepotong hadith yang sah maka aku memohon maaf atas keterlanjuran dan aku menarik kembali ucapan ini. Tetapi andaikata ia hanya berasal dari kata hikmah maka aku menerangkan bahawa ucapan ini tidak benar.

Untuk menjadi baik kita perlukan bantuan dari orang yang baik. Bersahabat dengan orang yang baik akan memberi kita nasihat untuk berbuat kebaikan. Dalam prinsip diatas tadi, sifat baik disandarkan kepada penjual minyak wangi dan sifat buruk diberikan simbol sebagai tukang besi. Andaikan seorang pencuri ingin bertaubat dan dia bertemu dengan seorang ulama? Maka dia adalah tukang besi sedangkan ulama?itu penjual minyak wangi. Lalu dia dan ulama?itu tidak bisa bersahabat kerana kekangan wujud di sisi ulama?itu. Ulama?itu dibatasi kerana idak boleh bersahabat dengan tukang besi kerana nanti berbau busuk? Justeru kelihatan disini bahawa prinsip ini tidak sempurna dan ia harus di robah agar bisa membawa kepada kebaikan kepada kedua-dua bahagian. (Tetapi mungkin jika kata-kata ini di nilai pada sisi yang lain, ada kemungkinan kita bisa menerimanya).

Dan aku lebih bersetuju untuk menerima pandangan ini, bahawa seorang yang ingin kembali dari mengikuti lorong yang berliku dan berduri, dia perlu meninggalkan teman-teman yang sebangsat dengannya. Teman-teman ini hanya akan mendorongnya menempuh jalan nihil (gelap) itu kembali. Mereka akan menarik tangannya perlahan-lahan tanpa disedari. Mereka akan menceritakan betapa indahnya dunia mereka sabah hari. Mengajaknya untuk mencuba walaupun hanya sekali. Lalu akhirnya tunas yang baru tumbuh itu layu. Kering kontang dan akhirnya mati! Justeru meninggalkan kejahatan itu harus (wajib) dan meninggalkan ahlinya juga harus (wajib). (Sebenarnya ini termaktub dalam kaedah-kaedah agama).

(Sekiranya aku tidak salah, inilah apa yang aku dengarkan dari seorang teman) Tetapi aku juga ada mendengar dari temanku, bahawa dia berkata bahawa seseorang itu tidak perlu untuk melarikan diri dari teman-teman bangsatnya apabila dia sudah bertaubat. Tetapi jika benarlah ini ucapan yang berasal daripadanya, maka aku akan berkata: capan ini kurang! Perlu ada tambahan? Aku bersetuju jika begini; penjual minyak bisa bersahabat dengan pembuat besi andaikata si pembuat besi itu tidak mengajak penjual minyak itu memasuki bangsalnya, atau tukang besi itu tidak bersalam dengannya tanpa membersihkan diri dahulu. Atau tukang besi itu tidak memberikan tahi besinya ataupun membicarakan tentang pekerjaanya bila mereka bertemu. Pendek kata, tukang besi itu harus menghormati tindakan si penjual minyak itu dengan cara dia memberikan bantuan dan dokongan. Dia sama sekali tidak boleh coba-coba menghasut penjual minyak itu beralih arah dengan menutup kedai arfumya lalu membuka kembali kedai besinya. Dan aku tidak bersetuju jika ucapan temanku itu diterima secara umum tanpa ada penjelasan ataupun batasan.

Justeru, hanya ada dua kondisi untuk setiap orang. Penjual minyak; bersahabat dan berwaspada atau berpaling. Tukang besi; mengubah dirinya dan bersahabat ataupun menjauhkan diri. Pilihlah jalan mana yang lebih kalian inginkan. Dan aku mungkin akan berhadapan dengan satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat setiap kali bertembung dengan masalah ini.

Catatan: Aku berasa amat gembira bila ada dari temanku yang meluahkan hasratnya untuk mejadi baik. Dan lebih beruntung apabila temanku itu menyatakannya dihadapanku kerana ia menggambarkan bahawa aku adalah orang yang terpercaya buatnya dan ia juga sebagai satu peringatan kepadaku. Yang ini dapat digambarkan bahawa Allah telah mengutuskan dia untuk menyedarkanku akan kejahatan-kejahatan yang aku lakukan selama ini. Dan aku masih sedar bahawa diri ini bukanlah mulia. Justeru kepada teman-temanku yang sudah berpaling menuju jalan yang aslam (selamat), jauh dari zulmat (gelap), terhindar dari fitnah dan mehnah, maka istiqamahlah kalian dan berilah peringatan kepada kami ini. Dan aku juga mengerti jika kalian mula menjauhkan diri dan berpaling dari kami kerana kebaikan itu bisa diraih dari orang yang mulia berbanding diri ini. Serta ketahuilah bahawa seandainya kami yang menghilangkan diri, itu bukan bermakna bahawa kami membenci kalian atas jalan yang kalian tempuh tetapi itu adalah tanda kehormatan dari kami agar kalian tetap teguh atas landasan mulia yang kalian pilih. Orang kerdil tidak bisa berbuat apa-apa melainkan yang termampu baginya, dan yang termampu bagiku ialah dokongan dan doa?serta menjauh. Kerna menjauh itu lebih selamat buat temanku. Maafkan aku!
08 April 2004

posted Wednesday, 14 April 2004

NIngrat

Oktober 27, 2008
Terkejut! Hairan! Sebelum ini perkara seumpama ini tidak berlaku! Katanyalah.Bohonglah dunia yang matanya tertutup! Bodohkanlah mak chik mak chik di ladang getah Semanggol! Putarlah lidahmu untuk membelit leher nenek-nenek di rumah orang tua agar manusia sekaliannya tidak gelabah. Tetapi mereka ini tidak dapat menipu sekian banyak manusia.

Kononnya mangsa korbang pukul oleh senior di Seremban adalah kes pertama. Atau sebagaimana terkejutnya kementerian Pendidikan alias Pelajaran, rasanya itu hanyalah kepura-puraan. Bukankah sebelum ini telah banyak kes-kes buli dan telah banyak pelajar yang cedera. Lalu untuk mengelakkan hal ini digembar-gemburkan maka media disarankan untuk mengurangkan liputan mengenainya. Sebenarnya ia berupa kerahan paksa agar selepas ini jangan media membuat cerita lagi mengenai kes buli di asrama. Kemudian seorang bapak menteri yang baru memegang jawatan berkata:

elepas ini tiada lagi samseng sekolah!?P>Lalu digembar-gemburkan kepada massa bahawa gerak-kerja sedang gencar dilaksanakan. Sebuah jawatankuasa diwujudkan. Entahlah apakah ini ilusi optik ataupun kesilapan telinga mencerap gelombang aneh. Tetapi selagi mana belum ada usaha yang benar-benar dihasilkan atas kesungguhan dan kesedaran berlaku, selagi itulah masalah sepak terajang di asrama akan berlanjutan.

Macamlah aku tak pernah kena buli. Abang iparku pun pernah. Malah semua rakan-teman ku juga sempat merasakannya. Ingat lagi masa tingkatan satu. Kena kejutkan tengah malam buta hanya sekadar untuk mendengan ceramah agama Ehwal Islam yang ahli panelnya terdiri dari enior? Tajuknya hampir sama setiap minggu, cumanya ditambah dan dikurangkan sedikit mengikut kesesuaan minggu berkenaan. Contohnya; agaimana Menghormati Warga Tua?kemudian minggu seterusnya pakah Tanggungjawab anak-anak kepada Orang Dewasa? lalu minggu berikutnya emberi Salam Sebagai Tanda Kehormatan Kepada Pelajar Tua?dan bulan berikutnya pula hormatilah Kami  Warga Tua Yang Pikun? Lalu berceramahlah para ustaz-ustaz ini dengan tawaddu?dan ikhlas; menerangkan masalah seputar kehormatan di tengah malam yang sepi dan tidak dipasangkan lampu ?gelap gelita, yang kelihatan hanya gigi serta mata. Mungkin ini ajaran sufi, getus hati aku. Masakan tidak, mereka berforum di dalam gelap!

Kerana etika manusia itu terbahagi kepada tiga; anak-anak beretika kerana takutkan hukuman, remaja beretika kerana pengaruh teman-teman dan orang dewasa beretika kerana prinsip benar dan salah, sedangkan kami ini masih hingusan lalu kami ditakut-takutkan dengan cerita-cerita seram seumpama sang kancil dengan buaya. Atau kami akan dipertontonkan satu siri cerita aksi yang hebat serta eal?di depan mata. Macam filem hindi yang penuh dengan lompatan, tendangan tepi, tumbukan, dan hayunan kayu hoki.

Sebenarnya kalaulah kita sadari bahawa asrama-asrama kita ini dihuni oleh para ningrat (bangsawan) dari kraton-kraton yang entah dari negeri mana. Para raden dan gusti bersepah-sepah sehingga mencapai puluhan orang sementara itu anak-anak yang baru berusia 12 tahun yang baru menjejakkan diri di alam sekolah menengah seumpama pacal-pacal yang mengangkut najis. Berkejar-kejar ke hulu dan bertatih-tatih ke hilir menunaikan hajat para ningrat yang memegang adikara (kekuasaan). Disuruhnya membasuh baju ketika si ningrat melihat si pacal sedang terbongkok-bongkok menyonyoh berus. Berbesen-besen hendak dibasuh baju, kemudian ditambah lagi dengan baju ang Mulia?sebesen penuh – lalu kelelahan. Ditolaknya permintaan nigrat dan akhirnya ditempeleng. Kemudian akan dipasungnya si pacal tadi kerna menolak arahan itu. Akhirnya hiduplah si pacal itu tadi dalam ketakutan selama dua tiga tahun lamanya. Selalunya beban rasukan perasaan itu akan bebas bila mereka memasuki tahun kedua di asrama kerana sudah ada pacal-pacal baharu di asrama ketika itu yang menggantikan jawatan mereka.

Sekarang ini si pacal tadi sudah naik pangkat menjadi sida-sida di istana. Kerja si sida-sida ini bukanlah untuk membasuh baju, mengangkut makanan, mengemaskan almari, menggosok baju, mengusungkan buku, menundukkan kepala, dan mengampu para gusti, tetapi mereka-mereka ini sekarang kerjanya mengajarkan si pacal-pacal baharu itu tentang tanggungjawab serta tugas mengangkut najis para ningrat. Cuma kadangkala sahaja mereka akan melaksanakan kerja-kerja lama apabila para pacal tidak ada. Tetapi para sida juga sudah boleh mengambil kesempatan mengarahkan para pacal. Tahun berikutnya para sida itu tadi sudah naik pangkat lagi menjadi para menteri. Ketika ini jawatan mereka sudah tinggi dalam hirarki Kesultanan Asrama. Maka bapak-bapak menteri ini memegang wilayah kekuasaan yang lebih besar serta kekuatan yang lebih tegar. Para pacal serta para sida tertakluk di bawah jagaan mereka. Mereka ini ibaratnya Raden Kecil ataupun Tengku Mahkota kerana hanya setahun lagi mereka akan menjadi bangsawan mulia ?para ningrat berupa raden dan gusti.

Jadi cara apa pacal-pacal ini dihukum? Kalaulah di Negeri yang bernama Sri Perak di Parit Buntar itu hukuman untuk para pacal yang durhaka atau yang cuba menggulingkan tahta ialah kayu hoki ataupun kayu pembaris panjang ataupun buku lima serta sepak terajang hingga lebam-lebam atau berdarah. Hukuman lain yang agak ringan dikenakan mengikut kadaran masing-masing. Mahkamahnya serta para juri dan hakimnya tidaklah para pacal itu ketahui akan ketelusan mereka melainkan yang mereka sedia maklum ialah ketetapannya telah ada walaupun mereka belum di adili, walaupun mereka belum diusung ke kandang soal. Mereka sudah tahu jawabannya ialah hanya satu; ersalah!? Lalu kalau kesalahan itu kecil dan ringan, maka mereka akan dihukum meniupkan kipas syiling yang ff?suisnya hingga berpusing ligat. Kalaulah tiba-tiba takdir Gusti Agung meniupkan angin lalu berpusinglah kipas itu, maka para hakim itupun membuat helah. Konon-kononnya tidak cukup laju atau kurang kuasa kudanya. Kalau bukan ditiup kipas, mungkin disuruhnya meniupkan lampu kalimantang hingga menyala terang. Sekiranya gagal meniup kipas atau menyalakan lampu, para pesalah itu tadi akan dipukul juga. Sebenarnya banyak lagi hukuman-hukuman yang disediakan kepada para pacal ini agar mereka mengikut telunjuk para ningrat yang pikun-pikun itu; yang semuanya diatas namakan pada ehormatan?

Dan pacal-pacal ini tidaklah bising-bising merepot. Mereka tetap bersabar dan menahan beban derita sesama mereka saban hari. Kalau mereka bising dan membuka mulut serta tunjukkan lebam-lebam di badan, maka pacal itu akan dikatakan dayus, pengecut, lemah dan pondan. Kerana bagi penghuni asrama, mereka memegang satu prinsip: ertahanlah dengan bulian, kalau membuka mulut maka kita bukanlah seorang lelaki? Kerana diamnya mereka ini menyebabkan pihak sekolah menyangka tiada kes buli, sudah aman sekolah dari acara pukul dan lebam. Tetapi hakikatnya kes buli tetap berlaku di kebanyakan sekolah asrama. Dan dendam mereka kepada para enior?akan dilepaskan kepada unior?mereka apabila mereka menjadi raden empat tahun kemudian. Lalu dendam ini berlanjutan zaman-berzaman tanpa penghujungnya.

Ada perkara yang perlu kita fikirkan. Persoalannya ialah kehormatan apa yang mereka inginkan? Gerangan apa yang mereka harapkan? Mereka sebenarnya mahu semua manusia yang lainnya memberikan tunduk hormat setiap kali berselisih dengan mereka, mau semua manusia mengikut kata-kata mereka tanpa bantahan seperti hamba abdi di Afrika, mau semua unior?menjadi kuli mereka dan melakukan semua tugas harian mereka di asrama. Semua inilah yang mereka namakan sebagai espect?ataupun kehormatan. Mereka mengharap sesuatu yang tidak dapat diberi oleh manusia-manusia ikhlas lantaran mereka itu para ningrat yang busuk serta berkulat. Ibaratnya buah nangka yang berkulat lagaknya mereka. Manalah mungkin didekatin orang kalau sudah membusukkan. Pasti manusia-manusia yang lain akan bertembiaran lari. Kerana mereka itu tidak menyadari bahawa mereka itu adalah buah nangka yang berkulat, lalu dipaksanya semua manusia yang umurnya muda dari mereka untuk menghirup bau mereka yang busuk itu. Kalau mereka itu sadar pasti mereka akan membersihkan diri serta mandi sejam sekali hingga bau busuk tiada dan kemudian akan datanglah berbondong-bondong manusia mendekati mereka secara ikhlas. Bukan tidak ada pelajar senoir yang dihormati malah banyak juga diantara mereka yang menakluk para pacal secara sukarela. Para senior yang berjaya ini pastinya seorang senior yang berbudi bahasa, pemurah, pemaaf, pendek kata seorang yang mulia dan baik. Inilah rahasianya untuk menarik manusia lain supaya mereka menghormati diri kita dengan sendirinya ?tanpa paksaan. Dan kita sedia maklum bahawa bukan semua manusia itu dianugerahkan Gusti Agung dengan pemikiran yang mulia hingga bisa menempuh jalan yang mulia juga. Kebanyakannya hanyalah mendapat pikun di waktu muda!

Catatan: aku tidaklah pernah membuli pelajar-pelajar yang muda dari aku kerana tiga sebab. Pertamanya ialah aku bukan pendendam. Para pacal yang menjadi ningrat akan membalas dendam kepada pacal-pacal baharu sedangkan manusia yang membulinya sudah keluar dari sekolah itu. Ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar! Sebab kedua ialah aku manusia yang gemarkan diplomasi dan keadilan. Semuanya pasti meniarap pada dacing kebenaran. Kita akan adili semua orang dan kita akan pastikan keadilan itu dimenagkan. Dan aku akan berdiplomasi seboleh-bolehnya untuk mengelakkan pergaduhan atau kekasaran. Pergaduhan tidak mendatangkan apa-apa melainkan bengkak dan lebam. Ketiganya ialah aku takut kalau-kalau pelajar muda ini akan melakukan apa yang ami?lakukan kepada senoir kami. Ingat lagi Mat Sabun masukkan air longkang dalam minuman senoir. Amer celupkan baju senior dalam mangkuk tandas dan Aruk masukkan air kencing dalam air oren mereka. Dan aku tidak mahu minum air longkan, pakai baju dengan bilasan air mangkuk tandas serta tidak hamu minum air oreng berperisa air kencing!

Semua ini buat aku tersenyum. Kami telah jadi lelaki sejak dari dahulu lagi! (mungkin prinsip ini perlu difikirkan semula)

Dan aku juga sering berbuat benda yang sama seperti yang dilakukan oleh teman-temanku kepada Mentoi, Zul Pelaq, Ali Kipeng dan Tagen. Mintak maaflah. Ampunkan patik!

posted Monday, 5 April 2004

 

Cobaan

Oktober 27, 2008
ada sesetengah orang berkata bahawa kerja ini gila. aku kata ini kerja waras. kita sedia tahu apakah diri kita ini seorang perajuk atau seorang periang. kita tahu diri kita siapa. manusia dapat menipu orang lain tetapi dia tetap tidak dapat menipu dirinya sendiri. yang boleh dilakukan ialah hanya sekadar berpura-pura tetapi kepura-puraannya itu tidaklah menipu hatinya. dan kita juga tahu bahawa diri kita seorang yang lemah semangat, sering berputus asa ataupun senang putus harap kerana kita telah biasa tersungkur ketika menghadapi musibah atau bencana. justeru bagaimana kita bisa mengetahui akan sesuatu tanpa kita mencubanya?lalu aku sering berkata bahawa kita ini dalam berhubung perlu ada cubaan-cubaan, semacam kata seorang guru kepada pendekar bujang lapok. perlu dicubanya hubungan yg dibina agar kita tahu sekuat mana ia. kalau tidak kukuhy maka kita kukuhkan. kalau sudah mantap maka kita pertahankan. tidaklah perlu koita menunggu sehingga satu keadaan yg datang kerana mungkin pada waktu itu nasi menjadi bubur.

andaikanlah kita berkawan dengan seorang budak. kita ketawa bersama-sama beberapa lama dan ketika kita ditimpa klecelakaan dia melarikan diri ataupun menyorokkan tangannya ketika kita ingin meminjamnya. dan ketika saat ini barulah kita tersadar bahawa teman yang kita pilih itu ;hanyalah teman ketawa.

begitulah dalam semua hubungan yg kita jalinkan. janganl;ah menunggu hingga datang satu peristiwa yang menunjukkan kulit sebenar hubungan yg kita bina itu. mungkin ia memakan masa bertahun-tahun, atau mungkin ketika itu kita sudah tidak berdaya berbuat sesuatu dan akhirnya kita tersungkur. menguji cinta amat penting bagi aku. dan aku akan mengujinya agar hubungan itu akan padu dan utuh.

catatan: dan aku selalu menunjukkan bahawa aku tidak menyukai seseorang walhal itu tidak benar. serta aku juga sering menguji cinta itu kerana selepas itu barulah aku tahu sejauh mana cintaku telah pergi.

posted Monday, 5 April 2004

 

Bomoh

Oktober 27, 2008
bomoh santet? aku selalu terfikir tentang mereka-mereka ini. manusia jenis ini katanya punya ilmu batin, handal mencvari nombot ekor, bisa kembungkan perut wantia, kurapkan kulit mangsa malah bisa mencabut nyawa.lalu aku terfikir lagi. apa gerangannya mereka ini kalau duduk di gobok buruk? mungkin tawaddu’. mungkin! kenapa tidak saja pergo ke kedao TOTO lalu menaruk seringgit dua? mungkin sudah menjadi pantang semasa menuntut “tidak boleh menikan”.

dan kalaulah mujarab mereka ini sehingga dari jauh boleh memancung orang, patut dilajari askar-askar kita ilmu semacam ini. senang bila kita betganyang dengan amerika. hanya dari atas bukit kita membantai mereka. atawa (atau) bisa saha hantarkan jin-jin mereka merasuk badan Bush, biar dia memekik melolong kerada kurang ajarnya dia.

tetapi kita tidak melihat hal-hal semacam ini. yang kita lihat mereka diam di bangsal-reban. bisa menghamilkan para gadis – ya itu gampang kerjanya. dan bush serta koncu-koncunya ketawa dan terus menghambat kita. lalu apa yang bomoh-bomoh ini kerjakan? goyang kaki sambil meratib meraba.

dan aku juga sering berfikir: “kenapa dracula dan hantu puntianak cina (yang kuat melompat dan kita hanya perlu tutup hidung menahan nafas) tidak ada di negara kita?” mungkin antara amerika dan malaysia itu jaraknya jauh. penat lelah lah dracula terbang, atau darah manusia yang berkulit putih lebih manis. mungkin hantu lompat cina itu tak sempat nak melompat dari China ke sini.

catatan: apa-apa saja yang kita fikirkan, banyak yang tidak keruan. mak chik-mak chik di kampung tu sudah-sudahlah merepek.

 

posted Sunday, 4 April 2004

 

Kerabat

Oktober 27, 2008

Kita sudah sering mendengar ucapan sebegini: maafkan saya? atau saya minta maaf? mingkin juga harap maaf? dan sebagainya. Tetapi aku tetap ingin menyatakan kepada anda sekalian: Tolong maafkan saya?atas kelewatan mengupdate blog ini.

Kesebokan menggila dalam dua tiga minggu ini. ia mewabak ke setiap tempat dan waktu hinggakan aku tiada masa untuk menulis. Dengan mulanya ia menyerang kesihatan aku hingga aku tersungkur selama seminggu atas nama garing (demam) kemudian setelah aku hampir wagas (sihat), kesebokan sekali lagi menerjah dengan membuatkan aku ke hulu dan ke hilir mencari kerja.

Dan hanya minggu ini aku cuba mencari celah-celah waktu untuk mengetik papan kekunci. Minggu lepas aku ada memiliki satu waktu yang cukup berharga ketika di atas bas yang meluncur laju ke Seremban. Ketika itu aku meloret di atas sebuah buku catatan kecil yang sering aku bawa bersama. Sempat bercerita betapa getirnya usahaku melakukan erjalanan Ke Mordor?bersama-sama Pian yang akhirnya mengganggu kesihatan aku ini. satu perjalanan yang sukup panjang dan mengkeringkan tenagaku, ia ibarat perjalanan dalam Lort Of The Ring. Tetapi watak-watanya berbaza dan sifat jahatnya juga tidaklah sama. Cukuplah apa yang aku katakan: ni perjalanan yang panjang dan dilakukan dalam masa yang singkat, satu perjalanan yang tidak pernah aku tempuh selama ini. dan ia adalah permulaan dalam menuju satu keteguhan dalam kehidupann yang mencabar pada masa mendatang?

Hari Khamis tadi, kakak menelefon aku yang ketika itu sedang berfoya-foya di kota raya berbatu (sebenarnya berada di KL, tengah online untuk mencari kerja di Job street, online blog ini dan menyemak e mail). Katanya dia sudah nak beranak. Maka aku pun pulang ke rumah. Keluar rumah pukul 9 malam, pergi ke Selayang Capitol selama 1 jam kerana abang Poi nak beli barang pekakasan bayi yang bakal lahir. Kemudia dalam pukul 10.50 kakak mula rasa sakitnya semakin menjadi-jadi. Lalu kami pun pergi ke Hospital selayang. Mulanya nak masuk wad bersalin ramai-ramai, tetapi seorang makcik Gard (yang aku panggil Mak Guard), mengatakan bahawa hanya suami dan isteri yang hendak bersalin sahaj dibenarkan masuk. Maka aku pun terpaksalah menjada dua orang anak buah aku yang lincah ini di luar wab. Penak menunggu dan penat menjaga mereka berdua. Selama 1 jam asyik termenung sementara anak buah aku asyik berlari sakan. Seronoknya jika menjadi budak, berlari, bernyanyi, memekik dan bergolek-golek, kemudian melolong dan menangis. Tidak perlu fikir kalkulus yang selalu aku ulang-ulang, ataupun Asas Grafik yang sukar untuk aku luluskan diri ?terima kasih la kat Pak Aji yang menyipakna projek aku untuk subjek ni.

Dalam pukul 11.50 malam Abg Poi keluar dari wad sambil tersenyum: apat baby perempuan? Anak sedara aku yang dua orang itu tak senyum pun, depa buat tak tahu. enapa?? ak adik lelaki? Cis, budak-budak ini dah pandai no. Siap nak lelaki atau perempuan. Ingat nak beranak ni boleh pilih-pilih ke. Semalam (Jumaat) aku pergi ke serdang, amik mak kat umah Kak Bibik. Kak Bikit ngan Abg Sam gi kerja jadi aku la kena amik mak, sebab waktu lawatan mula pukul 1 petang hingga 7 malam. Nak tunggu kak bibik ngan Abg Sam balik, alamatnya tunggu la kul 8 lebih baru sampai kat Selayang nih.

Hari ni aku tolong mak kemaskan rumah. Penat gak. Pagi tadi aku bawak mak, Kak Wana ngan anak dia; Alif, gi Poliklinik Selayang ?semua pakat-pakat demam. Demam aku yang sejak dari minggu lepas masih tak baik-baik. Nasib badan.

Jadi perkara yang menariknya pada minggu ni ialah aku dapat anak sedara baru, bayi perempuan pulak. Yang sebenarnya untuk dapat anak sedara peerempuan dalam keluarga aku ini merupakan satu cabaran yang hebat. Kebanyakannya anak sedara aku adalah lelaki, dalam 30 orang anak sedara aku, hanya 6 orang sahaja lelaki. Anak Abg Chak semuanya yang seramai 14 orang itu hanya seorang sahaja perempuan, anak Abg Long aku keempat-empatnya lelaki. Jadi kehadiran seorang lagi wanita dalam bubuhan (kerabat) aku amat-amat di tunggu-tunggu. Dan kita tidak boleh menentukan secara pasti apakah kita akan beroleh anak lelaki ataupun perempuan.

Catatan: aku berharap akan mendapat anak pertama seorang lelaki, bukannya apa tetapi aku berasa kurang selesa jika ank pertamaku itu seorang wabnita. Tetapi biarkan saja Allah yang mengaturkan rencanaya kerana Dia mMaha Bijaksana. Dan aku juga berharap anak sedara aku berdua itu dapat menerima hakikat yang mereka sudah memiliki adik perempuan. Tiada bezanya memiliki adik perempuan ataupun seorang adik lelaki. Malah kami amat menunggu-nunggu seorang bayi perempuan selama ini. dan kesebokan tetap menggila rasanya untuk waktu-waktu seterusnya.

posted Wednesday, 31 March 2004

Ilmu Mantik

Oktober 27, 2008

Kalau merujuk ilmu mantik:

Lembu makan rumput

Bang Chik makan rumput

Maka Bang Chik adalah lembu

Sudah aku menjangkakan bahawa cinta alam sibir ini amat sulit, malah menabur janji dalam internet itu kerjanya orang gila. Maka aku dapatlah dikatakan sebagai orang gila. Cinta itu gila, lebih cepat sembuh lebih baik. Cinta itu buta, lebih cepat dapat melihat lebih baik. Aku sudah matang dalam menilai cintanya seorang manusia kerana ia ada pola-pola tertentu yang dapat kita ramalkan. Dan aku masih memegang erat gagasan bahawa mengatakan ku cinta padamu?lewat dawai letrik adalah kerja orang yang hingusan ?kampungan. Tetapi entah kenapa aku sanggup melewati prinsip aku itu dan aku mengaku kepada Pian dan teman-teman yang lain betapa jahilnya aku dan kesungguhan aku dalam era kekampungan itu. dengan harapan pola-pola yang aku jangkakan tidak mengikut aliran normal, terjadi satu keajaiban dan cinta yang aku semai itu tumbuh segar dan menghijau.

Kemudian dalam kesihatan yang mengganggu nafasku, aku gagahkan diri bertemu dengan rang kesayangan?itu. dan aku dapati bahawa pohon yang aku semai itu tidak tumbuh segar bugar tetapi terbantut di serang penyakit untut. Aku tidak tahu apakah dalam hatinya itu ada satu daerah yang aman dan suegar untuk nafas aku. Tetapi yang pastinya dalam diri aku ini tanah ladang dengan rumput menghijau itu setiap hari bertukatrr menjadi pasir kering sedikit demi sedikit ?lembah menjadi sahara. Entahlah kemana janji yang ditaburkan dahulu. Tetapi oleh kerana kematangan aku dalam menghadapi problamatika seperti ini, aku dapat melaluinya dengan mudah dan tabah.

Mungkin sebagai gantinya, aku beroleh sesuatu yang lebih baik dari itu. selalunya orang berkata bahawa kehilangan sesuatu itu pasti di ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Dan aku bersetuju dalam hal ini pada kali ini. aku telah di kurniakan oleh Rabb aku dengan seseorang yang lebih berharga dan lebih aku sayangi. Pertemuan yang tidak dijangka dan tiada kata-kata manis yang ditabur sebelum pertemuan itu ?menjadikan daerah kontang ini subur kembali malah tumbuh hutan-hutan yang rebup dengan keharmonian.

Kekuatan aku ialah kecintaan ini akan memebal jika semakin kuat orang itu mencintaiku. Dan semakin lemah rasa kesayangan orang itu maka semakin lemahlah rasa sayangku. Kekuatan ini dia miliki dengan jelas hinggakan aku menyanyanginya sesungguh-sungguhnya. Mungkin inilah perasan yang ulung kali aku alami dalam bergelar manusia matang yang sudah lama bercinta. Tidak perlulah kita menetapkan rasa cinta ini dengan berbahasa?berbunga-bunga, dengan pantun, atau syair ataupun seloka, ibarat manusia yang hidup dalam zaman Hang Tuah, tetapi cukuplah untuk aku berdiam menutup mulut, hanya terlahir dari bahasa badan dan kata-kata tanpa suara ?hati ini.

Catatan: kepada Ada, percobaan untuk bercinta bukanlah sesuatu yang aku gemari. Bunyinya semacam lawak sarkes sedangkan kita ini dalam dunia nyata. Cuba untuk mengintai orang lain itu biasa, berlaku dalam kehidupan orang zaman dahulu bila mereka dijodohkan dengan seseorang yang asing. Tetapi cuba untuk bercinta itu amat memedihkan hati aku kerana ia ibarat satu paksaan ke atas hati engkau. Tanpa rela engkau mencintaiku, dengan berat hati engkau menyanyangiku. Jika tidak berjaya berbuat demikian maka engkau terasa semacam disiksa atau dihukum. Sedangkan aku tidak menerima satu percintaan yang dikerah, diatur dengan kekerasan atau satu perhubungan yang tidak ada senyuman ikhlas. Makanya engkau mungkin dapat mencubanya bersama orang lain.?Dan kepada orang yang aku sayangi, rasanya dia mengetahui aku menujukan ucapan ini kepadanya, janganlah engkau risau mengenaiku kerana daerah hatiku ini telah aku tanam ia agar menghijau dan aku tetap mencintaimu.

posted Wednesday, 31 March 2004

Racau

Oktober 27, 2008

Seorang lelaki hingusan yang umurnya baru berapa tahun, meracau sepanjang hari di sepanjang jalan. Racauannya itu amat membingitkan cuping setiap orang yang lalu-lalang di halaman rumahnya. Entahlah apa yang dia racaukan, semua orang tidaklah tahu melainkan dirinya jua. Malah butir suaranya yang terjerit-jerit itu tidak jelas, yang dengar hanya bunyi ngauman; aummm… aummm macam singa jantan berteriak miang.

Lalu datanglah seorang pawang mengubatinya, dipanggil khusus dari seberang. “Kesian… kesian… budak ini dihinggap semangat Singa Hutan yang lapar tak makan seminggu!” kata pawang tua perlahan. “Lalu bagaimana pak?” soal orang ramai, takut jugak kalau budak hingusan ini mula menerkam orang lalu dibahamnya. “Bertenang anak-anak. Carikan aku seguni bulu ketiak dan seguri (setempayan) hingus hijau. Lekas!”. “Buat apa pak?”. “Jangan banyak tanya, lakukan apa yang aku suruh, cepat nanti dia kerasukan lagi!”. Lalu orang ramai pun berbaris panjang untuk menderma apa yang mampu. Ada dua barisan, satu barisan penuh dengan orang yang berhingus. Sret… sret… bungi hingus dihenyeh keluar. Hingus yang meleleh keluar dan bergantungan itu amatlah menjijikkan – melekit-lekit, lalu terkumpullah seguri penuh lendir yang berwarna hilau bercampur kuning. Satu lagi barisan berbau tengik kerana semuanya yang beratur itu tidak pernah memotong bulu ketiak, nasib baiklah hari itu mereka punya peluang untuk berbakti dengan menyedekahkan bulu yang berjela-jela itu. Semuanya mengankat tangan tinggi-tinggi agar dapatlah sang bomoh itu mencukur ketiak mereka. “Geli pak”. “Sabar nak, sikit aja lagi”. Ada yang kasar bulunya, ada yang berpintal-pintal dan ada yang berserabut sakan. Warnanya hitam melekit dan daki-daki kotor juga kadang-kadang melekat di bulu yang sudah dicukur. Lalu cukuplah seguni jumlahnya.

“Nah pak hingusnya, bulu ketiaknya”. “Bagus! Bagus!”. “Lalu apa yang harus kami perbuat?”. “Kamu cucikan bulu-bulu ini dengan hingus ini, agar bulu itu nantinya jadi putih, agar hingusnya itu jernih”. “Enggak masuk akal pak!”. “Akal mu kah yang tidak masuk atau akal ku?”. “Akal kami pak!”. “Lalu maknanya itu kamu bahalul, perlu mengaji lagi”. Lalu dengan berat hati dan rasa jijik, ramai-ramailah orang kampung menyeluk hingus hijau yang berbau kamis itu sampai ke pangkal lengan kerana gurinya dalam, menyental bulu yang berpintal-pintal. Berjam-jam menyental tapi hingusnya tidak putih juga malah berbuih-buih mengeluarkan bau hamis yang amat-amat. Bulu hitam berserabut itu juga tidaklah semakin putih seperti uban melainkan menjadi semakin hitam dan melekit-lekit dengan lendir hingus. Lepas lima jam menyental, orang ramaipun mengalah keletihan. Ada yang terduduk, ada yang tertidur dan ada yang jatuh rebah kerana keletihan dan bau tengik yang mewabak tersebar dalam ruang lingkup 10 km persegi.

“Oooo pak! Sudak lama kami menyental tapi hitam tetap hitam, hijau kekuningan tetap hijau kekuningan. Tidak ada jernih dan putih pak!” “Kaya itu (kalau macam itu) aku sudah mati akal. Ini jin sangat perkasa. Raja segala jin yang merasuk ke dalam jasad budak ini. Sebab itu aku sukar menewaskannya. Kerna aku tidak dapat gunakan ramuan itu, maka aku akan guna cara lain.”. Lalu pawang itupun duduk meratib dengan asap kemenian berkepul-kepul naik. Dia menjerit tiba-tiba; “Hee…. jin Singa Miang, keluarlah engkau dari badan budak ini. Heee… Raja Jin Singa Jantan Gersang… keluarlah seandainya engkau tidak mahu binasa!”. “Haa… haa… aku mau makan budak ini. Aku sudah lama intai sama dia. Aku mau glamor biar orang kenal siapa itu Jin Singa Miang”. Budak itu bangun mendadak lalu ditamparnya tok pawang yang tengah meratib sampai pengsan. Melihat hal itu, orang ramaipun lari bertiamparan ketakutan.

Esoknya lalu seorang Kyai hendak ke kampung sebelah. Dilihatnya kampung Sibir ini haru-biru lalu dia singgah sekejap bertanya khabar. Manalah tahu mungkin-mungkin dia dapat pinjamkan tangannya. Akhirnya tahulah dia bila orang kampung bercerita bahawa ada seorang budak lelaki yang meracau yang bukan-bukan. Orang kampung sudah ada yang dapat menangkap butir cakapnya itu. Kata mereka budak itu mahu jadi Perdana Menteri Timor Laste, ada yang kata dia mahu menghapuskan segala “pok ke” (chameleon) yang bertenggek di dahan-dahan. Ada yang kata dia marahkan itik berak merata-rata dan bencikan cicak berbunyi. “Pelik.. pelik…” kata Kyai itu bila mendengar khabar tersebut. “Baiklah aku akan cuba ubatinya, mana tahu tuhan juga yang perkenankan usaha ini”. Orang kampung pun membawa Kyia itu ke rumah mangsa. “Kesian.. Mulutnya itu tidak mau tutup-tutup. Asyik memaki hamun saja budak ini”. “Kata pawang semalam dia disampok dengan semangat Singa Miang ketika dia lalu di hutan”. “Kalau begitu biar Kyai tengokkan dahulu”. Lalu kyai itupun bersembahyang dua rakaat memohon petunjuk dari Azza Wa Jalla, Rabb Alam Semesta. Selesai berdoa dia bangun dan berkata; “Bukan, bukan di sampok tetapi dia ini melatah terkejut semacam biawak itu disergak, lalu larilah biawak tanpa memandang kiri kanan dan tersadunglah kakinya dan tengadahlah kepalanya”. “Bukan di disampuk?”. “Bukan!”. “Lalu apa yang dilatahkannya?”. “Dia melatah dengan apa yang dia lihat”.

Budak itu sentiasa meracau-racau menyebut perkara yang bukan-bukan, sekejap marah, sekejap menengking, sekejap meratib, sekejap melaung, sekejap berbisik. Macam orang gila lakunya. “Budak itu dirasuk. Dia disampok. Apa yang dia racaukan itu sebenarnya dia sedari, tetapi dia sengaja berbuat gila babi. Dan perasoknya itu ialah hatinya juga – setan yang bertandang bergayutan di situ”. Sambil Kyai itu tundingkan jari telunjukkan ke dada budak itu. “Dan apakah akal waras kalian menerima kerja ini – membersihkan kebusukan dengan kebusukan, menyucikan kejijikan dengan kejijikan, menghilangkan kejahatan dengan kejahatan?”. “Kami ini orang yang tidak berilmu, Kyai. Manalah kami tahu yang kotor itu tidak dapat dibersihkan dengan yang kotor juga. Maafkanlah kami”. “Lantas untuk itu kamu wajib berilmu dan bertaubat”. Kemudian Kyai itupun membaca doa mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit, kemudian mengadap ke muka budak itu lantas ditempilengnya (di tampar) untuk menyedarkan si pura-pura itu. “Aduh!!!”. Akhirnya budak itu terpaksa mengaku yang dia hanyalah berlakon, semata-mata untuk menglamorkan dirinya dan mengaku yang mulutnya itu sukakan carutan. Dia mula insaf.

Catatan: aku buat pertama kalinya melayari blog seorang pelajar UM yang menuntut bidang pengajian antarabangsa. Laman ini disarankan oleh Pian kepadaku sebelum kami sama-sama masuk dewan periksa tadi. Aku menganggap dia seorang penulis yang baik tetapi dia ini suka meracau melolong tak tentu fasal. Dia telah menyerang Nizam Zakaria dan Sultan Muzafar yang punya nama besar dalam alam blog. Dan hari ini dia menyerang manusia yang songsang nalurinya. Untuk glamor tidak perlu menyerang orang, wahai saudaraku!

Aku bukanlah menyokong mereka ini kerana yang hitam itu tetaplah hitam, yang putih itu akan aku katakan putih. Cumanya aku menyebut dia suka meracau, kerana dia memaki hamun – sumpah seranah manusia yang songsang ini. Berlagak semacam orang mulia tetapi dia tidak menyedari bahawa dirinya itu cukup menunjukkan siapa dia sebenarnya. Seolah-olah dia orang yang berilmu dan penyantun. Apakah dia menyangkakan dirinya itu sempurna sebagus malaikat hingga dia boleh mencaci maki manusia lain?

Aku masih ingat, bahawa Ibn Qayyim berkata bahawa ada empat macam seruan. Pertama bila diseru maka kejahatan hilang. Kedua, apabila diseru kejahatan semakin berkurang. Ketiga, apabila diseru maka kejahatan tetap sama. Dan keempat, apabila diseru kejahatan semakin bertambah. Maka yang pertama dan kedua itulah yang terbaik. Begitulah juga kita tidak pernah mendengar ada nasihat atau teguran dari Rasul yang mulia kepada sesama Muslim berisi sumpah seranah, carutan dan cacian. Katakanlah kepadaku siapakah pedomanmu! Perbuatan engkau yang kasar ini apakah akan menepati tahap pertama, atau tahap kedua atau hanya menjurus kepada tahapan seterusnya?

Bukan tidak salah menegur orang, malah menegur itu amatlah baik. Tetapi harus diingat bahawa teguran yang akan kita laksanakan itu haruslah bijaksana. Jangan memaki, mecarut, menghina, membuka pekung di dada. Tetapi simpanlah kejahatan dan keaiban saudara kita dalam lipatan hati kita sahaja. Ucapkan perkataan yang baik-baik kerana kebiadapan selalunya membawa kepada pengingkaran sedangkan kelembutan itu dapat membuka pintu hati. Antara seorang Muslim dan seorang Kafir, tidaklah sama uslub dakwahnya.

Daripada aku ingin meletakkan blognya dalam link aku, terus aku padamkan alamat blog ini, kerana aku tidak mahu pembaca blog aku terdedah dengan bahasa yang berulat, tulisan yang meracun dan suara hati yang gelisah kegilaan. Takut nanti aku dan pembaca menjadi sewel serta kerasukan semacam dia.

Kepada Taufiq Ar Rasyidin, hendaklah engkau cepat-cepat memadamkan kata-kata kesatmu walaupun kononnya engkau ingin memberi nasihat, walaupun engkau membenci kelakuan buruk tersebut, kerana nasihatmu itu tidaklah berguna sama sekali. Ia tidak menolongmu dalam agamamu malah ia sebagai pemberat dacing kehinaan. Jalan nasihat bukanlah apa yang engkau lalui itu, laluannya terbentang di sini – di dua kitab Al Quran dan As Sunnah ini – kedamaian, kesantunan, kebenaran, keadilan.

Seandainya apa yang aku katakan ini berseberang dengan kebenaran maka datangilah aku. Seandainya engkau marahkan aku tanpa ada apa-apa alasan, maka katakanlah mengikut mahu hatimu.

Blog Taufiq Ar Rasyidin: http://www.fiqarash.blogspot.com Rujuk entry 9 Mac 04