Archive for the ‘fisafat’ Category

Belajar Berfikir

Julai 28, 2009

Guru saya bercakap bahawa selalunya pemikir akan sengaja membikin suatu makna itu disampaikan dalam bahasa yang panjang lebar, berjilid dan berputar-putar; agar manusia lainnya akan berkata: “Wah! Hebatnya dia. Dialah Pemikir Agung!”

Dan kata guru saya ini memang benar. Slalu kita jumpa orang yang ada gelar doktor, dan dia selalu berucap dihadapan manusia; bicaranya selalu panjang-panjang, berbukit bukau dan berbalam-balam. Dan orang ramai yang mendengar butir bicaranya seperti mendengar suara mercun yang meletup waktu raya Cina – bising dan membingitkan, mereka tidak tahu apa yang sedang diperkatakan, tetapi mereka semua sadar bahawa yang bercakapnya itu seorang Doktor, punya PhD.

Justeru orang awam yang memang kebanyakannya tidak punya masa untuk duduk mencangkung lalu termenung panjang untuk berfikir, akan menganggap bahawa “orang pandai sudah memang biasa bercakap seperti mercun, bicaranya tidak difahami tapi bunyinya kuat. Dan org yang totol seperti mereka sudah memang biasa untuk tidak dapat mengerti apa yang disampaikan oleh orang bijak”.

Oleh itu, benarkah apabila kita menjadi bijak, dan apabila kita mula meneroka alam pikir, maka percakapan kita akan menjadi satu kalimat yang tidak akan difahami oleh manusia biasa. Sepertinya kita adalah ayam dan masyarakat adalah itik.

Rasanya ini bukan suatu yang benar. Yang sebetulnya adalah bicara seorang pemikir itu akan menjadi semakin difahami oleh orang totol ketimbang seorang totol kepada seorang totol yang lain. Kerna seorang pemikir itu sudah mampu untuk meringkaskan bicaranya, sudah mampu menyimpulkan maknanya dan sudah mengerti tatakrama manusia biasa, sehinggakan dia boleh menyerap dalam alam manusia kebanyakan.

Tetapi yang nyata dan berlaku dalam dunia ini, mereka menjadi ayam dan kita menjadi itik. Apakah ketika itu ayam dan itik perlu mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris agar mereka dapat menjadi bijak dan bisa berkomunikasi; walaupun untuk bertanya di mana ada kolam untuk menyudu dan padang untuk mengikis?

Maka persoalannya adalah, siapa Pemikir itu dan bagaimanakah seorang lulusan PhD pun masih tidak mampu untuk punya pikiran yang jernih?

Bagi saya, saya sangat bersetuju dengan pandangan guru saya, Pn Ainon Mohd tentang Pemikir, tetapi saya juga ingin memberi nafas baru pada makna: sebuah makna yang cukup mendasar, sangat sederhana, bahawa “Pemikir” adalah manusia yang berusaha untuk meneroka alam pikirannya dengan kaedah berfikir yang benar, sehinggakan melahirkan satu pemahaman yang benar dan shahih, serta beejaya menyampaikan pikirannya dengan bahasa yang cukup mudah dan ringkas.

Berfikir dengan benar adalah satu perkara yang jarang diperhatikan oleh manusia. Ini kerna semua manusia [rata-rata] beranggapan bahawa insan telah dianugerahkan oleh Tuhan sebuah akal yang mampu berfikir. Maka untuk apa lagi kita belajar berfikir, sepertinya kita mahu mengajarkan anak kita untuk belajar melihat padahal melihat itu bersifat alami, tak perlu diajarpun manusia akan secara otomitas akan melihat.

Tetapi kita tidak sadar bahawa setiap panca indera yang tuhan berikan itu punya batas dan perlu diasah. Yang selalu mati ketika melintas, yang selalu dilanggar kereta dan lori, malah kereta sorong pun adalah manusia yang celik, tapi tidak belajar cara melihat dengan betul. Begitu juga mendengar, yang selalu melaksanakan tugas secara tidak benar adalah manusia yang tidak pekak dan tuli tetapi mereka mendengar arahan tanpa mendengar dengan betul.

Lalu kerana itulah di sekolah menengah dan juga di awal menara gading, kita akan diuji dengan Ujian Penulisan, Ujian Pendengaran, Ujian Bercakap dan ujian Pemahman, yang semua ini adalah satu ujian menguji pancaindera kita.

Bagaimana pula dengan berfikir? Apakah kita tidak pernah mengajari akal kita untuk berfikir secara benar?

Atau kita tidak kisah untuk menempuh apa saja jalan asalkan kita boleh menggunakan otak, dan berfikir sejenak?

Hakikatnya, kita harus menempuh jalan pikir yang selamat dan menyelamatkan. Lantaran itulah pak Menteri kita, Tan Sri Mahyidin Yassin menyeru kita agar menjadi masyarakat berfikir. Namum persoalannya, “Berfikir yang bagaimana rupa?”

Apakah dengan Pemikiran Sambarono?

Atau Pemikiran Analitik dan Kritikal?

Pemikiran Sejajar / Pemikiran Berjujuk?

atau Pemikiran Sistemik, Pemikiran Literal, NPL atau lainnya?

Mungkin kita harus menuju kepada Pemikiran Rasuli!

Jadi, tuan-tuan harus mula berfikir saat ini, jenis Pikiran mana yang paling bagus untuk diamalkan.

Asal kita jangan terjatuh dalam lubang falasi [silap logik pikir], seperti mahu menyuruh ayam dan itik pergi ke sekolah semata-mata untuk membolehkan mereka membaca buku di universiti [yang jumlah ayam masuk universiti sekitar 20% sahaja] dan menyenangkan mereka mendapat kerja [mereka tidak mahu mendesak syarikat swasta memperjuangkan bahasa Ayam Tempatan], dan juga menjadikan mereka berinteraksi dengan dunia luar, antara ayam belanda dengan ayam hutan, antara ayam bulu balik dan ayam katik [padahal yang berinteraksi dengan dunai luar secara aktif hanya sekitar 30% sahaja]. 

Tetapi orang yang dihinggapi denga falasi  selalu menyangka bahawa pikiran mereka ini benar. Perumpamaannya adalah seperti seorang yang gila menafikan dirinya gila.

Advertisements

Pemikir

Oktober 27, 2008

minggu lepas aku terfikit tentang budaya bangsa ini – melayu – tak kira waktu. malah aku sempat menanyakan pandangan seorang teman yang aku kira sebagai “handal” dalam sains komputer dengan satu soalan:

“apa pandangan ko tentang melayu? bijakkah? rajinkah? berbudaya tinggikah?”.

kemudia dia terlopong kerana kaget: kenapa soalan ini tiba-tiba dilontari padahal kita bukan berada di dalam kelas Ketamadunan tetapi di dalam ruang lif! tersenyum lalu berkata tidak tahu. (mungkin kerana masih terkejut atau kedekut ilmu!)

kemudian aku pergi ke bilik hadi dengan soalan: “hang rasa siapa kawan-kawan hang yang suka membincangkan hal-hal berat macam ketamadunan, politik manusia, sosiologi, kesenian?”.

hadi: “hang je la ngan wan!”.

justeru barulah aku tahu bahawa kami ini aneh orangnya. dalam seramai 20 orang teman-teman aku, hanya wan yang serupa “gila” ndan aku baru berjumpa saty behin baru yang boleh digilakan iaitu neezal. yang lainnya tidaklah suka kalau mani tiba-tiba menggilakan diri.

kalau teman-teman lain membicarakan tentang teknologi-teknologi terkini perkakasan komputer, betapa hebatnya perisian-perisian yang dipasarkan dan betapa canggeh sistem yang telah dibangunkan. namum kami si aneh-aneh ini membicarakan sesuatu yang sepatutnya jadi buah bualan para cendiakawan!

lalu ada orang terfikir: “Buat apa difikirkan masalah-masalah ini? padahal kita tidak dapat berbuat apa-apa. kita kerdil dan kita tidak punya apa-apa!

senyum je lah kalau ada orang yang berkata demikian.

sebab dia tak tahu apa-apa tentang apa yang dia katakan. kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. kalau tak diasah otak itu nanti jadi kepala lutut bentuknya.

sebenarnya waktu ini aku tidak dapat berfikir akan kerasionalan “kegilaan” kami kerana kepala aku sudah pening – akibat panas. “econd” dalam Pusat komputer rosak lalu udaranya padat dengan karbon dioksida dan ia memberi tekanan yang kuat kepada udara lalu kita terpaksa bernafas dengan kuat. dan juga ia mengakibatkan udara kurang sampai di otak. panas juga menyebabkan aku pening kepala. [harap budak sains dapat babtu aku kalau huraian aku tersilap].

tetapi aku tetap yakin. satu hari nanti walaupun kami ini kerdil tapi kami sudah mampu untuk memajukan minda kami. satu masa akan datang kami dapat memberikan sedikit sumbangan kepada bangsa dan negara. walau kami bukan pemikir tetapi kami dapat berfikir!

 
catatan: tulisan semasa di UTM Skudai

Kemelayuan

Oktober 27, 2008

tandaan: ulasan ini agak berat, mungkin tidak berdasarkan fakta yang kuat. dan aku juga bersedia untuk meralat.

yanz mengulas tulisan aku yang berjodol “Ranggaku”. lalu aku ingin menghuraikan alasan-alasan yang aku gunapakai hingga menuju kepada titik tersebut. maka inilah dia anatara alasan yang mendorong aku membuat kesimpulan seperti di dalam Ranggaku.

dan aku akan menerangkan akan makna tamadun, sains dan teknologi, guna untuk memahamkan kita semua.

tamadun: tamadun ialah keadaan manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta pembangunan pemikiran. ada juga takrifan lain iaitu perkembangan yang tinggi meliputi kebendaan dan bukan kebendaan; lingustik, seni bina, teknologi, ilmu dan aspek-aspek lainnya seperti ekonomi dan sosial-budaya.

sains: sains ialah pengetahuan yang khusus iaitu ilmu. pengertian sains berubah setelah wujud sains moden atau sains barat. sains ialah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabii yang bernyawa atau tidak bernyawa, dengan kaedah yang objektif melalui kajian pengeksperimen dan cerapan untuk hasilkan prinsip-prinsip yang boleh dipercayai dan boleh dibuktikan kebenarannya. (Dr Sulaiman Nordin).

sains moden lahir sekitar 1600 M akibat pertembungan antara pengetahuan ilmuan dengan pengetahuan autoriti, kuasa raja dengan kuasa gereja, maka kaum intelek barat melepaskan diri dari belenggu agama dan gereja lalu terbentuklah sains moden dimana ia melepaskan diri dari pengaruh sains klasik.

teknologi: Techne iaitu seni dan logos iaitu kata-kata sistematis. dengan ini ia membawa makna bahawa teknologi ialah ilmu yang lebih praktikal, sementara sains bersifat lebih teoritikal. Wan Fuad Hassan berkata teknologi menuju kepada “Ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem”.

beza sains dan teknologi: dalam sains, manusia cuba memahami alam tabii dalam bentuk kuantitatif sementara dalam teknologi, manusia cuba menggunakan dan mengawal alam tabii untuk kepentingan masyarakat. tegasnya falsafah tabii dan sains adalah aktiviti intelektual manakala teknologi adalah aktiviti praktikal.

aku membuat kesimpulan awal dalam dua point besar iaitu:

1: tamadun melayu merupakan sebuah tamadun yang kecil dan tidak dapat dibanggakan sangat.

2: terlihat ciri-ciri yang agak jelas menunjukkan bahawa kemerosotan tamadun melayu selepas zaman pertengahan.

maka kita tidak bersalah untuk menerima hakikat ini, malah amat baik bagi kita mengerti hakikat bangsa kita, agar kita dapat mengorak langkah baru. dengan itu kita telah bersedia untuk menerima kelemahan dan membaiki hal tersebutr dan kita bangun membentuk sebuah bangsa yang maju dengan tamadun yang unggul

yanz menulis:

“melaka (dibaca melayu) sebelum kedatangan portugis ialah sebuah negara (bangsa) yang kuat dan dihormati. antara faktor kedatangan alfonso laknat itu ialah kerana kemajuan dan kekayaan melaka pada masa itu. ini yang ingin dirampas oleh alfonso. sejarah membuktikan melaka suatu ketika dahulu ialah pusat penyebaran ilmu”

melaka muncul sebagai empayar di Nusantara khususnya dalam bidang perdagangan, penyebaran ilmu Islam dan perkembangan Bahasa Melayu. justeru tiada cacatan sejarah yang menunjukkan bahawa Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lainnya seperti Perlak, Pasai, Acheh dan sebagainya berkembang selain daripada tiga bidang tersebut.

adalah amat beruntung bagi Nusantara yang terletak di antara jalan perdagangan dan ia menjadi pusat persinggahan kepada kapal-kapal layar. dan Nusantara juga menjadi pusat pertukaran dagangan apabila banyak kapal-kapal dari benua India, china dan arab berlabuh di Nusantara. jadi keberuntungan yang pertama bagi Melaka dan kerajaan-kerajaan melayu yang lainnya ialah lokasinya yang strategik.

memang tidak dinafikan bahawa melaka pada ketika itu mempunyai sistem ekonomi yang mantap, pengurusan perlabuhan yang sistematik, tetapi kenyataan ini tidak membawa makna yang besar kepada pembinaan tamadun yang lebih unggul.

kemudian apabila melaka terbentuk dan membangun, maka ia mengalahkan banyak negeri-negeri melayu yang lain dan berkembang menjadi sebuah empayar yang meliputi nusantara terutamanya ia menguasai selat melaka, maka sudah pasti para pedagang berlabuh di sana. penguasaan selat melaka atau perluasan empayar bukan beretri bahawa sesebuah tamadun itu unggul. buktinya Kerajaan Monggolia yang dikenal sebagai bangsa gasar berjaya menakluki kawasan yang luas hingga menghancurkan Baghdad (sebuah tamadun yang unggul), sedangkan mereka itu tidaklah mempunyai ketamadunan yang tinggi.

justeru penguasaan barat keatas Nusantara berpijak kepada beberapa teori: pertama untuk menjadikan bangsa melayu sebagai “manusia” atas dasar beban barat mentamadunkan dunia, kedua ialah menyebarkan agama dari kitab Injil, ketiganya mengaut keuntungan hasil bumi tanah jajahan. mungkin inilah yang dislogankan dengan: “Gold, Glory, Gospel”. maka dengan ini diketahui bahawa Alfonso menjarahkan Melaka kerana faktor-faktor ini, bukannya kedatangan mereka kerana kebencian akan tingginya tamadun Melayu.

mengenai penyebaran ilmu, maka kita tidak melihat bahawa wujud sebarang ilmu sains klasik di Nusantara melainkan ilmu falak dan matematik mudah; khusus ilmu faraid dan ilmu zakat. buktinya perkataan tabib lahir dari kata arab sedangkan kata doktor dari kata inggeris. malah pengamal perubatan yang sistematik dari bangsa kita yang pertamanya ialah Doktor Mahathir dan Dr Burhanuddin Helmi (Homopati). justeru kita terpaksa mengakui bahawa “pusat penyebaran ilmu” itu hanya ilmu agama Islam dan bahawa melayu, sedangkan ilmu itu hanya melingkari dalam daerah kecil asia tenggara sahaja.

“melayu pada 1500 sudah pakai sutera. melayu 1500 sudah masak menggunakan rempah. melayu 1500 sudah punya wang emas. melayu 1500 sudah minum teh (teh merupakan minuman golongan elit suatu ketika dahulu). dan kerajaan melayu juga ketika itu pernah berkongsi kuasa untuk mentadbir sepanyol ketika kerajaan islam berkuasa (mengikut 1515 faisal tehrani)”

memakai sutera, meminum kopi, meneguk teh, memasak dengan rempah, maka ketika itu negara-negara di banyak benua telah melakukannya. ada pandangan yang kuat mengenai perkata ini, iaitu bahawa teh dan sutera didapati dari para pedagang. walaupun orang melayu telah pandai melombong emas, bijih dan besi, tetapi ia juga tidak menunjukkan bahawa kemajuan yang kita miliki ketika itu sejajar dengan kemajuan dari bangsa lain dalam skala waktu yang sama.

perkongsian pemertintahan bangsa kita bersama dengan Kerajaan Andalusia, tidaklah aku ketahui dengan tepat. tetapi penolakan kepada kasus ini ialah kita dapat mengatakan bahawa kes-kes terpencil tidak dapat dijadikan umum (generalisasi) kerana kemampuan individu yang sedikit dalam mentadbir bukan menggambarkan keseluruhan minda melayu dalam pentadbiran. begitu juga kasus pelayaran Panglima Hitam bersama Marco Polo.

ketika melada didatangi barat, para pembesar kita menukarkan barang dagangan kita dengan pakaian, batu akek, emas. sedangkan batu akek itu di ambil dari benua afrika dan batu akek itu tidak bernilai pada zaman ini. malah emas yang diberikan kepada kerajaan ketika itu adalah hasil rompakan dari kapal-kapal dagang termasuklah kapal umat Islam. sementara bangsa Red Indian di Amerika, mereka meminta senjata api sebagai pertukaran tanah dan mereka akhirnya menjadi penembak handal.

begitulah juga bagaimana Belanda membina bangunan “Merahnya” di Melaka dengan tipu helah. mereka meminta tanah buat pusat berdagang sebatas seluas “kulis tembu kering”. maka termetrailah perjanjian antara Belanda dengan Melaka, kerana bangsa kita memikirkan permintaan mereka tidak masuk akal. lalu setelah surat ditandatangani, maka portugis memotong halus-halus kulit lembu kering lalu dibuatnya tali, dan diregangkannya menjadi kawasan segi empat yang besar. maka hari ini kita boleh melihat “kawasan seluas kulit lembu kering” di melaka sebesar sebuah bangunan yang megah.

aduhai bangsa kita. bangunlah!

kita telah mengenal islam sejak lebih dari beratus-ratus tahun dahulu. bermulanya dengan pembentukan melaka yang masih hindu – buddha kemudian kita menjadi Islam. lalu selepas itu banyaklah dari bangsa kita ini mengerjakan haji di makkah. banyak juga yang ke sana menuntut ilmu islam, tetapi malangnya kita ke sana semata-mata untuk Ilmu Syariat dan gelaran haji. sedangkan di sana kita boleh mendapatkan ilmu kedoktoran, astrologi, alkimia, botani, farmokologi dan banyak lagi.

cukup untuk kita melihat bagaimana bangsa jepun memajukan dirinya pada zaman edo (1603 – 1868). sedangkan pada zaman ini jepun telah melakukan polisi “menutup pintu” kepada dunia luar. tetapi mereka dapat memajukan ilmu sains moden dengan baik. sugita genpako (1733 – 1817) menterjemahkan buku perubatan belanda, Ino Tadatako (1745) mengukur dan melukis garis pantai Jepun yang tepat, Hiroga Gennai (1728 – 1779) mencipta elektron dan termometer dan Shizuki Tadao (1790) memperkenalkan Teori Newton.

keadaannya hampir sama dengan keadaan kita ketika itu. malah Malaka di jajag lebih dari 100 tahun sebelum Jepun mengamalkan “Penutupan Pintu”. lalu kita bertanya; apakah yang bangsa kita pelajari dari Potugis, Belanda dan Inggeris selama 400 tahun kita dijajah? kalaulah dikatakan sistem pendidikan Islam, maka sisitem Madrasah yang pertama didirikan di Gunung Semanggul, sedangkan sisitem persekolahan barat pertama kalinya diperkenalkan di Kuala Kangsar. justeru kita tidak tahu apakah yang diulah oleh bangsa kita ketika itu selama mereka mengenal Benggali Putih dan mat saleh.

untuk menunjukkan bahawa dari point pertama, kita beralik kepada point kedua iaitu wujud kemerosotan dalam minda melayu. untuk memahami hal ini, neraca yang paling besar ialah kita terpaksa meletakkan bangsa kita dalam garis masa dengan pembangunan dunia, tanpa memandang semata-mata kemajuan yang telah kita kecapi, guna untuk melihat keadaan keseluruhan bagi setiap period masa dan juga bagi melihat kadaran kemajuan kita dengan tamadun lain dalam masa yang sama.

dalam tiga zaman iaitu paliolitik, kemudian mesolitik dan memasuki zaman neolitik, melayu dapat mempertahankan dirinya dengan rentah bangsa dunia yang lain, malah ketika ini bangsa kita tergolong dalam bangsa yang membangun dengan cepat. kemudian kita telah memasuki zaman pertengahan; dengan terbentuknya banyak kerajaan-kerajaan agraria mahupun maritim seperti Majapahit, Srivijaya, Kueta, Gangga Negara, dan banyak lagi. zaman ini budaya kita diambil dari India – budaya brahma. kemudian apabila Islam menyinar di Nusantara, keadaan kita semain baik setelah minda kita dibuka dengan sains islam walaupun ilmu sains islam itu tidak dapat dicerap dengan baik. tetapi perkembangan sains dan teknologi yang merupakan kunci terbesar dalam menuju sebuah tamadun tidak berkembang.

lalu dalam masa ini sekitar (sebenarnya sejak dari sebelum pengislaman Pasai dan perlak lagi iaitu sekitar 700 M) bangsa melayu tidak dapat mencerap sebarang ilmu sains dan teknologi dari India yang berupa pengaruh terbesar di zaman Hindu dan ilmu saisn dan teknologi dari Aran dan Parsi ketika di zaman Islam. malah mereka juga tidak mencerap dengan baik pengetahuan dan ilmu dari bangsa-bangsa yang berdagang dengan mereka ketika itu seperti china. padahal India, China, Arab dan Parsi telah mendahului Barat dalam memajukan ilmu sains klasik.

begitulah ketika kita membicarakan keadaan Kerajaan Melayu Melaka sekitar 1400 M hingga 1511 M, tidak banyak yang kita ketahu tentang kemajuan ilmu pengetahuan melainkan ada digembar-gemburkan mengenai kepandaian bangsa kita membuat jong, kapal layar, bahtera dan sampan. kita juga mahir menenun kain dan membuat batik, mengukir emas dan perak, dan menempa parang. sedangkan pada waktu yang sama, di Andalusia, di Baghdad, di India , di Parsi dan di China berkembang perlbagai ilmu pengetahuan. justeru jika ditara keadaan pada ketika itu, kelihatan bahawa bangsa melayu ketinggalan dari bangsa-bangsa besar dunia. malah kita tidak dapat mengejar bangsa yang matanya sepet dari timur walaupun mereka mula mengorak langkah pada sekitar tahun 1600-an.

jelas disini ialah kemerosotan kepada kemajuan pembangunan ilmu dan pengetahuan berlaku bagi bangsa kita ketika mereka memasuki zaman pertengahan.

“hanyasanya setelah kita dijajah bermula dengan kejatuhan melaka pada alfonso semuanya dihancurkan”.

penjajahan tidak menghancurkan banyak peninggalan bangsa kita, tetapi ia membataskan bangsa kita. walaupun begitu kita tidak mendapati bahawa wujud penghancuran kepada khazanah ilmu kita dan ketamadunan bangsa kita melainkan hancurnya kedaulatan negeri kita dan bobroknya kekebalan raja. malah berlaku proses pembudayaan baru.

justeru kita terpaksa menerima hakikat bahawa bangsa kita memang memiliki sebuah ketamadunan, tetapi tamadun yang kita miliki tidak dapat dibanggakan. hanya saja bangsa kita ini suka membesarkannya lalu mereka lalai dalam membentuk sebuah bangsa yang maju.

terima kasih kepada yanz kerana mengkomentari “ranggaku” dan aku berharap penjelasan ini akan diperbetulkan jika ia memiliki kesilapan.

Lebaran

Oktober 2, 2008

“Lebaran itu apakah yang disambut? Meraikan tamatnya penat lelah berpuasa, atau tanda satu permulaan untuk terus bersusah payah?”

Sebuah Revolusi

Julai 8, 2008

“Kalimat yang benar berupa sau revolusi besar”

Sains Dan Agama

Jun 12, 2008

“Sains itu adalah penemuan. Bukan penciptaan. Sains bukan agama tetapi agamalah yang memberi pengetahuan kepada sains.” – Bangchik

Genius

Mei 4, 2008

Memang orang yang lebih pandai bisa membodohi orang yang kurang pandai – dalam sesuatu hal – malah orang yang mengerti akan mudah menipu manusia dungu.

Cukuplah bagi seorang manusia, kalau dia punya satu kepandaian banding manusia lainnya, maka segal apa yang dia tuturkan seolah-olah ma’sum dan sedarjat Al Kitab. Maka manusia yang lainnya hanya menurut dan membontotinya sambil mendengus: “dia manusia alim, bestari, cendiaka, dan yang paling penting dia lebih mengerti banding kita semua”.

Tetapi yang manusia lungu itu tak terjangkau pikir nya ialah manusia “bijak” itu pun adalah seorang manusia. Dan manusia itu adalah seorang yang pasti berbuat silap. Lalu mungkin-mungkin “fatwa” nya adalah satu kesilapan semasa mereka mengekorinya.

Begitulah tabiat manusia. Sehingga kehilangan seorang budak perempuan beberapa bulan lepas [sebelum PRU 12] sempat dirujuk nasibnya kepada seorang budak lelaki yang kononnya punya pengetahuan paranormal – mistik – yang mampu mengesan jejak kelibat manusia yang ghaib hilang, yang herna dia boleh menyelesaikan perkiraan ilmu kira-kira yang selalunya untuk orang dewasa. Tetapi hingga kini “korban” masih tak kungjung ketemu.

Ini hal yang berkaitan dengan keyakinan [yang bisa menggiring ke sorga atay bakaran neraka], tetapi manusia lungu tak peduli asalkan dia manusia yang dinobat “genius”.

Begitu juga selepas PRU 12, kita baru-baru ini digemparkan dengan aksi seorang anak “genius” yang melacur. [Wah! dia sudah dapat 2 kenikmatan; pertama kenikmatn berseggama, dan kedua dia mendapat wang yang lumayan!]

Lalu seluruh [kalau boleh saya katakan] rakyat muslim / melayu Malaysia merasa keciwa dengan tindakan Safiah ini.

Saya tiada kaitan dengan Safian, dan SAafiah tak mengenali saya. Tapi yang ada adlh dia menganut agama yang saya yakini. Ini sahaja. Justeru dia sudar seagama saya. Persoalan nasionalitas nya bukan agenda utama bagi saya. Tetapi ada beberapa hal yang kita harus sadar;

Pertama bahawa “genius” itu apa? Apakah “genius” itu adalah kepandaian kehadapan bagi seorang insan, seperti seorang anak yang baru lahir 5 bulan bisa terus bercakap? Atau seorang renta yang usianya hampir menjangkau 150 tahun? Ini pasti bukan “genius” yang kita mahukan.

Justeru yang kita pahami dari kata “genius” adalah keadaan seorang manusia yang membikin / merekacipta / berpikiran yang menjaungkau zaman. Seperti “genius” nya nabi yang datng membawa ajaran yang tak lapuk dek ujan, atau seperti Ibn Taimiyyah yang punya fatwa-fatwa yang masih bersesuaian dengan zaman ini.

Tetapi kalau sekadar bisa menyelesaikan masalah pengkamiran dalam usia 9 tahun, itu adalah “pandai matematik”, bukannya genius. Yang boleh kata genius ialah bila dia menemukan formular dalam matematik yang bisa mengubah paradikma ilmu kira dan mengundang kemajuan teknologi dari kira-kiranya / rumusnya. Adi putra dan Safian adalah 2 insan yang Tuhan karuniakan kebolehan untuk bijak matematik. Tetapi Tuhan tidak memberi ilmu-ilmu lain kepada mereka. Tanyakan kepada mereka, apakh mereka bisa melukis seperti Leanado, atau bermain ayat-ayat puisi seperti Subawaih atau mereka bisa menjadi loyar dan doktor pada usia 10 tahun?

Justeru, kita tidak meletakkan sesuatu pada bukan letaknya.

Kedua; Safian dan Adi Putra bukanlah maksum. Dan Islam itu bukan Safian dan Adi Putra. Yang benar adalah mereka penganut Islam. Lalu keduanya bukanlah gambaran mutlak Islam sehingga hari ini METRO di muka hadapannya meletakkan ayat “seolah-olah cerita pelacuran Safiah dan pemenjaraan ayahnya adalah rencana menghancurkan Islam”.

METRO harus mencari pelanggan untuk survival mereka, maka teg line seperti ini adalah menjadi keutamaan. Tetapi sebenarnya apa yang METRO utarakn adalah pikiran rakyat. Sesungguhnya banyak rakyat kita merasa begitu. Tanpa kita sadr bahw pikiran itu adalh pikiran yang menyongsang dari waras.

Saya Islam, tetapi Islam bukan saya. Kalau disebut Islam, yang kita terbayang adalah ajaran-ajarannya, Tuhan, Rasul, al quran, solat dan banyak lagi. Malah sat saya mengungkapkan Islam, sy tak terbayangpun diri saya dalam minda ini. Tetapi kalau dikatakn Penganut Islam itu, terus saya membayangkan diri sendiri.

Nah, kalau begitu, Islam itu bukannya Safiah. Lalu sudah menjadi lumrah bahaw bagi tiap-tiap keyakina itu harus punya kesesatan dan perbuatan engkar dari pengikutnya. Ini kerana manusia itu tadi tidak ma’sum. Ketika pengikut agama melakukan kejahatan, apakah kita melabel “inilah ajaran agama yang dianut si polan”? Pasti kita tak harus berkata begitu.

Oleh kerana itu, saudara janganlah kuatir kalau ada orang berkata bahawa “Islam tercemar hanya kerna perbuatan Safiah dan ini adalah sebuah konspirasi Barat”, kerana orang yang berfikir begitu adalah yang yang bahalul; tidak punya minda kelas pertama.

Kalau kita menggunakan dacing “kesalahan penganut” sebagai ukuran kebenaran, maka sudah pasti dengan senang setiap penganut bagi masing-masing agama saling menghinakan agama lain [saya bukan pejuang plurisme]. Ini belum lagi cerita Paderi Katolik yang merogol dan meliwat. Maka kalau Barat menggunakan isu Safiah, kita juga boleh menggunakn isu Paderi Katolik. Tetapi saya yakin, Barat bukanlah bodoh hingga mengeksploitasi Safian untuk menghinakan Islam. Kalau benar, Barat adalam bangsa yang lebih bodoh dari orang yang percaya kepada tilikan Adi.

Yang harus kita sikapi, menolong Safiah untuk menjadi manusia baik kembali. Dan menolong Adi Putra untuk meninggalkan amal supernaturalnya. Malah kita harus menolong setiap insan di muka bumi ini untuk kembali kepada kebenaran, membimbing yang kesilapan, memjinjing yang keletihan dan mendoakan kepada seluruh manusia agar beroleh cahaya. Bukan mereka berdua sahaj, tetapi semua, tanpa batas ras, agama, budaya, bahasa, nasionalitas dan usia.

Jurang Ilmu Pengetahuan

Mac 29, 2008

“Semakin tinggil ilmu pengetahuan ditemui maka semakin besar kejahilan manusia”

Sekeping Kertas Luahan Hati

Mac 14, 2008

Ada orang berkata bahawa yang tajam itu bukanlah sebilah pedang yang menusuk tubuh, tapi yang paling tajam itu adalah sebatang kalam yang bisa merobek jantung.

Walaupun kalam itu selalunya sependek 6 inci dan hujungnya tak bisa membelah daging, apatah lagi memotong bayam, tetapi kalam bukan sahaja mampu meragut nyawa seorang manusia tetapi ia kadang mampu berobohkan sebuah bangsa dan meluluhkan sebuah kota. 

Yang sebenarnya, bukan kalam itulah yang membikin perubahan, penyedaran, keinsifan, pencerdikan dan kemajuan, tapi yang sebenarnya adalah hasil coretan kalam itu; kalimat-kalimat yang menjadi ilmu pengetahuan.

Kerana itu juga, para manusia yang menulis dan membuat kitab itu terdiri dari para bijak pandai yang mendalam ilmunya. Dan dalam pandangan semangat keagamaan, para cendiaka itu merupa ulama.

Peliknya, mereka ini menulis dengan jodol yang teramat banyak, sehinggga ada dikalangan mereka mencecah 500 buah! Ini lah yang orang selalu katakan sebagai keramat.

Kita coba untuk menulis sebuah buku ilmiah; sebulan masih belom selesai, tangguh. Masuk bulan ke-2, belom selesai. tangguh. Masih tak tersiap pada penhujung bulan ke 3. Yang akhirnya kita siap pada penghujung bulan ke 6. Nampaknya kerja menulis dengan berhujjah itu amat sulit. Yang mudah ialah menulis dengan tak keruan – tak ada ilmu dan tak ada makna.

Ilmu itu adalah apa yang dikatakan oleh Muhammad Idris: “Perkataan Gusti Agung dan perkatan Utusannya yang terakhir”, dan kemudian ditambah menjadi 3 oleh Ahmad Bin Abdul Halim Bin abdus Salam Al Harrani “Dan kalam para anak didik utusan tersebut”.

Maka selain dari 3 sumber itu, maka agama tidaklah menjadikannya dasar pijakan, kaedah pikiran, dan kacamata melihat. Malah selalunya agama akan menjadi songsang apabila kita menimbang agama dengan selain dari pondasi tadi, walaupun kita meyakini bahawa kita menggunakan Kitab dan Hadith. Ini yang kita klaim tapi hakikatnya kita tak memahami agama persis sebagaimana para anak didik Rasul memahami agama, yang kita kalukan adaalah menggunakan pikiran kita lalu mentafsir agama mengikut kemahuan kita.

Tetapi ada juga manusia yang suka menulis. Dia tulis banyak karangan, dan dia bangga dengan karangannya. Dia rasakan bahawa ap yang dia tulis, pikir, utarakan dan lontarkan adalah hakikat, yang mendasari kebenaran, yang dibangun atas keadilan dan keinsafan. Tetapi dia tak menyedari bahawa dia hanya menulis mengikut logika dan pikirannya yang kosong walaupun dia mengatakan bahawa “saya mengikuti dasar pondasi agama tadi”.

Kerana logika itu ada beragam, seperti filsafat itu juga, atau seakan jalanya tariqat. Ada sekian banyak pikiran logis. Dan tiap-tiap pikiran logis itu basisnya cukup mudah, iaitu bahawa melihat sesuaitu dengan pandangan benar atau salah yang berdasar tabi’i alam. Memang ada pokiran logis itu tak mahu dikongkong dengan pandangan binari iaitu betul atau silap – salah atau benar, tetapi mereka tetap melihat sesuatu itu dengan akal semata, tanpa disebutkan barang sebutir hadis nabi!

Saya mahu tanyakan kepada mereka, ketika datang sebuah hadith, apakah yang mereka lakukan? beramal dengannya tanpa tangguh? Atau melihat hadith tersebut dari segenap perspektif? Atau berusaha untuk menolaknya dan tak mempercayainya?

Ketika itulah, apakah satu paham logis [tak kisah lah apa namanya; apakah binari, sejajar, literal, dan beberapa lagi] mampu untuk digunapaki dalam memahami sesebuah nash? Jawabannya adalah tidak. Kerna nash tidak mampu dipahami dengan kaedah logis, melainkan dengan pasrah.

Kerana itulah, saya mahu saja menulis dan memberikan tulisan saya ini kepad teman-teman yang selalu ber”logis”. Sebabnya mereka ini jarang benar untuk mau membaca kitab-kitab karangan cendiakan silam tadi, tetapi mereka lebih percayakan para manusia zaman ini. Seperti ketika saya mengunjungi Daus yang berkubang dengan para kaum Telawi, dia mengisi hidupnya dengan buku filsafat, dan dia tak membaca kitab yang berusia ratusan tahun.

Mungkin dia merasa bosan untuk membaca buku seperti itu.

Dan mereka ini juga tak berapa gemar untuk datang ke kelas pengajian. Tetapi mereka akan gencar kalau dipinta untuk dahir ke kelas logis.

Maka keran itulah, saya berharap, surat kecil ini mampu untuk mengajak mereka, paling kurang adalah membaca kitab para ilmuan silap, kalau tak kesempatan atau rabun, maka datanglah ke kelas pengajian.

Falsafah Niaga

Mac 5, 2008

“Berniaga itu harus bermula dari bawah, bukannya dari atas. Kerana bawah akan boleh ke atas, tetapi bila mulanya dari atas, selalunya ia akan ke bawah kerna di atas sudah tiada apa-apa lagi”.

– Ann Wan Seng