Archive for the ‘buku’ Category

Permata Yang Hilang : Punya Gagasan Bestari?

Mac 24, 2008

Azim: Kau tahu aku ke Johor, aku jumpa dia. Aku belajar dengan dia. Dia punya gagasan besar. ide hebat, pemikiran tajam. Dia dapat huraikan kekuatan bangsa melayu dari sehalus-halus isi. Dia juga boleh terangkan rahasia setiap hujuf alquran.

Aku: Siapa gerangan dia yang hebat itu?

Azim: Ibn Yusuf. Pengarang Permata Yang Hilang.

Aku: Oh

Aku dalam hati: Hummm apakah tukang karut “kote” ini yang dia banggakan? Dan apakah cerita kote dan faraj ini adalah cerita gagasan besar? Padahal dalam bukunya -yang anak-anak lelaki gilakan sehingga ada yang khatam sebelum menikah [teringat kepada dayat yang bertekun mengadap buku ini saat belum nikah] – banyak cerita katur marut dan tak berlandasrkan kepada ajaran Islam dan fakta sain yang akurat!

Aku dalam para sedar: Mungkin antara lelaki kote ini dan kemajuan tamaddun bangsa dan keunggulan ilmu islam itu saling berkait, dan dia kelaki kote ini adalah orang yang punya peran besar, kerna tanpa kote, bagaimana manusia mau membiak!

Advertisements

Seminar: Rahsia Perniagaan Orang Cina

Mac 5, 2008

Penceramah: Ann Wan Seng

Tempat: Hotel Crown Plaza Mutiara, KL

Tarikh: 4 Mac 2008

Ann Wan Seng – sang penceramah – seorang yang saya kenali dengan buku-bukunya. Punya pendidikan formal di bidang antropologi dan sosiologi. Dia juga seorang Muslim yang bernama Cina – dia tak menjadi Melayu selepas mengucap syahadah seperti kebanyakan orang Cina dan India yang lain.

Akhirnya saya ketemu dengannya dalam majlis ini, seperti acara yaqazah – jumpa terus secara nyata – seperti majlisnya Abuya Asya’ari pendiri Al Arqam. Tetapi yang hadir bukanlah Rasul dan menceritakan arambu-rambu agama, tetapi seorang Cina yang berlidah Melayu dan mauduknya ialah rahasia orang Cina berniaga. Dan sebenarnya mauduk ini telah tertuang di dalam sebuah buku – sehingga kini telah dicetak ulang.

Maka seandainya pendengar telah membeli buku itu dan membacanya, itu sudah memadai untuk mereka, cuma Ann Wan Seng menambah beberapa cerita tentang masyarakatnya, seperti kawannya yaang membuka kedai runcit di Papua New Ginie selama 7 tahun dan pulang membawa kekayaan, keluarganya yang memiliki restoran di Klang yang menjual Bak Kut Teh: Daging – Tulang – Teh.

Apapun, seperti yang kita sedia maklum, menjadi seorang peniaga, apatah lagi usahawan, semua sikap baik-baik belaka harus kita kumpul dan amalkan. Saya teringat seperti soalan SPM tentang para tokoh Agama Islam, seperti “nyatakan sikap dan sifat tokoh ini”, lalu kita pun menjawab: “dia berilmu, baik hati, rajin, kerja keras, suka menolong”.

Malah mengikut pengkajian beliau, asal masyarakat cina tidak berminat untuk berniaga kerana ajaran Kung Fu Tze meletakkan perniaga di hirarki terbawah, kemudian mereka dikunjungi oleh para sahabat Nabi Muhammad yang menyebar Islam, lalu ajaran Kung Fu Tze diasimilasi dengan paham Islam yang kemudian itu melahirkan satu pandang baru bagi masyarakat Cina.

Beberapa stigma yang songsang:

1)  Orang Cina bukan penipu. Kerana penipu itu tak berbangsa.

2) Orang Cina suka cekik darah. Yang sebenarnya orang cina memberi perkhidmatan yang baik dan kerana itu harus dihargai lebih mahal banding dari harga orang lain.

3) Berkerja dengan orang Cina susah dan dikerah sehabis tenaga. Yang benarnya orang cina memang berkerja keras, lalu pekerja yang berjaya survival dalam tekanan akan menjadi pekerja utama dan barangkali akan menjadi kesayangan bos, seperti Rashid Husin yang bermenantukan anak Raja Gula.

Kerana itulah orang lain yang ingin menjadikan orang Cina sebagai model perniagaan harus pertama sekali mengenali orang Cina dengan sebenar-benarnya, bukan setakat menenali mereka dengan berkulit kuning cair, bermata sepet, berambut lurus, sukakan warna merah dan gemar bermercun. Itu tak mencukupi untuk berjaya persis seperti mereka.

Teringat saya kepada satu falsafah pendidikan yang telah dibacakan kepada saya oleh teman baik saya dari sebuah buku pedagogi, ikatkata:

“when u want to teach Mary Latin, u must know Mary as well as Latin

Revolusi Bahasa

Mac 4, 2008

Saya membaca sebuah buku “Revolusi Bahasa” karangan seorang peguan yang entah namanya apa – rasanya Mukhtar – masa di tingkatan 4. Ini sebuah bahan bacaan yang keluarga saya simpan di geduhok [kabinet] yang penuh dengan buku-buku.

Dia menyebutkan bahawa faktor penting yang memajukan bangsa eropah dan cina adalag antaranya kerna bahasanya pendek2 sedangkan kita mewakilkan sesuatu itu dengan 2 atau 3 suku kata. Ambil contoh; bangsa Inggeris menyebutnya cat, sementara kita menyebut haiwan comel itu sebagai ku cing. Inggeris menyebut one, dan kita membilangnya sebagai sa tu.

Maka apabila mereka – bangsa inggeris- itu menyebut dengan lebih cepat dan mampu menulis jumlah perkataan yang lebih banyak dalam sebuah muka surat ketimbang dari kita, maka mereka lebih pantas mencapai informasi dan melakukan tranformasi.

Saya tak berapa bijak untuk memikir seperti penulis itu berpikir.

Pertamanya matematik itu bukanlah dihubungkan kemajuannya dengan kepantasan bahasa, tetapi bijak atau tidak bergantung kepada latihan dan pemahaman.

Keduanya apakah dengan cepat beberapa saat atau minit, akan memajukan kita sejarak 30 tahun. Dan lambat sesaat atau seminit akan meninggalkan kita sejarak 30 tahun?

Ketiganya; historis menunjukan bahawa bangsa  Arab, Parsi dan bangsa-bangsa yang pernah mencipta nama, ada sebahagian dari mereka mempunyai bahasa jenis “gam” – glu, iaitu meng”gam” kan beberapa suku kata untuk membentuk sebuah perwakilan, seperti wa hid iaitu one.

Dia Nafsu Ghairahku

Februari 6, 2008

Dia adalah inspirasiku dalam berkarya. Dengannya aku berkhayal. Dengannya aku selalu tersenyum.

Dia juga lah yang memberi aku kekuatan untuk terus bernafas di dunia yang kejam ini.

Aku tak pernah membawanya ke kamar khadi untuk dinikahi. Sumpah! Aku tak pernah menjadi suaminya. Namun aku selalu menyentuhnya. Haram? Apa kalian tahu? Biarlah apa yang kamu mau katakan. Apa yang kamu kutukkan – aku tak peduli.

Kau tahu; tiap kali aku memegang jasadnya, gelojak nafasku makin laju. Makin aku genggam erat jasadnya makin terasa berdebar. Jantung berdetak kencang. Dada semacam ombak, turun naik. Yang bermain dalam otakku hanyalah khayal yang asyik. Kau kalau menyentuhnya juga pasti akan ghairah.

Dia mulus. Jasadnya anggun. Punya potongan.Selalu mengenakan baju yang indah-indah. Kadang biru, kadang merah jambu, kadang putih.

Aku masih ingat saat mula aku belajar mencium. Aku memegang dia lalu aku letakkan hidungku ke badannya. Aku tarik nafas dalam-dalam – dengan cepat – takut orang melihat perbuatan aku. Kau tahu bau badannya semerbak apa? Aku sebenarnya tak berapa pasti apakah baunya itu seperti apa; bau bunga kah, atau parfum kah, atau bau kasturi. Yang pasti aku teruja dengan bau badannya saat pertama kali menhidu dan sehingga hari ini aku tak mampu untuk mengungkapkan apakah bau harum itu.

Aduh…. baunya yang harum akan aku terus mengingatinya. Kemudian aku mula menggilai bau harumnya itu. Kalau boleh aku meu menghirup dan meraba badnnya sebelum aku melelapkan kelopak mata. Mau aku rebahkan dia ke atas dada ini dan aku pelok erat. Aku mau tidur dengan dia dalam pelukan aku – hingga menjelang subuh yang dingin – kerna dia akan bisa memanaskan aku.

Dia adalah yang mengumpuli ghairahku.

Tika kulit tangan aku yang kasar dan mengerutu ini bersentuhan dengan kulitnya, dan aku melurutkan ke bawah, lagi bawah, kala itu aku dapat rasakan bahawa kulitnya sangat lah halus. Licin. Kulitnya yang tiada jerawat, atau jagat, senantiasa bersih, memang menambat hati ini. Setiap kali aku meraba dia, maka aku pasti akan menjadi gila – ghairah – gelojak nafsu meronta-ronta. “Aku mau Dia”. Aku mau bawa dia ke kamar. aku mau baring sama dia. Aku mau memeloknya, aku mau mencuimnya, aku mau meghidunya.

Tapi, dia selalunya tak bersuara. Walau aku sudah puas menggomolnya dan menelanjangkan bajunya, dia selalu membisu. Apakah dia tak puas dengan aku hingga mau mencari lelaki lain? Pasti aku seorang lelaki gagah, masih bertenaga, tak perlu minyak urut. Kaya? Aku juga kaya hingga mampu memilikinya. Apa lagi yang kurang? Bijak? Aku sudah belajar bertahun-tahun; masuk menara gading, membaca dan mengira dan menghapal. Cukup sebagai bukti aku bijak. Oh ya…. mungkin kerna aku tak pernah mahu memperisterikannya dan tak pernah melamarnya menjadi isteriku. Mungkin kerna itu!

Kau mengapa selalu membisu?

Walau kau selalu membenarkan aku mendampingimu dan membuat sesuka haitu keatas dirimu, tapi aku kepingin dengar suaramu dalam sedar. Apa kau kata: Kau sudah berbicara? Memang aku tahu kau selalu berbisik kepadaku dan memberi kesadaran kepadaku, tapi kala itu aku dibawah sadar. Yang aku mau kau mengucapkan cinta kepadaku, biar orang disekitarku mendengar sama.

Kau tahu wahai sayang ku, aku dahulu pernah kehilangan. Entah siapa yang menjahanamkan aku. Mereka merampas dia dariku, lalu dibawa lari hingga kini. Aku merana.

Kau, kalau kalu mereka si jahanam itu kembali dan membawa mu lari, pasti hilanglah jiwa ku ini. Jiwa yang aku serahkan semuanya kepadamu. Dan pasti nafas ini tak sekencang dahulu. Mungkin aku akn gila. Berhari-hari menyeru namamu di jalanan, hingga gilaku mengerang kuat menyebabkan aku terfikir kau ada di dalam laci almari. Kalau kau hilang, lenaku yang selalunya indah akan sirna, dunia akan kelam.

Kau rela dirimu dilarikan? Mungkin kau akan dilacurkan oleh orang jahanam nanti. Kau akan dibogelkan tiap-tiap waktu. Setelah kau dilacurkan, mereka akan melempari kau begitu sahaja. Melambung-lambung tubuhmu yang ringan dan akhirnya mereka membuangmu di pembuangan sampah seperti layaknya anjng kudis.

Kau ingat saat kita mula menaruh cinta dihati kita? Aku menemuimu di pustaka yang besar. Di celah-celah rangka besi almari itu, aku menarik jasadmu ke sudut pencil dan mencium mu, dan kau biarkan saja.

Tapi sekarang ini, aku terpaksa meminjamkan kau kepada teman-temanku. Aku mau kau bisikkan mereka sesuatu seperti kau bisikkan cinta kepada telinga ku kala ku di bawah sadar.

Aku bukan kejam dan sudah tak mencintaimu. Kau tetap sumber ghairahku – nafsuku.

Nanti mereka akan memulangkan kau dan akan meletakkan kau semula di rumahmu – rak buku.