Archive for the ‘budaya’ Category

Belajar Berfikir

Julai 28, 2009

Guru saya bercakap bahawa selalunya pemikir akan sengaja membikin suatu makna itu disampaikan dalam bahasa yang panjang lebar, berjilid dan berputar-putar; agar manusia lainnya akan berkata: “Wah! Hebatnya dia. Dialah Pemikir Agung!”

Dan kata guru saya ini memang benar. Slalu kita jumpa orang yang ada gelar doktor, dan dia selalu berucap dihadapan manusia; bicaranya selalu panjang-panjang, berbukit bukau dan berbalam-balam. Dan orang ramai yang mendengar butir bicaranya seperti mendengar suara mercun yang meletup waktu raya Cina – bising dan membingitkan, mereka tidak tahu apa yang sedang diperkatakan, tetapi mereka semua sadar bahawa yang bercakapnya itu seorang Doktor, punya PhD.

Justeru orang awam yang memang kebanyakannya tidak punya masa untuk duduk mencangkung lalu termenung panjang untuk berfikir, akan menganggap bahawa “orang pandai sudah memang biasa bercakap seperti mercun, bicaranya tidak difahami tapi bunyinya kuat. Dan org yang totol seperti mereka sudah memang biasa untuk tidak dapat mengerti apa yang disampaikan oleh orang bijak”.

Oleh itu, benarkah apabila kita menjadi bijak, dan apabila kita mula meneroka alam pikir, maka percakapan kita akan menjadi satu kalimat yang tidak akan difahami oleh manusia biasa. Sepertinya kita adalah ayam dan masyarakat adalah itik.

Rasanya ini bukan suatu yang benar. Yang sebetulnya adalah bicara seorang pemikir itu akan menjadi semakin difahami oleh orang totol ketimbang seorang totol kepada seorang totol yang lain. Kerna seorang pemikir itu sudah mampu untuk meringkaskan bicaranya, sudah mampu menyimpulkan maknanya dan sudah mengerti tatakrama manusia biasa, sehinggakan dia boleh menyerap dalam alam manusia kebanyakan.

Tetapi yang nyata dan berlaku dalam dunia ini, mereka menjadi ayam dan kita menjadi itik. Apakah ketika itu ayam dan itik perlu mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris agar mereka dapat menjadi bijak dan bisa berkomunikasi; walaupun untuk bertanya di mana ada kolam untuk menyudu dan padang untuk mengikis?

Maka persoalannya adalah, siapa Pemikir itu dan bagaimanakah seorang lulusan PhD pun masih tidak mampu untuk punya pikiran yang jernih?

Bagi saya, saya sangat bersetuju dengan pandangan guru saya, Pn Ainon Mohd tentang Pemikir, tetapi saya juga ingin memberi nafas baru pada makna: sebuah makna yang cukup mendasar, sangat sederhana, bahawa “Pemikir” adalah manusia yang berusaha untuk meneroka alam pikirannya dengan kaedah berfikir yang benar, sehinggakan melahirkan satu pemahaman yang benar dan shahih, serta beejaya menyampaikan pikirannya dengan bahasa yang cukup mudah dan ringkas.

Berfikir dengan benar adalah satu perkara yang jarang diperhatikan oleh manusia. Ini kerna semua manusia [rata-rata] beranggapan bahawa insan telah dianugerahkan oleh Tuhan sebuah akal yang mampu berfikir. Maka untuk apa lagi kita belajar berfikir, sepertinya kita mahu mengajarkan anak kita untuk belajar melihat padahal melihat itu bersifat alami, tak perlu diajarpun manusia akan secara otomitas akan melihat.

Tetapi kita tidak sadar bahawa setiap panca indera yang tuhan berikan itu punya batas dan perlu diasah. Yang selalu mati ketika melintas, yang selalu dilanggar kereta dan lori, malah kereta sorong pun adalah manusia yang celik, tapi tidak belajar cara melihat dengan betul. Begitu juga mendengar, yang selalu melaksanakan tugas secara tidak benar adalah manusia yang tidak pekak dan tuli tetapi mereka mendengar arahan tanpa mendengar dengan betul.

Lalu kerana itulah di sekolah menengah dan juga di awal menara gading, kita akan diuji dengan Ujian Penulisan, Ujian Pendengaran, Ujian Bercakap dan ujian Pemahman, yang semua ini adalah satu ujian menguji pancaindera kita.

Bagaimana pula dengan berfikir? Apakah kita tidak pernah mengajari akal kita untuk berfikir secara benar?

Atau kita tidak kisah untuk menempuh apa saja jalan asalkan kita boleh menggunakan otak, dan berfikir sejenak?

Hakikatnya, kita harus menempuh jalan pikir yang selamat dan menyelamatkan. Lantaran itulah pak Menteri kita, Tan Sri Mahyidin Yassin menyeru kita agar menjadi masyarakat berfikir. Namum persoalannya, “Berfikir yang bagaimana rupa?”

Apakah dengan Pemikiran Sambarono?

Atau Pemikiran Analitik dan Kritikal?

Pemikiran Sejajar / Pemikiran Berjujuk?

atau Pemikiran Sistemik, Pemikiran Literal, NPL atau lainnya?

Mungkin kita harus menuju kepada Pemikiran Rasuli!

Jadi, tuan-tuan harus mula berfikir saat ini, jenis Pikiran mana yang paling bagus untuk diamalkan.

Asal kita jangan terjatuh dalam lubang falasi [silap logik pikir], seperti mahu menyuruh ayam dan itik pergi ke sekolah semata-mata untuk membolehkan mereka membaca buku di universiti [yang jumlah ayam masuk universiti sekitar 20% sahaja] dan menyenangkan mereka mendapat kerja [mereka tidak mahu mendesak syarikat swasta memperjuangkan bahasa Ayam Tempatan], dan juga menjadikan mereka berinteraksi dengan dunia luar, antara ayam belanda dengan ayam hutan, antara ayam bulu balik dan ayam katik [padahal yang berinteraksi dengan dunai luar secara aktif hanya sekitar 30% sahaja]. 

Tetapi orang yang dihinggapi denga falasi  selalu menyangka bahawa pikiran mereka ini benar. Perumpamaannya adalah seperti seorang yang gila menafikan dirinya gila.

Pemikir

Oktober 27, 2008

minggu lepas aku terfikit tentang budaya bangsa ini – melayu – tak kira waktu. malah aku sempat menanyakan pandangan seorang teman yang aku kira sebagai “handal” dalam sains komputer dengan satu soalan:

“apa pandangan ko tentang melayu? bijakkah? rajinkah? berbudaya tinggikah?”.

kemudia dia terlopong kerana kaget: kenapa soalan ini tiba-tiba dilontari padahal kita bukan berada di dalam kelas Ketamadunan tetapi di dalam ruang lif! tersenyum lalu berkata tidak tahu. (mungkin kerana masih terkejut atau kedekut ilmu!)

kemudian aku pergi ke bilik hadi dengan soalan: “hang rasa siapa kawan-kawan hang yang suka membincangkan hal-hal berat macam ketamadunan, politik manusia, sosiologi, kesenian?”.

hadi: “hang je la ngan wan!”.

justeru barulah aku tahu bahawa kami ini aneh orangnya. dalam seramai 20 orang teman-teman aku, hanya wan yang serupa “gila” ndan aku baru berjumpa saty behin baru yang boleh digilakan iaitu neezal. yang lainnya tidaklah suka kalau mani tiba-tiba menggilakan diri.

kalau teman-teman lain membicarakan tentang teknologi-teknologi terkini perkakasan komputer, betapa hebatnya perisian-perisian yang dipasarkan dan betapa canggeh sistem yang telah dibangunkan. namum kami si aneh-aneh ini membicarakan sesuatu yang sepatutnya jadi buah bualan para cendiakawan!

lalu ada orang terfikir: “Buat apa difikirkan masalah-masalah ini? padahal kita tidak dapat berbuat apa-apa. kita kerdil dan kita tidak punya apa-apa!

senyum je lah kalau ada orang yang berkata demikian.

sebab dia tak tahu apa-apa tentang apa yang dia katakan. kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. kalau tak diasah otak itu nanti jadi kepala lutut bentuknya.

sebenarnya waktu ini aku tidak dapat berfikir akan kerasionalan “kegilaan” kami kerana kepala aku sudah pening – akibat panas. “econd” dalam Pusat komputer rosak lalu udaranya padat dengan karbon dioksida dan ia memberi tekanan yang kuat kepada udara lalu kita terpaksa bernafas dengan kuat. dan juga ia mengakibatkan udara kurang sampai di otak. panas juga menyebabkan aku pening kepala. [harap budak sains dapat babtu aku kalau huraian aku tersilap].

tetapi aku tetap yakin. satu hari nanti walaupun kami ini kerdil tapi kami sudah mampu untuk memajukan minda kami. satu masa akan datang kami dapat memberikan sedikit sumbangan kepada bangsa dan negara. walau kami bukan pemikir tetapi kami dapat berfikir!

 
catatan: tulisan semasa di UTM Skudai

Malay Dilema

September 15, 2008

1) Apakah menjadi keaiban kalau kita tidak bisa mengerti percakapannya bangsa Inggeris?

2) Apakah dengan mengerti bahasa Inggeris kita akan maju? Kalau begitu majukah masyarakat India dan Filphina?

3) Apakah dalah sejarah bagi bangsa yang maju, seperti Bangsa Arab silam, Bangsa Jepun, Bangsa Jerman, Bangsa Prancis malah Bangsa Inggeris sendiri menggunakan bahasa orang lain untuk memajukan tamadun mereka ketika mereka mula merangkak dahulu?

Isu Mahasiswa Lelaki Adalah Krisis Kilang Kicap

Julai 6, 2008

Bertahun sebelum ini saya menulis tentang Biji soya dan Kicap –  adalah metafora kepada sistem pendidikan kita dan keberadaan mahasiswa. Namun sayang kerana tulisan itu telah ditalkinkan bersama jenazah blog saya yang lama.

Saya gambarkan bahawa manusia yang kerjanya masuk kelas – belajar – hapal – kemudian ambil periksa – adaalah manusia yang sedang diproses dalam sebuah kilang yang begitu besar. Akhirnya setelah habis menjalani proses akhir iaitu mendapat ijazah diploma atau sarjana muda aka Sijil Halal Jakim ataupun sijil kualiti antarabangsa seperti GMP atau HACPP maka sudsah layaklah mereka itu diletakkan di kedai2 atau pun di pasaraya.

Semuanya bergantung pada pasaran; kalau musim itu permintaan kicap soya meningkat maka serata kilang di Malaysia mula mengeluarkan botol kicap soya. Kalau musim itu banyak rakyat kita mahukan kicap tomato maka para kilang besar itu pun mengeluarkan kicap tomato.

Harus kita sadar, kilang adalah kilang. Tak ada kilang yang berubah menjadi gedung ilmu. Justeru kita harus berusaha untuk mengubah kilang kicap kita ini kepada gedung ilmu. Tetapi ini sulit kerana para pembikinnya juga hampir semuanya adalah manusia yang telah terdoktrin dengan ideologi kekicapan.

Tidak kiralah yang membikin itu bergelar doktor, atau profesor, hampir semuanya telah keracunan dengan bau kicap. Maka untuk mengubah kilang itu kepada gedung ilmu amat sukar, lantaran yang pertamanya akan membangkang adalah pekerja kilang ini sendiri yang terdiri dari para doktor dan profesor.

Lalu kita pun menyelidiki punca “cerdik pandai” kita ini membelot kepada ilmu. Maka akhirnya kita ketemu jawabannya iaitu para pembikin ini sedari umur muda hingga meraih sarjana, telah bergelumang dengan satu sistem. Sistem yang mengarahkan kepada satu keupayaan sahaja: ingat dan luah kembali diatas sekeping kertas. Lalu ingtan yang tertuang itulah akan dinilai “hidup” dan “jaya” seorang manusia.

Justeru sanking lamanya para doktor dan profesor bergelumang dengan sistem exam orianted inilah akhirnya membuatkan mereka beriman bahawa pengukur kepandaian seseorang insan adalah dengan “ingat dan luahkan kembali”. Percaya bahawa seorang manusia yang boleh mengingat [punya hapalan baik] dan boleh menjawab soalan yang diberikan seperti yang termaktub dalam silabus berupa manusia yang cerdik dan harus diberikan “kepandaian” kepadanya.

Kemudian manusia yang tidak serasi dengan sistem “exam orianted” ini akan dinilai manusia yang gagal. Maknanya seorang manusia yang tidak punya ingatan yang kuat, atau manusia yang tidak kaku dan lesu seperti bakunya silabus, atau manusia yang sering menjana idea baru dan penuh krativiti, selalunya akan dinilai bodoh dan lembab lantaran mereka ini sering tidak mampu mengingat dan meluahkan kembali pengajaran para guru di kelas pada sekeping kertas yang harus dijawab dengat cepat-cepat dalam jangka masa terhad.

Sebenarnya, manusia yang bisa menumpukan perhatian pada pengajaran kemudian menghapal dan akhirnya memuntahkan kembali adalah manusia yang mempunyai jenis pemikiran penumpu. Manakala manusia yang berlawanan dengan “pemikiran penumpu” adalah manusia dari jenis pemikiran mencapah.

Kerana sistem pendidikan yang dibina oleh masyarakat kita adalah yang memenangkan golongan penumpu dan menumpaskan golongan mencapah, maka golongan mencapah terus tertindas setiap masa dalam alam persekolahan.

Lebih bertambah malang apabila tamat pengajian para kretivities dan idealis ini dicop “Kurang Bijak” pada kad kemajuan mereka oleh sistem pendidikan kita. Kemudian masyarakat memandang mereka sebagai orang yang “gagal”, sehinggalah ibu bapa mereka dan para pelajar yang di katakan bijak tadi pun mencebikkan diri mereka. Padahal mereka adalah orang yang bijak tetapi kebijaksanaan mereka itu tidak diukur dengan barometer yang benar. Akhirnya pelajar yang “gagal” itu pun tercalarlah emosinya dan terganggulah krebiliti dirinya dan menjadilah dia manusia yang punya jati diri rendah serta akhirnya menjadi orang yang tiada semangat juang yang tinggi.

Maka bila dilihat manusia yang punya pemikiran mencapah ini kebanyakannya adalah lelaki berbanding perempuan. Lelaki itu telah dijadikan memiliki pemikiran yang mencapah, salah satu bukti kebesaran Rabb; bahawa lelaki itu dijadikan sebagai ketua, sama ada ketua kumpulan kecil, ketua rumah tangga, ketua organisasi, ketua negeri dn ketua negara. Maka sudah pasti manusia yng dijadikan ketua ini harus punya pemikiran yang mencapah; guna untuk mengatur dan menyelesaikan masalah.

Justeru, kekhuawatiran kita mengenai kualiti lelaki, atau pun jumlah pelajar lelaki yang cemerlang dalam sistem pendidikan kita, bukanlah satu kebimbangan yang mnybabkan kita menunding jari kepada lelaki, tetapi faktor terbesar yang mendorong berlakunya hal demikian adalah kerana sistem pendidikan kita yang tidak memihak kepada mereka.

Memang dirisaukan tentang penurunan kualiti ini, maka seharunya kita bersama-sama membetulkan kesilapan paradigma yang membawa kepada falasi, dan kita haru merobah sistem kita supaya ianya lebih dinamika – sesuai untuk falsafah pendidikan itu sendiri – melahirkan manusia yang berilmu secara holistik.

Harus berubah secara pantas agar sisa yng tertingal ini boleh dijanakan kembali, dan lelaki yang telah kecundang bisa diperbaiki. Jangan sampai nanti kita kehilangan lelaki.

Momotarosan Membalas Dendan Kesumat

Januari 15, 2008

aku bukan dari sini.

aku lahir di sana – nun jauh ke negeri yang mentari bermunculan.

baiklah, aku akan ceritakan tentang riwayat hidup aku. kembara aku dengan kapal, hidupku yang panjang dan dingin, keseorangan, pengkhianatan, kekecewaan. biar kamu tahu dan mengerti.

bukan publisiti yang aku mau, jauh sekali dari mau menjadi walikota atau menang bertanding jawatan ketua kampung. aku ikhlas!

sambung. setelah aku boleh mandiri, aku dibawa dengan kapal besar ke sini, bersama dengan 2 abang ku. kami tiba di pelabuhan kelang lewat malam. macam masuk secara haram ke sini. sampai saja di tanah datar, terus kami disumbat dalam kontena, bersama-sama bangsa kami yang lain. lori terus memecut keluar dari dermaga. entah mana tujuannya, itu kami semua tak tahu. dalam hati cuma berdoa agar kami semua akan selamat tiba dan mampu berkerja dengan aman. tanpa sergahan polisi atau penguatkuasa yang selalu menengking.

akhirnya lori kontena menekan brek, kami tertolak ke hadapan – bersempitan. aku lega. kerna itu destinasi kami, maknanya kami akan boleh turun dari kontena yang gelap gulita. dan maknanya kami akan mencapat cahaya – ucara. menghirup sesungguh-sungguhnya tanpa getar. lalu tika pintu terkuak, sedarlah kami bahwa kami sampai ke sebuah gudang besar.

selang beberapa hari maka datang seorang apek cina membeli kami bertiga.

aku pendekkan cerita:

apek itu dibawanya kami naik lori lagi. akhirnya aku dan abang ku – kami sampai di satu taman – taman desa. aku dipindahkan ke situ. aku ditempatkan di tengah-tengah antara ke2 abangku. aku masih ingat tanggal 15 oktober, itu tarik yang bermakna kerna itu lah hari kami mula berkerja. kerja kami tak lah sesukar mana, cuma kami kena naik turun blok flat ini. selalunya kami dikerah berkerja 24 jam seharian. arhhhh…rasanya amat kejam tetapi kami bangsa yang dingin ini kuat seperti besi. kata orang urat kami dawai tembaga, otot kami besi waja. benarlah kata orang, kerna kami kerja pagi petang.

tapi angan-angan tak selalunya indah.

rupanya manusia di sini buruk perangainya. tak senonoh langsung. mereka suka mengambil kesempatan, bermalas-malasan.

adakah patut mereka selalu kenakn aku. mentang-mentanglah aku tak boleh berbuat apa-apa maka selalulah mereka men”dajal”kan aku.

ada satu hari, entah siap, aku pun tak tahu, sebab waktu itu malah, gelap gulita, yang aku nampak hanyalah matanya dan giginya. dia menghampiri aku, minta aku bawakannya naik ke rumahnya kerna dia sudah mabu-mabukan minum todi gamaknya. saat aku leka membawa dia naik, maka aku terasa hamburan air hangat di belakangku. terus serentak bau hamis membuak. chis… rupanya lelaki itu kencing keatas aku saat aku menolongnya.

tak apa lah aku bersabar.

kemudian ada seorang mak cik, pagi buta lagi dah keluar rumah. dia tinggal di tingkat atas. dibawanya 2 plastik besar. mukanya mengerepot dan dadanya berombak besar. sampai saja ke arah aku, terus dilemparnya bungkusan pelastik itu. dan seperti lipas kudung dia berlari kencang. aku kehairanan dengan sikapnya.

tatkala bungkusan itu hinggap ditubuhku, barulah aku tahu mengapa muka mak cik itu mengerepot, dadanya berombak dan dia memecut lari, kerna tatkala bungkusan itu merempuh jasadku, ia berderai dan berhambur ke lantai dan bau busuk meruap. apakah dosaku hinggakan mak cik itu melemparkan sampah kepadaku. katakan lah wahai mak cik – mak cik yang sellau melempari sampah kepadaku – apa dosa aku hingga kalian selalu buat begitu.

akhirnya kerna terlalu banyak pengkhianatan yang mereka lakukan [selalunya aku tak mampu mengecam mereka kerna mereka suka menyamar, yang aku nampak hanya mata dan gigi mereka sahaja, lalu aku dan kedua abgku mengambil keputusan; Harus balas dendam. mereka harus diajari.

satu hari, sedang mereka masuk ke dalam badanku, dan menekan punat yang ada badanku, maknanya mereka mau menyuruh aku membawa mereka naik ke atas tingkat 10, aku mula meneruskan perancangan ku. sampai saja di tingkat 5 aku terus berhenti. aku tutup pintu. mereka mula gelabah. ada yang tercengang. ada yang menelepon kawan, ada yang menekan butang loceng di dadakuaku. malah ada yang mau menangis. aku ketawa perlahan-lahan.

kemudian kami selang seli tak mahu berkerja, sengaja buat-buat rosak. biar mereka naik tangga hingga ke tingkat 17. padan muka. dan bila melihat manusia ini tak juga mau taubat, maka kami sengaja buat bergegar ketika turun dan naik. danag gegarnya kuat. kadang gegarnya perlahan. hingga ada seorang pak cik itu selalu beristigfar ketika naik kami.

tetapi manusia itu tetap bodoh, jahat, keji dan zalim.

maka kami buat perancangan terakhir; “Nanti kita tunggu satu masa, bila dah seusia waktunya, kita akan bunuh mereka. biar mereka naik ramai-ramai, kemudia kita naik ke tingat 17, dan apabila sampai saja, kita kunci mereka – jangan buka pintu, terus kita jatuhkan diri kita ke lantai – laju menderu ke bawah dan berkecai. biar mereka mati tanpa sempat mengucap.

abagku yang sulung akan bunuh diri dengan manusia. kemudian abang ku yang kedua dan akhirnya aku. 

katagiri.