Solek

kadang-kadang aku tengok awek-awek dari jauh nampak cantek. bila depa sampai dekat pun tetap cantek. mungkin solekan depa kot yang buatkan mereka lebih menyerlah. tetapi ada sesetengah orang itu kalau ditompokkan bedak kat pipi ataupun dicoretkan pewarna di alis mata mereka, seakan-akan puntianak bila dipandang. jadi bukan semua wanita itu indah bila disolek dan bukan semua wanita itu huduh tanpa?solekan.

dan? aku masih memegang teguh kepada konsep cantek – bahawa kecantekan asli adalah yang terbaik. tetapi andai gagasan ini sudah bisa dipanggil lapok, maka harus ada orang yang menyedarkan aku lantaran kita ini bisa ketinggalan. macamlah komputer dan segala sanak saudaranya yang pantas membesar dan berevolusi. andai kita ketinggalan untuk mengikuti setahun perkembangannya bermakna kita sudah berada di zaman dinasur. begitulah kata orang.

tetapi secara tanpa sedar aku juga mendapati bahawa pendirian manusia ini akan berubah mengikuti zaman umurnya, perkembangan mindanya, kekuatan ilmunya, pengaruh alam, yng semuanya ini akan menguatkan lagi pemikirannya. dan akhir-akhir ini aku mendapati bahawa sedikit solekan akan menambah seri keatas wajah seorang wanita. mungkin sedikit merah di bibir munggil akan menarik minat seorang lelaki – tambah berahi!

justeru aku cuba untuk menyolekkan sedikit blog ini. mula-mula ditambahnya warna merah. kemudian jingga, hitam, hijau dan banyak lagi. hasilnya; buruk! lalu aku lapkannya dengan kertas tisu. tempekkan kembali warna pelangi. hasilnya: tetap buruk. penat. malas. marah. akhirnya aku tinggalkan blog ini dalam warna warni.

aku mengerti bahawa seni solekan itu amat jauh dari bakatku. makanya aku hari ini berhempas pulas mencantekkan kembali blog ini dan akhirnya ia kelihatan agak menawan. justeru benarlah gagasan baru itu: “cukup hanya sedikit solekan? untuk menyerlahkan kecantikan”.

posted Thursday, 22 April 2004

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: