Penjual Minyak Wangi dan Tukang Besi

Ini mungkin kelanjutan dari Sindrom Ultah gambaran Radit si Kambing Jantan. Malah lebih tepat lagi ia bisa dikatakan sebagai cebisan yang lebih mendalam.Ini cerita mati! Ceritanya bermula sebegini; Dua mani bertemu dalam persetubuhan, kemudian membentuk segumpal darah. Berdiam di kamar yang dipenuhi dengan air selama sembilan bulan lalu lahir sebagai bayi. Menangis ?minum susu ?tidur ?berak ?kencing. Lalu menangis ?minum susu ?tidur ?berak dan kencing lagi. Membesar jadi budak-budak. Sudah tahu makan sendiri, sudah bisa berak di jamban, sudah mau membaca buku. Lantas ia tumbuh jadi remaja. Bercinta, berfoya-foya lalu ia jadi hantu puntianak; keluar dari rumah bila azan magrib selesai dan kembali tidur bila dengan azan subuh. Tahun berlalu lalu dia menjadi dewasa. Berkerja lalu mengumpul sedikit wang untuk berkahwin. Lalu bersetubuh dengan pasangannya lantas sembilan bulan kemudia dia jadi manusia yang punya anak. Anaknya membesar dan akhirnya dia tua dan mendapat pikun. Lalu Tuhan memanggilnya kembali. Anaknya yang muda itu juga kemudiannya murung bila kedua orang tuanya mati. Dalam beberapa bulan kemudian anaknya mengikutinya menemui tuhan mereka. Semuanya akan kembali mengadap kepada Gusti Agung. Kullu nafsin zaa ikatul maut ?setiap yang bernafas pasti akan menemui ajal.

Tahun ini mungkin dapat di istiharkan tahun kematian, atau juga tahun kesedihan. Kerna tahun ini menyaksikan banyak dari kerabatku serta teman-teman ayah dan ibuku meninggal. Busu Kadir, Makachil, dan banyak lagi telah mendahului kita. Mereka datang dan pergi. Kemudian lahir anak-anak baru dan membesar menggantikan Busu Kadir dan Makachil. Persoalanya ialah apa yang kita perbuat? Mengangakan mulut menghitung hari-hari menunggu usia meningkat dan berserah diri kepada waktu? Atau melakukan kebejatan-kebejatan sehingga usia menjangkau empat puluh? Oh.. masih muda… tunggulah lima puluh. Tidak cukup gembira lagi… tunggulah selepas pergi haji kira-kira umur enam puluh. Akhirnya mati juga tanpa sempat berbuat apa-apa! Bila ingin taubat? Kapan mau insaf? Tunggu hingga maut datang? Oh tidak! Maut tidak akan mengkhabarkan bila ia mau datang! Justeru bila lagi? Esok? Lusa? Ataupun mingggu depan? Atau tunggu bila ada masa lapang? Oh tidak! Manusia senantiasa sebok memanjang! Terpulanglah! Itu urusan kalian! Tamat cerita.

Seorang temanku menelefonku petang tadi.

Semalam ada pergi dengan ceramah? Ceramah apa? Politik kah? Ceramah agama. Dia cakap tentang mati. Lepastu buat aku terfikir sejenak. Aku sedar aku tak mau jadi macam ni bila aku mati nanti? Bagus!? ku harap ko faham maksud aku?Aku faham. Niat yang baik kenalah sokong. Tak boleh di tahan-tahan?

Bila Adam berkata semacam itu, fikiranku melayang-layang teringatkan si Zaid budak Iban. Aku kenal Zaid sudah hampir empat tahun. Masa tu dia baru masuk Islam ?mualaf lah pada masa tu. Pertemuan yang terakhir dengannya tahun lepas, dia menyuarakan kepadaku hasrat untuk ke Saudi belajar agama di Universiti Islam Madinah ?dia mau insaf dan kembali menempuh jalan yang lurus. Aku setuju dia berbuat begitu dan aku cakap kepadanya bahawa betapa aku gembira dengan keputusannya serta aku akan menyokonnya. Dan hingga hari ini aku tidak mendengar khabar berita daripadanya. Entah apakah dia sudah berjalan di bumi Anbiya sana atau masih di Malaysia. Aku juga malu untuk berhubung dengannya, takut-takut nanti kita mengajarkan ajaran bangsat.

Sebagai seorang teman, aku akan menyokong dan membantu setiap rakan-rakanku yang ingin kembali kepada kehidupan yang murni bermaruah. Tiada sebab bagi kita untuk menghalangnya dari berbuat sebegitu. Aku senang bila aku lihat teman-temanku bahagia kerana kebahagiaannya adalah kesenanganku juga.

Dalam hal ini aku terkenang kata-kata ini; persahabat dengan penjual minyak akan mendapat bau wangi, bersahabat dengan tukang besi akan mendapat bau busuk? Entah apakah ini dari maksud sepotong hadith ataupun dari ilham hukamak. Andai ia adalah sepotong hadith yang sah maka aku memohon maaf atas keterlanjuran dan aku menarik kembali ucapan ini. Tetapi andaikata ia hanya berasal dari kata hikmah maka aku menerangkan bahawa ucapan ini tidak benar.

Untuk menjadi baik kita perlukan bantuan dari orang yang baik. Bersahabat dengan orang yang baik akan memberi kita nasihat untuk berbuat kebaikan. Dalam prinsip diatas tadi, sifat baik disandarkan kepada penjual minyak wangi dan sifat buruk diberikan simbol sebagai tukang besi. Andaikan seorang pencuri ingin bertaubat dan dia bertemu dengan seorang ulama? Maka dia adalah tukang besi sedangkan ulama?itu penjual minyak wangi. Lalu dia dan ulama?itu tidak bisa bersahabat kerana kekangan wujud di sisi ulama?itu. Ulama?itu dibatasi kerana idak boleh bersahabat dengan tukang besi kerana nanti berbau busuk? Justeru kelihatan disini bahawa prinsip ini tidak sempurna dan ia harus di robah agar bisa membawa kepada kebaikan kepada kedua-dua bahagian. (Tetapi mungkin jika kata-kata ini di nilai pada sisi yang lain, ada kemungkinan kita bisa menerimanya).

Dan aku lebih bersetuju untuk menerima pandangan ini, bahawa seorang yang ingin kembali dari mengikuti lorong yang berliku dan berduri, dia perlu meninggalkan teman-teman yang sebangsat dengannya. Teman-teman ini hanya akan mendorongnya menempuh jalan nihil (gelap) itu kembali. Mereka akan menarik tangannya perlahan-lahan tanpa disedari. Mereka akan menceritakan betapa indahnya dunia mereka sabah hari. Mengajaknya untuk mencuba walaupun hanya sekali. Lalu akhirnya tunas yang baru tumbuh itu layu. Kering kontang dan akhirnya mati! Justeru meninggalkan kejahatan itu harus (wajib) dan meninggalkan ahlinya juga harus (wajib). (Sebenarnya ini termaktub dalam kaedah-kaedah agama).

(Sekiranya aku tidak salah, inilah apa yang aku dengarkan dari seorang teman) Tetapi aku juga ada mendengar dari temanku, bahawa dia berkata bahawa seseorang itu tidak perlu untuk melarikan diri dari teman-teman bangsatnya apabila dia sudah bertaubat. Tetapi jika benarlah ini ucapan yang berasal daripadanya, maka aku akan berkata: capan ini kurang! Perlu ada tambahan? Aku bersetuju jika begini; penjual minyak bisa bersahabat dengan pembuat besi andaikata si pembuat besi itu tidak mengajak penjual minyak itu memasuki bangsalnya, atau tukang besi itu tidak bersalam dengannya tanpa membersihkan diri dahulu. Atau tukang besi itu tidak memberikan tahi besinya ataupun membicarakan tentang pekerjaanya bila mereka bertemu. Pendek kata, tukang besi itu harus menghormati tindakan si penjual minyak itu dengan cara dia memberikan bantuan dan dokongan. Dia sama sekali tidak boleh coba-coba menghasut penjual minyak itu beralih arah dengan menutup kedai arfumya lalu membuka kembali kedai besinya. Dan aku tidak bersetuju jika ucapan temanku itu diterima secara umum tanpa ada penjelasan ataupun batasan.

Justeru, hanya ada dua kondisi untuk setiap orang. Penjual minyak; bersahabat dan berwaspada atau berpaling. Tukang besi; mengubah dirinya dan bersahabat ataupun menjauhkan diri. Pilihlah jalan mana yang lebih kalian inginkan. Dan aku mungkin akan berhadapan dengan satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat setiap kali bertembung dengan masalah ini.

Catatan: Aku berasa amat gembira bila ada dari temanku yang meluahkan hasratnya untuk mejadi baik. Dan lebih beruntung apabila temanku itu menyatakannya dihadapanku kerana ia menggambarkan bahawa aku adalah orang yang terpercaya buatnya dan ia juga sebagai satu peringatan kepadaku. Yang ini dapat digambarkan bahawa Allah telah mengutuskan dia untuk menyedarkanku akan kejahatan-kejahatan yang aku lakukan selama ini. Dan aku masih sedar bahawa diri ini bukanlah mulia. Justeru kepada teman-temanku yang sudah berpaling menuju jalan yang aslam (selamat), jauh dari zulmat (gelap), terhindar dari fitnah dan mehnah, maka istiqamahlah kalian dan berilah peringatan kepada kami ini. Dan aku juga mengerti jika kalian mula menjauhkan diri dan berpaling dari kami kerana kebaikan itu bisa diraih dari orang yang mulia berbanding diri ini. Serta ketahuilah bahawa seandainya kami yang menghilangkan diri, itu bukan bermakna bahawa kami membenci kalian atas jalan yang kalian tempuh tetapi itu adalah tanda kehormatan dari kami agar kalian tetap teguh atas landasan mulia yang kalian pilih. Orang kerdil tidak bisa berbuat apa-apa melainkan yang termampu baginya, dan yang termampu bagiku ialah dokongan dan doa?serta menjauh. Kerna menjauh itu lebih selamat buat temanku. Maafkan aku!
08 April 2004

posted Wednesday, 14 April 2004

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: