Pemikir

minggu lepas aku terfikit tentang budaya bangsa ini – melayu – tak kira waktu. malah aku sempat menanyakan pandangan seorang teman yang aku kira sebagai “handal” dalam sains komputer dengan satu soalan:

“apa pandangan ko tentang melayu? bijakkah? rajinkah? berbudaya tinggikah?”.

kemudia dia terlopong kerana kaget: kenapa soalan ini tiba-tiba dilontari padahal kita bukan berada di dalam kelas Ketamadunan tetapi di dalam ruang lif! tersenyum lalu berkata tidak tahu. (mungkin kerana masih terkejut atau kedekut ilmu!)

kemudian aku pergi ke bilik hadi dengan soalan: “hang rasa siapa kawan-kawan hang yang suka membincangkan hal-hal berat macam ketamadunan, politik manusia, sosiologi, kesenian?”.

hadi: “hang je la ngan wan!”.

justeru barulah aku tahu bahawa kami ini aneh orangnya. dalam seramai 20 orang teman-teman aku, hanya wan yang serupa “gila” ndan aku baru berjumpa saty behin baru yang boleh digilakan iaitu neezal. yang lainnya tidaklah suka kalau mani tiba-tiba menggilakan diri.

kalau teman-teman lain membicarakan tentang teknologi-teknologi terkini perkakasan komputer, betapa hebatnya perisian-perisian yang dipasarkan dan betapa canggeh sistem yang telah dibangunkan. namum kami si aneh-aneh ini membicarakan sesuatu yang sepatutnya jadi buah bualan para cendiakawan!

lalu ada orang terfikir: “Buat apa difikirkan masalah-masalah ini? padahal kita tidak dapat berbuat apa-apa. kita kerdil dan kita tidak punya apa-apa!

senyum je lah kalau ada orang yang berkata demikian.

sebab dia tak tahu apa-apa tentang apa yang dia katakan. kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. kalau tak diasah otak itu nanti jadi kepala lutut bentuknya.

sebenarnya waktu ini aku tidak dapat berfikir akan kerasionalan “kegilaan” kami kerana kepala aku sudah pening – akibat panas. “econd” dalam Pusat komputer rosak lalu udaranya padat dengan karbon dioksida dan ia memberi tekanan yang kuat kepada udara lalu kita terpaksa bernafas dengan kuat. dan juga ia mengakibatkan udara kurang sampai di otak. panas juga menyebabkan aku pening kepala. [harap budak sains dapat babtu aku kalau huraian aku tersilap].

tetapi aku tetap yakin. satu hari nanti walaupun kami ini kerdil tapi kami sudah mampu untuk memajukan minda kami. satu masa akan datang kami dapat memberikan sedikit sumbangan kepada bangsa dan negara. walau kami bukan pemikir tetapi kami dapat berfikir!

 
catatan: tulisan semasa di UTM Skudai

Label:

2 Respons to “Pemikir”

  1. Erika Says:

    Definisi Melayu Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Perkara 160 [2]):
    ‘Melayu’ ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu. Jadi, di Malaysia Bangsa Melayu adalah seorang yg menganuti agama Islam, maka apabila sesuatu bangsa tidak kira cina dan India yg menganuti agama Islam akan di panggil sebagai Melayu. Agama yg mengikat bangsa Melayu untk menjadi Melayu. Sebenarnya bangsa Melayu mudah menerima unsur2 dari luar (fleksible). ini kerana kedudukkan bangsa Melayu yg berada di tengah2 kepulauan, yg menyebabkan senangnya terdedah dgn pengaruh2 luar(perdagangan, migrain). jadi ini bermakna bangsa Melayu mempunyai pengetahuan yg pelbagai dan mudah menerima serta mengubahsuai cara hidup. jadi, sampai sekarang ini bangsa Melayu telah terbiasa untk menerima perubahan selagi tidak bertentangn dgn Islam. Era globalisasi telah menyebabkan semakin bnyk pengaruh asing khususnya barat mencemari pemikiran Melayu. Ikatan keagamaan semakin longgar kerana bnyk kekeliruaan dan percanggahan pemikiran barat dan Islam. ini kerana barat mengamalkan sekularisme, demokratik dan liberalisme—-semua ini menolak kewujudan agama. Maka itu, segelintir bangsa Melayu terikut cara pemikiran barat. ditambah lagi dgn pemerintahan dan ahli2 politik yg kebnyakkannya yg berdiri ditadbir pemikiran barat. sebenarnya yg menguatkan sesuatu bangsa adalah agama. kehebatan sesuatu bangsa terletak pada kekuatan agamanya. ini kerana ilmu agama(wahyu) adalah benar, dan ilmu akal hanya bersifat betul. ilmu wahyu yg mjd nukleus(teras) kpd ilmu akal. Kesimpulannya bangsa Melayu akan mjd hebat dan maju jika berpandukan kepada agama Islam, kerana Al-Quran adlh ibu segala ilmu dan pemikiran dan ianya mendahuluhi zaman. Bangsa yg berjaya adalah bangsa yg berilmu. Ini adalah pendapat saya yg cetek dan berdasarkan kepada penelitian semasa serta perkonggian ilmu dengan ahli2 akademik—pensyarah dan teman.

  2. Bu Boyz Says:

    Jadi apakah jawapannya? masih belum ketemu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: