Pedagogi

kalaulah ada monsun sumatera yang melanda johor, dan kalaulah ada musim laut bergelora. maka di skudai ini ada musim kemarau panjang. kemarau ini melanda sejak bulan 5 lagi. entah kenapa bukan semua tanah di daerah ini yang kontang tetapi sebahagian sahaja, dan aku lihat banyk sekali manusia-manusia yang aku kenal menderita. sudah pastinya aku adalah orang yang paling kehausan!

tetapi dalam kemarau yang mengosongkan poket dengan uang, banyak yang mengajar aku:
pertamanya: aku perlu berjimat
keduanya: aku perlu kurngkan boros
ketiganya: aku perlu dapatkan uang

dan pelajaran-pelajaran yang lainya ialah erti teman, erti semangat, erti cekal, erti jerih payah, erti dorongan, erti ambil berat.

kalaulah sebelum ini aku boleh keluarkan banyak uang hanya untuk membeli baju (sedangkan baju aku sudah terlalu banyak), tapi kali ini aku cuba untuk menahan nafsu ini. pergi jusco kalau dulu tiap-tiap minggu. pergi ngan pian, kalau tak pergi ngan foo, kalau tak pergi ngan kimi. tapi kali ni pergi jusco tak lebih dari 5 kali. kalaulah dulu makan nasi 3 kali sehari. setiap kali makan menunya menyelerakan – nasi ayam, masi goreng kampung daging merah, masi goreng cina sotong kunyit. tapi kali ni tiap-tiap malam tunggu depan pintu bilik hadi; tunggu daud jual nasi lemak mak ngah je. satu hari makn sekali. kalau ada rezeki lebih dapatla makan 2 kali. kalau makan tiga kali rasanya ada la sekali dua je.

hadi kata aku dah kurus sangat. pinggang aku yang membesar sejak tahun dua dah turun balik, sampai-sampai seluar aku yang besar tu nampak terlalu besar pinggangnya. lantahlah! asalkan aku sudah tahu car nak berjimat dengan duit dalam poket tak lebih dari RM 10 setiap minggu.

nak harapkan kawan? depa pun kemarau gak. tak lebih dari 10 orang yang sengkek. ada yang dah abis loan, ada yang ditahan, ada yang tak masuk-masuk. tapi aku cukup bersyukur sebab aku ada kawan-kawan yang membantu; bantu hulur uang, bantu hulur semangat. masa mula-mula smpai aku tak tau nak hidup macam mana, sampai aku nak balik kl sambung SPACES. tapi semua kawan-kawan aku halang. depa kasi semangat. lalu aku hidup di sini hingga hari ini dengan nafas pian, kimi, foo, rizal, hadi, shah dan neezal. dan hari ini juga akau tau mana teman yang boleh menangis bergolek sekali dan mana teman yang boleh ketawa sahaja. dan aku juga tak mahu menyusahkan depa selalu. aku pernah kata kat rizal: “kalau aku susahkan ko hari ni, seminggu dua boleh la. tapi kalau masuk sebulan dua mesti ko pun tak nak!”. dan seperti jangkaan, rizal pun tersenyum dan mengangguk kepalanya. aku tak dapat nak susahkan depa selalu, dan aku juga tak boleh meminta tolong selalu.

kami saling memberi semangat, bantu membantu, masing-masing mabil berat. dan benda ini aku tak dapat pelajari sebelum ini.

biarkan aku susah nak hidup kerna musim ini aku sebutkan sebagai “musim pelajaran hidup”! sebuah pedagogi yang amat bernilai!

aku hanya menjangkakan musim kemarau ini akan tamat bulan 10 nanti. musim kemarau tak akan lama, tetapi apabila ia taman, aku akan lihat banyak tumbuha yang berbunga. sebab tunasnya telah bercambah pada hari ini. dan hidup ini kata orang hanya melalui puluhan musim bunga sahaja.

teringat kata-kata bakar kepada anak saudaranya, amir dalam GGPR: “Khatan pun belum kering dah pandai bercinta! minggu depan kan SPM!”. “Jadi kalau lepas SPm bolehla bercinta?”. “Aku suruk ko jadi orang dulu!”. dan nasihat emak Encik Khairul supaya dia menjadi orang sebagaimana abangnya yang telah menjadi orang!

lalu aku pikir, inilah masanya aku belajar menjadi orang. orang itu bukannya berkaki dua, bukannya bertangan dua, ada hidung satu ataupun ada lidah yang boleh menjelir-jelir. sebab beruk pun ada apa yang kita ada. malah ada beruk yang boleh berfikir juga. dalam cerita “pelnet beruk”, dilihat bahawa beruk telah membina tamadunnya yang tinggi dan manusia telah menjadi hamba. lalu apa itu seorang orang?

orang itu sejenis haiwan yang berpikir, berekonomi dan bersosial?

dedikasi untuk orang-orang yang disayangi: pian, kimi, foo, neezal, rizal, shah, hadi; terima kasih atas butiran nafas kalian! dan teman-teman yang lain: terima kasih!

16 – 07 – 04

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: