NIngrat

Terkejut! Hairan! Sebelum ini perkara seumpama ini tidak berlaku! Katanyalah.Bohonglah dunia yang matanya tertutup! Bodohkanlah mak chik mak chik di ladang getah Semanggol! Putarlah lidahmu untuk membelit leher nenek-nenek di rumah orang tua agar manusia sekaliannya tidak gelabah. Tetapi mereka ini tidak dapat menipu sekian banyak manusia.

Kononnya mangsa korbang pukul oleh senior di Seremban adalah kes pertama. Atau sebagaimana terkejutnya kementerian Pendidikan alias Pelajaran, rasanya itu hanyalah kepura-puraan. Bukankah sebelum ini telah banyak kes-kes buli dan telah banyak pelajar yang cedera. Lalu untuk mengelakkan hal ini digembar-gemburkan maka media disarankan untuk mengurangkan liputan mengenainya. Sebenarnya ia berupa kerahan paksa agar selepas ini jangan media membuat cerita lagi mengenai kes buli di asrama. Kemudian seorang bapak menteri yang baru memegang jawatan berkata:

elepas ini tiada lagi samseng sekolah!?P>Lalu digembar-gemburkan kepada massa bahawa gerak-kerja sedang gencar dilaksanakan. Sebuah jawatankuasa diwujudkan. Entahlah apakah ini ilusi optik ataupun kesilapan telinga mencerap gelombang aneh. Tetapi selagi mana belum ada usaha yang benar-benar dihasilkan atas kesungguhan dan kesedaran berlaku, selagi itulah masalah sepak terajang di asrama akan berlanjutan.

Macamlah aku tak pernah kena buli. Abang iparku pun pernah. Malah semua rakan-teman ku juga sempat merasakannya. Ingat lagi masa tingkatan satu. Kena kejutkan tengah malam buta hanya sekadar untuk mendengan ceramah agama Ehwal Islam yang ahli panelnya terdiri dari enior? Tajuknya hampir sama setiap minggu, cumanya ditambah dan dikurangkan sedikit mengikut kesesuaan minggu berkenaan. Contohnya; agaimana Menghormati Warga Tua?kemudian minggu seterusnya pakah Tanggungjawab anak-anak kepada Orang Dewasa? lalu minggu berikutnya emberi Salam Sebagai Tanda Kehormatan Kepada Pelajar Tua?dan bulan berikutnya pula hormatilah Kami  Warga Tua Yang Pikun? Lalu berceramahlah para ustaz-ustaz ini dengan tawaddu?dan ikhlas; menerangkan masalah seputar kehormatan di tengah malam yang sepi dan tidak dipasangkan lampu ?gelap gelita, yang kelihatan hanya gigi serta mata. Mungkin ini ajaran sufi, getus hati aku. Masakan tidak, mereka berforum di dalam gelap!

Kerana etika manusia itu terbahagi kepada tiga; anak-anak beretika kerana takutkan hukuman, remaja beretika kerana pengaruh teman-teman dan orang dewasa beretika kerana prinsip benar dan salah, sedangkan kami ini masih hingusan lalu kami ditakut-takutkan dengan cerita-cerita seram seumpama sang kancil dengan buaya. Atau kami akan dipertontonkan satu siri cerita aksi yang hebat serta eal?di depan mata. Macam filem hindi yang penuh dengan lompatan, tendangan tepi, tumbukan, dan hayunan kayu hoki.

Sebenarnya kalaulah kita sadari bahawa asrama-asrama kita ini dihuni oleh para ningrat (bangsawan) dari kraton-kraton yang entah dari negeri mana. Para raden dan gusti bersepah-sepah sehingga mencapai puluhan orang sementara itu anak-anak yang baru berusia 12 tahun yang baru menjejakkan diri di alam sekolah menengah seumpama pacal-pacal yang mengangkut najis. Berkejar-kejar ke hulu dan bertatih-tatih ke hilir menunaikan hajat para ningrat yang memegang adikara (kekuasaan). Disuruhnya membasuh baju ketika si ningrat melihat si pacal sedang terbongkok-bongkok menyonyoh berus. Berbesen-besen hendak dibasuh baju, kemudian ditambah lagi dengan baju ang Mulia?sebesen penuh – lalu kelelahan. Ditolaknya permintaan nigrat dan akhirnya ditempeleng. Kemudian akan dipasungnya si pacal tadi kerna menolak arahan itu. Akhirnya hiduplah si pacal itu tadi dalam ketakutan selama dua tiga tahun lamanya. Selalunya beban rasukan perasaan itu akan bebas bila mereka memasuki tahun kedua di asrama kerana sudah ada pacal-pacal baharu di asrama ketika itu yang menggantikan jawatan mereka.

Sekarang ini si pacal tadi sudah naik pangkat menjadi sida-sida di istana. Kerja si sida-sida ini bukanlah untuk membasuh baju, mengangkut makanan, mengemaskan almari, menggosok baju, mengusungkan buku, menundukkan kepala, dan mengampu para gusti, tetapi mereka-mereka ini sekarang kerjanya mengajarkan si pacal-pacal baharu itu tentang tanggungjawab serta tugas mengangkut najis para ningrat. Cuma kadangkala sahaja mereka akan melaksanakan kerja-kerja lama apabila para pacal tidak ada. Tetapi para sida juga sudah boleh mengambil kesempatan mengarahkan para pacal. Tahun berikutnya para sida itu tadi sudah naik pangkat lagi menjadi para menteri. Ketika ini jawatan mereka sudah tinggi dalam hirarki Kesultanan Asrama. Maka bapak-bapak menteri ini memegang wilayah kekuasaan yang lebih besar serta kekuatan yang lebih tegar. Para pacal serta para sida tertakluk di bawah jagaan mereka. Mereka ini ibaratnya Raden Kecil ataupun Tengku Mahkota kerana hanya setahun lagi mereka akan menjadi bangsawan mulia ?para ningrat berupa raden dan gusti.

Jadi cara apa pacal-pacal ini dihukum? Kalaulah di Negeri yang bernama Sri Perak di Parit Buntar itu hukuman untuk para pacal yang durhaka atau yang cuba menggulingkan tahta ialah kayu hoki ataupun kayu pembaris panjang ataupun buku lima serta sepak terajang hingga lebam-lebam atau berdarah. Hukuman lain yang agak ringan dikenakan mengikut kadaran masing-masing. Mahkamahnya serta para juri dan hakimnya tidaklah para pacal itu ketahui akan ketelusan mereka melainkan yang mereka sedia maklum ialah ketetapannya telah ada walaupun mereka belum di adili, walaupun mereka belum diusung ke kandang soal. Mereka sudah tahu jawabannya ialah hanya satu; ersalah!? Lalu kalau kesalahan itu kecil dan ringan, maka mereka akan dihukum meniupkan kipas syiling yang ff?suisnya hingga berpusing ligat. Kalaulah tiba-tiba takdir Gusti Agung meniupkan angin lalu berpusinglah kipas itu, maka para hakim itupun membuat helah. Konon-kononnya tidak cukup laju atau kurang kuasa kudanya. Kalau bukan ditiup kipas, mungkin disuruhnya meniupkan lampu kalimantang hingga menyala terang. Sekiranya gagal meniup kipas atau menyalakan lampu, para pesalah itu tadi akan dipukul juga. Sebenarnya banyak lagi hukuman-hukuman yang disediakan kepada para pacal ini agar mereka mengikut telunjuk para ningrat yang pikun-pikun itu; yang semuanya diatas namakan pada ehormatan?

Dan pacal-pacal ini tidaklah bising-bising merepot. Mereka tetap bersabar dan menahan beban derita sesama mereka saban hari. Kalau mereka bising dan membuka mulut serta tunjukkan lebam-lebam di badan, maka pacal itu akan dikatakan dayus, pengecut, lemah dan pondan. Kerana bagi penghuni asrama, mereka memegang satu prinsip: ertahanlah dengan bulian, kalau membuka mulut maka kita bukanlah seorang lelaki? Kerana diamnya mereka ini menyebabkan pihak sekolah menyangka tiada kes buli, sudah aman sekolah dari acara pukul dan lebam. Tetapi hakikatnya kes buli tetap berlaku di kebanyakan sekolah asrama. Dan dendam mereka kepada para enior?akan dilepaskan kepada unior?mereka apabila mereka menjadi raden empat tahun kemudian. Lalu dendam ini berlanjutan zaman-berzaman tanpa penghujungnya.

Ada perkara yang perlu kita fikirkan. Persoalannya ialah kehormatan apa yang mereka inginkan? Gerangan apa yang mereka harapkan? Mereka sebenarnya mahu semua manusia yang lainnya memberikan tunduk hormat setiap kali berselisih dengan mereka, mau semua manusia mengikut kata-kata mereka tanpa bantahan seperti hamba abdi di Afrika, mau semua unior?menjadi kuli mereka dan melakukan semua tugas harian mereka di asrama. Semua inilah yang mereka namakan sebagai espect?ataupun kehormatan. Mereka mengharap sesuatu yang tidak dapat diberi oleh manusia-manusia ikhlas lantaran mereka itu para ningrat yang busuk serta berkulat. Ibaratnya buah nangka yang berkulat lagaknya mereka. Manalah mungkin didekatin orang kalau sudah membusukkan. Pasti manusia-manusia yang lain akan bertembiaran lari. Kerana mereka itu tidak menyadari bahawa mereka itu adalah buah nangka yang berkulat, lalu dipaksanya semua manusia yang umurnya muda dari mereka untuk menghirup bau mereka yang busuk itu. Kalau mereka itu sadar pasti mereka akan membersihkan diri serta mandi sejam sekali hingga bau busuk tiada dan kemudian akan datanglah berbondong-bondong manusia mendekati mereka secara ikhlas. Bukan tidak ada pelajar senoir yang dihormati malah banyak juga diantara mereka yang menakluk para pacal secara sukarela. Para senior yang berjaya ini pastinya seorang senior yang berbudi bahasa, pemurah, pemaaf, pendek kata seorang yang mulia dan baik. Inilah rahasianya untuk menarik manusia lain supaya mereka menghormati diri kita dengan sendirinya ?tanpa paksaan. Dan kita sedia maklum bahawa bukan semua manusia itu dianugerahkan Gusti Agung dengan pemikiran yang mulia hingga bisa menempuh jalan yang mulia juga. Kebanyakannya hanyalah mendapat pikun di waktu muda!

Catatan: aku tidaklah pernah membuli pelajar-pelajar yang muda dari aku kerana tiga sebab. Pertamanya ialah aku bukan pendendam. Para pacal yang menjadi ningrat akan membalas dendam kepada pacal-pacal baharu sedangkan manusia yang membulinya sudah keluar dari sekolah itu. Ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar! Sebab kedua ialah aku manusia yang gemarkan diplomasi dan keadilan. Semuanya pasti meniarap pada dacing kebenaran. Kita akan adili semua orang dan kita akan pastikan keadilan itu dimenagkan. Dan aku akan berdiplomasi seboleh-bolehnya untuk mengelakkan pergaduhan atau kekasaran. Pergaduhan tidak mendatangkan apa-apa melainkan bengkak dan lebam. Ketiganya ialah aku takut kalau-kalau pelajar muda ini akan melakukan apa yang ami?lakukan kepada senoir kami. Ingat lagi Mat Sabun masukkan air longkang dalam minuman senoir. Amer celupkan baju senior dalam mangkuk tandas dan Aruk masukkan air kencing dalam air oren mereka. Dan aku tidak mahu minum air longkan, pakai baju dengan bilasan air mangkuk tandas serta tidak hamu minum air oreng berperisa air kencing!

Semua ini buat aku tersenyum. Kami telah jadi lelaki sejak dari dahulu lagi! (mungkin prinsip ini perlu difikirkan semula)

Dan aku juga sering berbuat benda yang sama seperti yang dilakukan oleh teman-temanku kepada Mentoi, Zul Pelaq, Ali Kipeng dan Tagen. Mintak maaflah. Ampunkan patik!

posted Monday, 5 April 2004

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: