Kepenulisan

Sebenarnya bukan mudah menjadi penulis. Yang paling sukar dalam proses menulis ialah menunggu ilham bergolek ke dalam kotak fikiran. Kalau tidak bergolek juga setelah menunggu berjam-jam di depan monitor atau sudah penat memegang pen, maka kenalah dicari juga ilham itu. Perahlah otak, bukakan minda, luaskan pandangan, kuatkan pendengaran, guna untuk mencerap sebarang ilham yang mungkin terbit. Andai selepas itu tidak juga kelihatan sebarang petanda bahawa ilham telah datang, maka baik tarik selimut dan pejam mata ?tidur sambil berdengkur. Manalah tahu mungkin ilham itu akan turun bila kita sedang nenyak membuat tahi mata dan melelehkan air liur.

 

 

Penulis menjejak idea lalu menterjemahkannya dalam bentul tulisan alias karangan. Penulis ini adalah pencerita tanpa suara. Suara mereka ialah tulisan. Maka bermain-mainlah penulis dengan bahasa dan ejaan-ejaan. Justeru lahir berbagai ragam bahasa dan lenggok tulisan, bersesuaian dengan peribadi penulis tersebut. Kalau bahasanya kasar maknanya penulis itu kasar sifatnya. Kalaulah lembut dan sopan tulisannya maknanya sopan dan berbudi tinggilah penulis itu.

 

 

Kepenulisan bukanlah kerja main-main, melainkan penulis yang bergelumang dengan cerita ghairah. Dan sekarang ini banyak juga kelihatan penulis ghairah di massa macam di majalah-majalah kecil yang di jual di toko-toko buku. Tajuknya juga menarik, jalan ceritanya pasti lebih menarik, lalu berlumba-lumbalah anak-anak muda, tidak ketinggalan bapak budak juga membacanya sambil dalam pikiran mereka mula membuat gambaran-gambaran asmara. Mereka ini tergolong dalam jenis Kepenulisan Ghairah.

 

 

Ada juga Kepenulisan Haprak, maknanya kepenulisan yang membawa kesongsangan atau ajaran yang menjumudkan. Macam cerita-cerita tahyul yang mengalami permintaan tinggi dewasa ini termasuklah dalam majalan Mastika. Entahlah kenapa diceritakannya betapa bahawa ada puteri bunian yang berkahwin dengan pemuda kampung, ada batu sakti yang boleh menyembuhkan segala macam penyakit minteri, kuburan yang ditumpahkan hajat di atasnya, serta bermacam-macam cerita kurafat lagi yang memenuhi pembacaan masyarakat kita. Cerita-cerita ini tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembangunan minda kita, malah sama sekali tidak menyumbang apa-apa kepada infrastruktur negara, melainkan ia menjahanamkan semangat keagamaan kita, melemahkan rohani serta memalaskan minda kita dari mencerna pemikiran yang cemerlang.

 

 

Kepenulisan Kosong ialah penulis yang menulis dengan penceritaan yang tidak membawa sebarang makna ataupun tidak ada apa-apa yang bisa diambil dari tulisannya melainkan kosong belaka. Lalu kerana itulah ia dinamakan sebagai kepenulisan kosong, bersesuaian dengan sifatnya. Banyak juga kita lihat penulis-penulis yang menggolongkan dirinya dalam kelompok ini, misalnya penulis bagi majalah URTV, Mangga dan Hai.

 

 

Sementara itu Kepenulisan Sesat ialah lebih menjurus ke dalam bidang agama, walaupun seperti kata Encik Khairul (www.encikkhairul.cjb.net) bahawa sesat itu luas pengertiannya, bukan sekadar mewarnai ritual tetapi ia meliputi sekelian aspek kehidupan ini. Tetapi aku menfokuskan sesat di sini dengan cakupan yang lebih tertumpu dan kecil agar mudah kita menjelaskannya. Dan pemuka dalam kelompok ini sudah pasti penulis terkenal di Malaysia ?Astora Jabat.

 

 

Tidak pernah dalam pikiran ini bahawa suatu hari nanti kerjaku ialah menulis. Dan tidaklah pernah menjadi cita-cita seperti yang tertera dalam semua kad laporan ujian di sekolah dahulu ?ita-cita: Penulis? Tetapi mungkin kerana sudah ditakdirkan bermula dari tingkatan satu minat untuk menambah ilmu membuak-buak dalam hati ini, memaksa aku melalui jambatan ilmu hingga banyak melapangkan diri di pustaka, yang akhirnya mendatangkan satu cita-cita luhur iaitu mau menjadi penulis satu hari nanti. Gunanya untuk menyatakan wawasan kita secara meluas, agar bisa majukan bangsa kita, moga keamanan bisa dikecap serta keutuhan akan tertegak.

 

 

Subjek yang paling menarik untuk dibualkan oleh aku ialah cerita tentang hari-hari yang kita lalui. Ini cerita benar seperti isah Benar?di TV3. Semuanya benar belaka melainkan tidak ada yang benar kecuali yang benar sahaja. Dan semacam kata Tamar Jalis dalam bukunya ercakap Dengan Jin? sedikit garam serta Ajinomoto di masukkan agar ada rasa masam masin ketika menghadamkan tulisan ini. Justeru tulisan ini darjatnya tidaklah shahih kerana dari ilmu Riwayahnya dan ilmu Dirayah nya menunjukkan bahawa matan serta sanadnya dhaif jiddan kerana bersumber dari manusia yang di dhaifkan. Penyakitnya datang dari Bangchik, kerana dia (bangchik ini) tidak dikenal dan hapalannya buruk ?tidak dhabit. Yang perlu dinilai ialah apakah tulisan ini memiliki makna yang benar sehingga mengarahkan tindakan yang benar. Seandainya ia tidak memiliki sebarang erti, malah menyimpang dari kebenaran, maka seseorang harus mengkhabarkan kepadaku agar kegelinciran ini bisa dialihkan.

 

 

Dan rasanya tulisan semacam ini ?tulisan blog, walaupun kebanyakan dari penulisnya banyak menceritakan perihal hidup mereka; kadang-kadang kisah makan mereka, cerita tentang kawan mereka, hal cinta mereka, malah sempat pula bercerita mengenai lawatan mereka ke kedai untuk membeli gula, tulisan-tulisan ini sebenarnya memberikan kebaikan kepada diri mereka sebagai satu wadah untuk melakar dunia mereka sehingga ia bisa menjadi penyembuh kepada mereka seperti yang dikatakan oleh Bluehikari. Dan kebaikan juga bisa dipungut oleh pelawat-pelawat alias pembaca, kerana di dalam tulisan semacam ini, kebanyakannya terkandung makna yang tersembunyi untuk panduan hidup ini. Cerita-cerita yang termuat dengan kebaikan maka minda yang sihat akan menetapkannya sebagai ikutan. Kadang-kadang ceritanya berkisar tentang keburukan, maka minda yang waras akan menetapkanya sebagai sempadan.

 

 

Sebenarnya minda kita ini punya kuasa yang kuat. Semacam kita melihat dunia ini. Ada manusia yang memandangnya dengan warna kelam. Ada yang melihatnya dengan warna merah. Dan ada ramai juga yang melihatnya dengan warna pelangi. Sedangkan mereka-mereka ini memandang kepada permandangan yang sama. Kerana kekuatan itu bergantung kepada sistem pemikiran yang kita jana, maka kepahaman itu bermacam-macam dalam satu perkara. Mungkin kaedah yang terbaik ialah kita menetapkan satu sistem yang akan menghasilkan pemahaman terakhir berupa nilai positif. Untuk itu, semua jenis kepenulisan akan kita ambil pengajaran dan kita tinggalkan keburukan-keburukan yang terhasil daripadanya.

 

 

Catatan: nampaknya Bangcik ini mula suka sendiri. Kata-kata Bangchik ini tidaklah boleh diambil peduli. Bagaimana dia mau jadi berjaya kerana dia malas untuk membaca blog-blog enior?yang lain. Yang tahu hanya duduk termenung sambil mengkebil-kebilkan mata.

 

 

10 April 2004posted Wednesday, 14 April 2004

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: