Kemelayuan

tandaan: ulasan ini agak berat, mungkin tidak berdasarkan fakta yang kuat. dan aku juga bersedia untuk meralat.

yanz mengulas tulisan aku yang berjodol “Ranggaku”. lalu aku ingin menghuraikan alasan-alasan yang aku gunapakai hingga menuju kepada titik tersebut. maka inilah dia anatara alasan yang mendorong aku membuat kesimpulan seperti di dalam Ranggaku.

dan aku akan menerangkan akan makna tamadun, sains dan teknologi, guna untuk memahamkan kita semua.

tamadun: tamadun ialah keadaan manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta pembangunan pemikiran. ada juga takrifan lain iaitu perkembangan yang tinggi meliputi kebendaan dan bukan kebendaan; lingustik, seni bina, teknologi, ilmu dan aspek-aspek lainnya seperti ekonomi dan sosial-budaya.

sains: sains ialah pengetahuan yang khusus iaitu ilmu. pengertian sains berubah setelah wujud sains moden atau sains barat. sains ialah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabii yang bernyawa atau tidak bernyawa, dengan kaedah yang objektif melalui kajian pengeksperimen dan cerapan untuk hasilkan prinsip-prinsip yang boleh dipercayai dan boleh dibuktikan kebenarannya. (Dr Sulaiman Nordin).

sains moden lahir sekitar 1600 M akibat pertembungan antara pengetahuan ilmuan dengan pengetahuan autoriti, kuasa raja dengan kuasa gereja, maka kaum intelek barat melepaskan diri dari belenggu agama dan gereja lalu terbentuklah sains moden dimana ia melepaskan diri dari pengaruh sains klasik.

teknologi: Techne iaitu seni dan logos iaitu kata-kata sistematis. dengan ini ia membawa makna bahawa teknologi ialah ilmu yang lebih praktikal, sementara sains bersifat lebih teoritikal. Wan Fuad Hassan berkata teknologi menuju kepada “Ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem”.

beza sains dan teknologi: dalam sains, manusia cuba memahami alam tabii dalam bentuk kuantitatif sementara dalam teknologi, manusia cuba menggunakan dan mengawal alam tabii untuk kepentingan masyarakat. tegasnya falsafah tabii dan sains adalah aktiviti intelektual manakala teknologi adalah aktiviti praktikal.

aku membuat kesimpulan awal dalam dua point besar iaitu:

1: tamadun melayu merupakan sebuah tamadun yang kecil dan tidak dapat dibanggakan sangat.

2: terlihat ciri-ciri yang agak jelas menunjukkan bahawa kemerosotan tamadun melayu selepas zaman pertengahan.

maka kita tidak bersalah untuk menerima hakikat ini, malah amat baik bagi kita mengerti hakikat bangsa kita, agar kita dapat mengorak langkah baru. dengan itu kita telah bersedia untuk menerima kelemahan dan membaiki hal tersebutr dan kita bangun membentuk sebuah bangsa yang maju dengan tamadun yang unggul

yanz menulis:

“melaka (dibaca melayu) sebelum kedatangan portugis ialah sebuah negara (bangsa) yang kuat dan dihormati. antara faktor kedatangan alfonso laknat itu ialah kerana kemajuan dan kekayaan melaka pada masa itu. ini yang ingin dirampas oleh alfonso. sejarah membuktikan melaka suatu ketika dahulu ialah pusat penyebaran ilmu”

melaka muncul sebagai empayar di Nusantara khususnya dalam bidang perdagangan, penyebaran ilmu Islam dan perkembangan Bahasa Melayu. justeru tiada cacatan sejarah yang menunjukkan bahawa Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lainnya seperti Perlak, Pasai, Acheh dan sebagainya berkembang selain daripada tiga bidang tersebut.

adalah amat beruntung bagi Nusantara yang terletak di antara jalan perdagangan dan ia menjadi pusat persinggahan kepada kapal-kapal layar. dan Nusantara juga menjadi pusat pertukaran dagangan apabila banyak kapal-kapal dari benua India, china dan arab berlabuh di Nusantara. jadi keberuntungan yang pertama bagi Melaka dan kerajaan-kerajaan melayu yang lainnya ialah lokasinya yang strategik.

memang tidak dinafikan bahawa melaka pada ketika itu mempunyai sistem ekonomi yang mantap, pengurusan perlabuhan yang sistematik, tetapi kenyataan ini tidak membawa makna yang besar kepada pembinaan tamadun yang lebih unggul.

kemudian apabila melaka terbentuk dan membangun, maka ia mengalahkan banyak negeri-negeri melayu yang lain dan berkembang menjadi sebuah empayar yang meliputi nusantara terutamanya ia menguasai selat melaka, maka sudah pasti para pedagang berlabuh di sana. penguasaan selat melaka atau perluasan empayar bukan beretri bahawa sesebuah tamadun itu unggul. buktinya Kerajaan Monggolia yang dikenal sebagai bangsa gasar berjaya menakluki kawasan yang luas hingga menghancurkan Baghdad (sebuah tamadun yang unggul), sedangkan mereka itu tidaklah mempunyai ketamadunan yang tinggi.

justeru penguasaan barat keatas Nusantara berpijak kepada beberapa teori: pertama untuk menjadikan bangsa melayu sebagai “manusia” atas dasar beban barat mentamadunkan dunia, kedua ialah menyebarkan agama dari kitab Injil, ketiganya mengaut keuntungan hasil bumi tanah jajahan. mungkin inilah yang dislogankan dengan: “Gold, Glory, Gospel”. maka dengan ini diketahui bahawa Alfonso menjarahkan Melaka kerana faktor-faktor ini, bukannya kedatangan mereka kerana kebencian akan tingginya tamadun Melayu.

mengenai penyebaran ilmu, maka kita tidak melihat bahawa wujud sebarang ilmu sains klasik di Nusantara melainkan ilmu falak dan matematik mudah; khusus ilmu faraid dan ilmu zakat. buktinya perkataan tabib lahir dari kata arab sedangkan kata doktor dari kata inggeris. malah pengamal perubatan yang sistematik dari bangsa kita yang pertamanya ialah Doktor Mahathir dan Dr Burhanuddin Helmi (Homopati). justeru kita terpaksa mengakui bahawa “pusat penyebaran ilmu” itu hanya ilmu agama Islam dan bahawa melayu, sedangkan ilmu itu hanya melingkari dalam daerah kecil asia tenggara sahaja.

“melayu pada 1500 sudah pakai sutera. melayu 1500 sudah masak menggunakan rempah. melayu 1500 sudah punya wang emas. melayu 1500 sudah minum teh (teh merupakan minuman golongan elit suatu ketika dahulu). dan kerajaan melayu juga ketika itu pernah berkongsi kuasa untuk mentadbir sepanyol ketika kerajaan islam berkuasa (mengikut 1515 faisal tehrani)”

memakai sutera, meminum kopi, meneguk teh, memasak dengan rempah, maka ketika itu negara-negara di banyak benua telah melakukannya. ada pandangan yang kuat mengenai perkata ini, iaitu bahawa teh dan sutera didapati dari para pedagang. walaupun orang melayu telah pandai melombong emas, bijih dan besi, tetapi ia juga tidak menunjukkan bahawa kemajuan yang kita miliki ketika itu sejajar dengan kemajuan dari bangsa lain dalam skala waktu yang sama.

perkongsian pemertintahan bangsa kita bersama dengan Kerajaan Andalusia, tidaklah aku ketahui dengan tepat. tetapi penolakan kepada kasus ini ialah kita dapat mengatakan bahawa kes-kes terpencil tidak dapat dijadikan umum (generalisasi) kerana kemampuan individu yang sedikit dalam mentadbir bukan menggambarkan keseluruhan minda melayu dalam pentadbiran. begitu juga kasus pelayaran Panglima Hitam bersama Marco Polo.

ketika melada didatangi barat, para pembesar kita menukarkan barang dagangan kita dengan pakaian, batu akek, emas. sedangkan batu akek itu di ambil dari benua afrika dan batu akek itu tidak bernilai pada zaman ini. malah emas yang diberikan kepada kerajaan ketika itu adalah hasil rompakan dari kapal-kapal dagang termasuklah kapal umat Islam. sementara bangsa Red Indian di Amerika, mereka meminta senjata api sebagai pertukaran tanah dan mereka akhirnya menjadi penembak handal.

begitulah juga bagaimana Belanda membina bangunan “Merahnya” di Melaka dengan tipu helah. mereka meminta tanah buat pusat berdagang sebatas seluas “kulis tembu kering”. maka termetrailah perjanjian antara Belanda dengan Melaka, kerana bangsa kita memikirkan permintaan mereka tidak masuk akal. lalu setelah surat ditandatangani, maka portugis memotong halus-halus kulit lembu kering lalu dibuatnya tali, dan diregangkannya menjadi kawasan segi empat yang besar. maka hari ini kita boleh melihat “kawasan seluas kulit lembu kering” di melaka sebesar sebuah bangunan yang megah.

aduhai bangsa kita. bangunlah!

kita telah mengenal islam sejak lebih dari beratus-ratus tahun dahulu. bermulanya dengan pembentukan melaka yang masih hindu – buddha kemudian kita menjadi Islam. lalu selepas itu banyaklah dari bangsa kita ini mengerjakan haji di makkah. banyak juga yang ke sana menuntut ilmu islam, tetapi malangnya kita ke sana semata-mata untuk Ilmu Syariat dan gelaran haji. sedangkan di sana kita boleh mendapatkan ilmu kedoktoran, astrologi, alkimia, botani, farmokologi dan banyak lagi.

cukup untuk kita melihat bagaimana bangsa jepun memajukan dirinya pada zaman edo (1603 – 1868). sedangkan pada zaman ini jepun telah melakukan polisi “menutup pintu” kepada dunia luar. tetapi mereka dapat memajukan ilmu sains moden dengan baik. sugita genpako (1733 – 1817) menterjemahkan buku perubatan belanda, Ino Tadatako (1745) mengukur dan melukis garis pantai Jepun yang tepat, Hiroga Gennai (1728 – 1779) mencipta elektron dan termometer dan Shizuki Tadao (1790) memperkenalkan Teori Newton.

keadaannya hampir sama dengan keadaan kita ketika itu. malah Malaka di jajag lebih dari 100 tahun sebelum Jepun mengamalkan “Penutupan Pintu”. lalu kita bertanya; apakah yang bangsa kita pelajari dari Potugis, Belanda dan Inggeris selama 400 tahun kita dijajah? kalaulah dikatakan sistem pendidikan Islam, maka sisitem Madrasah yang pertama didirikan di Gunung Semanggul, sedangkan sisitem persekolahan barat pertama kalinya diperkenalkan di Kuala Kangsar. justeru kita tidak tahu apakah yang diulah oleh bangsa kita ketika itu selama mereka mengenal Benggali Putih dan mat saleh.

untuk menunjukkan bahawa dari point pertama, kita beralik kepada point kedua iaitu wujud kemerosotan dalam minda melayu. untuk memahami hal ini, neraca yang paling besar ialah kita terpaksa meletakkan bangsa kita dalam garis masa dengan pembangunan dunia, tanpa memandang semata-mata kemajuan yang telah kita kecapi, guna untuk melihat keadaan keseluruhan bagi setiap period masa dan juga bagi melihat kadaran kemajuan kita dengan tamadun lain dalam masa yang sama.

dalam tiga zaman iaitu paliolitik, kemudian mesolitik dan memasuki zaman neolitik, melayu dapat mempertahankan dirinya dengan rentah bangsa dunia yang lain, malah ketika ini bangsa kita tergolong dalam bangsa yang membangun dengan cepat. kemudian kita telah memasuki zaman pertengahan; dengan terbentuknya banyak kerajaan-kerajaan agraria mahupun maritim seperti Majapahit, Srivijaya, Kueta, Gangga Negara, dan banyak lagi. zaman ini budaya kita diambil dari India – budaya brahma. kemudian apabila Islam menyinar di Nusantara, keadaan kita semain baik setelah minda kita dibuka dengan sains islam walaupun ilmu sains islam itu tidak dapat dicerap dengan baik. tetapi perkembangan sains dan teknologi yang merupakan kunci terbesar dalam menuju sebuah tamadun tidak berkembang.

lalu dalam masa ini sekitar (sebenarnya sejak dari sebelum pengislaman Pasai dan perlak lagi iaitu sekitar 700 M) bangsa melayu tidak dapat mencerap sebarang ilmu sains dan teknologi dari India yang berupa pengaruh terbesar di zaman Hindu dan ilmu saisn dan teknologi dari Aran dan Parsi ketika di zaman Islam. malah mereka juga tidak mencerap dengan baik pengetahuan dan ilmu dari bangsa-bangsa yang berdagang dengan mereka ketika itu seperti china. padahal India, China, Arab dan Parsi telah mendahului Barat dalam memajukan ilmu sains klasik.

begitulah ketika kita membicarakan keadaan Kerajaan Melayu Melaka sekitar 1400 M hingga 1511 M, tidak banyak yang kita ketahu tentang kemajuan ilmu pengetahuan melainkan ada digembar-gemburkan mengenai kepandaian bangsa kita membuat jong, kapal layar, bahtera dan sampan. kita juga mahir menenun kain dan membuat batik, mengukir emas dan perak, dan menempa parang. sedangkan pada waktu yang sama, di Andalusia, di Baghdad, di India , di Parsi dan di China berkembang perlbagai ilmu pengetahuan. justeru jika ditara keadaan pada ketika itu, kelihatan bahawa bangsa melayu ketinggalan dari bangsa-bangsa besar dunia. malah kita tidak dapat mengejar bangsa yang matanya sepet dari timur walaupun mereka mula mengorak langkah pada sekitar tahun 1600-an.

jelas disini ialah kemerosotan kepada kemajuan pembangunan ilmu dan pengetahuan berlaku bagi bangsa kita ketika mereka memasuki zaman pertengahan.

“hanyasanya setelah kita dijajah bermula dengan kejatuhan melaka pada alfonso semuanya dihancurkan”.

penjajahan tidak menghancurkan banyak peninggalan bangsa kita, tetapi ia membataskan bangsa kita. walaupun begitu kita tidak mendapati bahawa wujud penghancuran kepada khazanah ilmu kita dan ketamadunan bangsa kita melainkan hancurnya kedaulatan negeri kita dan bobroknya kekebalan raja. malah berlaku proses pembudayaan baru.

justeru kita terpaksa menerima hakikat bahawa bangsa kita memang memiliki sebuah ketamadunan, tetapi tamadun yang kita miliki tidak dapat dibanggakan. hanya saja bangsa kita ini suka membesarkannya lalu mereka lalai dalam membentuk sebuah bangsa yang maju.

terima kasih kepada yanz kerana mengkomentari “ranggaku” dan aku berharap penjelasan ini akan diperbetulkan jika ia memiliki kesilapan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: