Jalan Raya

tadi aku kena keluar rumah buat kerja. pertamanya tugasan utama ialah kerja-kerja yang diserahkan oleh kakak dan mak. keduanya juha kerja kakak dan mak. ketiganya juga kerja-kerja kakak dan mak. keempatnya kerja abang poi dan mak, kelimanya kerja kak imah ngan mak. ke sepuluh barulah kerja aku. inilah hirarki ataupun keutamaan yang disusun, tetapi selalunya aku aku menterbalikkan hirarki ni untuk kesenangan aku. justeru pagi tadi aku bangun awal kononnya nak ke shah alam jumpa kawan. lepas siap je kakak aku tanya: “Dy ko nak gi mana?”. aku pun jawab lah dengan perlahan, kerana hati aku dah terdetik ‘ni tak lain musti nak suruh aku’: “Aku nak jumpa member jap”. “OK klau macam tu aku nak mintak tolong lah sikit”. “Ok lah, apa dia?”. “Ni ha aku kasi hang duit, hang kena kasi kat Kak Bi kat pejabat aku, pastu hang gi bang Amfiannce bayar keter, pastu hang gi City Bank kat KLCC, pastu hang gi Muamalat, pastu hang beli picdang, ikan, bla…..” “Banyaknya!” untuk mengelat aku pun buat alasan: “Aku bab ikan ni tak khatam, cekgu aku tukar sekolah. nanti takut terbeli ikan medak (dah hampir buruk), lagi satu City Bank tu jauh la.” “Ok lah kalu mcm tu.

jadi aku dah buat sebahagian daripada tugasan aku dan terus aku meluncur ke shah alam dari selayang. jadinya petang nanti aku kena uruskan hal-hal tertunggak nampaknya. sampai sahaja kat jalan duta, keter motor bersesak-sesak – jam.

maka aku mendapat pikiran: “Apakah negara kita ini makmur sehinggakan terlampau banyak umat manusia membeli kereta walaupun harganya mahal (dengan semata-mata untuk mempertahankan kereta nasional)? atau mungkin juga ini adalah gambaran bahawa infrastuktur jalanraya kita tidak cemerlang, terbilang, gemilang. atau ini kerana sistem perparitan yang selalu melimpah ruah atau mungkin juga lantaran karenah birokrasi. justeru inilah permasalahan kini.

tetapi bila dipikirkan kembali bahawa pada zaman merdeka dahulu tidaklah ada apa-apa, kereka lembu dapat lalu dengan mudah dan lembu itupun senang hati sampai terberak-berak di jalanan. mungkin jika kita kebelakang lagi, iaitu pada zaman Kiay Saleh menentang penjajah juga tidaklah ada jalan bertingkat-tingkat tetapi kerbau lembu dan kuda tidak bersusun menunggu lampu hijau. malah pada zaman Daeng Merewah juga tidaklah kita berpeluh-peluh menekan “pedal gear” sambil mendengar radio era. justeru nampaknya semakin maju kita ini semakin sesak jalan. inilah kefahaman secara mudah tanpa melakukan analisa ataupun ia disebut “pemikiran lalai”

jadi hari ini aku dah merasa (sebenarnya selalu sangat merasa) perasaan geram, marah, malas, melaut menunggu ” jam” reda.

catatan: untuk mengelakkan anda terperangkan dalam kesesakan laulintas (jem) mungkin anda perlu dengar radio era (tetapi kalau akses untuk ke situ hanya ada satu jalan macam mana?) dan semisal dengannya, atau mungkin anda perlu membeli sebuah jet, helikopter ataupun kapat terbang. dan aku tengah kumpulkan duit nak beli jet peribadi mainan untuk anak sedara aku!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: