Cerita Seram III

Malam tadi aku diganggu lagi oleh satu bayangan. Boleh dikatakan setiap malam aku dihantui oleh lembaga itu. Ia datang bila aku mula menarik selimut dan ketika mata mula terkatup. Mukanya kabur, badannya sempurna. Ia macam seorang manusia, bukanlah macam Hantu Galah yang tinggi ataupun macam Puntianak yang matanya merah menyala. Ia akan berlegar-legar dan kemudian hilang. Kemudian ia akan kembali lagi dan berpusing-pusing di atas kepalaku. Mula-mula dahulu aku ketakutan, terketar-ketar aku dibuatnya. Hampir saja terkencing dalam seluar pendekku. Aku tarik gebar menyelubungi jasadku, tetapi aku masih dapat melihatnya berdiri di hadapanku. Baca doa. Tetapi lembaga itu masih utuh di hujung kaki.?

Malam keduanya ia datang lagi ketika aku mula merebahkan badan atas katil. Kali ini aku tidak menjangkakan ia datang lagi, malah lebih awal. Aku baca doa yang panjang dari boa pertama. Tetapi ia tetap tidak ketakutan. Apakah doa aku itu tersalah harakatnya? Yang dua dijadikan enam, yang enam dibaca dua? Atau mungkin aku tersalah sehingga membaca doa mandi wajib kerana ketakutan? Entahlah. Tetapi yang pasti lembaga itu telah mendatangi aku sejak bulan lepas lagi. Aku tidak menceritakan kepada sesiapa, takut-takut nanti mereka mengatakan aku mereka-reka cerita mencari publisiti murahan. Konon-konon nak masukkan nama dalam majalah! Ini bukan niat aku.

Tetapi setelah lama ia mengganggu tidurku, yang kadangkala aku tidak dapat melelapkan mata dan akibatnya aku selalu tertidur siang. Aku mula mempelajari ilmu menghalau hantu jembalang dalam beberapa hari. Ilmu ini tidak sulit untuk dipelajari, cukuplah ketekunan dan kesabaran dalam dua tiga hari. Lalu satu malam setelah khatam ilmu itu, aku duduk bersila dalam jam 1 pagi sambil mulut terkumat kamit. Lalu tidak berapa lama lembaga itu kelihatan. Melihat ia datang, makin sakan aku membaca serapah dan semakin laju mulutku terkumat kamit.

Bila ia betul-betul berada di hadapan dan wajahnya memandang mukaku, aku bertempik: ee… siapakah engkau wahai lembaga!? Aku melihat matanya. Merenung. a.. ha.. ha.. siapa aku? Engkau tidak tahu?? Hilai lembaga itu. Cakap! Siapa engkau sebelum engkau binasa!? Jerkahku. Aku adalah engkau.  Engkau adalah aku!? merepek! Cakap siapa engkau!? aku adalah engkau? cakap kenapa engkau menggangu aku?? Haa. Ha.. ha.. aku datang kerana engkau memanggil aku? cakap bila aku memanggil engkau? Cakap!? kau panggil aku setiap kali engkau mahu tidur? tipu! Engkau tipu! Aku tak mengenali engkau dan aku tidak memanggil engkau bila aku mau tidur! Engkau mau binasa??ha… ha… ha.. engkau memang mengenai aku dan engkau memangil namaku setipa kali mau tidur. Engkau menyebut namaku bukan dengan lidahmu tetapi dengan hatimu!? Cakap siapa engkau sebelum aku pukul!? Aku adalah apa yang engkau puja setiap kali engkau berasa lapang senggang!? Arhhh… aku tidak memuja!?. Engkau dusta! Engkau memuja aku setiap pagi. Engkau memanggil namaku setiap petang. Engkau menyeruku setiap malam!? Tidak! Tidak ada! Engkau tipu!? Apakah engkau telah lupa? Aku nama yang engkau sebut-sebut dalam hatimu!? Aku merenung wajah lembaga itu. merenung lagi. rh… engkau? Ya.. memang aku dalam 3 bulan ini aku memujamu, memang dalam 3 bulan ini aku menyerumu, memang dalam 3 bulan ini aku memanggilmu. Tetapi aku telah berhenti sejak sebulan yang lepas!? Aku datang kerana engkau masih menyeruku dalam hatimu? Bebaskanlah aku. Aku merayu kepadamu supaya tinggalkan aku. Pergilah engkau supaya tidurku nyenyak. Pergilah agar hidupku aman? Engkau tidak dapat menghalau aku kerna hatimu tidak setuju? kan aku suruh hatiku berhenti dari menyebut namamu? Ha.. ha.. ha.. bagaimana caranya? Entah. Aku tidak tahu, tapi aku akan usahakannya!? Engkau tidak akan berjaya? Tolonglah, aku merayu kepadamu supaya engkau bebaskan aku dari belenggu ini!?

Rupanya aku sudah tahu, apa yang datang malam hari itu hanyalah bayangan yang aku munculkan dari pemikiran ini. Aku angau. Mabuk! Gila sejak ditinggalkan olehia sebulan yang lepas. Bersama dengannya selama 60 hari cukup indah buatku, bagai 60aat rasanya. Dan tiba-tiba dia mengambil keputusan untuk meninggalkan aku. Aku tertunduk. Sedih dan keciwa. Bersulam-sulam keduanya dalam hati ini. Lalu aku senantiasa memanggil namanya setiap hari. Aku membayangkannya sebelum aku lena dan aku bermimpikannya ketika nyenak.

\

Dan pada hari ini, aku sudah mengetahui. Pengetahuan yang kokoh bahawa: ku bodoh? Untuk itu aku cuba untuk mencerdikkan diri. Bodohnya diri ini ialah merayu kepada orang yang tidak menyukai aku lagi. Menyebut nama yang tidak mencintai aku lagi. Lalu aku merenung, melihat diri ini. Ya, sedikit demi sedikit aku dalam melihat diri ini. kemudian aku memalingkan muka. Malu! Rupanya diri ini banyak cacatnya, banyak buruknya. Kerna itulah aku ditinggalkan!

Kemudian aku teringat kata-kata dari seorang manusia yang mengatakan dirinya sebagai X beberapa hari lalu ketika berbual lewat kawat letrik. Aku tidak pernah menyukai engkau? Kenapa?? Cerminlah muka engkau dulu? Kalau aku buruk, apa salahku?? Konon kaya, duit pun tak ada. Dah la tak kerja? Apalagi, apa salahku?? Ko kuat menipu? Penipu? Apa buktinya!? udahlah, buat-buat tak tahu pulak? agi?? uka dah la buruk, perangai pun buruk? agi?? ey.. sudahla.. buat apa ko nak kat aku lagi. Aku tak suka kat ko lah. Cermin diri tu dulu? aiklah? ermin diri tu dulu. Cermin diri tu dulu. Cermin diri tu dulu? Tamat. Dialognya panjang, penuh dengan tusukan dan kasar bahasanya. Aku hanya dapat mengingat sedikit sahaja kerana tidak sanggup lagi aku menghafalnya. Pedih hati ini. Aku tidak tidur malam itu memikirkan makna dari kata-kata ini walaupun aku tahu bahawa manusia itu bukanlahia yang hakiki.

Lalu aku berdiri di cermin. Melihat jasad ini sebagai manusia yang bukan bernama angchik? Memang benarlah kata-kata manusia itu tadi. Buruknya memang tak terhitung. Cacatnya tak terhingga. Aku duduk memikirkan hal aku dengan dia. Lalu aku buat keputusan. Aku merelakan tindakannya. Dengan itu dia akan mendapat kebebasan. Hidupnya juga akan lebih aman. Kejayaannya juga akan cerah. Hatinya tidak akan lagi dilukai. Tidak perlu bertengkar, tidak perlu bermasam muka, tidak lagi dimarahi. Apa yang ada hanya senyuman di wajahnya. Dan dia akan mendapat lelaki yang lebih mulia dari aku, lebih bijak dariku, lebih baik dari aku dan lebih sempurna dari diri ini. Dan aku sentiasa mengingat kata-kata terakhirnya; ita bukanlah pasangan yang sempurna? (diterjemah secara harfiah dari bahasa Inggeris: We are not perfect match).

Kesempurnaan seorang manusia hanya bisa ditancap bila manusia itu kurang memiliki cacat bila diukur pada kadar kemanusiaan, bukan pada neraca kesempurnaan Tuhan. Dan aku ini, dapat diibaratkan dengan keburukan dan kelemahan, pasti bukanlah manusia yang empurna?

Catatan: Manusia seperti aku yang tidak pandai menyusun kata dan tidak mahir memperlihatkan rasa, memang sukar ketika menyatakan perasan cinta. Aku tidak pernah berpeluang untuk berbincang dengannya mengenai keputusan itu. Akhir pertemuan dengannya semalam di shah Alam. Itupun di waktu mentari tegak dan panas menyelimuti kami. Aku tidak berkata apa-apa untuk memulakan perbincangan kerna rasanya waktu itu tidak sesuai ?panas di luar akan memanaskan hati kami.

Aku sentiasa merinduinya dan berharap dia akan menerima aku. Aku sentiasa mengetahui bahawa tindakannya itu adalah hasil dari kesalahan-kesalahan yang aku kerjakan (buruknya aku, pemarahnya aku, jahilnya aku, curangnya aku, penipunya aku, kejinya aku, degilnya aku, dan semua ini bersatu menjadi satu alasan yang kuat untuk meninggalkan aku). Untuk itu aku berharap akan ada peluang kedua bagi aku bermula, tetapi aku sedia mengetahui bahawa alam sebenar tiada permulaan buat kali kedua. Andai alam ini bisa diputar-putar ikut kemahuan, pasti rosak binasa. Aku juga mengerti tidak dapat memaksa sebuah hati untuk suka apatah lagi untuk menerima, dan aku juga mengharapkan dia ketemu kebahagiaan, kerna kebahagiaannya adalah meliputi kesenangan hatiku ini. Menyukai dan menyanyangi seseorang bukan bermakna harus mutlak dimiliki, tetapi melepaskannya dan mengharapkan dia memperoleh kebahagiaan adalah tindakan yang lahir dari sifat menyanyangi dan mencintai. Dan kesakitan yang aku rasai ini, harus aku ubati. Keburukan yang dimiliki ini harus diatasi. adilah orang yang berguna wahai bangchik!?

09 Jun 04posted Thursday, 10 June 2004

[aku pun tak taahu apa yang aku tilis pada 10 Jun 2004 lalu]

Advertisements

Satu Respons to “Cerita Seram III”

  1. Bu Boyz Says:

    sarat dengan emosi… subjek terlalu berat

    dah lama dah ni.

    Penulisan yang sangat baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: