Cerita Seram I

Kisahnya selalu bermula bila jam 12 malam dan bulan mengambang. Angin bertiup kencang dan lolongan serigala ataupun sahutan burung?berkumandang. Kata orang ini tanda-tanda hantu akan keluar mengacau! Tetapi kalau jam 12 siang, dan mentari kuat menyilau serta bunyi anjing menyalak menghalau orang yang lalu di hadapan pagar rumah tuannya, hantu yang orang tua-tua katakan itu tidak akan muncul! Kenapa ya?

Mungkin beberapa alasan dapat kita lakukan; pertamanya hantu yang matanya merah menyala dan ususnya terkeluar itu?tidak tahan panas mentari kerana tubuh badan mereka ada yang tidak berkulit. Keduanya ialah terlalu ramai manusia yang tidak tidur waktu itu hingga mereka mungkin di hambat oleh manusia ketika ingin menyergah orang. Ketiganya mungkin mereka terpaksa bersaing dengan hantu-hantu dari jelmaan manusia sehingakan mereka lelah berkerja. Keempatnya mungkin suasana gimik yang menyeramkan tidak ada sehinggakan kalau mereka mengacau manusia pada waktu itu, ketakukan yang terhasil adalah dalam darjah yang rendah ?dan mereka tidak puas kalau manusia tidak ketakutan sehingga terkencing di dalam celananya. Tetapi mungkin jawaban yang tepat ialah malam sudah dijadikan untuk hantu dan jembalang. Bahkan jembalang jenis manusia juga suka meragut, merampok dan membunuh dalam jam 12 malam.

Lalu banyaklah cerita mengenai jembalang dan segala macam hantu diceritakan. Rupanya bangsa kita ini sukakan cerita semacam ini. Mungkin bila hati mereka semakin?kecut, maka semakin gembira mereka. Pertama sekali kita mendengar cerita seram ini dari nenek dan datuk kita, lantas dari kedua ibubapa kita, kemudian dari saudara tua kita, dari teman-teman di asrama dan akhirnya kita menceritakan pula kepada anak-anak kita. Lalu lahir Hantu Galah yang tinggi lampai, Hantu Raya yang menyeramkan, Puntianak yang mungkin menjadi perawan bila di paku lehernya, Toyol si pencuri, dan banyak lagi. Kemudian bila menyedari betapa sayangnya bangsa kita kepada cerita semacam ini, berlari-larilah majalah-majalah serta stesen TV membuat liputan. Konon-kononnya untuk pengetahuan ataupun untuk mempertahankan seni lisan bangsa, tetapi hakikatnya media semacam ini hanya untuk membuncitkan perut mereka.

Misteri Nusantara, atau Majalah Mastika, dan banyak lagi, adalah contoh betapa masyarakat kita disodori setiap minggu dengan cerita-cerita yang mengundurkan kita dari kematangan. (aku tidak katakan bahawa semua cerita seram ini tidak berfedah, tetapi aku katakan hampir semuanya. Kerna ada juga cerita dari Misteri Nusantara dapat kita jadikan ilmu tentang sosio-budaya sesebuah bangsa) Apakah ada faedahnya kita membicarakan Gua Misteri yang dikatakan Bunian bertandang, Perigi Berhantu yang menggangu manusia lalu lalang, Rumah usang yang berpenunggu, cerita-cerita ini berguna dalam menyusun masyarakat yang dinamik ataupun menjadikan ekonomi Malaysia mampan, atau akan terlahirnya banyak para cendiakawan dan para ilmuan? Tidak ada! Ya.. tidak mungkin sama sekali akan lahir para penyelidik dalam bidang botani dengan cerita Hantu Pohon Ara. Tidak akan terhasil sebuah kereta jenama negara dengan dukun santen di pedalaman yang meniup asap berkepul-kepul. Tidak akan ringgit tertambat dengan sendirinya dengan jampi serapah pawang buaya yang meratib meraban. Lalu untuk apa mereka itu dicanang setiap minggu dan di setiap keluaran?

Tetapi tanpa disedari, cerita jam 12 malam ini menggiring manusia kepada kepercayaan tahyul dan kurafat. Manusia mula mejadi takut bila jam berdenting tanda masuk jam 12 malam. Apabila burung hantu menyanyi mengubat lara di hatinya dikatakan beduk?isyarat hantu menjelma, maka anak-anak gadispun menggeletar ketakutan hingga terbantun hajat melawat tandas di belakang rumah (mungkin terkucil di atas tangga). Itu belum kita bicarakan tentang perdukunan dan persantetan. Kalau di corok-corok kampung, cerita dukun dan ilmu mujarabnya itu mahsyur sekali, hingga ada orang percaya mandi bunga dapat menghalau sial dan bawa tuah! Akhirnya anak gadis sunti mereka yang tidak dipinang-pinang itupun hamil ulahan si bomoh itu!

Kita tidak menafikan bahawa jembalang serta kaum kerabatnya wujud. Ini kita sedari bahawa kewujudan kita dalam alam ini bukanlah bersedirian, tetapi kita bernafas bersama-sama sekelian mahkluk yang dapat dicerap oleh indera mahupun tidak.

Persoalan yang utama ialah bagaimana kita menghormati hubungan yang telah ada ini tanpa memusnahkan keakraban kita serta nilai-nilai yang murni tidak ternodai. Bukannya dengan mempropagandakan cerita seram semacam ini, tetapi kita ceritakan bahawa manusia itu harus menjaga alam dan apa yang ada diantara langit dan bumi ini agar kehidupan kita aman serta kita dapat wariskan anak-anak kita satu khazanah yang tinggi nilainya. Dan nampaknya manusia-manusia diluar batas negara kita sudah bergerak menyedarkan manusia-manusia yang lalai dalam isu alam sekitar. Sedang orang kita berteleku dengan khayalan-khayalan dan ceritera-ceritera mengasyikkan tetapi menakutkan.

Sedarilah bahawa menghasilkan kemudahan dan kemajuan kepada bangsa adalah dengan ilmu dan ia adalah lebih utama, bukannya dengan cerita seram yang memulas hati! Sedang cerita neggeletar ini akan menghambat kita kebelakang.

posted Thursday, 10 June 2004

Advertisements

Satu Respons to “Cerita Seram I”

  1. andy Says:

    saya pda wktu tu prgi ke sawah pda jam 7 mlm mcm tulh…tiba2,ada anguin brtiup dan sya trcium bau bunga yg dkatakan milik pontianak…dan kawasan tersebut memang dpercayai keras,kerana bbrapa petani trnampak hant trsebut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: