Aku Jembalang Game dan RX Water

aku baru saja baca pesanan ringkas dari pian, katanya supaya aku kurangkan tidur dan kurangkan main game. terima kasih la pian sebab ambil berat.

kalau aku katakan kat dia yang aku tak suka tidur dan main game, aku suka mentelaah kalkulus dan aljabar, mesti dia tak percaya. dia bukannya kenal aku sehari dua, malah hampir lima tahun kami berkawan.

sampai-sampai dia katakan kat aku “Makhluk yang paling kuat tidur” tiga tahun lepas. tapi aku ingin tandakan disini bahawa ada lagi dua orang yang seangkatan dengan aku. kami “Trio Ular Sawa KSDS”. sorang dari Terenggganu yang namanya Syam MOk dan sorang lagi dari Perak juga, namanya Hamdi. jadilah kami tiga ular yang suka buat tahi mata dan melakarkan peta dunia di atas bantal. kami bertiga saling beradu siapakah yang paling kuat tidur dan paling lama membuta walaupun matahari dah mnaik bergalah-galah. tapi yang paling tak mengembirakan ialah Syam Mok dah pindah keluar lalu tinggal di rumah sewa sementara hamdi pindah kolej lain. jadi aku masih meneruskan pertandingan kami walaupun masa dan tempatnya sudah berbeza.

main game? aku juga hantunya. tapi sekarang ni hantu game dah kurus sebab beberapa perkara: pertamany aku tak bawa PC, jadi macam mana nak main game? malas nak ke bilik hadi. keduanya kami si hantu jembalang game bertabur secara rawak. sehinggakan mustahil untuk membuat LAN. ketiganya ialah kami tidak ada kemampuan untuk menggunakan teknologi tanpa wayar sebab fulus kering. jadi sem ini main game bukanlah menjadi agenda utama kepada kami-kami ini.

sebenarnya aku dah mengurangkan tidur sebab aku tak berapa suka dengan suasana bilik aku. roomate aku isap rokok dan dia juga suka bukak kipas laju-laju sampai nak tercabut kipas. aku tak suka dua benda tu. kalau nak isap rokok pergila keluar, jangan la dalam bilik smpai baju-baju aku berbau. dan bab kipas ni aku susah sikit sebab aku kuat sejuk – orang kurus katakan. tpi dia lagi la kurus dan kecil. sebabtulah aku suka melepak kat bilik hadi ataupun pergi kolej 14 (kolej aku 15). aku hanya balik bilik bila pukul 12 malam ataupun satu pagi.

justeru apa yang menyebabkan aku tidak menulis?

bukanlah sebab aku menjadi ular sawa ataupun bertukar menjadi hantu game, tapi kerana aku malas; malas nak membaca, malas nak mencari ilham, malas nak menulis dan malas nak update. sebab apa malas? entah. yang aku buat dalam 20 hari ni hanya bertandang ke bilik-bilik kawan lalu berborak sakan.

baru-baru ini, dalam 4 hari yang lepas aku terkejut bila nampak ada 2 botok air mineral besar dalam bilik kimi. aku tanya nak buat ap air mineral ni? depa kata ni air minum yang berkhasiat, satu foo punya dn satu kimi punya. murah je dalam RM 5! aku belek-belek lepastu tanya apa kelebihannya. kimi ngan foo jawab: “Air ni bagus, dapat ubat macam-macam penyakit”. air ni diisi dalam botol besar lutsinar dan lut cahaya, lepas tu ada pelekat kecil “RX Water” warna biru. aku tergelak sebab depa beli air tapisan yang guna teknologi tinggi oleh seorang Doktor yng kerjanya jadi Pensyarah dan pakar motivasi. foo buat lawak kata kat aku: “paling penting air ni dapat tumbuhkan rambut kat kepala aku”. memang rambut foo dah semakin kurang dan dongganya semakin luas.

air ni boleh di isi semual. syaratnya mesti bawa botol tersebut. depan mesjid MSI ada satu mesin jual air. baru je UTM bubuh. katanya mesin dari jepun. aku kata kat depa yang dengan 20 sen aku boleh dapat seliter air tapis yang guna teknologi jepun. dengan RM 1 aku dapat isi sebaldi. sampai-sampai seorang mak chik kat Shah Alam guna air tapisan untuk mandi. melampaunya mak chik ni!

salah satu kaedah yang dinyatakn di sini ialah kaedah “Terapi Air RX Water”, sedangkan kaedah Terapi air ni sudah lama ditemui. cumanya air RX Water ditapis dengan halus hingga menghasilkan kualiti yang tinggi. kaedahnya menyatakan lepas bangun pagi-pagi terus minum air mineral atau air kosong (tapi kalu guna kaedah RX Water, semestinya minum air RX Water lah) tanpa berkumur ataupun gosok gigi. dan air liur itu ada khasiat yang baik.

maka foo, kimi dan Syah pun mulakah menjadi sarkes: “kalau kita bangun lepastu ada meleleh air liur, cepat-cepat sedut balik. kalau ada air liur yang dah memeta di bantal, guna sudu dan kikis. ambil dan masukkan dalam air lalu minum”. dalam hati aku: “baik aku ludah terus dalam muluk korang”.

bukannya tak percaya kepada RX Water, cuma aku tak dapat nak mencerap iimu bagaimana RX Water mampu menumbuhkan kembali rambut yang keguguran ataupun macam mana RX Water mampu mengatasi penyakit angin ahmar. dan pampelet nya juga hanya di fotokopi. alahai miskinnya kaedah promosi dan penyebaran RX Water.

jadi aku harap dengan minum air RX Water ni ilham akan bertalu-talu menerjah otak aku dan rambut foo semakin lebat serta kulit kimi semakin halus bila jerawatnya hilang. dan kalu boleh juga dengan minum air RX Water ini aku boleh jadi bijak. boleh ke? macam tak percaya je!

ini kali ke dua aku tulis dalam tajuk yang sama. tadi dah tulis lagi tapi tak sempat nak save. jadi kena la menulis balik. penat dah jari ni mengetik.

19 – 07 -04

2 Respons to “Aku Jembalang Game dan RX Water”

  1. Bu Boyz Says:

    bu perlu menelaah lebih dari sehari untuk entri yang ini. agak berat dan komplikated

  2. Bu Boyz Says:

    eh tersilap komen entri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: