Kapitalisme Dalam Lonjakan Keuntungan

Kalau zaman dahulu berniaga itu mudah sahaja. Jual barang dan terima uang. Seperti jual daging lembu dan dapat dirham. Ini runcit. Kemudian juga ada urut-urut dan layan-layan kemudian terima uang. Atau ambil barang dari si Aa kemudian hantar kepada si Ba. Ini perkhidmatan. Tetapi di zaman ini perniagan bukan sekadar bersifat konvensional, tetapi sudah maju dan tak terjangkau oleh kita.

Walau bagaimanapun, kekuatan kemajuan yang banyak memainkan peranan ialah pemasaran atau markerting, yang bisa kita simpulkan dengan istilah “sales” – jualan. Kerana itulah dikatakan bahawa kerak bisnis adalah jual. Sama ada jula barang atau jual khidmat. Yang pentingnya seorang usahawan itu mampu menjual bisnisnya kepada orang yang berduit.

Justeru dalam menjual itu, timbul banyak kaedah dan teori yang semuanya ini adalah hasil perjalanan bisnis yang berlangsung ribuan tahun sejak manusia tahu berjual-beli. Tetapi kelihatannya teori “sales” itu makin jelas dizaman ini, dan yang paling menarik ialah didirikan sekolah-sekolah bisnis unuk membanyakkan manusia menjadi peniaga.

Walaupun begitu, yang mendahului kaum peniaga ini adalah orang-orang Kapitalis dan pemodal Yahudi. Mereka begitu cekap dalam menjalankan perniagaan dan menguruskan kekayaan.

Tanpa kita sadar, bahawa dalam meningkatkan keuntungan produk, manusia membikin sebab untuk itu, seperti untuk melariskan penjualan senapang AK-47 dan mortar, maka para pembikin industri senjata mula merancang peperangan. Lalu tercetuslah perang antara kaum, atau antara bangsa, atau antara negara. Contohnya perang antara Iran dan Iraq, yang menyaksikan terjualnya senjara dari Rusia dan Amerika.

Begitu juga bagi meningkatkan pendapatan ASTRO, maka mereka membikin rancangan Akedemi Fantasia; yang dramatik, cucuran air mata dan ratapan pilu. Tak berhenti setakat itu, mereka menggunakan segala kesempatan yang ada seperti menual baju yang ada muka dan nama atris-atris AF, cawan yang tertempel muka dan nama-nama atris AF.

Tetapi yang kita paling taksadar ialah bahawa kaum pemodal ini telah membikin banyak acara bagi melariskan produk mereka. Maka wujudlah hari khusus untuk segala sambutan, seperti Khusus untuk meluahkan rasa cinta pada pacar dan cowok – velentian, atau hari ayah yang bersusah payah mencari wang, dan ibu yang tekun mengasuh kita dan berjimat cermat dengan wang baapa tadi; lalu kita ambil wang itu dan membeli hadiah.

Mungkin hadiahnya sekotak coklat, atau sehelai baju baru. Tetapi ada juga zaman ini yang menghadiahkan mesin basuh, sofa dan rumah untuk orang yang diraikan.

Maka kalau kita ada memulakan perniagaan, baiklah kita fikir-fikirkan acara apa lagi yang boleh kita buat. Mungkin kita boleh buah Hari Menyiang Ikan atau Hari Sambutan Syeikh Muzapar Melawat Angkasa.

Label: , , , , , , , ,

Satu Respons to “Kapitalisme Dalam Lonjakan Keuntungan”

  1. Mahasiswa Untuk bangsa Says:

    mantafff kali nih klik disini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: