Cerita Bab I & Bab II

Bab I

Abd. Karim lahir di Malaysia. Dekat dengan Ipoh. Kalau Pak Mentri Hamid Othman, ulama’nya Kerajaan mengatakan negara ini negara Islam, kalau menurut Ustaz Nik Aziz yang mengikut paham Ikhwan Muslimun, negeri ini negeri kapir. Tapi Karim tak kisah kerana dia percaya bahawa Malaysia adalah negara Islam mengikut kreteria yang telah digariskan oleh para Ulama Hanafi, malah Imam Syafie’ sendiri dan para ulama Hanabilah juga. Dia berani kata begitu kerana dia ada sempat mendengar kawannya Razak memberitahu; khabarnya Razak lalu dihadapan kelas pengajian kaum Salaf dengan berjalan terhenjut-henjut – kakinya sebelah tempang katok dengan kayu oleh anak nakal. Dan saat itu ustaz itu membicarakan tentang definasi negara Islam mengikut pandangan para ulama silam. Lalu tertarik dengan perbicaraan itu, Abd. Razak berhenti dan memasang telinganya. Ini cerita Abd. Razak. Dan ini jugalah yang Abd. Karim beriman. Abd. Karim beriman dengan al quran dan hadith. Kalau selain itu, bilang Abd. Karim, dia bisa tolak kerana semuanya main akal-akalan.

Abd. Karim tidak tahu baca tulis. Dia tak masuk sekolah kebangsaan macam anak-anak orang lain, dan dia tak ada duit nak masuk sekolah antarabangsa macam anak raja dan anak menteri. Dia lahir dalam keluarga miskin. Keluarganya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia tingal di gobok kecil yang tak ada paip air dari Syabas, dan letrik dari TNB. Apatah lagi telepon dari TM.

Kemudian Karim membesar dengan adik-beradiknya di sebuah perkampungan yang aman, jauh di pinggil belukar, kaki bukit. Dia anak terakhir dari 5 adik-beradik. Ayahnya tegas dan ibunya penyayang. Yang menarinya, Karim akan membontoti kakak dan abangnya dan mereka berjalan sebaris kala mereka bersiar-siar bersama ibu bapanya.

Masa dia anak-anak, dia ada terdengar kaum kerabatnya dan jiran tetangganya mengumpat orang Melayu. Kata mereka orang Melayu ini tak ada akhlaq. Mereka ini kaum biadap; suka memukul, menendang dan mencaci maki kaum kerabatnya. Jadi ketida dia sudah pandai berdikari, kerabatnya memesan “Kau Karim, hidup ini penuh pancaroba. Kau kena tabah dan berusaha semaju mungkin. Dan hati-hati dengan orang Melayu, terutamanya anak-anak mereka dan orang tua-tua yang pakai sorban ketayap – mereka jahat”.

Karim tidak tahu kebenaran ucapan nasihat kerabatnya. Yang dia tahu pesan itu harus digigit dengan gigi geraham. Macam pesan nabilah kepada sahabatnya “Gigitlah sunnah ku dan sunnah sahabtku yang mendapat petunjuk dengan gigi geraham kalian”. Justeru dia coba sebaik mungkin untuk memenuhkan janjinya kepada ayah ibu dan dia menjauh dari kampung Melayu.

Tetapi takdir Tuhan tetap berlaku; dia akhirnya tersesat jalan dan termasuk kampung Melayu. Apabila dia menyedari dia telah tersilap langkah, maka Karim coba untuk meredah belukar secara senyap-senyap. Dia merendahkan badan, berjalan secara perlahan, dengusan nafasnya cuba dikurangkan. Dia takut kalau-kalau kelibatnya diketahuan oleh anak-anak Orang Melayu dan Pak Aji dan Kyiayi.

Hujung belukar sana, sayup-sayup kedengaran orang memberi kuliah. Dihampirinya langgar itu dan dia berhenti sejenak, mau dengar apa omongan pak kiyayi orang Melayu. Nak, waktu itu pak Kiyayi baca bab taharah dan najis. Akhir cerita pasal zakar dan faraj, pak Kyiayi mula membebel panjang dan sesekali dia mengumpat kaum Karim. Malah lebih malang lagi Pak Kiayi mencemuh mereka seperti mereka tiada maruah langsung. Apakah kerana mereka duduk di kaki bukit dan pedalaman, tak pandai tenok TV dan dengar radio, malah tak tahu guna cerek letrik sehingga Pak Kiyayi bisa berlaku sebegitu? Kan dia orang alim, yang pergi haji dan tawaf di ka’bah, menekuni kubur baginda dan mencium batu hitam?

Namum penyorokannya itu akhirnya terbongkar, dia disadari oleh seorang anak macal [banjar: nakal] yang sedang buang air dipangkal pohon rambutan, lalu dia disergah. Oleh kerana ketakutan yang amat dasyat [jantungnya berdegup kencang – alhamdulillah Karim bebas dari serangan jantung] dia berlari ke seluruh kampung bagai kumbang putus tali. Lalu ketika dia membuat tawaf dikampung itu, anak-anak macal lain ikut serta mengepungnya, malah ada yang menghunus parang. Ketika itulah dia mengerti akan kebenaran pesan kerabatnya.

Entah kenapa orang Melayu bagai dirasuk setan saat itu. Marah bagai nak gila. tapi ada sedikit ketakutan yang menyelimuti jiwa mereka, seolah-olah orang Melayu takut untuk memegang tangannya, apatahlagi mau bersalam dengannya. Dia bukan Kaum Dali di Negeri India, yang dipulau dan dihinakan dan dinafikan sebagai manusia. Tidak! Dali dan kaumnya berbeza!

Mereka memukul batang tubuh Karim sambil menyumpah seranah keatasnya. Sekali dipukul, 10 seranah ditujah. Dipukulnya Karim di kepala, di kaki, di tangan; semua batang tubuh itu habis dibelasah dengan kayu.

Ketika jantungnya masih berdetak lagu, dan kakinya kencang berlari itu, yang matanya melilau memandang kalau-kalau ada lobang di benteng batang tubuh manusia Melayu, dia sempat mendongak ke langit dan memohon doa munajat: “Wahai Allah azza wa jallah, selamatkan lah aku dari Manusia Melayu yang tak mengerti apa-apa ini dan berikanlah mereka ilmu yang lurus”.

Usai saja berdoa, dengan tak sempat mengangkat tangan ketika itu, yang dia juga dengar pesan Abd. Razak: “Nabi tak mengangkat tangan dalam banyak doanya, dan adalah haram mengangkat tangan ketika selepas solat fardu, ketika khutbah Jumaat”. Maka setelah itu dia terus menerjah ke aras celah tadi, menyondol dengan kepalanya dan melibas-libaskan badnnya – sepenuh hati dan raga. Dia, saat itu, taruhkan segala imannya kepada Allah.

Mungkin kerna dia tulus dan tidak berbuat bid’ah hasanah seperti Orang Melayu, dia lolos dari kepungan orang Melayu, tapi dia menerima beberapa calar akibat hentaman kayu serta buluh, juga beberapa kelar luka terkena tusukan buluh dan parang panjang. Dengan darah yang menitis gugur kebumi, dia sabar menerima kekejaman sebegitu. Dia mengerti bagaimana Rasul dihunjam dengan batu ketika di Thaif, namun sang Nabi tak pernah untuk meminta azab dari Tuhan. Dia juga begitu, mau contohkan nabinya. Persis, tak tambah, tak kurang. Dia menuju ke kampung dengan perlahan, dengan darah meleleh perlahan, dengan segala pengalaman yang menyeksakan.

Bab II

Dia selepas memohon doa kepada Allah pada subuh itu, termenung sebentar. Apa yang buat orang Melayu begitu benci kepadanya dan bangsanya? Apakah kerana mereka dahulu penghuni belantara? Arh… manusia Melayu juga dulu diam di hutan. Atau mungkin orang Melayu fikir dia dari Burma? Padahal ada kata bijak-pandai tentang difusi bangsa Melayu itu yang asalnya dari dataran Yunan. Mungkin kerana dia berkulit gelap dan berbadan gempal – kakinya pendek, tangannya pendek, hidungnya kemek dan dia tak segak? Kalau begitu, apakah orang Melayu itu terlalu kacak hingga bisa dia merendahkan bagsa lain, sedangkan semua ini dijadikan mengikut kadar oleh Tuhan.

Masih terdengar sayup-sayup dicuping telinganya hinaan orang Melayu: “Kau bangsa hina. Nyah kau dari kampung kami” kata seorang yang masa itu menusuk buluh runcing ke lengannya”. Kemudian dia dilempari kata keji dari seorang pak Aji: “Chiss, berani kau masuk kampung kami, bangsat, babi”.

Sabar. Sabar Karim. Dia memujuk hatinya.

Kalaulah orang Melayu itu ditakdirkan lahir menjadi bagsat, pasti mereka akan mengerti bahawa bagsat itu lebih mulia diri Melayu. Kalau lah Allah lahirkan pak Aji itu dalam jasad seekor babi, pasti pak aji itu akan menyesali ulahnya tadi.

Tapi orang Melayu itu mudah lupa seperti kata Tun Mahathir. Mereka lupa bahawa Allah telah jadikan mereka dalam bentuk yang paling baik, kemudian dibekali dengan aqal kan diutu sang Rasul untuk membimbing mereka, Tapi mereka sering lupa akan ajaran rasul. Mereka bukan saja lupa pada hal itu, tetapi mereka lupa bahawa takdir tuhanlah yang menjadikan mereka bangsa Melayu, bukan seekor anjing atau babi. Tuhan boleh jadikan Pak Aji itu seekor babi, atau jadikan orang yang menusuknya itu seekor anjing. Tapi Allah beri mereka peluang untuk menjadi mansia, namum mereka kadang-kadang suka menjadi seorang Babi dan seorang Anjing.

Tetapi kerna mereka memang bangsa yang suka membanggagakan diri dan memang manusia yang suka lupa dn membuat lupa, maka mereka dengan semberono menajiskan anjing dan babi. Padahal Allah dan Rasul tidak pernah menajikan kedua makhluk itu.

Karim mau minta kepada orang Melayu, apakah hujjah yang mereka pakai sehingga mereka boleh menghinakan dia dan kaum kerabatnya?

Apakah orang Melayu itu sadar bahawa anjing dan babi itu adalah ciptaan Allah, sepertimana mereka juga? Apakah mereka tidak ada belas kasihan dan kasih sayang kepada sesama makhluk?

Entah, Abd. Karim tak tahu. Karim tidak paham dengan bangsa Melayu ini. Macam orang Pas kata ketika ahli mereka Jadi UMNO; “Dia lebih UMNO dari orang UMNO”. Justeru orang Melayu ini juga Islamnya lebih Islam dari Islam sebenar.

Karim berdoa agar Abd. Razak, yang selalu menyalak itu juga tak akan dikejar oleh budak-budak Melayu. Dia kesihankan kaki Razak yang patah bulan lepas, minta Razak tak diapa-apakn lagi. Juga dia berharap agar kaum kerabatnya yang berekor pintal pendek tak lagi hina oleh orang Melayu. Kalau tidak, dia ada terfikir mau bikin demontrasi jalanan dan tubuh “Persatuan Babi-Babi Se-Malaysia” – mau tuntut keadilan dan kesamaratn sebagai makhluk dimuka bumi ini.

Hukum Babi: Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir

Label: , , , , , , , ,

2 Respons to “Cerita Bab I & Bab II”

  1. ikatkata Says:

    Panjang. Kau tahu bukan aku tak baca entri panjang-panjang atas talian. Nanati aku komen.

  2. nawawi Says:

    apasal ko guna nama Allah utk anjing dan babi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: