Minda Kelas Pertama

April 30, 2008 by tinjau

Antara favrot saya ketika memandu, selain dari ilham yang diajarkan oleh Dayat [rahasia], ialah mendengan Radio 24. Satu masa itu [saya terlupa bila dan kemana saya sedang menuju] isunya ialah Minda Kelas Pertama. Dan saya juga tak sempat berkenalan dengan tetamu jemputan, tetapi saya pasti dia bukan tukang sapu DBKL, atau tukang kebun sekolah VI. Rasanya dia seorang tokoh yang layak untuk berbicara tengtang minda manusia caggeh dan bermutu. Tapi malangnya saya tak tahu namanya dan siapa orangnya. Yang pasti dia seorang lelaki melayu.

Dia bilang:

“Kita harus punya minda kelas pertama. seperti kita mencipta satu bisnis yang bukan sahaja boleh berkembang di negara kita tetapi boleh pesat maju hingga ke antarabangsa. kita bukan pekedai kampung. Begitu juga kalau kita mereka-cipta, rekaan kita itu diterima oleh dunia. Inilah minda kelas pertama”.

kalau begitulah, seorang tukang cuci di KLCC atau tukang sapu majlis pembandaran, selama-lamanya akan menjadi manusia yang punya minda kelas ke-3, kerna mereka bukan berbisnis, dan juga kerja mereka tidaklah mereka dan masuk pertandingan pada Hari Harta Intelek Negara anjuran MYiPO atau buak kajian dan ciptaan dengan geran Universiti.

Selamanya seorang suriumah tidak akan menjadi manusia yang bestari, kalau ikutkan acuan sang tokoh tadi.

Kalau begitu ketat cakupan minda kelas pertama sang diwawancara, apakah adil kita berkata begitu? Justeru yang adilnya dan yang benarnya ialah minda kelas pertama ialah minda yang mampu berfikir secara benar, berwawasan besar, menilai sesuatu dengan setiap sisi, menggunakan kaedah pemikiran yang betul dan paradigma yang sah.

kerana itu, barangsiapa yang menggunakan mindanya mengikut kaedah disebutkan tadi, maka dia telah punya minda kelas pertama.

Konspirasi

April 30, 2008 by tinjau

Rasanya konspirasi Anam dengan batunan Aji juju hampir berjaya.

Laskar Pelangi

April 12, 2008 by tinjau

Hari ini bertemu Andrea Hirata di PWTC - dalam bicara bukunya - Tetrologi Laskar Pelangi. Dia bikin saya tersenyum.

Perang nya saya ke AU1 Keramat, ketemu aliran Salafi Jalur keras, yang mereka ini berguru dengan seorang pembohong. Hingga Rasul mengatakan “setan” kepada lelaki ini.

Ini pertama sekali saya mendengar kalimat berat dan keras terpasul dari mulut guru saya.

Dan nyata bahwa mereka ini memang keras. Sesuai dengan kerasnya makna “setan”

Fitna : Analisis

April 7, 2008 by tinjau

Cerita ini bukanlah terbaru.

Sebelum ini ada cerita yang sama dari Tanah yang rendah itu. Beberapa keping gambar Muhammad saw dilakarkan dengan butir bom berserta pedang.

Malah banyak hal-hal yang sama berlaku tiap-tiap kurun sebelum ini lagi. Tapi yang paling gencar adalah zaman sekarang.

Siapakah yang menyukai Muhammad? Ini yang harus kita ketahui. Bahwa yang menyukainya hanyalah manusia yang bersyahadah, iaitu kita-kita saja, sedang manusia yang ingkar kepada ajarannya mengambil sikap berseberangan, yang ditompokkan kepada 3 jenis;

1) membencinya dan menghinakannya

2) membenci sahaja

3) tidak menyukainya dan tidak membencinya.

Sikap ini lahir dari satu kepahaman bahawa agama itu saling hujat menghujati, hancur menghancurkan, habis menghabisi, bunuh membunuh. Ini sejarah agama sepertimana jodol buku Karen Amstrong : Sejarah Tuhan. Inilah apa yang tiap-tiap Tuhan mahukan.

Tuhannya Latta tak akan redha kepada penganutnya andai ada manusia yang masih tak mahu menyembahnya. Begitu juga Brahma, Krishna, Arjuna, yang menentang Ravana Dewa Kegelapan. Kerana mereka sadar, bahawa dalam alam ini, tidak boleh maujud 2 Tuhan yang saling berkuasa. Paling tidak kalau ada 2 tuhan, 1 harus berada di atas 1 lagi sehingga alam ini hanyalah ditadbir Tuhan segala Tuhan.

Andai ada 2 tuhan yang berkuasa, bagaimana alam ini akan lancar? Tuhan pertama mahukan matahari beradu sedang tuhan kedua tetap mahukan matahari menyinar. Lalu apa akan jadi kepada matahari? Kerana Itulah, Maharaja Dewa menguasai kerajaan Langit dalam paham “berbilang dewa” bangsa Cina. Begitu juga Brahma adalah yang menjadi kepala Tuhan dalam ajaran Hindu. Dan begitu juga Allah adalah bapaknya Tuhan Isa dimana Tuhan Bapak lebih berkuasa ketimbang Tuhan Anak.

Justeru, ketika Muhammad muncul dari balik gunung kontang dan tanah datar yang berpasir, tersentah lah segala Tuhan kerana telah datang kepada manusia sebuah agama yang menyeru kepada menuhankan Tuhan yang Satu - Allah dan memberi pengibadahan hanya kepada Tuhan itu semata-mata. Yang sebenarnya Muhammad hanyalah membawa ajaran silam yang luput dari ingatan manusia.

Kerana mahu menggiring manusia kepada Tuhan yang satu itu, harus dihabiskan tuhan-tuhan yang lain; diruntuhkan pahamnya Berhala, Dikembus-matikan apinya Majusi, dipatahkan tiangnga Kayu Salib, di bongkarnya ajaran Yahudi dan Uzair Anak Tuhan. Lalu seluruh agama yang ada masa itu terancam dan ketakutan sehingga mereka melancarkan peperangan agar agama Tuhan yang Satu ini sirna dari jagat raya. Tetapi makar itu tak terjadi malah Islam menyebar luas hingga kini ia masih survival.

Penentangan ini akan terus berlanjutan hinggalah alam dibungkus tuhan. Maka kerana itulah kita janganlah terkejut bila melihat manusia lain menghinakan ajaran Muhammad dan agama yang dia bawa. Kerana sudah 1000 tahun agama ini dan pembawanya dicerca dan dihina.

Kemudiannya kita harus mempersoalkan sebuah tanya “mengapa mereka mempersoalkan Islam?”. Kerana kita amat yakin sebuah tindak itu dimotori oleh sebuah rasa dan kepahaman yang mendasar dalam jiwa. Apakah mereka membikin filem pendek ber-durasi sekitar 10 minit ini kerana memang mereka membenci manusia Muslim? Atau kerana kejahilan mereka - mereka tak mengetahui ajaran Islam itu lalu bertindak samberono atas pencerapan mereka kepada perlakuan umat kita sendiri?

Sesungguhnya ketidaktahuan itulah yang selalu menakut-nakutkan kita. Ibarat kita berada di dalam bilik gelap, pasti kita akan terbayang macam-macam yang akhirnya bayangan kita itu membuat kita gerun, takut dan gugup. Kita menuju ke dinding dan memaku diri di sana dengan harapan tak akan ada apa-apa berlaku. Padahal kalau keadan terang, kita tanpa ragu dan gentar akan berlari-lari di dalam bilik tadi. Tetapi kerana ketidak tahuan kita, menyebabkan kita ketakutan.

Begitulah juga dengan mereka, takut kerana tidak tahu. Yang mereka tahu adalah umat ini selalu memberontak dan membunuh orang kapir. Ini mereka dengan dan mereka lihat, malah ada yg sempat merasa.

Kita tak dapat meluruskan paham mereka dengan sepele. Kerana memang ada dari umat ini yang bersikap begitu; suka membunuh orang tak keruan, yang diatas nama jihad. Padahal Islam tak membenarkan aksi begitu. Jihad ada aturannya, paling puncak ialah jihad dilakukan oleh Ketua Negara, atas fatwa ulama.

Tetapi malangnya, ada sekelompok dari para islamis ini yang begitu antusai untuk memperjuangkan islam telah melakukan onar dengan samberono menyerang dan membunuh orang kafir, malah mereka juga membunuh umat islam sendiri. Mereka ini tak menyesali malah berbangga dengan pengeboman berani mati, laskat jihad, pembunuhan suci dan Gerakan islamisasi ini.

Maka kesempatan ini telah digunapakai oleh para musuh Islam untuk melakarkan coretan bahawa Islam adalah agama Belati, yang sekarang makin canggeh: guna bom bunuh diri. Dan kesempatan yang l;uas dirobek oleh para “Mujadhiddin palsu” ini dimanipulasikan lagi oleh rencana-rencana gegaran bom dan pelanggaran pesawat oleh musuh Islam. Peristiwa 9-11 dan WTC Tower adalah bikinan drama Bush yang sukses untuk menconteng arang di wajah Islam. Tapi kita masih tak mau mengambil peduli akan puncanya. Malah kita masih terus mendendami orang kapir terutamanya USA.

Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama - satu keadaan umat Islam tercalar, tetapi di sebelah lain, umat bukan islam mula mengetahu wujud agama Islam, malah yang telah tahu kewujudannya, mereka mula mengkaji akan kebenarannya. Hasilnya semakin ramai umat manusia memelok islam atas pengkajian ilmu, bukan atas pengamatan kepada pengamalan umat islam. Ini yang saya sebutkan sebagai “Amargadon”, letupan informasi yang membawa arus ilmu islam.

Begitu juga dengan Filem Fitna; akan bangkin radang umat islam yang memang tak menggambarkan islam yang tulen, tetapi kemarahan merka ini akan membuka minda umat lain untuk terus mengkaji islam. Tetapi saya secara terang tak bersetuju perlakuan memboikot kerana boikot adalah cara yang tidak islamis, ia sepanjang sejarah agama ini, dimulai oleh kaun Qyurais untuk mengkebulurkan umat islam, tetapi Islam tak memperlakukan agama lain sedemikina rupa.

Malah usaha boikot juga adalah satu hipotisis umat kufar yang berjaya; bahawa Islam adalah agama yang rak rasional dan kejam, sehingga mereka memboikot barangan yang tak berkaitan dengan diri pembikin filem itu. Malah boikot itu sendiri merupakan langkah biadap sehingga terbukti bahawa islam adalah agam biadap. Lalu sekali lagi kaum kapir berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kita tidak berguna.

Apapun kita harus berterima kasih kepada Mujahiddin ini, terutama Osama Bin Ladin, dan partai-parti hizbi yang sebenranya mereka adalah punca. Malah diri kita juga adalah punyanya - tak menggambarkan islam. Dan kita harus berusaha lebih keras untuk menyalurkan informasi yang betul dan tulen kepada seluruh dunia.

Ini adalah fintah - ujian - kepada kita.

Fitna 01

April 4, 2008 by tinjau

Kalau kau ada sebaldi air liur, apa yang kau akan buat pada Geert Wilder sutradara filem Fitna?

“Aku akan meludahnya sampai dia pengsan”

Kau tau apa yang nabi buat bila penduduk Thaif melukainya dengan batu? Ketika Gibreal datang bersiap-siaga mau menunaikan apa saja permintaan baginda - seperti menimpakan gunung kepada penduduk durjana itu - maka nabi hanya bilang:

“Mereka manusia yang tak mengerti. Moga mereka akan mendapat hidayah”

Jurang Ilmu Pengetahuan

March 29, 2008 by tinjau

“Semakin tinggil ilmu pengetahuan ditemui maka semakin besar kejahilan manusia”

Kaedah Menuju Jalan Kebenaran

March 26, 2008 by tinjau

Benar itu apa?

Kalau ahli sufi mengatakan bahawa yang benar itu adalah ilham - berupa pemahaman yang deras dan pantas yang sampai di kalbu oleh Tuhan tanpa dipikir dahulu dan diolah oleh diri kita.

Bagi ahli atsar, yang benar itu adalah yang tertera pada tekstual dan yang tercatit pada lembar historis.

Kalau kata para logis, bahawa yang benar itu adalah berupa pemahaman yang tak menyimpang dari nalar bila pemahaman itu dibariskan diatas logika.

Mungkin para mistikus, yang benar itu adalah bila sesuatu yang ajaib berlaku atau punya kekuasaan misteri yang tinggi. Mungkin terbang dilangit, atau mampu menyembuhkan penyakit.

Tapi antara sekian banyak benar itu, rupanya saling bertolak belakang; antara logis akan berperang dengan mistikus. Benarnya seorang sufi adalah batlnya seorang atsari.

Justeru perang ini sudah lama berpanjangan. Ratusan tahun tak selesai, masih berantakan. Hampir 1000 tahun lebih ujung-ujung permuafakatan tak bertemu lagi. Sehinggakan banyak dari umat kita ini lelah dan lemah. Yang akhirnya ada sebahagian dari mereka terus tak mempercayai agama ini, ada yang tidak mau ambil peduli dan menjadi orang yang tak mengerti apa-apa dan jatuh ke kubangan nafsu.

Ada yang terus bersikukuh dengan paham mereka sehingga menjadi ekstrimis; yang selain dari mereka adalah ahli neraka. Dan ada yang terlalu luwes dan toleran sehingga semua agama itu adalah benar.

Sehingga titik ini, kita harus punya satu sikap yang tegas; mau meremehkan, atau mau memperketatkan atau mau adil dan saksama antara kedua sikap keterlaluan itu?

Akhirnya saya menggariskan 3 kaedah yang boleh digunapakai bagi mengukur kebenaran dalam pemahaman.

1)

Pemahaman kita itu harus bersumberkan hujjah yang akurat. Kalau dalam arti religus, maka ia bersumberkan dari 2 sumur iaitu al kitab dan al hadith yang sahih. Maknanya ialah setiap alasan kita untuk menetapkan sesuatu harus ada dalilnya. “ini dalilnya…” bagi keyakinan kita.

2)

Setelah diberangi dengan 2 sumber tadi, kita harus buktikan bahwa paham kita itu telah dianut oleh para pendahulu kita, sedari pendiri mazhab 4, para imam hadith, para sahabat. Andai paham itu baru muncul dan mereka tak sempat menganutnya, maka beratri paham kita itu adalah sesuatu yang tidak benar.

3)

Kita akhirnya harus membuktikan bahawa tuduhan yang dikenakan kepada kita oleh sang penuduh adalah berupa tuduhan palsu yang tak dibina diatas dasar ilmu. Dan buktikan juga bahawapaham-paham lain yang berseberangan dengan kita tidak berpijak pada hujjah yang benar.

akhirnya setelah selesai kita menjalankan 3 kaedah tadi, maka kita akan berhasil melihat kebenaran. apakah benar itu dipihak kita atau dipihal lain. Kalau dipihak lain, maka kita harus menurutinya tanpa rasa sesal dan gundah serta tanpa rasa payah.

Permata Yang Hilang : Punya Gagasan Bestari?

March 24, 2008 by tinjau

Azim: Kau tahu aku ke Johor, aku jumpa dia. Aku belajar dengan dia. Dia punya gagasan besar. ide hebat, pemikiran tajam. Dia dapat huraikan kekuatan bangsa melayu dari sehalus-halus isi. Dia juga boleh terangkan rahasia setiap hujuf alquran.

Aku: Siapa gerangan dia yang hebat itu?

Azim: Ibn Yusuf. Pengarang Permata Yang Hilang.

Aku: Oh

Aku dalam hati: Hummm apakah tukang karut “kote” ini yang dia banggakan? Dan apakah cerita kote dan faraj ini adalah cerita gagasan besar? Padahal dalam bukunya -yang anak-anak lelaki gilakan sehingga ada yang khatam sebelum menikah [teringat kepada dayat yang bertekun mengadap buku ini saat belum nikah] - banyak cerita katur marut dan tak berlandasrkan kepada ajaran Islam dan fakta sain yang akurat!

Aku dalam para sedar: Mungkin antara lelaki kote ini dan kemajuan tamaddun bangsa dan keunggulan ilmu islam itu saling berkait, dan dia kelaki kote ini adalah orang yang punya peran besar, kerna tanpa kote, bagaimana manusia mau membiak!

Anugerah Sekolah Cemerlang SPM

March 21, 2008 by tinjau

Mungkin sekian orang merasa bahawa dia punya pandangan yang benar; iman yang benar, amal yang benar, cara pikir yang benar dan yang paling penting bahawa apa saj yang berkaitan dengannya dalah kebenaran. Sehinggakan dia kadang-kadang kibir [sombong] untuk membuka hatinya untuk menerima kata-kata dari orang biasa.

Tetapi kita tidak mengetahui, kalau ada yang mengetahui pun, dia tetap tidak mampu membedakan antar haq dan batil - baik dan buruk - tulen dan palsu, dalam berpandangan, malah dalam beragama.

Kerana itulah dalam banyak hal, kita selalu terpelencong kesebuah gagasan yang seakan-akan benar, walhal kalau ditimbang dengan masdar [epistimologi ilmu islam] yang benar, maka kelihatannya ia adalah satu fatamorgana.

Begitulah juga dengan para pendidik malaha ia merambas ke para tokoh dalam pendidikan. Tatkala mereka mengumpuli anak-anak cerdas lalu dikumpulkan kedalam sebuah wadah, dan wadah itu dilengkapi dengan segala fasilitas. Lalu ditempatkan pula tenaga pendidik yang cemerlang agar anak-anak pilihan itu bisa meningkat mutunya dan akhir bisa keluar sebagai manusia yang “grand”.

Bagi anak-ank yang tidak pintar, atau pintas juga tetapi sedikit saja, mak mereka ini duduklah belajar di sekolah biasa-biasa. Sekolah ini tidaklah seperti sekolah khas tadi; muridnya beragam bijaknya - bodoh - pandir - mengerti sedikit - memahami sedikit sedikit dan pandia separa. Kemudiannya sekolah ini juga fasilitasnya taklah semoreden dan secanggeh mana, malah ada yang masih memakai kapur putih dan papan hijau.

Setelah taman waktu belajar, anak-anak ini ada yang pulang naik basikal, ada yang menunggu bas, ada yang berjalan kaki dan ada yang naik spedar. Sampai dirumah ada yang terus terbongkang, ada yang terus merayap dan ada yang harus menolong keluarga mencari uang.

Apakah sama 2 jenis sekolah ini?

Kemudiannya sedari 300 calon SPM di sekolah khas itu yang telah siap siaga dengan segala senjatanya, dan memang mereka itu diambil dari yang cerdik-cerdik saja, dan 300 calon dari sekolah Biasa yang mereka itu punya macam-macam kepayahan dan kekurangan, mereka masuk menduduki satu soalan yang sama seragam.

Kalau dilihat secara umum, itu keadilan.

Kemudian setelah bebulan2 menunggu keputusan pun keluar; dibawah adalah secara anggaran tentang bandingan keputusan 2 jenis sekolah tadi;

Justeru setelah para pemberi anugerah itu melihat dan menghitung-hitung jumlah “A” yang dipungut oleh setiap sekolah, maka mereka merasakan bahawa sekolah Bistari seperti Alam Shah, MCKK, STAR, Tun Fatimah, Tunku Kursiah, MRSM, atau pun yang seangkatan dengannya, harus mendapat gelar “Sekolah Ceprlang SPM” kerna mereka berjaya mengeluarkan banyak pelajar yang sukses peperiksaan.

Tetapi mereka tidak sadar bahawa sekolah tadi itu sebenarnya “gagal” dalam mengekalkan kecemerlangan yang pernah digapai oleh pelajarnya - setiap dari penuntut itu sebelum masuk kesekolah bistari tadi adalah pelajar yang cerdas dan harus mendapat “A” yang penuh, paling kurang pun semuanya harus mendapat 6A - namum yang nyata dari 300 pelajar pintar tadi yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang kurang dari separuh!

Sedangkan sekolah biasa yang bergelut dengan perbagai cabaran dan kekangan setiap hari, akhirnya berjaya menjadikan anak-anak orang bangsat itu seorang manusia, walaupun “manusia baru” itu tidak mendapat 1 A pun, namum mereka itu udah bersiap sedia untuk mengerti makna dunia. Malah sempat juga melhirkan pelajar yang hebat seprti Amalina yang lahir di sebuah sekolah gawat - Ulu Tiram, Johor.

Justeru, sewajarnya “Anugerah Cemerlang SPM” tidak harus diberikan kepad sekolah-sekolah khas, dan harus duberi kepada sekolah biasa. Yang patut ianjurkan untuk sekolah bitri itu ialah seperti anugerah penyapu yang prnah dibikin olh mantan Mentri Besar Selangor, Dr Khir Toyo satu ketika dahulu.

Piagam Pertama

March 21, 2008 by tinjau

 ”Yang bikin perlembagaan pertama bukan Muhammad Bin Abdullah. Lihat kod Hamurrabbi, walau ia tak adil tapi ia antara yang awal. Yang peliknya mengapa para kyiai tak mengerti?

- Daus [diskusi ringkas di kali lima Sri Gombak] -