Archive for the ‘politik’ Category

Isu Mahasiswa Lelaki Adalah Krisis Kilang Kicap

July 6, 2008

Bertahun sebelum ini saya menulis tentang Biji soya dan Kicap -  adalah metafora kepada sistem pendidikan kita dan keberadaan mahasiswa. Namun sayang kerana tulisan itu telah ditalkinkan bersama jenazah blog saya yang lama.

Saya gambarkan bahawa manusia yang kerjanya masuk kelas - belajar - hapal - kemudian ambil periksa - adaalah manusia yang sedang diproses dalam sebuah kilang yang begitu besar. Akhirnya setelah habis menjalani proses akhir iaitu mendapat ijazah diploma atau sarjana muda aka Sijil Halal Jakim ataupun sijil kualiti antarabangsa seperti GMP atau HACPP maka sudsah layaklah mereka itu diletakkan di kedai2 atau pun di pasaraya.

Semuanya bergantung pada pasaran; kalau musim itu permintaan kicap soya meningkat maka serata kilang di Malaysia mula mengeluarkan botol kicap soya. Kalau musim itu banyak rakyat kita mahukan kicap tomato maka para kilang besar itu pun mengeluarkan kicap tomato.

Harus kita sadar, kilang adalah kilang. Tak ada kilang yang berubah menjadi gedung ilmu. Justeru kita harus berusaha untuk mengubah kilang kicap kita ini kepada gedung ilmu. Tetapi ini sulit kerana para pembikinnya juga hampir semuanya adalah manusia yang telah terdoktrin dengan ideologi kekicapan.

Tidak kiralah yang membikin itu bergelar doktor, atau profesor, hampir semuanya telah keracunan dengan bau kicap. Maka untuk mengubah kilang itu kepada gedung ilmu amat sukar, lantaran yang pertamanya akan membangkang adalah pekerja kilang ini sendiri yang terdiri dari para doktor dan profesor.

Lalu kita pun menyelidiki punca “cerdik pandai” kita ini membelot kepada ilmu. Maka akhirnya kita ketemu jawabannya iaitu para pembikin ini sedari umur muda hingga meraih sarjana, telah bergelumang dengan satu sistem. Sistem yang mengarahkan kepada satu keupayaan sahaja: ingat dan luah kembali diatas sekeping kertas. Lalu ingtan yang tertuang itulah akan dinilai “hidup” dan “jaya” seorang manusia.

Justeru sanking lamanya para doktor dan profesor bergelumang dengan sistem exam orianted inilah akhirnya membuatkan mereka beriman bahawa pengukur kepandaian seseorang insan adalah dengan “ingat dan luahkan kembali”. Percaya bahawa seorang manusia yang boleh mengingat [punya hapalan baik] dan boleh menjawab soalan yang diberikan seperti yang termaktub dalam silabus berupa manusia yang cerdik dan harus diberikan “kepandaian” kepadanya.

Kemudian manusia yang tidak serasi dengan sistem “exam orianted” ini akan dinilai manusia yang gagal. Maknanya seorang manusia yang tidak punya ingatan yang kuat, atau manusia yang tidak kaku dan lesu seperti bakunya silabus, atau manusia yang sering menjana idea baru dan penuh krativiti, selalunya akan dinilai bodoh dan lembab lantaran mereka ini sering tidak mampu mengingat dan meluahkan kembali pengajaran para guru di kelas pada sekeping kertas yang harus dijawab dengat cepat-cepat dalam jangka masa terhad.

Sebenarnya, manusia yang bisa menumpukan perhatian pada pengajaran kemudian menghapal dan akhirnya memuntahkan kembali adalah manusia yang mempunyai jenis pemikiran penumpu. Manakala manusia yang berlawanan dengan “pemikiran penumpu” adalah manusia dari jenis pemikiran mencapah.

Kerana sistem pendidikan yang dibina oleh masyarakat kita adalah yang memenangkan golongan penumpu dan menumpaskan golongan mencapah, maka golongan mencapah terus tertindas setiap masa dalam alam persekolahan.

Lebih bertambah malang apabila tamat pengajian para kretivities dan idealis ini dicop “Kurang Bijak” pada kad kemajuan mereka oleh sistem pendidikan kita. Kemudian masyarakat memandang mereka sebagai orang yang “gagal”, sehinggalah ibu bapa mereka dan para pelajar yang di katakan bijak tadi pun mencebikkan diri mereka. Padahal mereka adalah orang yang bijak tetapi kebijaksanaan mereka itu tidak diukur dengan barometer yang benar. Akhirnya pelajar yang “gagal” itu pun tercalarlah emosinya dan terganggulah krebiliti dirinya dan menjadilah dia manusia yang punya jati diri rendah serta akhirnya menjadi orang yang tiada semangat juang yang tinggi.

Maka bila dilihat manusia yang punya pemikiran mencapah ini kebanyakannya adalah lelaki berbanding perempuan. Lelaki itu telah dijadikan memiliki pemikiran yang mencapah, salah satu bukti kebesaran Rabb; bahawa lelaki itu dijadikan sebagai ketua, sama ada ketua kumpulan kecil, ketua rumah tangga, ketua organisasi, ketua negeri dn ketua negara. Maka sudah pasti manusia yng dijadikan ketua ini harus punya pemikiran yang mencapah; guna untuk mengatur dan menyelesaikan masalah.

Justeru, kekhuawatiran kita mengenai kualiti lelaki, atau pun jumlah pelajar lelaki yang cemerlang dalam sistem pendidikan kita, bukanlah satu kebimbangan yang mnybabkan kita menunding jari kepada lelaki, tetapi faktor terbesar yang mendorong berlakunya hal demikian adalah kerana sistem pendidikan kita yang tidak memihak kepada mereka.

Memang dirisaukan tentang penurunan kualiti ini, maka seharunya kita bersama-sama membetulkan kesilapan paradigma yang membawa kepada falasi, dan kita haru merobah sistem kita supaya ianya lebih dinamika - sesuai untuk falsafah pendidikan itu sendiri - melahirkan manusia yang berilmu secara holistik.

Harus berubah secara pantas agar sisa yng tertingal ini boleh dijanakan kembali, dan lelaki yang telah kecundang bisa diperbaiki. Jangan sampai nanti kita kehilangan lelaki.

Lendiran Hitam

June 12, 2008

Entah bagaimana ia berlaku; apakah dengan sengaja atau tersengaja - manusia seluruh dunia zaman ini meletakkan hidup mereka kepada lendiran hitam yang seperti minyak dagu bikinan sang bomoh siam.

Seluruhnya hidup ini berkaitan dengan lendir itu; dari anak yang belum menerjah keluar dari perut hingga lah yang sudah mati mau diusung dengan keranda; menaruh harap kepada sang lendir. Seolah-olah lendir itulah menjadi tuhan baharu kepada manusia yang morden ini.

Kalau lendir itu memberi rahmat, maka berbahagaialah manusia. Hatinya tenang bagai cermin, hidupnya bahagia, alamnya makmur dan mungkin nanti dia mati dalam senyum. Tapi kalau lendir itu murka maka mulut yang senyum itu sudah hilang diganti kerutan, keringat, kudeta dan korban nyawa.

Kita tanpa sadar, satu ketika dahulu lendir ini tak dipandang, yang zaman dahulu manusia tidak langsung menaruh harap kepadanya, yang dahulu manusia hanya pentingkan segenggam gandum, atau tanah, atau emas.

Tetapi itulah yang terjadi, apabila manusia mula mencipta mesin yang hanya akan “hidup” dengan bakaran lendir dari ‘mayat haiwan gergasi silam’,  justeru manusia juga akan “hidup” dengan lendir itu tadi.

Lendir itu masih banyak di bawah tapak kaki kita. Nah di negara ini juga masih berupaya untuk bertahan paling kurang 30 tahun lagi. Tetapi mengapa lendir itu melonjak naik mendadak? Kata setengah orang ia hanyalah spekulasi Barat untuk menstabilkan ekonomi negaranya. Mungkin juga kaum-kaum “Pemecah Batu” - Iluminati sedang merangcang untuk membeli aset dunia dengan banyaknya sehingga mereka memanipulasikan bank-bank dunia dan mendesak agar harga petrol melonjak berganda.

Saya juga tak akan bandingkan harga petrol Malaysia dengan Singapura, kerana perbandingan ini adalah perbandingan orang buta. Saya lebih suka membandingkan harga kita dengan Emeriah Arab Bersatu kerana keduanya adalah pengeluar minyak dan menuju negara maju. Yang menariknya ialah kita adalah juara dalah apa juga berbanding UEA; kita ada menara tertinggi (tapi tak lama sebab Dubai sedang bikin menara tertinggi), Kita ada ladang Kelapa Sawit (Dubai ada Palm Island - gugusan pulau yang membentuk pohon), kita ada getah, ada bahan galian lain, ada pohon jati, sementara Dubai ada pasir kontang (mungkin UEA boleh jual kepada Singapura) dan kita mencatatkan harga petrol termahal antara negara engeluar minyah dunia! Malaysia Memang Boleh!

Walau apapun, kegelapan telah samppai, namun kita tidak harus berteleku mengutuk malam berhari-hari, harusnya menyalakan lilin, biar terang.

Maka kita harus merencana untuk menghilangkan beban derita, paling kurang mengangkat sedikit kesusahan rakyat. Harus wujud satu program menyeluruh yang mengambilkira setiap jiwa ini secara am nya. Dan program itu tak harus dibikin dalam mimpi atau angan-angan semata - harus berjiwa realiti dan praktikal.

Tidak seperti motivator Radio 24, yang bercakap seolah-olah dia budak sekolah menengah membuat karangan SPM;

1) Orang Miskin yang makan lau sehari 1 jenis seperti ikan dan kicap harus pikir untuk kerja lebih keras dan tanam sayur.

2) Orang sederhana yang berkerja harus mencari kerja sambilan.

Apakah patut disuruhnya orang miskin menanam sayur di dalam pasu? Dan disuruhnya untuk kerja lebih keras dan memikirkan apakah caranya untuk meningkatkan pendapatan.

Berapa pasu mau orang miskin miliki untuk cukup makan sayur dalam seminggu? Habis seminggu ulam dikutil, apakah ulam itu akan tumbuh dengan pantas? Dan dimanakah mau orang miskin itu letakkan 30 buah pasu dalam sebuah rumah pangsa 2 bilik milik DBKL?

Apakah doktor itu pikir bahawa orang miskin itui kerja main-main, atau sambil lewa, atau belum mengerjakan segala usahanya? Mungkin yang bermalas-malasan itu hanyalah segelintir, tetapi yang banyak adalah mereka yang berkerja mati-matian untuk mendapatkan nasi sepinggan.

Dan apakah doktor itu tak mengerti bahawa orang miskin ini selalunya kurang pendidikan, lalu disuruhnya “pikir” kaedah yang canggih untuk mengatasi kegawatan. Sedangkan Doktor itu yang bijak juga hanya mampu memikirkan langkah penyelesaian bagi seorang “budak sekolah”.

Lalu ibu saya katakan kepada doktor itu ”Aku meluat dengar dia bercakap. Orang yang tak tahu kenyataan” walaupun doktor iti tidak mendengar, tetapi saya pasti banyak lagi orang akan mengokong kata ibu saya.

“Macak kakak, keluar rumah pagi, balik rumah malam, suaminya pun macam itu juga. Ada anak 4 orang.  Macam mana nak cari kerja tambahan? Doktor ini cakap main ikut suka.”

Justeru sudah sampai masanya bagi Malaysia untuk menoleh dan membandingkan dirinya dengan negara-negara arab terutamanya Dubai. Tanpa sumber-sumber yang kita miliki, dengan tanah kontang, Dubai dan negeri-negeri sekutunya berjaya bangun dan menjadi sebuah negara yang kaya.

Cukuplah kalau kita bersedia untuk berkorban kepada orang bawahan kita, dengan cuba untuk memakai baju sukan cap Abibas bukannya Adidas, atau memakai kemeja Poulo bukannya Polo, makan coklat Fidami bukannya Fidani, naik kereta Waja bukannya yang bersiri. Tapi nampaknya untuk potong gaji, ada orang yang menjadi wakil kita berkata “tak rasional”.

Kita harus hentikan projek yang bermega, tumpukan kepada projek kecil untuk meneruskan kitaran ekonomi negara. Bantu kontraktor kelas E dan F. luncurkan aliran tunai peniaga kecil, penjual makanan, penjaja pasar malam, meruncit kecil dan pembikin produk iks.

Lupakan sebentar konglomerat dan taokun-taikun besar, kerna mereka boleh menyeberang dengan “business class” mencari projek luar. Sedangkan orang kecil-kecil tadi nak naik “tambang murah” pun belum mampu setengahnya (tak sempat lah melihat skirt pramugari Air Asia yang senteng dengan paha yang pejal dan mantap. Saya harap kenaikan minyak tidaklah akan meniakkan skirt mereka dengan alasan kain mahal atau strategi menarik pelanggan).

Sesungghnya, rakyat sudah sedia berjimat cermat sekian lama. Maka yang berperanan paling besar saat ini adalah para wakil kita, dan kerajaan.

Harus ingat  bahawa rakyat mungkin akan membenarkan kata Tan Sri Sanusi “UMNO akan pupus nanti”. Dan saya yang senantiasa mentaati Perdana Menteri, tak mapu berbuat apa-apa, melainkan coba makan coklat buatan sendiri.

Yang TerSurat-Khabar & Yang Tersurat

May 5, 2008

“Kalau yang berhimpun itu jumlahnya 20, 000 orang yang mendengar bicara Anwar Ibrahim. Yang ditulis dalam Press Utama Negara hanyalah 2000″ - Pyan Ikatkata

 

Catatan: Saya bukan penyokong DSAI dan bukan juga penyokong AMNO. Saya penyokong Partai Biasa - seperti kata We We, penulis pojok majalah Tempo.

Pakatan Bawah Tanah

March 11, 2008

Ini sejarah lama yang aku coba untuk lupakan dari ingatan. Ingatan aku, ingatan teman dan ingtakan orang lain yang terlibat.

Cerita betapa kebodohan itu selalunya merangkul anak muda. Benarlah bahawa kata orang “kebijaksanan itu meningkat dengan banyaknya usia”. Begitulah aku, melakukan satu yang aku anggap bodoh ketika di tingkatan 5 - kekalutan yang menggemparkan seluruh sekolah.

Ceritanya mudah, aku adalah manusia yang berfahan agama secara ortodok yang cuba menjadi liberal, juga seorang insan yang anti-estblishmen. Dan semasa itu aku adlah lelaki yang gilakan kuasa.

Tetapi demokrasi bukanlah satu mainan yang aku gemar, maka untuk mencapai matlamat berkuasa, aku, Alfairuz dan Azim telah merencana satu pakatan kiri untuk mengimbangi kuasa Pengawas yang kami anggap digunakn secara semberono, dan wujud salahguna kuasa dan K&K [Korupsi dan Kolusi]. Untuk menjayakn pakatan ini [biar aku namknnya sebagi Liga Keadilan] maka kami bertiga menebarkan pengaruh kepada kawan-kawan yang kelihatannya punya prinsip dan wawasan. Akhirnya masuklah beberapa hli baru ke dalam Liga; Mamu, Najib Ustaz, Fazli King dan 3 orang lagi yang aku terlupa nama mereka.

Setelah itu kami bertiga meminta para ahli baru untuk bertanding  jawatan pengawas sementar kami bertindak sebagai “think tank” mereka.

Akhirnya 4 akli Liga berjaya merebut jawatan dengan pencapain terbaik adalah Timbalan Ketua Pengawas yang disandang oleh Najib Ustaz. Kami percaya bahw perjuangan ini akan menjadi nyata dan kami percaya bahw rakyat akan mampu dibela dengan kekuatan dan keinteltualan Liga Keadilan.

Seperti kata orang juga “Hari tak selamnya terang”, begitu juga dengan Liga ini. semakin lama semakin hati-hati anggota Liga menjadi kecil dan kuncup. Mereka lupa akan janji setia kami dibawah pohon rendang yang disinari cahaya rembulan. Yang terawal menginggalkan kami adalah 3 orang pengawas itu, sementara Najib masih kekal. 3 orang itu sudah seronok dengan para pengawas lain yang dahulunya mereka cuba sadarkan. Kemudian angin perubahan dikesan muncul dari Azim dan yang akhirnya Alfairuz.

2 orang A ini mungkin adalah lambang manusia yang kecewa apabila gagal dalam perjuangan. Maka akhirnya tinggallah aku bersama Najib Ustaz. Memang manusia itu banyak yang mudah kecewa apabila tumbang dalam kehidupan. Dari tabah terus menjadi longlai.

Lalu dengan sedikit kuasa dan sedikit dokongan, aku terus menjadi Maharaja di balik tabir - wujud Najid adalah wujud aku. Bermakna tindak-tanduk najib adalah diatas arahan aku - selalunya. Tetapi manusia itu tidaklah sempurna - Najib adalah seorang yang tidak pandai berpolitik dan teragak-agak. Justeru jawatannya sebagai orang nombor 2 dalam kabinet tidak banyak memainkan peranan dalam mewujudkan keadilan dan keamanan.

Keadaan ini berterusan sehinggalah Najib mewujudkan konfrantasi dengan pihak sekolah dan badan pengawas. Dan sebagai Mahjra, aku terpaksa mengambil tanggungjawab kesalahan Najib walaupun dia melakukannya tanpa arahan aku malah tanpa persetujuan.

Lalu seluruh sekolah melihat bahawa malam konfrantasi itu adalah dibawah rencan aku.

Setelah keadan reda, maka aku mengambil keputusan untuk merekrut pelapis dari tingkatan 4 bagi mengambil-alih kepimpinan sekolah pada pilihanraya kan datang. Maka aku dan Najib membuat pemerhatian kepada beberapa pelajar tingkatan 4 yang kelihatannya mempunya ciri-ciri kepimpinan dan punya budi pererti.

Kami mengenali mereka dan menawarkan jawatan dalam AJK Musalla, melantik mereka sebagi Imam supaya par pelajar melihat kehadiran mereka, memberikan masa untuk berceramah disurau supaya mereka mampu berlatih untuk berpidato dan pelajar lain akan melihat ketokohan mereka.

Dan pada setiap malam khamis, mereka wajib untuk mendengan bicara dari aku, yang matlamatnya mendoktrinkan mereka.

Akhirnya semasa pilihanraya seterusnya, Liga Keadilan menang besar dengan kekalahan hanya 5 kerusi dari 15 kerusi yang diperuntukkan kepada pelajar lelaki.

Setelah itu aku mengalami kemandulan yang berlarutan hingga sekarang. Mungkin aku juga mengalami “jiwa kacau” sepertimana Double A mengalaminya lebih awal dari aku.

Analisis PRU

March 11, 2008

Saya menulis analisis ini pada tengah hari Ahad, 9 Mac 2008 tetapi disabotaj oleh komputer hingga kemudianya pada 11 Mac baharulah saya mampu untuk menyambung kembali.

Mungkin ini adalah analisis yang dangkal, dengan menggunakan pikiran yang dangkal juga. Tetapi diharapkan kedangkalannya itu akan digali lagi kemauduannya dan seterusnya akan menjumpai mata air dan ahkirnya berubah menjadi sumur yang menygarkan.

PRU ke 12 adalah satu pilihanraya yang menggemparkan. Sebenarnya adalah sebagai kelahiran semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada politik negara.

Seperti yang dikatakan oleh Yasmin Ahmad ketika dia telah selesai membikin filem2 nya yang diluar kebiasaan orang kita: “saya tak mempunyai sebarang teori semasa membikinnya, tetapi apabila telah selesai mula lah orang mengeluarkan segala macam teori”.

Begitu juga, setelah BN terjelepuk dengan teruk, dan tewas di 5 buah negeri, semua para penganalisis politik dan juga para pemimpin BN mula terperanjat dan bagai tak percaya. Pak Lah dan Najib bersunguh-sungguh untuk menawan Kelantan tetapi begitulah kata orang “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Ketika Dun dan Parlimen yang terciciri itu terlepas satu persatudari hujung alis mata, maka para penganalisa tadi mula berpancak dan menggubah sekian banyak teori bagi meluluskan keciciran itu.

Ada yang mengatakan bahawa puncanya adalah kerna pengundi muda membuat eksperimen, ada yang kata pengaruh media bukan perdana seperti blog yang anti kerajaan, kalau media perdana pula kesalahannya ialah terlalu banyak menonjolkan BN dan menghinakan BA, ada yang mengatakan bahawa Pak Lah mengambil masa yang silap kerna banyak kes-kes yang belum selesai seperti kes Altantuya dan Lingam, dan ada juga yang khabarnya mengatakan Pak Lak tak menjawab fintah-fitnah DSAI.

Tetapi yang nyata dan tersurat adalah kalahnya jemaah menteri serta para tokoh dari Parti MIC, MCA PPP dan Gerakan adalah lambang bahawa penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka.  Malah rakyat yang menolak mereka ini sebenarnya adalah kaum intelek, yang peduli kepada politik dan yang mahu hidup aman tanpa gugatan. Kerna itulah yang menolak itu semuanya dari kota-kota besar yang mendapat taraf ilmu dan akses internet yang meluas seperti Sungai Petani, seluruh Pulau Pinang, Taiping, Ipoh, Shah Alam, seluruh Kuala Lumpur melainkan satu kawasan sahaja.

Sebaliknya Sabah dan Sarawak memang sukar ditembusi kerana antara faktor ialah masyarakat sana masih ketinggalan terhadap maklumat, sedikit mundur ketimbang negeri sebelah sini, dan banyak yang tidak memakai mobil dan transport bermotor.

Mereka adalah masayakarat yang digambarkan oleh orang-orang sini pada ketika 15 tahun silam, dimana orang-orang sini masih memerlukan frasarana pembangunan nan hati-hati mereka diselubungi ketakutan untuk menukar kerajaan. Tetapi Hari ini menyaksikan bahawa orang yang berdiam di Utara dan kota-kota besar telah melangkah maju dengan berani dan mendongak kelangit sambil melepaskan ketakutan ke awan membiru.

Tetapi bagi saya, yang paling menepati adalah seperti mana kata Tun  Mahathir bahawa rakyat merasa tidak selesa dan tertekan dalam masa pentadbiran Pak lah sehingga mereka tiada pilihan untuk meluahkan perasan dan pendapat meliankan melakukan “Undi Protes” dengan memangkah pembangkang.

Pembangkang kalau dilihat sebelum ini adalah 2 kelompok yang ultra: PAS adalah ultra Islam Versi Melayu manakal DAP merupakan kelompok yang paham Sekular Versi Cina. Maka orang melayu yang biasa-biasa saja tak mungkin akan memangkah calon DAP. Begitu juga seorang India tau Cina berasa tidak mungkin akan memangkah parti Tok Guru agama Islam. Maka dengan kehadiran PKR yang berfungsi sebagai jambatan penghubung kepada kedua Kaum Ultra ini, maka rakyat melihat ia sebagi satu pakatan yang boleh diterima. Malah ketokohan DSAI itu adalah antar faktor penyumbang keyakinan pengundi untuk melakukan perubahan. Sebelum ini, saya sendiri tak melihak ketokohan Hj Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Sebenarnya rakyat protes kepada kenaikan harga barang, kenaikan bayaran tol, kenaikan minyak petrol, bimbang kenaikan kadar jenayah, padahal pendapatan rakyat tak seberapa. Sehinggakan ada sesetengah pihak mengatakan bahawa BN adalah agroname kepada Barang Naik.

Yang ironinya, andai para pengundi hantu tiada muncul pada 8 Mac tadi, nescaya Pak Lah lagi tersungkur.

Keputusannya yang tersirat telah jelas, dan yang tersurat iaitu suara proters rakyat juga telah jelas. Malah Pak Lah harus sadar bahawa dia tak berjaya mengawal survival Kerajan Barisan Nasional. Justeru sepatutnya dia mengambil tanggungjawab untuk merevisi dan memperkasakan kembali BN, atau mengambil keputusan untuk meletak jawatan atas rasa tanggungjawab gagal memberi kemenangan kepada BN. Ini sesuatu yang wajar.

Perihal Muka

March 9, 2008

Jam 230 pg, Ahad 9 Mac 2008

Mak: “Khair Toyo kalah?”

Aku: “Tak. Dia menang”.

Mak: “Oh, kalau macam tu muka dia elok lagi lak”.

Nawaitu

March 7, 2008

Aku mendapat khabar dari Nawi bahawa para Partai Ahli Suci sudah pasang niat untuk puasa pada hari Khamis sempena PRU kali ini.

Kemudian aku mula menconga-congak; apa yang mereka lafaskan untuk pasang niat Puasa PRU?

Maka aku beri contohlah kepada para pemesang niat untuk tiap-tiap ibadat kalau-kalau mereka tak tahu lafaznya:

“Nawaitu saumaghadin an ada ee sunnati PRU”

[sebenarnya aku juga tak tahu lafaz seperti ini. Tapi yang penting, lafaz melafaz ini kerja lawak]

Partai Ahli Suci

March 6, 2008

Ini masih dalam seminar Ann Wan Seng. Selepas sahaja dia selesai menjawab soalan, malah sempat seorang dari pendengar menanyakan soalan dalam bentuk sebuah karangan yang panjangnya kira-kira 500 patah perkatan - sehingga pendengar lain “hilang dan tenggelam” dalam deretan ayat-ayat penanya itu - selepas itu, para pelayan terus bergegas datang ke setiap meja dan meletakkan mangkuk kecil dan menuangkan sup “makanan laut dengan hancuran ketam”.

Sambil-sambil menyuap sup itu ke mulut, maka sementara masa yang tersisa saat sudu mula menuju bibir mangkuk, mulut para peserta pun mula berkumat-kamit; ada yang menjadi pengulas kepada ceramah tadi; ada yang hatinya meronta-ronta mau nyatakan kepada teman-teman betapa dia telah membeli dan khatam buku “Rahsia Perniagan Orang Cina” sebelum Ann Wan Seng naik ke pentas tadi; dan ada juga malu-malu kucing tetapi terpaksa melakukan sesi “oriantasi” - sual kenal dengan pendengar lain yang semeja demi peluang-peluang bisnis.

Namun meja bulat aku ceritanya melompat seperti katak; bermula dengan “dari mana” kemudian “bisnis apa” dan yang selebihnya “mengundi pak? dimana?”.

Maka dari 3 potong soalan itu, sedari suapan pertama “sup makanan laut dengan hancuran ketam” hingga ke penghujung jamuan berupa secawan teh dan kopi, persoalan politik merajai perbahasan, dan tepatnya ialh kerna ada “one man show” - seorang abang yang menyisir rambut belah tepi, menjual air herba, yang berucap seperti para ustaz dan berkempen untuk pangkah Parti Ahli Suci.

Lalu aku katakan padanya:

“Saya melihat ada satu senario yang menarik, seperti yang berlaku di Indonesia - kemunculan beberapa partai yang diatas-nama agama, dan masing-masing menyesatkan atau menyalahkan atau mengatakan bahawa partai lain tidak berpijak pada pondasi kebenaran. Kita akan melihat hal ini berlaku di Malaysia andai pendaftaran Hizb At Tahrir diluluskan. Maka bagaimana hal ini berlaku?”

Termenung sejenak. berkata sedikit: “yang kita harus pegang ialah al quran dan as sunnah. Yang mana berpegang dengan keduanya, maka dialah yang kita sokong”.

Dalam hati aku berbicara. Monolog sendirian dengan harapan hatinya mendengar sama: “katakan partai yang menggunakan nama Islam semuanya itu, apakah ada diantara mereka yang punya dasar “al quran sahaja atau sunnah sahaja, walhal seluruh dari sekian partai itu menggunakan prinsip tadi, tapi ngapain mereka berselisih dan salah menyalahkan dalam beragama?”