Archive for the ‘Ide’ Category

Minda Kelas Pertama

April 30, 2008

Antara favrot saya ketika memandu, selain dari ilham yang diajarkan oleh Dayat [rahasia], ialah mendengan Radio 24. Satu masa itu [saya terlupa bila dan kemana saya sedang menuju] isunya ialah Minda Kelas Pertama. Dan saya juga tak sempat berkenalan dengan tetamu jemputan, tetapi saya pasti dia bukan tukang sapu DBKL, atau tukang kebun sekolah VI. Rasanya dia seorang tokoh yang layak untuk berbicara tengtang minda manusia caggeh dan bermutu. Tapi malangnya saya tak tahu namanya dan siapa orangnya. Yang pasti dia seorang lelaki melayu.

Dia bilang:

“Kita harus punya minda kelas pertama. seperti kita mencipta satu bisnis yang bukan sahaja boleh berkembang di negara kita tetapi boleh pesat maju hingga ke antarabangsa. kita bukan pekedai kampung. Begitu juga kalau kita mereka-cipta, rekaan kita itu diterima oleh dunia. Inilah minda kelas pertama”.

kalau begitulah, seorang tukang cuci di KLCC atau tukang sapu majlis pembandaran, selama-lamanya akan menjadi manusia yang punya minda kelas ke-3, kerna mereka bukan berbisnis, dan juga kerja mereka tidaklah mereka dan masuk pertandingan pada Hari Harta Intelek Negara anjuran MYiPO atau buak kajian dan ciptaan dengan geran Universiti.

Selamanya seorang suriumah tidak akan menjadi manusia yang bestari, kalau ikutkan acuan sang tokoh tadi.

Kalau begitu ketat cakupan minda kelas pertama sang diwawancara, apakah adil kita berkata begitu? Justeru yang adilnya dan yang benarnya ialah minda kelas pertama ialah minda yang mampu berfikir secara benar, berwawasan besar, menilai sesuatu dengan setiap sisi, menggunakan kaedah pemikiran yang betul dan paradigma yang sah.

kerana itu, barangsiapa yang menggunakan mindanya mengikut kaedah disebutkan tadi, maka dia telah punya minda kelas pertama.

Konspirasi

April 30, 2008

Rasanya konspirasi Anam dengan batunan Aji juju hampir berjaya.

Anugerah Sekolah Cemerlang SPM

March 21, 2008

Mungkin sekian orang merasa bahawa dia punya pandangan yang benar; iman yang benar, amal yang benar, cara pikir yang benar dan yang paling penting bahawa apa saj yang berkaitan dengannya dalah kebenaran. Sehinggakan dia kadang-kadang kibir [sombong] untuk membuka hatinya untuk menerima kata-kata dari orang biasa.

Tetapi kita tidak mengetahui, kalau ada yang mengetahui pun, dia tetap tidak mampu membedakan antar haq dan batil - baik dan buruk - tulen dan palsu, dalam berpandangan, malah dalam beragama.

Kerana itulah dalam banyak hal, kita selalu terpelencong kesebuah gagasan yang seakan-akan benar, walhal kalau ditimbang dengan masdar [epistimologi ilmu islam] yang benar, maka kelihatannya ia adalah satu fatamorgana.

Begitulah juga dengan para pendidik malaha ia merambas ke para tokoh dalam pendidikan. Tatkala mereka mengumpuli anak-anak cerdas lalu dikumpulkan kedalam sebuah wadah, dan wadah itu dilengkapi dengan segala fasilitas. Lalu ditempatkan pula tenaga pendidik yang cemerlang agar anak-anak pilihan itu bisa meningkat mutunya dan akhir bisa keluar sebagai manusia yang “grand”.

Bagi anak-ank yang tidak pintar, atau pintas juga tetapi sedikit saja, mak mereka ini duduklah belajar di sekolah biasa-biasa. Sekolah ini tidaklah seperti sekolah khas tadi; muridnya beragam bijaknya - bodoh - pandir - mengerti sedikit - memahami sedikit sedikit dan pandia separa. Kemudiannya sekolah ini juga fasilitasnya taklah semoreden dan secanggeh mana, malah ada yang masih memakai kapur putih dan papan hijau.

Setelah taman waktu belajar, anak-anak ini ada yang pulang naik basikal, ada yang menunggu bas, ada yang berjalan kaki dan ada yang naik spedar. Sampai dirumah ada yang terus terbongkang, ada yang terus merayap dan ada yang harus menolong keluarga mencari uang.

Apakah sama 2 jenis sekolah ini?

Kemudiannya sedari 300 calon SPM di sekolah khas itu yang telah siap siaga dengan segala senjatanya, dan memang mereka itu diambil dari yang cerdik-cerdik saja, dan 300 calon dari sekolah Biasa yang mereka itu punya macam-macam kepayahan dan kekurangan, mereka masuk menduduki satu soalan yang sama seragam.

Kalau dilihat secara umum, itu keadilan.

Kemudian setelah bebulan2 menunggu keputusan pun keluar; dibawah adalah secara anggaran tentang bandingan keputusan 2 jenis sekolah tadi;

Justeru setelah para pemberi anugerah itu melihat dan menghitung-hitung jumlah “A” yang dipungut oleh setiap sekolah, maka mereka merasakan bahawa sekolah Bistari seperti Alam Shah, MCKK, STAR, Tun Fatimah, Tunku Kursiah, MRSM, atau pun yang seangkatan dengannya, harus mendapat gelar “Sekolah Ceprlang SPM” kerna mereka berjaya mengeluarkan banyak pelajar yang sukses peperiksaan.

Tetapi mereka tidak sadar bahawa sekolah tadi itu sebenarnya “gagal” dalam mengekalkan kecemerlangan yang pernah digapai oleh pelajarnya - setiap dari penuntut itu sebelum masuk kesekolah bistari tadi adalah pelajar yang cerdas dan harus mendapat “A” yang penuh, paling kurang pun semuanya harus mendapat 6A - namum yang nyata dari 300 pelajar pintar tadi yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang kurang dari separuh!

Sedangkan sekolah biasa yang bergelut dengan perbagai cabaran dan kekangan setiap hari, akhirnya berjaya menjadikan anak-anak orang bangsat itu seorang manusia, walaupun “manusia baru” itu tidak mendapat 1 A pun, namum mereka itu udah bersiap sedia untuk mengerti makna dunia. Malah sempat juga melhirkan pelajar yang hebat seprti Amalina yang lahir di sebuah sekolah gawat - Ulu Tiram, Johor.

Justeru, sewajarnya “Anugerah Cemerlang SPM” tidak harus diberikan kepad sekolah-sekolah khas, dan harus duberi kepada sekolah biasa. Yang patut ianjurkan untuk sekolah bitri itu ialah seperti anugerah penyapu yang prnah dibikin olh mantan Mentri Besar Selangor, Dr Khir Toyo satu ketika dahulu.

Revolusi Bahasa

March 4, 2008

Saya membaca sebuah buku “Revolusi Bahasa” karangan seorang peguan yang entah namanya apa - rasanya Mukhtar - masa di tingkatan 4. Ini sebuah bahan bacaan yang keluarga saya simpan di geduhok [kabinet] yang penuh dengan buku-buku.

Dia menyebutkan bahawa faktor penting yang memajukan bangsa eropah dan cina adalag antaranya kerna bahasanya pendek2 sedangkan kita mewakilkan sesuatu itu dengan 2 atau 3 suku kata. Ambil contoh; bangsa Inggeris menyebutnya cat, sementara kita menyebut haiwan comel itu sebagai ku cing. Inggeris menyebut one, dan kita membilangnya sebagai sa tu.

Maka apabila mereka - bangsa inggeris- itu menyebut dengan lebih cepat dan mampu menulis jumlah perkataan yang lebih banyak dalam sebuah muka surat ketimbang dari kita, maka mereka lebih pantas mencapai informasi dan melakukan tranformasi.

Saya tak berapa bijak untuk memikir seperti penulis itu berpikir.

Pertamanya matematik itu bukanlah dihubungkan kemajuannya dengan kepantasan bahasa, tetapi bijak atau tidak bergantung kepada latihan dan pemahaman.

Keduanya apakah dengan cepat beberapa saat atau minit, akan memajukan kita sejarak 30 tahun. Dan lambat sesaat atau seminit akan meninggalkan kita sejarak 30 tahun?

Ketiganya; historis menunjukan bahawa bangsa  Arab, Parsi dan bangsa-bangsa yang pernah mencipta nama, ada sebahagian dari mereka mempunyai bahasa jenis “gam” - glu, iaitu meng”gam” kan beberapa suku kata untuk membentuk sebuah perwakilan, seperti wa hid iaitu one.

Menifesto

February 29, 2008

Masih dalam ingatan aku bagaimana teman-teman berucap diatas pentas ketika aku berumur 16 tahun. Mereka menjanjikan sekian banyak angan-angan setelah usai menggantungkan lambang-lambang partai mereka. Ada patia pisang, partai Pokok, partai Bot. Dan janji yang mereka ucapkan itu ada berlegar diluar logika.

Apakah boleh dipercaya bahawa Mamu mau dirikan stadum bola dipadang sekolah kalau dia menang jadi pengawas? Bagaimana mau menerima ide menjadikan sekolah tampa pakaian seragam seperti di Amerika? Dan yang paling menggelikan hati adalah janji Laloq untuk tidak perlu ke sekolah lagi kalau dia diundi dan menang persiden.

Justeru oleh kerana terasa bahwa diri aku ini bakal menjadi perdana menteri malaysia suatu masa nanti, makanya aku telah siapkan sedikit menifesto aku awal-awal.

 1) Aku akan bikin jalanraya baru 10 tingkat untuk elak kemalangan

2) Aku akan bikin “hiway” disetiap kampung

3) Aku akan memberikan sebuah rumah secara percuma kepada setiap rakyat

4)

5)

6)

tuan-tuan boleh lah isis ide untuk membantu aku menyiapan menifesto pilihanraya

Munajat Di Kala Pemilu

February 29, 2008

Saya keluar rumah dari Dato Keramat menuju ke pejabat - Danau Desa - dengan keadaan hingar bingar dan semput-semputan. Kereta bergerak perlahan sambil mengesot macam anak kecil yang baru mau belajar meranggak. Semua mobil dan spedar berbaris panjang macam mau masuk bilik darjah. Pelan-pelan sambil melintasi orang yang memegang bendera merah ditangan. Dia - orang itu, selalu melambai-lambaikan benderanya.

Selepas melintasi orang itu, seperti anak murid yang telah melangkah masuk bendul pintu, maka berlarianlah menuju ke meja sendiri. Maka begitulah para mobil dan spedar tadi yang telah berlama-lamaan sambil mengetib bibir masing-masing kerna pasti mereka akan tiba lewat di kantor masing-masing.

Lalu malamnya pula saya ke Bukit Bintang, ketemu sama pyan - empunya ikatkata - dan seperti siangnya itu lah, maka saya terpaksa mengambil jalan yang jauh walhal dari tangga rumah saya ke Bukit Bintang itu hanya mengambil masa sekitar 15 minit. Ini kerna jalan ditutup - bikin jalan baru [naik taraf].

Kemudian saya berpikir, mengapa tak dinaik taraf saja jalan itu pada bulan June nanti, atau Agustus saja? Atau Disember tahun lalu? Mengapa jalan itu mau diganyang ketika pemilu mampir? Hummmm apakah ini bisa kita panggil sebagai Jalan Raya Politik? Mungkin juga.

Dan dengan sengaja juga, seluruh massa yang ada menunjukkan bahawa manusia-manusia yang pemurah bermunculan meghulur tangan menggapai salam marga marhain. Begitu juga manusia yang dhaif yang selama ini tertindas dengan kejamnya dunia mendapat habuah dari bantuan ikhlas orang “dermawan”. Para peneroka mendapat rumah baharu, para petani dibantu, dan dengarnya nanti akan dibuka sekolat Tamil baru di satu kawasan.

saya terus bermonolog lagi; apakah hantu pemilu itu sungguh menggerunkan sehingga para politikus kita berlomba-lomba mau buat kebajikan, seperti esok sudah tiada.

Kan indah kalau tiap-tiap tahun Pemilu dijalankan. Pasti banyak para dermawan dan para manusia berjiwa rakyat datang membanting tulang menolong umat.

Momotarosan Membalas Dendan Kesumat

January 15, 2008

aku bukan dari sini.

aku lahir di sana - nun jauh ke negeri yang mentari bermunculan.

baiklah, aku akan ceritakan tentang riwayat hidup aku. kembara aku dengan kapal, hidupku yang panjang dan dingin, keseorangan, pengkhianatan, kekecewaan. biar kamu tahu dan mengerti.

bukan publisiti yang aku mau, jauh sekali dari mau menjadi walikota atau menang bertanding jawatan ketua kampung. aku ikhlas!

sambung. setelah aku boleh mandiri, aku dibawa dengan kapal besar ke sini, bersama dengan 2 abang ku. kami tiba di pelabuhan kelang lewat malam. macam masuk secara haram ke sini. sampai saja di tanah datar, terus kami disumbat dalam kontena, bersama-sama bangsa kami yang lain. lori terus memecut keluar dari dermaga. entah mana tujuannya, itu kami semua tak tahu. dalam hati cuma berdoa agar kami semua akan selamat tiba dan mampu berkerja dengan aman. tanpa sergahan polisi atau penguatkuasa yang selalu menengking.

akhirnya lori kontena menekan brek, kami tertolak ke hadapan - bersempitan. aku lega. kerna itu destinasi kami, maknanya kami akan boleh turun dari kontena yang gelap gulita. dan maknanya kami akan mencapat cahaya - ucara. menghirup sesungguh-sungguhnya tanpa getar. lalu tika pintu terkuak, sedarlah kami bahwa kami sampai ke sebuah gudang besar.

selang beberapa hari maka datang seorang apek cina membeli kami bertiga.

aku pendekkan cerita:

apek itu dibawanya kami naik lori lagi. akhirnya aku dan abang ku - kami sampai di satu taman - taman desa. aku dipindahkan ke situ. aku ditempatkan di tengah-tengah antara ke2 abangku. aku masih ingat tanggal 15 oktober, itu tarik yang bermakna kerna itu lah hari kami mula berkerja. kerja kami tak lah sesukar mana, cuma kami kena naik turun blok flat ini. selalunya kami dikerah berkerja 24 jam seharian. arhhhh…rasanya amat kejam tetapi kami bangsa yang dingin ini kuat seperti besi. kata orang urat kami dawai tembaga, otot kami besi waja. benarlah kata orang, kerna kami kerja pagi petang.

tapi angan-angan tak selalunya indah.

rupanya manusia di sini buruk perangainya. tak senonoh langsung. mereka suka mengambil kesempatan, bermalas-malasan.

adakah patut mereka selalu kenakn aku. mentang-mentanglah aku tak boleh berbuat apa-apa maka selalulah mereka men”dajal”kan aku.

ada satu hari, entah siap, aku pun tak tahu, sebab waktu itu malah, gelap gulita, yang aku nampak hanyalah matanya dan giginya. dia menghampiri aku, minta aku bawakannya naik ke rumahnya kerna dia sudah mabu-mabukan minum todi gamaknya. saat aku leka membawa dia naik, maka aku terasa hamburan air hangat di belakangku. terus serentak bau hamis membuak. chis… rupanya lelaki itu kencing keatas aku saat aku menolongnya.

tak apa lah aku bersabar.

kemudian ada seorang mak cik, pagi buta lagi dah keluar rumah. dia tinggal di tingkat atas. dibawanya 2 plastik besar. mukanya mengerepot dan dadanya berombak besar. sampai saja ke arah aku, terus dilemparnya bungkusan pelastik itu. dan seperti lipas kudung dia berlari kencang. aku kehairanan dengan sikapnya.

tatkala bungkusan itu hinggap ditubuhku, barulah aku tahu mengapa muka mak cik itu mengerepot, dadanya berombak dan dia memecut lari, kerna tatkala bungkusan itu merempuh jasadku, ia berderai dan berhambur ke lantai dan bau busuk meruap. apakah dosaku hinggakan mak cik itu melemparkan sampah kepadaku. katakan lah wahai mak cik - mak cik yang sellau melempari sampah kepadaku - apa dosa aku hingga kalian selalu buat begitu.

akhirnya kerna terlalu banyak pengkhianatan yang mereka lakukan [selalunya aku tak mampu mengecam mereka kerna mereka suka menyamar, yang aku nampak hanya mata dan gigi mereka sahaja, lalu aku dan kedua abgku mengambil keputusan; Harus balas dendam. mereka harus diajari.

satu hari, sedang mereka masuk ke dalam badanku, dan menekan punat yang ada badanku, maknanya mereka mau menyuruh aku membawa mereka naik ke atas tingkat 10, aku mula meneruskan perancangan ku. sampai saja di tingkat 5 aku terus berhenti. aku tutup pintu. mereka mula gelabah. ada yang tercengang. ada yang menelepon kawan, ada yang menekan butang loceng di dadakuaku. malah ada yang mau menangis. aku ketawa perlahan-lahan.

kemudian kami selang seli tak mahu berkerja, sengaja buat-buat rosak. biar mereka naik tangga hingga ke tingkat 17. padan muka. dan bila melihat manusia ini tak juga mau taubat, maka kami sengaja buat bergegar ketika turun dan naik. danag gegarnya kuat. kadang gegarnya perlahan. hingga ada seorang pak cik itu selalu beristigfar ketika naik kami.

tetapi manusia itu tetap bodoh, jahat, keji dan zalim.

maka kami buat perancangan terakhir; “Nanti kita tunggu satu masa, bila dah seusia waktunya, kita akan bunuh mereka. biar mereka naik ramai-ramai, kemudia kita naik ke tingat 17, dan apabila sampai saja, kita kunci mereka - jangan buka pintu, terus kita jatuhkan diri kita ke lantai - laju menderu ke bawah dan berkecai. biar mereka mati tanpa sempat mengucap.

abagku yang sulung akan bunuh diri dengan manusia. kemudian abang ku yang kedua dan akhirnya aku. 

katagiri.

Tukankenum Melawan Sang Kemuning

December 6, 2007

Pagi itu, tak macam selalu. Perasaan Tukankenum berkecamuk. dadanya naik turun. nafasnya laju dan jantungnya berdenyut kencang. dia tak keruan. dan air dingin mula menjelma di dahinya. menitislah manik-manik ke tanah.

Tukankenum coba untuk tenangkan dirinya. dia berdiri ditengah lapangan, mengdepakan kedua belah tangannya, menarik nafas dalam, biarkan udara segar menerobos paru. dan kemudian tangannya dengan cepat memegang perut.

Sakit makin merajai wilayah yang sempit itu, dan makin lama Tukankenum rasakan yang perutnya bergelojak tanpa mengasihani dirinya langsung. Sang najis mau keluar cepat tanpa tangguh walau sesaat.

Saat ini, sang Kemuning bergerak dengan pantas tanpa toleh ke kanan dan kiri, yang dia tau mau tuju ke kelumbil luar yang menutup gua yang panjang itu. Kalau dulu di zaman Cekgu Shahnon, sang kemuning hanyalah ketulan biasa. Yang berlendir biasa juga. dan tak panjang berjela-jela. Tapi kali ini kemuning bukan Kemuning yang lama. dia tak macam dulu-dulu.

Sekarang ini dia sudah kumpul segala semangat yang dahulunya berpisah-pisah. Dia berusaha sekian lama untuk menemu segala pemilik kekuatan yang ada didaerah lendiran. dia ke penjuru yang paling berliku, menemui benjolan-benjolan yang mengerutu. yang ketulan ini kalau dilontarkan maka akan berderai dan melekat keseluruh jagat. Dia bertapa di sana selama sepurnama. Kemudian ke ke baruh bila dengar khabar di sana ada kuasa hebat - hanyir yang pekat menghijau. Hanyir itu bisa meleburkan tangan manusia kalau tersentuh. kemudian dia berusaha mencapai maqam tertinggi dengan mengharungi kegelapan yang sempit selama 3bulan bersorangan. yang menemaninya hanyalah ulat kerawit dan bunyi ombak hitam serta lemdiran yang melemaskan. dalam masa 3 bulan itulah dia diuji dengan macam-macam. ada satu masa itu dia terpaksa bertarung dengan ketulan perompak. dan dia selamat. ada satu saat itu dia dilanda badai kuning yang membawa bangkai dan sisa makanan yang hanyir.

Akhirnya. Dan Akhirnya. Sang Kemuning menjadi Pendekar Kepalang.

Lantas dia terus menyusup bergerak seperti ulat beluncas , dengan ssah payah, menjaga tiap ketulan kuningnya agar tak terputus di jepit kolon perut. makan masa selama 4 purnama untuk sampai ke kolon besar. tiap kali dia lelalui satu kawasan kolon, maka ketulan-kelutan kuning yang hanyir dan berulat itu melekat kebadanya. dan kemudian mengeluarkan berjela-jela lediran hijau seperti hingus. maka tiap-tiap lendiran itu pula mengeluarkan bau busuk yang teramat sangat.

cukup 4 purnama, maka dia sudah tiba di kolon besar. dia seru ke angkasa kolon: “Hey najis sekelian, maka bergabunglah denganku, kerna kezaliman telah menguasai dunia luar sana. kita sebagai empunya ketulan najis paling membusukkan dan kekejian, berasa bertanggungjawab untuk membersihkan alam manusia. beban itu dipundaku. lalu aku menyeru kepada sekelian saudara najis ku maka bergabunglah. dan ingtlah bahawa Tuhan akan memberi ganjaran yang banyak atas usaha kita ini.”

Lalu semua najis kuning yang melekat di dinding kolon pun berguguran ke lantai dan berdenyut menuju ke Sang Kemuning. yang capek bertongkat, yang buta dipimpin, yang garing di papah. semuanyai mau bergabung dengan Najis Kepalang Busuk.

Setelah itu menjadi besarlah ia, seakan anak kucing. dan Sang Kemuning baru ini amat lambatlah ia berjalan bergenyut. walau lambat, walau tiap saat berhamburan lendir. walau tiad detik bau hanyir merembes, dia tetap sabar kerna yakin Allah akan membelanya dan menolongnya membersihkan dunia manusia.

lalu sampailah dia di lubang gua, yang diapit oleh dua ketulan daging kelumbit. pintu itulah yang memisah antara dunia kebusukannya yang penuh hanyir, lendir, ulat, najis, kuning, hijau, sisa. antara duani manusia yang durjana dengan dunia dia.

“aku harus keluar”

diam. memikir sejenak. bagaimana caranya membuka daun kelumbit itu kerna daun itu akan terbuka tanpadisangka dan ia dibuka tak tentu masa.

“ini jihad yang allah akan tolongi. aku harus rempuh”

dia menarik nafas. pejamkan matanya. mindanya ditumpu, dia pusatkan segala kekuatan hanyir nya dikepala yang tumpul itu. setelah itu, dia terus merempuh dengan segala kekuatan.

“gedebung”. bergegar dinding kolon. dia terpelanting. terjelepuk. bangun semula. menarik nafas dalam sampai ke ekor. dikumpulnya sekali lagi tenaga pendekar kepalang hanyir di kepalanya. menjulur sedikit kepala bundalnya ke hadapan, dan terus melanggar pintu itu. “gedebung”. dan dia sekali lagi terpelanting, kali ini sedikit jauh.

bangun kembali. dia harus kokoh membongkar pintu itu, dia ada tugas mulya. mau bersihkan dunia. dan miliknya adalah pahala 100 kali lipat dan syurga firdausi. diulangi apa yang telah dia lakukan. 10 kali dia merempuh dan 10 kali juga dia terpelanting. diagagahi lagi. 100 kali dia merempuh dan 100 kali dia terpelanting.

untuk kesekian kalinya dia merempuh, maka kelihatan pintu itu sedikit terkopak. dia yang sudah lelah itu dengan badannya yang penyek-penyek, terus bersemangat, seperti ditiup roh kekuatan. lantas bangun dan merempuh dengan sekuat hatinya.

“prekkkkkk” terhamburlah dia ke dunia manuisa. dan seketika itu juga setiap ketulan dijasadnya berpecah-pecah dan bertebaran seperti tanah yang berhambur terkena bom atom. melekat keseluruh tempat yang tergapai. lalu keadaan kalut dan cemas. semuanya menjadi kuning dan hanyir. seluruh bilik kecil itu berlumuran dengan najis Tukankenum.

Tukankenum terdudk kaku, dengan najis meleleh dikakinya. dia akur dengan kehendak tuhan. dan nanti dia harus bersihkan tandas itu.

apakah makna BERSIH bagi seketul najis yang hanyir? mungkin sang Kemuning tak mengerti bahawa dirinyalah yang najis yang menempek dan membusuk di dunia manunia.