Archive for the ‘agama’ Category

Roslan Aziz & Ego Seorang Agamawan

June 20, 2008

Mungkin telah Tuhan berikan wewenang kepada orang yang bersorban dan berjubah sahaja untuk berbicara tentang agama-Nya. Selain dari mereka itu adalah haram dan terlarang. Barang siapa yang berbicara tentang agama tanpa pernah ke Azhar atau ke pondok dan pasantren maka dia dianggap dhalal - sesat.

Logisnya ada, iaitu orang yang bersorban dan jubah ini kan yang belajar agama. Lalu sudah satu kepastian bahawa orang yang belajar agama lah yang mengerti akan hal agama. Ketimbang seorang yang belajar kejuruteraan, sudah pasti dia hanya mengerti akan ruang lingkup kejuruteraan semata dan amatlah cetek ilmunya dalam hal agama. Begitu juga seorang yang belajar agama tiada pengetahuan dalam hal kejuruteraan.

Justeru, biarkan orang yang bersorban dan berjubah itu berbicara semua hal-hal agama, dan ingatan keras kepada orang yang belajar ilmu lain untuk mencampuri ehwal religus. Dan kepada yang tak belajar apa-apa itu, lebih baik diam dan mengekor; kalau disuruh angguh maka angguklah. Kalau disuruh geleng maka gelenglah.

Tetapi dunia hakikat itu bukan seperti itu; ada manusia yang belajar agama tetapi dia tak mengerti apa yang dia pelajari. Dan ada yang belajar kejuruteraan tetapi dia memahami apa yang disampaikan oleh seorang ustaz. Malah ada banyak orang yang belajar ilmu sains dan dalam masa yang sama dia belajar ilmu agama.

Makanya kita harus kembali kepada akar, basis dalam pemahaman iaitu setiap bangsa akan memerlukan agama untuk diisi dalam degupan jantungnya. Lalu seorang Melayu sudap pasti akan punya basis sedikit tentang agamanya. Yang beda antara yang ke London mengaji sains dan yang ke Tanta mengaji Fiqh wa usulihi adalah yang ke Tanta itu lebih banyak mengerti agama.

Oleh kerana pemahaman itulah kita melihat para ustaz kita ini dibawah bayangan malaikat, atau pun persis seperti nabi - ma’sum dan terjaga dari kesalahan tafsiran agama. Padahal seorang nabi terkadang melakukan silap seperti kasus nabi membelakangkan seorang buta dan memberi penghormatan kepada pembesar kaumnya yang masih musyrik. Kerana pada pikiran sang nabi, andai pembesar ini memelok Islam nescaya kaumnya akan menuruti. Tetapi pikiran nabi nyata mendapat teguran dari Tuhan lalu turun ayat daro kolong langit menegur pikiran nabi. Akhirnya nabi memperbetulkan tindakannya. Ini makna ma’sum seorang nabi, iaitu dia terjaga dari segala kesilapan dan kesalahan, andai berlaku maka Tuhan terus memperbetukan dia.

Sebaliknya seorang agamawan itu maqamnya lebih tinggi dari rasul dalam hal berbuat sialp dalam tafsiran agama. Seolah-olah mereka adalah malaikat bersayap yang menjalankan arahan Tuhan. Sedikitpun mereka tak tergelincir kerna mereka telah diprogramkan oleh Tuhan. Maka apa saja yang mereka katakan itu berupa titah sang Gusti Agung Purbawisesa. Manusia sekeliannya harus tunduk patuh tanpa banyak bicara dan tanpa engkar.

Lalu seorang manusia yang entah apakah pengajiannya di Tanta atau paling kurang punya 4 thanawi dari pasantren atau dia tak belajar agama, itu tak dapat dipastikan. Tetapi yang pasti dia adalah manusia yang bergelumang dengan muzik, telah mencabar kewibawaan Manusia-Malaikat ini. Roslan Aziz adalah seorang komposer lagu, yang sudah pasti Islam tidak menyetujui pekerjaannya. Dia tak terkenal sebagai seorang ustaz seperti Ustaz Akil Khair atau seperti Rabbani yang ber-Gospel Islami. Dia tak terkenal dengan islamis, malah pernah masuk mahkamah atas tuntutan cerai dari bekas isterinya yang juga seorang penyanyi.

Tetapi Roslan telah berani memperkatakan sesuatu yang benar: “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”

Ekoran itu Manusia-Malaikat ini pun tersentak lalu berang. Seperti anjing yang menyalak, bukit tak kan runtuh.  Maka sudap pasti Roslan akan dicemuh dan dibenci kerna kenyataannya itu. Hari ini Roslan telah mohon maaf secara rasmi di blog beliau. Mungkin kerana memikirkan bahawa Manusia-Malaikat itu punya sayap dan bisa sampai kerumahnya dalam sekejip mata. Maka dia harus cepat-cepat mohon maaf, selagi masih ada masa sebelum mereka muncul di depan katilnya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”.

Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!

Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.

Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka - Manusia-Malaikat - ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka.

Nasihat saya kepada para agamawan kita:

 ”Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.

Lalai

May 16, 2008

“Mungkin bangsa manusia hari ini yang telah hilang kepercayaan kepada Tuhan, adalah kerana kita terluput satu perkara dan patut kita ingatkan kembali hal tersebut. Kalau setiap tahun kita cuba mengingati diri kita, diri ibu bapa, kerabat, dan kekasih kita, malah para agamawan pun akan mengingat nabi-nabi mereka, namum malangnya agamawan itu tak terdongak ke langit - mereka engkar untuk mengingat tuhan. Mungkin kerna tuhan itu wujudnya tak berawal, lalu kalau tuhan itu punya tarikh maujud, patutnya agamawan kita akan mengadakan “Happy Birthdat God” - badutagama.blogspot.com

Halalan Tayyiba

May 11, 2008

“Ini yang halal diguna” sambil tangan En Zaid menunjukkan produknya yang telah mendapat halal. Sebuah Tiang lampu!

 

Genius

May 4, 2008

Memang orang yang lebih pandai bisa membodohi orang yang kurang pandai - dalam sesuatu hal - malah orang yang mengerti akan mudah menipu manusia dungu.

Cukuplah bagi seorang manusia, kalau dia punya satu kepandaian banding manusia lainnya, maka segal apa yang dia tuturkan seolah-olah ma’sum dan sedarjat Al Kitab. Maka manusia yang lainnya hanya menurut dan membontotinya sambil mendengus: “dia manusia alim, bestari, cendiaka, dan yang paling penting dia lebih mengerti banding kita semua”.

Tetapi yang manusia lungu itu tak terjangkau pikir nya ialah manusia “bijak” itu pun adalah seorang manusia. Dan manusia itu adalah seorang yang pasti berbuat silap. Lalu mungkin-mungkin “fatwa” nya adalah satu kesilapan semasa mereka mengekorinya.

Begitulah tabiat manusia. Sehingga kehilangan seorang budak perempuan beberapa bulan lepas [sebelum PRU 12] sempat dirujuk nasibnya kepada seorang budak lelaki yang kononnya punya pengetahuan paranormal - mistik - yang mampu mengesan jejak kelibat manusia yang ghaib hilang, yang herna dia boleh menyelesaikan perkiraan ilmu kira-kira yang selalunya untuk orang dewasa. Tetapi hingga kini “korban” masih tak kungjung ketemu.

Ini hal yang berkaitan dengan keyakinan [yang bisa menggiring ke sorga atay bakaran neraka], tetapi manusia lungu tak peduli asalkan dia manusia yang dinobat “genius”.

Begitu juga selepas PRU 12, kita baru-baru ini digemparkan dengan aksi seorang anak “genius” yang melacur. [Wah! dia sudah dapat 2 kenikmatan; pertama kenikmatn berseggama, dan kedua dia mendapat wang yang lumayan!]

Lalu seluruh [kalau boleh saya katakan] rakyat muslim / melayu Malaysia merasa keciwa dengan tindakan Safiah ini.

Saya tiada kaitan dengan Safian, dan SAafiah tak mengenali saya. Tapi yang ada adlh dia menganut agama yang saya yakini. Ini sahaja. Justeru dia sudar seagama saya. Persoalan nasionalitas nya bukan agenda utama bagi saya. Tetapi ada beberapa hal yang kita harus sadar;

Pertama bahawa “genius” itu apa? Apakah “genius” itu adalah kepandaian kehadapan bagi seorang insan, seperti seorang anak yang baru lahir 5 bulan bisa terus bercakap? Atau seorang renta yang usianya hampir menjangkau 150 tahun? Ini pasti bukan “genius” yang kita mahukan.

Justeru yang kita pahami dari kata “genius” adalah keadaan seorang manusia yang membikin / merekacipta / berpikiran yang menjaungkau zaman. Seperti “genius” nya nabi yang datng membawa ajaran yang tak lapuk dek ujan, atau seperti Ibn Taimiyyah yang punya fatwa-fatwa yang masih bersesuaian dengan zaman ini.

Tetapi kalau sekadar bisa menyelesaikan masalah pengkamiran dalam usia 9 tahun, itu adalah “pandai matematik”, bukannya genius. Yang boleh kata genius ialah bila dia menemukan formular dalam matematik yang bisa mengubah paradikma ilmu kira dan mengundang kemajuan teknologi dari kira-kiranya / rumusnya. Adi putra dan Safian adalah 2 insan yang Tuhan karuniakan kebolehan untuk bijak matematik. Tetapi Tuhan tidak memberi ilmu-ilmu lain kepada mereka. Tanyakan kepada mereka, apakh mereka bisa melukis seperti Leanado, atau bermain ayat-ayat puisi seperti Subawaih atau mereka bisa menjadi loyar dan doktor pada usia 10 tahun?

Justeru, kita tidak meletakkan sesuatu pada bukan letaknya.

Kedua; Safian dan Adi Putra bukanlah maksum. Dan Islam itu bukan Safian dan Adi Putra. Yang benar adalah mereka penganut Islam. Lalu keduanya bukanlah gambaran mutlak Islam sehingga hari ini METRO di muka hadapannya meletakkan ayat “seolah-olah cerita pelacuran Safiah dan pemenjaraan ayahnya adalah rencana menghancurkan Islam”.

METRO harus mencari pelanggan untuk survival mereka, maka teg line seperti ini adalah menjadi keutamaan. Tetapi sebenarnya apa yang METRO utarakn adalah pikiran rakyat. Sesungguhnya banyak rakyat kita merasa begitu. Tanpa kita sadr bahw pikiran itu adalh pikiran yang menyongsang dari waras.

Saya Islam, tetapi Islam bukan saya. Kalau disebut Islam, yang kita terbayang adalah ajaran-ajarannya, Tuhan, Rasul, al quran, solat dan banyak lagi. Malah sat saya mengungkapkan Islam, sy tak terbayangpun diri saya dalam minda ini. Tetapi kalau dikatakn Penganut Islam itu, terus saya membayangkan diri sendiri.

Nah, kalau begitu, Islam itu bukannya Safiah. Lalu sudah menjadi lumrah bahaw bagi tiap-tiap keyakina itu harus punya kesesatan dan perbuatan engkar dari pengikutnya. Ini kerana manusia itu tadi tidak ma’sum. Ketika pengikut agama melakukan kejahatan, apakah kita melabel “inilah ajaran agama yang dianut si polan”? Pasti kita tak harus berkata begitu.

Oleh kerana itu, saudara janganlah kuatir kalau ada orang berkata bahawa “Islam tercemar hanya kerna perbuatan Safiah dan ini adalah sebuah konspirasi Barat”, kerana orang yang berfikir begitu adalah yang yang bahalul; tidak punya minda kelas pertama.

Kalau kita menggunakan dacing “kesalahan penganut” sebagai ukuran kebenaran, maka sudah pasti dengan senang setiap penganut bagi masing-masing agama saling menghinakan agama lain [saya bukan pejuang plurisme]. Ini belum lagi cerita Paderi Katolik yang merogol dan meliwat. Maka kalau Barat menggunakan isu Safiah, kita juga boleh menggunakn isu Paderi Katolik. Tetapi saya yakin, Barat bukanlah bodoh hingga mengeksploitasi Safian untuk menghinakan Islam. Kalau benar, Barat adalam bangsa yang lebih bodoh dari orang yang percaya kepada tilikan Adi.

Yang harus kita sikapi, menolong Safiah untuk menjadi manusia baik kembali. Dan menolong Adi Putra untuk meninggalkan amal supernaturalnya. Malah kita harus menolong setiap insan di muka bumi ini untuk kembali kepada kebenaran, membimbing yang kesilapan, memjinjing yang keletihan dan mendoakan kepada seluruh manusia agar beroleh cahaya. Bukan mereka berdua sahaj, tetapi semua, tanpa batas ras, agama, budaya, bahasa, nasionalitas dan usia.

Laskar Pelangi

April 12, 2008

Hari ini bertemu Andrea Hirata di PWTC - dalam bicara bukunya - Tetrologi Laskar Pelangi. Dia bikin saya tersenyum.

Perang nya saya ke AU1 Keramat, ketemu aliran Salafi Jalur keras, yang mereka ini berguru dengan seorang pembohong. Hingga Rasul mengatakan “setan” kepada lelaki ini.

Ini pertama sekali saya mendengar kalimat berat dan keras terpasul dari mulut guru saya.

Dan nyata bahwa mereka ini memang keras. Sesuai dengan kerasnya makna “setan”

Fitna : Analisis

April 7, 2008

Cerita ini bukanlah terbaru.

Sebelum ini ada cerita yang sama dari Tanah yang rendah itu. Beberapa keping gambar Muhammad saw dilakarkan dengan butir bom berserta pedang.

Malah banyak hal-hal yang sama berlaku tiap-tiap kurun sebelum ini lagi. Tapi yang paling gencar adalah zaman sekarang.

Siapakah yang menyukai Muhammad? Ini yang harus kita ketahui. Bahwa yang menyukainya hanyalah manusia yang bersyahadah, iaitu kita-kita saja, sedang manusia yang ingkar kepada ajarannya mengambil sikap berseberangan, yang ditompokkan kepada 3 jenis;

1) membencinya dan menghinakannya

2) membenci sahaja

3) tidak menyukainya dan tidak membencinya.

Sikap ini lahir dari satu kepahaman bahawa agama itu saling hujat menghujati, hancur menghancurkan, habis menghabisi, bunuh membunuh. Ini sejarah agama sepertimana jodol buku Karen Amstrong : Sejarah Tuhan. Inilah apa yang tiap-tiap Tuhan mahukan.

Tuhannya Latta tak akan redha kepada penganutnya andai ada manusia yang masih tak mahu menyembahnya. Begitu juga Brahma, Krishna, Arjuna, yang menentang Ravana Dewa Kegelapan. Kerana mereka sadar, bahawa dalam alam ini, tidak boleh maujud 2 Tuhan yang saling berkuasa. Paling tidak kalau ada 2 tuhan, 1 harus berada di atas 1 lagi sehingga alam ini hanyalah ditadbir Tuhan segala Tuhan.

Andai ada 2 tuhan yang berkuasa, bagaimana alam ini akan lancar? Tuhan pertama mahukan matahari beradu sedang tuhan kedua tetap mahukan matahari menyinar. Lalu apa akan jadi kepada matahari? Kerana Itulah, Maharaja Dewa menguasai kerajaan Langit dalam paham “berbilang dewa” bangsa Cina. Begitu juga Brahma adalah yang menjadi kepala Tuhan dalam ajaran Hindu. Dan begitu juga Allah adalah bapaknya Tuhan Isa dimana Tuhan Bapak lebih berkuasa ketimbang Tuhan Anak.

Justeru, ketika Muhammad muncul dari balik gunung kontang dan tanah datar yang berpasir, tersentah lah segala Tuhan kerana telah datang kepada manusia sebuah agama yang menyeru kepada menuhankan Tuhan yang Satu - Allah dan memberi pengibadahan hanya kepada Tuhan itu semata-mata. Yang sebenarnya Muhammad hanyalah membawa ajaran silam yang luput dari ingatan manusia.

Kerana mahu menggiring manusia kepada Tuhan yang satu itu, harus dihabiskan tuhan-tuhan yang lain; diruntuhkan pahamnya Berhala, Dikembus-matikan apinya Majusi, dipatahkan tiangnga Kayu Salib, di bongkarnya ajaran Yahudi dan Uzair Anak Tuhan. Lalu seluruh agama yang ada masa itu terancam dan ketakutan sehingga mereka melancarkan peperangan agar agama Tuhan yang Satu ini sirna dari jagat raya. Tetapi makar itu tak terjadi malah Islam menyebar luas hingga kini ia masih survival.

Penentangan ini akan terus berlanjutan hinggalah alam dibungkus tuhan. Maka kerana itulah kita janganlah terkejut bila melihat manusia lain menghinakan ajaran Muhammad dan agama yang dia bawa. Kerana sudah 1000 tahun agama ini dan pembawanya dicerca dan dihina.

Kemudiannya kita harus mempersoalkan sebuah tanya “mengapa mereka mempersoalkan Islam?”. Kerana kita amat yakin sebuah tindak itu dimotori oleh sebuah rasa dan kepahaman yang mendasar dalam jiwa. Apakah mereka membikin filem pendek ber-durasi sekitar 10 minit ini kerana memang mereka membenci manusia Muslim? Atau kerana kejahilan mereka - mereka tak mengetahui ajaran Islam itu lalu bertindak samberono atas pencerapan mereka kepada perlakuan umat kita sendiri?

Sesungguhnya ketidaktahuan itulah yang selalu menakut-nakutkan kita. Ibarat kita berada di dalam bilik gelap, pasti kita akan terbayang macam-macam yang akhirnya bayangan kita itu membuat kita gerun, takut dan gugup. Kita menuju ke dinding dan memaku diri di sana dengan harapan tak akan ada apa-apa berlaku. Padahal kalau keadan terang, kita tanpa ragu dan gentar akan berlari-lari di dalam bilik tadi. Tetapi kerana ketidak tahuan kita, menyebabkan kita ketakutan.

Begitulah juga dengan mereka, takut kerana tidak tahu. Yang mereka tahu adalah umat ini selalu memberontak dan membunuh orang kapir. Ini mereka dengan dan mereka lihat, malah ada yg sempat merasa.

Kita tak dapat meluruskan paham mereka dengan sepele. Kerana memang ada dari umat ini yang bersikap begitu; suka membunuh orang tak keruan, yang diatas nama jihad. Padahal Islam tak membenarkan aksi begitu. Jihad ada aturannya, paling puncak ialah jihad dilakukan oleh Ketua Negara, atas fatwa ulama.

Tetapi malangnya, ada sekelompok dari para islamis ini yang begitu antusai untuk memperjuangkan islam telah melakukan onar dengan samberono menyerang dan membunuh orang kafir, malah mereka juga membunuh umat islam sendiri. Mereka ini tak menyesali malah berbangga dengan pengeboman berani mati, laskat jihad, pembunuhan suci dan Gerakan islamisasi ini.

Maka kesempatan ini telah digunapakai oleh para musuh Islam untuk melakarkan coretan bahawa Islam adalah agama Belati, yang sekarang makin canggeh: guna bom bunuh diri. Dan kesempatan yang l;uas dirobek oleh para “Mujadhiddin palsu” ini dimanipulasikan lagi oleh rencana-rencana gegaran bom dan pelanggaran pesawat oleh musuh Islam. Peristiwa 9-11 dan WTC Tower adalah bikinan drama Bush yang sukses untuk menconteng arang di wajah Islam. Tapi kita masih tak mau mengambil peduli akan puncanya. Malah kita masih terus mendendami orang kapir terutamanya USA.

Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama - satu keadaan umat Islam tercalar, tetapi di sebelah lain, umat bukan islam mula mengetahu wujud agama Islam, malah yang telah tahu kewujudannya, mereka mula mengkaji akan kebenarannya. Hasilnya semakin ramai umat manusia memelok islam atas pengkajian ilmu, bukan atas pengamatan kepada pengamalan umat islam. Ini yang saya sebutkan sebagai “Amargadon”, letupan informasi yang membawa arus ilmu islam.

Begitu juga dengan Filem Fitna; akan bangkin radang umat islam yang memang tak menggambarkan islam yang tulen, tetapi kemarahan merka ini akan membuka minda umat lain untuk terus mengkaji islam. Tetapi saya secara terang tak bersetuju perlakuan memboikot kerana boikot adalah cara yang tidak islamis, ia sepanjang sejarah agama ini, dimulai oleh kaun Qyurais untuk mengkebulurkan umat islam, tetapi Islam tak memperlakukan agama lain sedemikina rupa.

Malah usaha boikot juga adalah satu hipotisis umat kufar yang berjaya; bahawa Islam adalah agama yang rak rasional dan kejam, sehingga mereka memboikot barangan yang tak berkaitan dengan diri pembikin filem itu. Malah boikot itu sendiri merupakan langkah biadap sehingga terbukti bahawa islam adalah agam biadap. Lalu sekali lagi kaum kapir berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kita tidak berguna.

Apapun kita harus berterima kasih kepada Mujahiddin ini, terutama Osama Bin Ladin, dan partai-parti hizbi yang sebenranya mereka adalah punca. Malah diri kita juga adalah punyanya - tak menggambarkan islam. Dan kita harus berusaha lebih keras untuk menyalurkan informasi yang betul dan tulen kepada seluruh dunia.

Ini adalah fintah - ujian - kepada kita.

Fitna 01

April 4, 2008

Kalau kau ada sebaldi air liur, apa yang kau akan buat pada Geert Wilder sutradara filem Fitna?

“Aku akan meludahnya sampai dia pengsan”

Kau tau apa yang nabi buat bila penduduk Thaif melukainya dengan batu? Ketika Gibreal datang bersiap-siaga mau menunaikan apa saja permintaan baginda - seperti menimpakan gunung kepada penduduk durjana itu - maka nabi hanya bilang:

“Mereka manusia yang tak mengerti. Moga mereka akan mendapat hidayah”

Kaedah Menuju Jalan Kebenaran

March 26, 2008

Benar itu apa?

Kalau ahli sufi mengatakan bahawa yang benar itu adalah ilham - berupa pemahaman yang deras dan pantas yang sampai di kalbu oleh Tuhan tanpa dipikir dahulu dan diolah oleh diri kita.

Bagi ahli atsar, yang benar itu adalah yang tertera pada tekstual dan yang tercatit pada lembar historis.

Kalau kata para logis, bahawa yang benar itu adalah berupa pemahaman yang tak menyimpang dari nalar bila pemahaman itu dibariskan diatas logika.

Mungkin para mistikus, yang benar itu adalah bila sesuatu yang ajaib berlaku atau punya kekuasaan misteri yang tinggi. Mungkin terbang dilangit, atau mampu menyembuhkan penyakit.

Tapi antara sekian banyak benar itu, rupanya saling bertolak belakang; antara logis akan berperang dengan mistikus. Benarnya seorang sufi adalah batlnya seorang atsari.

Justeru perang ini sudah lama berpanjangan. Ratusan tahun tak selesai, masih berantakan. Hampir 1000 tahun lebih ujung-ujung permuafakatan tak bertemu lagi. Sehinggakan banyak dari umat kita ini lelah dan lemah. Yang akhirnya ada sebahagian dari mereka terus tak mempercayai agama ini, ada yang tidak mau ambil peduli dan menjadi orang yang tak mengerti apa-apa dan jatuh ke kubangan nafsu.

Ada yang terus bersikukuh dengan paham mereka sehingga menjadi ekstrimis; yang selain dari mereka adalah ahli neraka. Dan ada yang terlalu luwes dan toleran sehingga semua agama itu adalah benar.

Sehingga titik ini, kita harus punya satu sikap yang tegas; mau meremehkan, atau mau memperketatkan atau mau adil dan saksama antara kedua sikap keterlaluan itu?

Akhirnya saya menggariskan 3 kaedah yang boleh digunapakai bagi mengukur kebenaran dalam pemahaman.

1)

Pemahaman kita itu harus bersumberkan hujjah yang akurat. Kalau dalam arti religus, maka ia bersumberkan dari 2 sumur iaitu al kitab dan al hadith yang sahih. Maknanya ialah setiap alasan kita untuk menetapkan sesuatu harus ada dalilnya. “ini dalilnya…” bagi keyakinan kita.

2)

Setelah diberangi dengan 2 sumber tadi, kita harus buktikan bahwa paham kita itu telah dianut oleh para pendahulu kita, sedari pendiri mazhab 4, para imam hadith, para sahabat. Andai paham itu baru muncul dan mereka tak sempat menganutnya, maka beratri paham kita itu adalah sesuatu yang tidak benar.

3)

Kita akhirnya harus membuktikan bahawa tuduhan yang dikenakan kepada kita oleh sang penuduh adalah berupa tuduhan palsu yang tak dibina diatas dasar ilmu. Dan buktikan juga bahawapaham-paham lain yang berseberangan dengan kita tidak berpijak pada hujjah yang benar.

akhirnya setelah selesai kita menjalankan 3 kaedah tadi, maka kita akan berhasil melihat kebenaran. apakah benar itu dipihak kita atau dipihal lain. Kalau dipihak lain, maka kita harus menurutinya tanpa rasa sesal dan gundah serta tanpa rasa payah.

Piagam Pertama

March 21, 2008

 ”Yang bikin perlembagaan pertama bukan Muhammad Bin Abdullah. Lihat kod Hamurrabbi, walau ia tak adil tapi ia antara yang awal. Yang peliknya mengapa para kyiai tak mengerti?

- Daus [diskusi ringkas di kali lima Sri Gombak] -

Cerita Bab I & Bab II

March 16, 2008

Bab I

Abd. Karim lahir di Malaysia. Dekat dengan Ipoh. Kalau Pak Mentri Hamid Othman, ulama’nya Kerajaan mengatakan negara ini negara Islam, kalau menurut Ustaz Nik Aziz yang mengikut paham Ikhwan Muslimun, negeri ini negeri kapir. Tapi Karim tak kisah kerana dia percaya bahawa Malaysia adalah negara Islam mengikut kreteria yang telah digariskan oleh para Ulama Hanafi, malah Imam Syafie’ sendiri dan para ulama Hanabilah juga. Dia berani kata begitu kerana dia ada sempat mendengar kawannya Razak memberitahu; khabarnya Razak lalu dihadapan kelas pengajian kaum Salaf dengan berjalan terhenjut-henjut - kakinya sebelah tempang katok dengan kayu oleh anak nakal. Dan saat itu ustaz itu membicarakan tentang definasi negara Islam mengikut pandangan para ulama silam. Lalu tertarik dengan perbicaraan itu, Abd. Razak berhenti dan memasang telinganya. Ini cerita Abd. Razak. Dan ini jugalah yang Abd. Karim beriman. Abd. Karim beriman dengan al quran dan hadith. Kalau selain itu, bilang Abd. Karim, dia bisa tolak kerana semuanya main akal-akalan.

Abd. Karim tidak tahu baca tulis. Dia tak masuk sekolah kebangsaan macam anak-anak orang lain, dan dia tak ada duit nak masuk sekolah antarabangsa macam anak raja dan anak menteri. Dia lahir dalam keluarga miskin. Keluarganya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia tingal di gobok kecil yang tak ada paip air dari Syabas, dan letrik dari TNB. Apatah lagi telepon dari TM.

Kemudian Karim membesar dengan adik-beradiknya di sebuah perkampungan yang aman, jauh di pinggil belukar, kaki bukit. Dia anak terakhir dari 5 adik-beradik. Ayahnya tegas dan ibunya penyayang. Yang menarinya, Karim akan membontoti kakak dan abangnya dan mereka berjalan sebaris kala mereka bersiar-siar bersama ibu bapanya.

Masa dia anak-anak, dia ada terdengar kaum kerabatnya dan jiran tetangganya mengumpat orang Melayu. Kata mereka orang Melayu ini tak ada akhlaq. Mereka ini kaum biadap; suka memukul, menendang dan mencaci maki kaum kerabatnya. Jadi ketida dia sudah pandai berdikari, kerabatnya memesan “Kau Karim, hidup ini penuh pancaroba. Kau kena tabah dan berusaha semaju mungkin. Dan hati-hati dengan orang Melayu, terutamanya anak-anak mereka dan orang tua-tua yang pakai sorban ketayap - mereka jahat”.

Karim tidak tahu kebenaran ucapan nasihat kerabatnya. Yang dia tahu pesan itu harus digigit dengan gigi geraham. Macam pesan nabilah kepada sahabatnya “Gigitlah sunnah ku dan sunnah sahabtku yang mendapat petunjuk dengan gigi geraham kalian”. Justeru dia coba sebaik mungkin untuk memenuhkan janjinya kepada ayah ibu dan dia menjauh dari kampung Melayu.

Tetapi takdir Tuhan tetap berlaku; dia akhirnya tersesat jalan dan termasuk kampung Melayu. Apabila dia menyedari dia telah tersilap langkah, maka Karim coba untuk meredah belukar secara senyap-senyap. Dia merendahkan badan, berjalan secara perlahan, dengusan nafasnya cuba dikurangkan. Dia takut kalau-kalau kelibatnya diketahuan oleh anak-anak Orang Melayu dan Pak Aji dan Kyiayi.

Hujung belukar sana, sayup-sayup kedengaran orang memberi kuliah. Dihampirinya langgar itu dan dia berhenti sejenak, mau dengar apa omongan pak kiyayi orang Melayu. Nak, waktu itu pak Kiyayi baca bab taharah dan najis. Akhir cerita pasal zakar dan faraj, pak Kyiayi mula membebel panjang dan sesekali dia mengumpat kaum Karim. Malah lebih malang lagi Pak Kiayi mencemuh mereka seperti mereka tiada maruah langsung. Apakah kerana mereka duduk di kaki bukit dan pedalaman, tak pandai tenok TV dan dengar radio, malah tak tahu guna cerek letrik sehingga Pak Kiyayi bisa berlaku sebegitu? Kan dia orang alim, yang pergi haji dan tawaf di ka’bah, menekuni kubur baginda dan mencium batu hitam?

Namum penyorokannya itu akhirnya terbongkar, dia disadari oleh seorang anak macal [banjar: nakal] yang sedang buang air dipangkal pohon rambutan, lalu dia disergah. Oleh kerana ketakutan yang amat dasyat [jantungnya berdegup kencang - alhamdulillah Karim bebas dari serangan jantung] dia berlari ke seluruh kampung bagai kumbang putus tali. Lalu ketika dia membuat tawaf dikampung itu, anak-anak macal lain ikut serta mengepungnya, malah ada yang menghunus parang. Ketika itulah dia mengerti akan kebenaran pesan kerabatnya.

Entah kenapa orang Melayu bagai dirasuk setan saat itu. Marah bagai nak gila. tapi ada sedikit ketakutan yang menyelimuti jiwa mereka, seolah-olah orang Melayu takut untuk memegang tangannya, apatahlagi mau bersalam dengannya. Dia bukan Kaum Dali di Negeri India, yang dipulau dan dihinakan dan dinafikan sebagai manusia. Tidak! Dali dan kaumnya berbeza!

Mereka memukul batang tubuh Karim sambil menyumpah seranah keatasnya. Sekali dipukul, 10 seranah ditujah. Dipukulnya Karim di kepala, di kaki, di tangan; semua batang tubuh itu habis dibelasah dengan kayu.

Ketika jantungnya masih berdetak lagu, dan kakinya kencang berlari itu, yang matanya melilau memandang kalau-kalau ada lobang di benteng batang tubuh manusia Melayu, dia sempat mendongak ke langit dan memohon doa munajat: “Wahai Allah azza wa jallah, selamatkan lah aku dari Manusia Melayu yang tak mengerti apa-apa ini dan berikanlah mereka ilmu yang lurus”.

Usai saja berdoa, dengan tak sempat mengangkat tangan ketika itu, yang dia juga dengar pesan Abd. Razak: “Nabi tak mengangkat tangan dalam banyak doanya, dan adalah haram mengangkat tangan ketika selepas solat fardu, ketika khutbah Jumaat”. Maka setelah itu dia terus menerjah ke aras celah tadi, menyondol dengan kepalanya dan melibas-libaskan badnnya - sepenuh hati dan raga. Dia, saat itu, taruhkan segala imannya kepada Allah.

Mungkin kerna dia tulus dan tidak berbuat bid’ah hasanah seperti Orang Melayu, dia lolos dari kepungan orang Melayu, tapi dia menerima beberapa calar akibat hentaman kayu serta buluh, juga beberapa kelar luka terkena tusukan buluh dan parang panjang. Dengan darah yang menitis gugur kebumi, dia sabar menerima kekejaman sebegitu. Dia mengerti bagaimana Rasul dihunjam dengan batu ketika di Thaif, namun sang Nabi tak pernah untuk meminta azab dari Tuhan. Dia juga begitu, mau contohkan nabinya. Persis, tak tambah, tak kurang. Dia menuju ke kampung dengan perlahan, dengan darah meleleh perlahan, dengan segala pengalaman yang menyeksakan.

Bab II

Dia selepas memohon doa kepada Allah pada subuh itu, termenung sebentar. Apa yang buat orang Melayu begitu benci kepadanya dan bangsanya? Apakah kerana mereka dahulu penghuni belantara? Arh… manusia Melayu juga dulu diam di hutan. Atau mungkin orang Melayu fikir dia dari Burma? Padahal ada kata bijak-pandai tentang difusi bangsa Melayu itu yang asalnya dari dataran Yunan. Mungkin kerana dia berkulit gelap dan berbadan gempal - kakinya pendek, tangannya pendek, hidungnya kemek dan dia tak segak? Kalau begitu, apakah orang Melayu itu terlalu kacak hingga bisa dia merendahkan bagsa lain, sedangkan semua ini dijadikan mengikut kadar oleh Tuhan.

Masih terdengar sayup-sayup dicuping telinganya hinaan orang Melayu: “Kau bangsa hina. Nyah kau dari kampung kami” kata seorang yang masa itu menusuk buluh runcing ke lengannya”. Kemudian dia dilempari kata keji dari seorang pak Aji: “Chiss, berani kau masuk kampung kami, bangsat, babi”.

Sabar. Sabar Karim. Dia memujuk hatinya.

Kalaulah orang Melayu itu ditakdirkan lahir menjadi bagsat, pasti mereka akan mengerti bahawa bagsat itu lebih mulia diri Melayu. Kalau lah Allah lahirkan pak Aji itu dalam jasad seekor babi, pasti pak aji itu akan menyesali ulahnya tadi.

Tapi orang Melayu itu mudah lupa seperti kata Tun Mahathir. Mereka lupa bahawa Allah telah jadikan mereka dalam bentuk yang paling baik, kemudian dibekali dengan aqal kan diutu sang Rasul untuk membimbing mereka, Tapi mereka sering lupa akan ajaran rasul. Mereka bukan saja lupa pada hal itu, tetapi mereka lupa bahawa takdir tuhanlah yang menjadikan mereka bangsa Melayu, bukan seekor anjing atau babi. Tuhan boleh jadikan Pak Aji itu seekor babi, atau jadikan orang yang menusuknya itu seekor anjing. Tapi Allah beri mereka peluang untuk menjadi mansia, namum mereka kadang-kadang suka menjadi seorang Babi dan seorang Anjing.

Tetapi kerna mereka memang bangsa yang suka membanggagakan diri dan memang manusia yang suka lupa dn membuat lupa, maka mereka dengan semberono menajiskan anjing dan babi. Padahal Allah dan Rasul tidak pernah menajikan kedua makhluk itu.

Karim mau minta kepada orang Melayu, apakah hujjah yang mereka pakai sehingga mereka boleh menghinakan dia dan kaum kerabatnya?

Apakah orang Melayu itu sadar bahawa anjing dan babi itu adalah ciptaan Allah, sepertimana mereka juga? Apakah mereka tidak ada belas kasihan dan kasih sayang kepada sesama makhluk?

Entah, Abd. Karim tak tahu. Karim tidak paham dengan bangsa Melayu ini. Macam orang Pas kata ketika ahli mereka Jadi UMNO; “Dia lebih UMNO dari orang UMNO”. Justeru orang Melayu ini juga Islamnya lebih Islam dari Islam sebenar.

Karim berdoa agar Abd. Razak, yang selalu menyalak itu juga tak akan dikejar oleh budak-budak Melayu. Dia kesihankan kaki Razak yang patah bulan lepas, minta Razak tak diapa-apakn lagi. Juga dia berharap agar kaum kerabatnya yang berekor pintal pendek tak lagi hina oleh orang Melayu. Kalau tidak, dia ada terfikir mau bikin demontrasi jalanan dan tubuh “Persatuan Babi-Babi Se-Malaysia” - mau tuntut keadilan dan kesamaratn sebagai makhluk dimuka bumi ini.

Hukum Babi: Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir