Satu dari di Maha 08 saya bertanya kepada Ustaz Abdullah, pemilik syarikat Al Auliya Ubudiyah (M), yang banyak keluarkan produk zakar sihat tegang dan faraj mantap kemut. Mengenai gambar-gambar yang dia gantungkan – berupa lakaran gambar orang. Yang kalau dikantor selalunya gambar Bapak Perdana Menteri atau Gusti Pengeran – tetapi di kedai ustaz ini [dan kedai-kedai lain di Pineng dan Kedah] menggantungkan gambar Nendanya Sultan Kedah sekarang ini, berserta para lelaki yang bersorban.
Kata sang Ustaz ini “ini para wali. Kalau digantung kan gambarnya, mendapat berkat, murah rezeki”.
Lalu kalau begitulah keadannya, lebih baik saya mengukir gambar Muhammad saw lalu menggantungkan di kedai saya, pasti kedai saya akan memberi pulangan bermilyar, atau bilyar. Kerna antara Muhammad saw dan para wali Ustaz tadi, pasti para wali itu tidak ma’sum. Justeru kalau yang tidak ma’sum sahaja sudah bisa menggamit barakah, pasti manusia yang menjadi kekasih Tuhan lebih punya barakah.
Sebentar!
Bukankah kita tidak boleh melukiskan wajah Muhammad saw? Benar juga. Hummmm… kalau begitu, baik saya melukis gambar muka Abu Bakr As Siddiq, tiada larangan nash yang mengharamkan, yang ada cuma pandangan para cendiakawan. Alasan saya memilik Abu Bakr adalah pertamanya beliau mentua Muhammad saw, kedua belia antar yang memelok Islam terawal, ketiganya beliau adalah sahabt baik kepada Muhammad, keempatnya dia disinggung oleh Tuhan dalam Al Kitab, kelima dia menjadi Khalifah sesudah Muhammad saw wafat, keenam dia memenggal leher para golongan murtad. Wah banyak lagi jasanya berbanding para wali Ustaz Abdullah.
Tetapi nampaknya niat saya itu tidak dibenarkan oleh Ustaz dan para pondokius [para manusia yang memondok mengaji kitab aqidatunajin]
Ini adalah satu contoh falasi – salah tanggap – terhadap para guru yang mereka agungkan. Sehingga mereka angkat kepada darjat tuhan.
Coba kita fikir secara ilmiyah, walaupun anda seorang yang tidak religus atau tiada basis agama seperti saya, kita bisa memahami bahawa kalaulah gambar Muhammad saw sahaja adalah haram untuk dilukis, lakar, dipanggungkan, mana mungkin manusia yang darjatnya rendah dari beliau bisa dilukis dan dipuja kemudian disandarkan padanya “ini ajaran agama, dapat kebaikan – barakah”.
Begitulah juga dengan Teresa Putri DAP. Dia mungkin bersalah, atau mungkin benar. Itu saya tidak pasti. Tetapi satu hal yang jelas bahawa saya mengenal Masjid Kinrara itu. Dan Saya juga sudah mengetahui sejak tahun dahulu bahawa masyarakat tidak menyenangi masjid itu.
Tuan tuan para pondokius, coba kita lihat sejenak beberapa hukum.
1) Ketiaka seorang yang sedang solat fardu di musalla atau masjid, dia diganggu dengan bacan al quran oleh seorang lelaki. Lalu terbatal, ataupun solatnya teruk terganggu. Siapakh yang bersalah? Apakah si penyolat itu yang salah kerna masuk masjid sedang si pembaca itu membaca? atau sipembaca itu yang bersalah kerana dia harus membaca al kitab dengan suara perlahan?
2) Ketika seorang masbuk yang sedang meneruskan solatnya sedang para jamah dihadapannya termasuk imam dari aliran pondokius meratib meraban sehingga dia terlupa bilangan rakaatnya, siapakah yang bersalah? Setan yang kerjanya menggangu? atau dirinya yang masuk lambat? atau para jamaah yang membaca zikir secara beramai2?
Justeru kalau kita bisa menjawab masalah ini secara tenang tanpa dipengaruhi hasad dengki, maka kita bisa meleraikan tali jemali yang terjerut di batang tengkok Teresa Kok. Bahwa azan itu harus kuat sehingga masyarakat bisa mengetahui bahawa waktu sudah tiba. Sementara itu selain dari azan, adalah haram untuk dikuatkan.
Sadarlah bahawa setiap umat masyarakat itu punya hak. Hak Azan sudah ditunaikan, lalu mengapa digorogoti hal masyarakat umum?
Tapi saya pasti para pondokius akan berang dan tidak mahu berpikir waras. Mereka selalunya telah dihinggapi penyakit FALASI.
Label: ISA, Teresa Kok