Archive for July, 2008

Sebuah Revolusi

July 8, 2008

“Kalimat yang benar berupa sau revolusi besar”

Isu Mahasiswa Lelaki Adalah Krisis Kilang Kicap

July 6, 2008

Bertahun sebelum ini saya menulis tentang Biji soya dan Kicap -  adalah metafora kepada sistem pendidikan kita dan keberadaan mahasiswa. Namun sayang kerana tulisan itu telah ditalkinkan bersama jenazah blog saya yang lama.

Saya gambarkan bahawa manusia yang kerjanya masuk kelas - belajar - hapal - kemudian ambil periksa - adaalah manusia yang sedang diproses dalam sebuah kilang yang begitu besar. Akhirnya setelah habis menjalani proses akhir iaitu mendapat ijazah diploma atau sarjana muda aka Sijil Halal Jakim ataupun sijil kualiti antarabangsa seperti GMP atau HACPP maka sudsah layaklah mereka itu diletakkan di kedai2 atau pun di pasaraya.

Semuanya bergantung pada pasaran; kalau musim itu permintaan kicap soya meningkat maka serata kilang di Malaysia mula mengeluarkan botol kicap soya. Kalau musim itu banyak rakyat kita mahukan kicap tomato maka para kilang besar itu pun mengeluarkan kicap tomato.

Harus kita sadar, kilang adalah kilang. Tak ada kilang yang berubah menjadi gedung ilmu. Justeru kita harus berusaha untuk mengubah kilang kicap kita ini kepada gedung ilmu. Tetapi ini sulit kerana para pembikinnya juga hampir semuanya adalah manusia yang telah terdoktrin dengan ideologi kekicapan.

Tidak kiralah yang membikin itu bergelar doktor, atau profesor, hampir semuanya telah keracunan dengan bau kicap. Maka untuk mengubah kilang itu kepada gedung ilmu amat sukar, lantaran yang pertamanya akan membangkang adalah pekerja kilang ini sendiri yang terdiri dari para doktor dan profesor.

Lalu kita pun menyelidiki punca “cerdik pandai” kita ini membelot kepada ilmu. Maka akhirnya kita ketemu jawabannya iaitu para pembikin ini sedari umur muda hingga meraih sarjana, telah bergelumang dengan satu sistem. Sistem yang mengarahkan kepada satu keupayaan sahaja: ingat dan luah kembali diatas sekeping kertas. Lalu ingtan yang tertuang itulah akan dinilai “hidup” dan “jaya” seorang manusia.

Justeru sanking lamanya para doktor dan profesor bergelumang dengan sistem exam orianted inilah akhirnya membuatkan mereka beriman bahawa pengukur kepandaian seseorang insan adalah dengan “ingat dan luahkan kembali”. Percaya bahawa seorang manusia yang boleh mengingat [punya hapalan baik] dan boleh menjawab soalan yang diberikan seperti yang termaktub dalam silabus berupa manusia yang cerdik dan harus diberikan “kepandaian” kepadanya.

Kemudian manusia yang tidak serasi dengan sistem “exam orianted” ini akan dinilai manusia yang gagal. Maknanya seorang manusia yang tidak punya ingatan yang kuat, atau manusia yang tidak kaku dan lesu seperti bakunya silabus, atau manusia yang sering menjana idea baru dan penuh krativiti, selalunya akan dinilai bodoh dan lembab lantaran mereka ini sering tidak mampu mengingat dan meluahkan kembali pengajaran para guru di kelas pada sekeping kertas yang harus dijawab dengat cepat-cepat dalam jangka masa terhad.

Sebenarnya, manusia yang bisa menumpukan perhatian pada pengajaran kemudian menghapal dan akhirnya memuntahkan kembali adalah manusia yang mempunyai jenis pemikiran penumpu. Manakala manusia yang berlawanan dengan “pemikiran penumpu” adalah manusia dari jenis pemikiran mencapah.

Kerana sistem pendidikan yang dibina oleh masyarakat kita adalah yang memenangkan golongan penumpu dan menumpaskan golongan mencapah, maka golongan mencapah terus tertindas setiap masa dalam alam persekolahan.

Lebih bertambah malang apabila tamat pengajian para kretivities dan idealis ini dicop “Kurang Bijak” pada kad kemajuan mereka oleh sistem pendidikan kita. Kemudian masyarakat memandang mereka sebagai orang yang “gagal”, sehinggalah ibu bapa mereka dan para pelajar yang di katakan bijak tadi pun mencebikkan diri mereka. Padahal mereka adalah orang yang bijak tetapi kebijaksanaan mereka itu tidak diukur dengan barometer yang benar. Akhirnya pelajar yang “gagal” itu pun tercalarlah emosinya dan terganggulah krebiliti dirinya dan menjadilah dia manusia yang punya jati diri rendah serta akhirnya menjadi orang yang tiada semangat juang yang tinggi.

Maka bila dilihat manusia yang punya pemikiran mencapah ini kebanyakannya adalah lelaki berbanding perempuan. Lelaki itu telah dijadikan memiliki pemikiran yang mencapah, salah satu bukti kebesaran Rabb; bahawa lelaki itu dijadikan sebagai ketua, sama ada ketua kumpulan kecil, ketua rumah tangga, ketua organisasi, ketua negeri dn ketua negara. Maka sudah pasti manusia yng dijadikan ketua ini harus punya pemikiran yang mencapah; guna untuk mengatur dan menyelesaikan masalah.

Justeru, kekhuawatiran kita mengenai kualiti lelaki, atau pun jumlah pelajar lelaki yang cemerlang dalam sistem pendidikan kita, bukanlah satu kebimbangan yang mnybabkan kita menunding jari kepada lelaki, tetapi faktor terbesar yang mendorong berlakunya hal demikian adalah kerana sistem pendidikan kita yang tidak memihak kepada mereka.

Memang dirisaukan tentang penurunan kualiti ini, maka seharunya kita bersama-sama membetulkan kesilapan paradigma yang membawa kepada falasi, dan kita haru merobah sistem kita supaya ianya lebih dinamika - sesuai untuk falsafah pendidikan itu sendiri - melahirkan manusia yang berilmu secara holistik.

Harus berubah secara pantas agar sisa yng tertingal ini boleh dijanakan kembali, dan lelaki yang telah kecundang bisa diperbaiki. Jangan sampai nanti kita kehilangan lelaki.