“Burung itu akan bersama dengan yang sejenis dengannya” - Nasr ud Dean Albani
Archive for June, 2008
Burung
June 24, 2008Roslan Aziz & Ego Seorang Agamawan
June 20, 2008Mungkin telah Tuhan berikan wewenang kepada orang yang bersorban dan berjubah sahaja untuk berbicara tentang agama-Nya. Selain dari mereka itu adalah haram dan terlarang. Barang siapa yang berbicara tentang agama tanpa pernah ke Azhar atau ke pondok dan pasantren maka dia dianggap dhalal - sesat.
Logisnya ada, iaitu orang yang bersorban dan jubah ini kan yang belajar agama. Lalu sudah satu kepastian bahawa orang yang belajar agama lah yang mengerti akan hal agama. Ketimbang seorang yang belajar kejuruteraan, sudah pasti dia hanya mengerti akan ruang lingkup kejuruteraan semata dan amatlah cetek ilmunya dalam hal agama. Begitu juga seorang yang belajar agama tiada pengetahuan dalam hal kejuruteraan.
Justeru, biarkan orang yang bersorban dan berjubah itu berbicara semua hal-hal agama, dan ingatan keras kepada orang yang belajar ilmu lain untuk mencampuri ehwal religus. Dan kepada yang tak belajar apa-apa itu, lebih baik diam dan mengekor; kalau disuruh angguh maka angguklah. Kalau disuruh geleng maka gelenglah.
Tetapi dunia hakikat itu bukan seperti itu; ada manusia yang belajar agama tetapi dia tak mengerti apa yang dia pelajari. Dan ada yang belajar kejuruteraan tetapi dia memahami apa yang disampaikan oleh seorang ustaz. Malah ada banyak orang yang belajar ilmu sains dan dalam masa yang sama dia belajar ilmu agama.
Makanya kita harus kembali kepada akar, basis dalam pemahaman iaitu setiap bangsa akan memerlukan agama untuk diisi dalam degupan jantungnya. Lalu seorang Melayu sudap pasti akan punya basis sedikit tentang agamanya. Yang beda antara yang ke London mengaji sains dan yang ke Tanta mengaji Fiqh wa usulihi adalah yang ke Tanta itu lebih banyak mengerti agama.
Oleh kerana pemahaman itulah kita melihat para ustaz kita ini dibawah bayangan malaikat, atau pun persis seperti nabi - ma’sum dan terjaga dari kesalahan tafsiran agama. Padahal seorang nabi terkadang melakukan silap seperti kasus nabi membelakangkan seorang buta dan memberi penghormatan kepada pembesar kaumnya yang masih musyrik. Kerana pada pikiran sang nabi, andai pembesar ini memelok Islam nescaya kaumnya akan menuruti. Tetapi pikiran nabi nyata mendapat teguran dari Tuhan lalu turun ayat daro kolong langit menegur pikiran nabi. Akhirnya nabi memperbetulkan tindakannya. Ini makna ma’sum seorang nabi, iaitu dia terjaga dari segala kesilapan dan kesalahan, andai berlaku maka Tuhan terus memperbetukan dia.
Sebaliknya seorang agamawan itu maqamnya lebih tinggi dari rasul dalam hal berbuat sialp dalam tafsiran agama. Seolah-olah mereka adalah malaikat bersayap yang menjalankan arahan Tuhan. Sedikitpun mereka tak tergelincir kerna mereka telah diprogramkan oleh Tuhan. Maka apa saja yang mereka katakan itu berupa titah sang Gusti Agung Purbawisesa. Manusia sekeliannya harus tunduk patuh tanpa banyak bicara dan tanpa engkar.
Lalu seorang manusia yang entah apakah pengajiannya di Tanta atau paling kurang punya 4 thanawi dari pasantren atau dia tak belajar agama, itu tak dapat dipastikan. Tetapi yang pasti dia adalah manusia yang bergelumang dengan muzik, telah mencabar kewibawaan Manusia-Malaikat ini. Roslan Aziz adalah seorang komposer lagu, yang sudah pasti Islam tidak menyetujui pekerjaannya. Dia tak terkenal sebagai seorang ustaz seperti Ustaz Akil Khair atau seperti Rabbani yang ber-Gospel Islami. Dia tak terkenal dengan islamis, malah pernah masuk mahkamah atas tuntutan cerai dari bekas isterinya yang juga seorang penyanyi.
Tetapi Roslan telah berani memperkatakan sesuatu yang benar: “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”
Ekoran itu Manusia-Malaikat ini pun tersentak lalu berang. Seperti anjing yang menyalak, bukit tak kan runtuh. Maka sudap pasti Roslan akan dicemuh dan dibenci kerna kenyataannya itu. Hari ini Roslan telah mohon maaf secara rasmi di blog beliau. Mungkin kerana memikirkan bahawa Manusia-Malaikat itu punya sayap dan bisa sampai kerumahnya dalam sekejip mata. Maka dia harus cepat-cepat mohon maaf, selagi masih ada masa sebelum mereka muncul di depan katilnya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”.
Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!
Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.
Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka - Manusia-Malaikat - ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka.
Nasihat saya kepada para agamawan kita:
”Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.
Sains Dan Agama
June 12, 2008“Sains itu adalah penemuan. Bukan penciptaan. Sains bukan agama tetapi agamalah yang memberi pengetahuan kepada sains.” - Bangchik
Lendiran Hitam
June 12, 2008Entah bagaimana ia berlaku; apakah dengan sengaja atau tersengaja - manusia seluruh dunia zaman ini meletakkan hidup mereka kepada lendiran hitam yang seperti minyak dagu bikinan sang bomoh siam.
Seluruhnya hidup ini berkaitan dengan lendir itu; dari anak yang belum menerjah keluar dari perut hingga lah yang sudah mati mau diusung dengan keranda; menaruh harap kepada sang lendir. Seolah-olah lendir itulah menjadi tuhan baharu kepada manusia yang morden ini.
Kalau lendir itu memberi rahmat, maka berbahagaialah manusia. Hatinya tenang bagai cermin, hidupnya bahagia, alamnya makmur dan mungkin nanti dia mati dalam senyum. Tapi kalau lendir itu murka maka mulut yang senyum itu sudah hilang diganti kerutan, keringat, kudeta dan korban nyawa.
Kita tanpa sadar, satu ketika dahulu lendir ini tak dipandang, yang zaman dahulu manusia tidak langsung menaruh harap kepadanya, yang dahulu manusia hanya pentingkan segenggam gandum, atau tanah, atau emas.
Tetapi itulah yang terjadi, apabila manusia mula mencipta mesin yang hanya akan “hidup” dengan bakaran lendir dari ‘mayat haiwan gergasi silam’, justeru manusia juga akan “hidup” dengan lendir itu tadi.
Lendir itu masih banyak di bawah tapak kaki kita. Nah di negara ini juga masih berupaya untuk bertahan paling kurang 30 tahun lagi. Tetapi mengapa lendir itu melonjak naik mendadak? Kata setengah orang ia hanyalah spekulasi Barat untuk menstabilkan ekonomi negaranya. Mungkin juga kaum-kaum “Pemecah Batu” - Iluminati sedang merangcang untuk membeli aset dunia dengan banyaknya sehingga mereka memanipulasikan bank-bank dunia dan mendesak agar harga petrol melonjak berganda.
Saya juga tak akan bandingkan harga petrol Malaysia dengan Singapura, kerana perbandingan ini adalah perbandingan orang buta. Saya lebih suka membandingkan harga kita dengan Emeriah Arab Bersatu kerana keduanya adalah pengeluar minyak dan menuju negara maju. Yang menariknya ialah kita adalah juara dalah apa juga berbanding UEA; kita ada menara tertinggi (tapi tak lama sebab Dubai sedang bikin menara tertinggi), Kita ada ladang Kelapa Sawit (Dubai ada Palm Island - gugusan pulau yang membentuk pohon), kita ada getah, ada bahan galian lain, ada pohon jati, sementara Dubai ada pasir kontang (mungkin UEA boleh jual kepada Singapura) dan kita mencatatkan harga petrol termahal antara negara engeluar minyah dunia! Malaysia Memang Boleh!
Walau apapun, kegelapan telah samppai, namun kita tidak harus berteleku mengutuk malam berhari-hari, harusnya menyalakan lilin, biar terang.
Maka kita harus merencana untuk menghilangkan beban derita, paling kurang mengangkat sedikit kesusahan rakyat. Harus wujud satu program menyeluruh yang mengambilkira setiap jiwa ini secara am nya. Dan program itu tak harus dibikin dalam mimpi atau angan-angan semata - harus berjiwa realiti dan praktikal.
Tidak seperti motivator Radio 24, yang bercakap seolah-olah dia budak sekolah menengah membuat karangan SPM;
1) Orang Miskin yang makan lau sehari 1 jenis seperti ikan dan kicap harus pikir untuk kerja lebih keras dan tanam sayur.
2) Orang sederhana yang berkerja harus mencari kerja sambilan.
Apakah patut disuruhnya orang miskin menanam sayur di dalam pasu? Dan disuruhnya untuk kerja lebih keras dan memikirkan apakah caranya untuk meningkatkan pendapatan.
Berapa pasu mau orang miskin miliki untuk cukup makan sayur dalam seminggu? Habis seminggu ulam dikutil, apakah ulam itu akan tumbuh dengan pantas? Dan dimanakah mau orang miskin itu letakkan 30 buah pasu dalam sebuah rumah pangsa 2 bilik milik DBKL?
Apakah doktor itu pikir bahawa orang miskin itui kerja main-main, atau sambil lewa, atau belum mengerjakan segala usahanya? Mungkin yang bermalas-malasan itu hanyalah segelintir, tetapi yang banyak adalah mereka yang berkerja mati-matian untuk mendapatkan nasi sepinggan.
Dan apakah doktor itu tak mengerti bahawa orang miskin ini selalunya kurang pendidikan, lalu disuruhnya “pikir” kaedah yang canggih untuk mengatasi kegawatan. Sedangkan Doktor itu yang bijak juga hanya mampu memikirkan langkah penyelesaian bagi seorang “budak sekolah”.
Lalu ibu saya katakan kepada doktor itu ”Aku meluat dengar dia bercakap. Orang yang tak tahu kenyataan” walaupun doktor iti tidak mendengar, tetapi saya pasti banyak lagi orang akan mengokong kata ibu saya.
“Macak kakak, keluar rumah pagi, balik rumah malam, suaminya pun macam itu juga. Ada anak 4 orang. Macam mana nak cari kerja tambahan? Doktor ini cakap main ikut suka.”
Justeru sudah sampai masanya bagi Malaysia untuk menoleh dan membandingkan dirinya dengan negara-negara arab terutamanya Dubai. Tanpa sumber-sumber yang kita miliki, dengan tanah kontang, Dubai dan negeri-negeri sekutunya berjaya bangun dan menjadi sebuah negara yang kaya.
Cukuplah kalau kita bersedia untuk berkorban kepada orang bawahan kita, dengan cuba untuk memakai baju sukan cap Abibas bukannya Adidas, atau memakai kemeja Poulo bukannya Polo, makan coklat Fidami bukannya Fidani, naik kereta Waja bukannya yang bersiri. Tapi nampaknya untuk potong gaji, ada orang yang menjadi wakil kita berkata “tak rasional”.
Kita harus hentikan projek yang bermega, tumpukan kepada projek kecil untuk meneruskan kitaran ekonomi negara. Bantu kontraktor kelas E dan F. luncurkan aliran tunai peniaga kecil, penjual makanan, penjaja pasar malam, meruncit kecil dan pembikin produk iks.
Lupakan sebentar konglomerat dan taokun-taikun besar, kerna mereka boleh menyeberang dengan “business class” mencari projek luar. Sedangkan orang kecil-kecil tadi nak naik “tambang murah” pun belum mampu setengahnya (tak sempat lah melihat skirt pramugari Air Asia yang senteng dengan paha yang pejal dan mantap. Saya harap kenaikan minyak tidaklah akan meniakkan skirt mereka dengan alasan kain mahal atau strategi menarik pelanggan).
Sesungghnya, rakyat sudah sedia berjimat cermat sekian lama. Maka yang berperanan paling besar saat ini adalah para wakil kita, dan kerajaan.
Harus ingat bahawa rakyat mungkin akan membenarkan kata Tan Sri Sanusi “UMNO akan pupus nanti”. Dan saya yang senantiasa mentaati Perdana Menteri, tak mapu berbuat apa-apa, melainkan coba makan coklat buatan sendiri.