Antara favrot saya ketika memandu, selain dari ilham yang diajarkan oleh Dayat [rahasia], ialah mendengan Radio 24. Satu masa itu [saya terlupa bila dan kemana saya sedang menuju] isunya ialah Minda Kelas Pertama. Dan saya juga tak sempat berkenalan dengan tetamu jemputan, tetapi saya pasti dia bukan tukang sapu DBKL, atau tukang kebun sekolah VI. Rasanya dia seorang tokoh yang layak untuk berbicara tengtang minda manusia caggeh dan bermutu. Tapi malangnya saya tak tahu namanya dan siapa orangnya. Yang pasti dia seorang lelaki melayu.
Dia bilang:
“Kita harus punya minda kelas pertama. seperti kita mencipta satu bisnis yang bukan sahaja boleh berkembang di negara kita tetapi boleh pesat maju hingga ke antarabangsa. kita bukan pekedai kampung. Begitu juga kalau kita mereka-cipta, rekaan kita itu diterima oleh dunia. Inilah minda kelas pertama”.
kalau begitulah, seorang tukang cuci di KLCC atau tukang sapu majlis pembandaran, selama-lamanya akan menjadi manusia yang punya minda kelas ke-3, kerna mereka bukan berbisnis, dan juga kerja mereka tidaklah mereka dan masuk pertandingan pada Hari Harta Intelek Negara anjuran MYiPO atau buak kajian dan ciptaan dengan geran Universiti.
Selamanya seorang suriumah tidak akan menjadi manusia yang bestari, kalau ikutkan acuan sang tokoh tadi.
Kalau begitu ketat cakupan minda kelas pertama sang diwawancara, apakah adil kita berkata begitu? Justeru yang adilnya dan yang benarnya ialah minda kelas pertama ialah minda yang mampu berfikir secara benar, berwawasan besar, menilai sesuatu dengan setiap sisi, menggunakan kaedah pemikiran yang betul dan paradigma yang sah.
kerana itu, barangsiapa yang menggunakan mindanya mengikut kaedah disebutkan tadi, maka dia telah punya minda kelas pertama.
Label: kaedah berfikir, minda kelas pertama, paradigma, wawasan