Cerita ini bukanlah terbaru.
Sebelum ini ada cerita yang sama dari Tanah yang rendah itu. Beberapa keping gambar Muhammad saw dilakarkan dengan butir bom berserta pedang.
Malah banyak hal-hal yang sama berlaku tiap-tiap kurun sebelum ini lagi. Tapi yang paling gencar adalah zaman sekarang.
Siapakah yang menyukai Muhammad? Ini yang harus kita ketahui. Bahwa yang menyukainya hanyalah manusia yang bersyahadah, iaitu kita-kita saja, sedang manusia yang ingkar kepada ajarannya mengambil sikap berseberangan, yang ditompokkan kepada 3 jenis;
1) membencinya dan menghinakannya
2) membenci sahaja
3) tidak menyukainya dan tidak membencinya.
Sikap ini lahir dari satu kepahaman bahawa agama itu saling hujat menghujati, hancur menghancurkan, habis menghabisi, bunuh membunuh. Ini sejarah agama sepertimana jodol buku Karen Amstrong : Sejarah Tuhan. Inilah apa yang tiap-tiap Tuhan mahukan.
Tuhannya Latta tak akan redha kepada penganutnya andai ada manusia yang masih tak mahu menyembahnya. Begitu juga Brahma, Krishna, Arjuna, yang menentang Ravana Dewa Kegelapan. Kerana mereka sadar, bahawa dalam alam ini, tidak boleh maujud 2 Tuhan yang saling berkuasa. Paling tidak kalau ada 2 tuhan, 1 harus berada di atas 1 lagi sehingga alam ini hanyalah ditadbir Tuhan segala Tuhan.
Andai ada 2 tuhan yang berkuasa, bagaimana alam ini akan lancar? Tuhan pertama mahukan matahari beradu sedang tuhan kedua tetap mahukan matahari menyinar. Lalu apa akan jadi kepada matahari? Kerana Itulah, Maharaja Dewa menguasai kerajaan Langit dalam paham “berbilang dewa” bangsa Cina. Begitu juga Brahma adalah yang menjadi kepala Tuhan dalam ajaran Hindu. Dan begitu juga Allah adalah bapaknya Tuhan Isa dimana Tuhan Bapak lebih berkuasa ketimbang Tuhan Anak.
Justeru, ketika Muhammad muncul dari balik gunung kontang dan tanah datar yang berpasir, tersentah lah segala Tuhan kerana telah datang kepada manusia sebuah agama yang menyeru kepada menuhankan Tuhan yang Satu - Allah dan memberi pengibadahan hanya kepada Tuhan itu semata-mata. Yang sebenarnya Muhammad hanyalah membawa ajaran silam yang luput dari ingatan manusia.
Kerana mahu menggiring manusia kepada Tuhan yang satu itu, harus dihabiskan tuhan-tuhan yang lain; diruntuhkan pahamnya Berhala, Dikembus-matikan apinya Majusi, dipatahkan tiangnga Kayu Salib, di bongkarnya ajaran Yahudi dan Uzair Anak Tuhan. Lalu seluruh agama yang ada masa itu terancam dan ketakutan sehingga mereka melancarkan peperangan agar agama Tuhan yang Satu ini sirna dari jagat raya. Tetapi makar itu tak terjadi malah Islam menyebar luas hingga kini ia masih survival.
Penentangan ini akan terus berlanjutan hinggalah alam dibungkus tuhan. Maka kerana itulah kita janganlah terkejut bila melihat manusia lain menghinakan ajaran Muhammad dan agama yang dia bawa. Kerana sudah 1000 tahun agama ini dan pembawanya dicerca dan dihina.
Kemudiannya kita harus mempersoalkan sebuah tanya “mengapa mereka mempersoalkan Islam?”. Kerana kita amat yakin sebuah tindak itu dimotori oleh sebuah rasa dan kepahaman yang mendasar dalam jiwa. Apakah mereka membikin filem pendek ber-durasi sekitar 10 minit ini kerana memang mereka membenci manusia Muslim? Atau kerana kejahilan mereka - mereka tak mengetahui ajaran Islam itu lalu bertindak samberono atas pencerapan mereka kepada perlakuan umat kita sendiri?
Sesungguhnya ketidaktahuan itulah yang selalu menakut-nakutkan kita. Ibarat kita berada di dalam bilik gelap, pasti kita akan terbayang macam-macam yang akhirnya bayangan kita itu membuat kita gerun, takut dan gugup. Kita menuju ke dinding dan memaku diri di sana dengan harapan tak akan ada apa-apa berlaku. Padahal kalau keadan terang, kita tanpa ragu dan gentar akan berlari-lari di dalam bilik tadi. Tetapi kerana ketidak tahuan kita, menyebabkan kita ketakutan.
Begitulah juga dengan mereka, takut kerana tidak tahu. Yang mereka tahu adalah umat ini selalu memberontak dan membunuh orang kapir. Ini mereka dengan dan mereka lihat, malah ada yg sempat merasa.
Kita tak dapat meluruskan paham mereka dengan sepele. Kerana memang ada dari umat ini yang bersikap begitu; suka membunuh orang tak keruan, yang diatas nama jihad. Padahal Islam tak membenarkan aksi begitu. Jihad ada aturannya, paling puncak ialah jihad dilakukan oleh Ketua Negara, atas fatwa ulama.
Tetapi malangnya, ada sekelompok dari para islamis ini yang begitu antusai untuk memperjuangkan islam telah melakukan onar dengan samberono menyerang dan membunuh orang kafir, malah mereka juga membunuh umat islam sendiri. Mereka ini tak menyesali malah berbangga dengan pengeboman berani mati, laskat jihad, pembunuhan suci dan Gerakan islamisasi ini.
Maka kesempatan ini telah digunapakai oleh para musuh Islam untuk melakarkan coretan bahawa Islam adalah agama Belati, yang sekarang makin canggeh: guna bom bunuh diri. Dan kesempatan yang l;uas dirobek oleh para “Mujadhiddin palsu” ini dimanipulasikan lagi oleh rencana-rencana gegaran bom dan pelanggaran pesawat oleh musuh Islam. Peristiwa 9-11 dan WTC Tower adalah bikinan drama Bush yang sukses untuk menconteng arang di wajah Islam. Tapi kita masih tak mau mengambil peduli akan puncanya. Malah kita masih terus mendendami orang kapir terutamanya USA.
Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama - satu keadaan umat Islam tercalar, tetapi di sebelah lain, umat bukan islam mula mengetahu wujud agama Islam, malah yang telah tahu kewujudannya, mereka mula mengkaji akan kebenarannya. Hasilnya semakin ramai umat manusia memelok islam atas pengkajian ilmu, bukan atas pengamatan kepada pengamalan umat islam. Ini yang saya sebutkan sebagai “Amargadon”, letupan informasi yang membawa arus ilmu islam.
Begitu juga dengan Filem Fitna; akan bangkin radang umat islam yang memang tak menggambarkan islam yang tulen, tetapi kemarahan merka ini akan membuka minda umat lain untuk terus mengkaji islam. Tetapi saya secara terang tak bersetuju perlakuan memboikot kerana boikot adalah cara yang tidak islamis, ia sepanjang sejarah agama ini, dimulai oleh kaun Qyurais untuk mengkebulurkan umat islam, tetapi Islam tak memperlakukan agama lain sedemikina rupa.
Malah usaha boikot juga adalah satu hipotisis umat kufar yang berjaya; bahawa Islam adalah agama yang rak rasional dan kejam, sehingga mereka memboikot barangan yang tak berkaitan dengan diri pembikin filem itu. Malah boikot itu sendiri merupakan langkah biadap sehingga terbukti bahawa islam adalah agam biadap. Lalu sekali lagi kaum kapir berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kita tidak berguna.
Apapun kita harus berterima kasih kepada Mujahiddin ini, terutama Osama Bin Ladin, dan partai-parti hizbi yang sebenranya mereka adalah punca. Malah diri kita juga adalah punyanya - tak menggambarkan islam. Dan kita harus berusaha lebih keras untuk menyalurkan informasi yang betul dan tulen kepada seluruh dunia.
Ini adalah fintah - ujian - kepada kita.
Tags: Karen Amstrong, WTC, 9-11, Filem Fitna, boikot, osama bin laden, mujadiddin, presiden bush
June 20, 2008 at 7:29 am
salam..
Tinjau banyak melihat potential dlm sesuatu yg terjadi.apepun penulisan yang penuh ilmiah ttp kurang kematangan.boleh diperbaiki sebab manusia tak lahir dengan pandai menulis…terima kasih…