Saya menulis analisis ini pada tengah hari Ahad, 9 Mac 2008 tetapi disabotaj oleh komputer hingga kemudianya pada 11 Mac baharulah saya mampu untuk menyambung kembali.
Mungkin ini adalah analisis yang dangkal, dengan menggunakan pikiran yang dangkal juga. Tetapi diharapkan kedangkalannya itu akan digali lagi kemauduannya dan seterusnya akan menjumpai mata air dan ahkirnya berubah menjadi sumur yang menygarkan.
PRU ke 12 adalah satu pilihanraya yang menggemparkan. Sebenarnya adalah sebagai kelahiran semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada politik negara.
Seperti yang dikatakan oleh Yasmin Ahmad ketika dia telah selesai membikin filem2 nya yang diluar kebiasaan orang kita: “saya tak mempunyai sebarang teori semasa membikinnya, tetapi apabila telah selesai mula lah orang mengeluarkan segala macam teori”.
Begitu juga, setelah BN terjelepuk dengan teruk, dan tewas di 5 buah negeri, semua para penganalisis politik dan juga para pemimpin BN mula terperanjat dan bagai tak percaya. Pak Lah dan Najib bersunguh-sungguh untuk menawan Kelantan tetapi begitulah kata orang “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Ketika Dun dan Parlimen yang terciciri itu terlepas satu persatudari hujung alis mata, maka para penganalisa tadi mula berpancak dan menggubah sekian banyak teori bagi meluluskan keciciran itu.
Ada yang mengatakan bahawa puncanya adalah kerna pengundi muda membuat eksperimen, ada yang kata pengaruh media bukan perdana seperti blog yang anti kerajaan, kalau media perdana pula kesalahannya ialah terlalu banyak menonjolkan BN dan menghinakan BA, ada yang mengatakan bahawa Pak Lah mengambil masa yang silap kerna banyak kes-kes yang belum selesai seperti kes Altantuya dan Lingam, dan ada juga yang khabarnya mengatakan Pak Lak tak menjawab fintah-fitnah DSAI.
Tetapi yang nyata dan tersurat adalah kalahnya jemaah menteri serta para tokoh dari Parti MIC, MCA PPP dan Gerakan adalah lambang bahawa penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Malah rakyat yang menolak mereka ini sebenarnya adalah kaum intelek, yang peduli kepada politik dan yang mahu hidup aman tanpa gugatan. Kerna itulah yang menolak itu semuanya dari kota-kota besar yang mendapat taraf ilmu dan akses internet yang meluas seperti Sungai Petani, seluruh Pulau Pinang, Taiping, Ipoh, Shah Alam, seluruh Kuala Lumpur melainkan satu kawasan sahaja.
Sebaliknya Sabah dan Sarawak memang sukar ditembusi kerana antara faktor ialah masyarakat sana masih ketinggalan terhadap maklumat, sedikit mundur ketimbang negeri sebelah sini, dan banyak yang tidak memakai mobil dan transport bermotor.
Mereka adalah masayakarat yang digambarkan oleh orang-orang sini pada ketika 15 tahun silam, dimana orang-orang sini masih memerlukan frasarana pembangunan nan hati-hati mereka diselubungi ketakutan untuk menukar kerajaan. Tetapi Hari ini menyaksikan bahawa orang yang berdiam di Utara dan kota-kota besar telah melangkah maju dengan berani dan mendongak kelangit sambil melepaskan ketakutan ke awan membiru.
Tetapi bagi saya, yang paling menepati adalah seperti mana kata Tun Mahathir bahawa rakyat merasa tidak selesa dan tertekan dalam masa pentadbiran Pak lah sehingga mereka tiada pilihan untuk meluahkan perasan dan pendapat meliankan melakukan “Undi Protes” dengan memangkah pembangkang.
Pembangkang kalau dilihat sebelum ini adalah 2 kelompok yang ultra: PAS adalah ultra Islam Versi Melayu manakal DAP merupakan kelompok yang paham Sekular Versi Cina. Maka orang melayu yang biasa-biasa saja tak mungkin akan memangkah calon DAP. Begitu juga seorang India tau Cina berasa tidak mungkin akan memangkah parti Tok Guru agama Islam. Maka dengan kehadiran PKR yang berfungsi sebagai jambatan penghubung kepada kedua Kaum Ultra ini, maka rakyat melihat ia sebagi satu pakatan yang boleh diterima. Malah ketokohan DSAI itu adalah antar faktor penyumbang keyakinan pengundi untuk melakukan perubahan. Sebelum ini, saya sendiri tak melihak ketokohan Hj Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
Sebenarnya rakyat protes kepada kenaikan harga barang, kenaikan bayaran tol, kenaikan minyak petrol, bimbang kenaikan kadar jenayah, padahal pendapatan rakyat tak seberapa. Sehinggakan ada sesetengah pihak mengatakan bahawa BN adalah agroname kepada Barang Naik.
Yang ironinya, andai para pengundi hantu tiada muncul pada 8 Mac tadi, nescaya Pak Lah lagi tersungkur.
Keputusannya yang tersirat telah jelas, dan yang tersurat iaitu suara proters rakyat juga telah jelas. Malah Pak Lah harus sadar bahawa dia tak berjaya mengawal survival Kerajan Barisan Nasional. Justeru sepatutnya dia mengambil tanggungjawab untuk merevisi dan memperkasakan kembali BN, atau mengambil keputusan untuk meletak jawatan atas rasa tanggungjawab gagal memberi kemenangan kepada BN. Ini sesuatu yang wajar.
Label: analisis PRU 12, anwar ibrahim, BN kalah, kalah, Pak Lah, pembangkang menang, Tun Mathathir