“Semakin tinggil ilmu pengetahuan ditemui maka semakin besar kejahilan manusia”
Archive for March, 2008
Jurang Ilmu Pengetahuan
March 29, 2008Kaedah Menuju Jalan Kebenaran
March 26, 2008Benar itu apa?
Kalau ahli sufi mengatakan bahawa yang benar itu adalah ilham - berupa pemahaman yang deras dan pantas yang sampai di kalbu oleh Tuhan tanpa dipikir dahulu dan diolah oleh diri kita.
Bagi ahli atsar, yang benar itu adalah yang tertera pada tekstual dan yang tercatit pada lembar historis.
Kalau kata para logis, bahawa yang benar itu adalah berupa pemahaman yang tak menyimpang dari nalar bila pemahaman itu dibariskan diatas logika.
Mungkin para mistikus, yang benar itu adalah bila sesuatu yang ajaib berlaku atau punya kekuasaan misteri yang tinggi. Mungkin terbang dilangit, atau mampu menyembuhkan penyakit.
Tapi antara sekian banyak benar itu, rupanya saling bertolak belakang; antara logis akan berperang dengan mistikus. Benarnya seorang sufi adalah batlnya seorang atsari.
Justeru perang ini sudah lama berpanjangan. Ratusan tahun tak selesai, masih berantakan. Hampir 1000 tahun lebih ujung-ujung permuafakatan tak bertemu lagi. Sehinggakan banyak dari umat kita ini lelah dan lemah. Yang akhirnya ada sebahagian dari mereka terus tak mempercayai agama ini, ada yang tidak mau ambil peduli dan menjadi orang yang tak mengerti apa-apa dan jatuh ke kubangan nafsu.
Ada yang terus bersikukuh dengan paham mereka sehingga menjadi ekstrimis; yang selain dari mereka adalah ahli neraka. Dan ada yang terlalu luwes dan toleran sehingga semua agama itu adalah benar.
Sehingga titik ini, kita harus punya satu sikap yang tegas; mau meremehkan, atau mau memperketatkan atau mau adil dan saksama antara kedua sikap keterlaluan itu?
Akhirnya saya menggariskan 3 kaedah yang boleh digunapakai bagi mengukur kebenaran dalam pemahaman.
1)
Pemahaman kita itu harus bersumberkan hujjah yang akurat. Kalau dalam arti religus, maka ia bersumberkan dari 2 sumur iaitu al kitab dan al hadith yang sahih. Maknanya ialah setiap alasan kita untuk menetapkan sesuatu harus ada dalilnya. “ini dalilnya…” bagi keyakinan kita.
2)
Setelah diberangi dengan 2 sumber tadi, kita harus buktikan bahwa paham kita itu telah dianut oleh para pendahulu kita, sedari pendiri mazhab 4, para imam hadith, para sahabat. Andai paham itu baru muncul dan mereka tak sempat menganutnya, maka beratri paham kita itu adalah sesuatu yang tidak benar.
3)
Kita akhirnya harus membuktikan bahawa tuduhan yang dikenakan kepada kita oleh sang penuduh adalah berupa tuduhan palsu yang tak dibina diatas dasar ilmu. Dan buktikan juga bahawapaham-paham lain yang berseberangan dengan kita tidak berpijak pada hujjah yang benar.
akhirnya setelah selesai kita menjalankan 3 kaedah tadi, maka kita akan berhasil melihat kebenaran. apakah benar itu dipihak kita atau dipihal lain. Kalau dipihak lain, maka kita harus menurutinya tanpa rasa sesal dan gundah serta tanpa rasa payah.
Permata Yang Hilang : Punya Gagasan Bestari?
March 24, 2008Azim: Kau tahu aku ke Johor, aku jumpa dia. Aku belajar dengan dia. Dia punya gagasan besar. ide hebat, pemikiran tajam. Dia dapat huraikan kekuatan bangsa melayu dari sehalus-halus isi. Dia juga boleh terangkan rahasia setiap hujuf alquran.
Aku: Siapa gerangan dia yang hebat itu?
Azim: Ibn Yusuf. Pengarang Permata Yang Hilang.
Aku: Oh
Aku dalam hati: Hummm apakah tukang karut “kote” ini yang dia banggakan? Dan apakah cerita kote dan faraj ini adalah cerita gagasan besar? Padahal dalam bukunya -yang anak-anak lelaki gilakan sehingga ada yang khatam sebelum menikah [teringat kepada dayat yang bertekun mengadap buku ini saat belum nikah] - banyak cerita katur marut dan tak berlandasrkan kepada ajaran Islam dan fakta sain yang akurat!
Aku dalam para sedar: Mungkin antara lelaki kote ini dan kemajuan tamaddun bangsa dan keunggulan ilmu islam itu saling berkait, dan dia kelaki kote ini adalah orang yang punya peran besar, kerna tanpa kote, bagaimana manusia mau membiak!
Anugerah Sekolah Cemerlang SPM
March 21, 2008Mungkin sekian orang merasa bahawa dia punya pandangan yang benar; iman yang benar, amal yang benar, cara pikir yang benar dan yang paling penting bahawa apa saj yang berkaitan dengannya dalah kebenaran. Sehinggakan dia kadang-kadang kibir [sombong] untuk membuka hatinya untuk menerima kata-kata dari orang biasa.
Tetapi kita tidak mengetahui, kalau ada yang mengetahui pun, dia tetap tidak mampu membedakan antar haq dan batil - baik dan buruk - tulen dan palsu, dalam berpandangan, malah dalam beragama.
Kerana itulah dalam banyak hal, kita selalu terpelencong kesebuah gagasan yang seakan-akan benar, walhal kalau ditimbang dengan masdar [epistimologi ilmu islam] yang benar, maka kelihatannya ia adalah satu fatamorgana.
Begitulah juga dengan para pendidik malaha ia merambas ke para tokoh dalam pendidikan. Tatkala mereka mengumpuli anak-anak cerdas lalu dikumpulkan kedalam sebuah wadah, dan wadah itu dilengkapi dengan segala fasilitas. Lalu ditempatkan pula tenaga pendidik yang cemerlang agar anak-anak pilihan itu bisa meningkat mutunya dan akhir bisa keluar sebagai manusia yang “grand”.
Bagi anak-ank yang tidak pintar, atau pintas juga tetapi sedikit saja, mak mereka ini duduklah belajar di sekolah biasa-biasa. Sekolah ini tidaklah seperti sekolah khas tadi; muridnya beragam bijaknya - bodoh - pandir - mengerti sedikit - memahami sedikit sedikit dan pandia separa. Kemudiannya sekolah ini juga fasilitasnya taklah semoreden dan secanggeh mana, malah ada yang masih memakai kapur putih dan papan hijau.
Setelah taman waktu belajar, anak-anak ini ada yang pulang naik basikal, ada yang menunggu bas, ada yang berjalan kaki dan ada yang naik spedar. Sampai dirumah ada yang terus terbongkang, ada yang terus merayap dan ada yang harus menolong keluarga mencari uang.
Apakah sama 2 jenis sekolah ini?
Kemudiannya sedari 300 calon SPM di sekolah khas itu yang telah siap siaga dengan segala senjatanya, dan memang mereka itu diambil dari yang cerdik-cerdik saja, dan 300 calon dari sekolah Biasa yang mereka itu punya macam-macam kepayahan dan kekurangan, mereka masuk menduduki satu soalan yang sama seragam.
Kalau dilihat secara umum, itu keadilan.
Kemudian setelah bebulan2 menunggu keputusan pun keluar; dibawah adalah secara anggaran tentang bandingan keputusan 2 jenis sekolah tadi;
Justeru setelah para pemberi anugerah itu melihat dan menghitung-hitung jumlah “A” yang dipungut oleh setiap sekolah, maka mereka merasakan bahawa sekolah Bistari seperti Alam Shah, MCKK, STAR, Tun Fatimah, Tunku Kursiah, MRSM, atau pun yang seangkatan dengannya, harus mendapat gelar “Sekolah Ceprlang SPM” kerna mereka berjaya mengeluarkan banyak pelajar yang sukses peperiksaan.
Tetapi mereka tidak sadar bahawa sekolah tadi itu sebenarnya “gagal” dalam mengekalkan kecemerlangan yang pernah digapai oleh pelajarnya - setiap dari penuntut itu sebelum masuk kesekolah bistari tadi adalah pelajar yang cerdas dan harus mendapat “A” yang penuh, paling kurang pun semuanya harus mendapat 6A - namum yang nyata dari 300 pelajar pintar tadi yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang kurang dari separuh!
Sedangkan sekolah biasa yang bergelut dengan perbagai cabaran dan kekangan setiap hari, akhirnya berjaya menjadikan anak-anak orang bangsat itu seorang manusia, walaupun “manusia baru” itu tidak mendapat 1 A pun, namum mereka itu udah bersiap sedia untuk mengerti makna dunia. Malah sempat juga melhirkan pelajar yang hebat seprti Amalina yang lahir di sebuah sekolah gawat - Ulu Tiram, Johor.
Justeru, sewajarnya “Anugerah Cemerlang SPM” tidak harus diberikan kepad sekolah-sekolah khas, dan harus duberi kepada sekolah biasa. Yang patut ianjurkan untuk sekolah bitri itu ialah seperti anugerah penyapu yang prnah dibikin olh mantan Mentri Besar Selangor, Dr Khir Toyo satu ketika dahulu.
Piagam Pertama
March 21, 2008”Yang bikin perlembagaan pertama bukan Muhammad Bin Abdullah. Lihat kod Hamurrabbi, walau ia tak adil tapi ia antara yang awal. Yang peliknya mengapa para kyiai tak mengerti?
- Daus [diskusi ringkas di kali lima Sri Gombak] -
Kapitalisme Dalam Lonjakan Keuntungan
March 17, 2008Kalau zaman dahulu berniaga itu mudah sahaja. Jual barang dan terima uang. Seperti jual daging lembu dan dapat dirham. Ini runcit. Kemudian juga ada urut-urut dan layan-layan kemudian terima uang. Atau ambil barang dari si Aa kemudian hantar kepada si Ba. Ini perkhidmatan. Tetapi di zaman ini perniagan bukan sekadar bersifat konvensional, tetapi sudah maju dan tak terjangkau oleh kita.
Walau bagaimanapun, kekuatan kemajuan yang banyak memainkan peranan ialah pemasaran atau markerting, yang bisa kita simpulkan dengan istilah “sales” - jualan. Kerana itulah dikatakan bahawa kerak bisnis adalah jual. Sama ada jula barang atau jual khidmat. Yang pentingnya seorang usahawan itu mampu menjual bisnisnya kepada orang yang berduit.
Justeru dalam menjual itu, timbul banyak kaedah dan teori yang semuanya ini adalah hasil perjalanan bisnis yang berlangsung ribuan tahun sejak manusia tahu berjual-beli. Tetapi kelihatannya teori “sales” itu makin jelas dizaman ini, dan yang paling menarik ialah didirikan sekolah-sekolah bisnis unuk membanyakkan manusia menjadi peniaga.
Walaupun begitu, yang mendahului kaum peniaga ini adalah orang-orang Kapitalis dan pemodal Yahudi. Mereka begitu cekap dalam menjalankan perniagaan dan menguruskan kekayaan.
Tanpa kita sadar, bahawa dalam meningkatkan keuntungan produk, manusia membikin sebab untuk itu, seperti untuk melariskan penjualan senapang AK-47 dan mortar, maka para pembikin industri senjata mula merancang peperangan. Lalu tercetuslah perang antara kaum, atau antara bangsa, atau antara negara. Contohnya perang antara Iran dan Iraq, yang menyaksikan terjualnya senjara dari Rusia dan Amerika.
Begitu juga bagi meningkatkan pendapatan ASTRO, maka mereka membikin rancangan Akedemi Fantasia; yang dramatik, cucuran air mata dan ratapan pilu. Tak berhenti setakat itu, mereka menggunakan segala kesempatan yang ada seperti menual baju yang ada muka dan nama atris-atris AF, cawan yang tertempel muka dan nama-nama atris AF.
Tetapi yang kita paling taksadar ialah bahawa kaum pemodal ini telah membikin banyak acara bagi melariskan produk mereka. Maka wujudlah hari khusus untuk segala sambutan, seperti Khusus untuk meluahkan rasa cinta pada pacar dan cowok - velentian, atau hari ayah yang bersusah payah mencari wang, dan ibu yang tekun mengasuh kita dan berjimat cermat dengan wang baapa tadi; lalu kita ambil wang itu dan membeli hadiah.
Mungkin hadiahnya sekotak coklat, atau sehelai baju baru. Tetapi ada juga zaman ini yang menghadiahkan mesin basuh, sofa dan rumah untuk orang yang diraikan.
Maka kalau kita ada memulakan perniagaan, baiklah kita fikir-fikirkan acara apa lagi yang boleh kita buat. Mungkin kita boleh buah Hari Menyiang Ikan atau Hari Sambutan Syeikh Muzapar Melawat Angkasa.
Cerita Bab I & Bab II
March 16, 2008Bab I
Abd. Karim lahir di Malaysia. Dekat dengan Ipoh. Kalau Pak Mentri Hamid Othman, ulama’nya Kerajaan mengatakan negara ini negara Islam, kalau menurut Ustaz Nik Aziz yang mengikut paham Ikhwan Muslimun, negeri ini negeri kapir. Tapi Karim tak kisah kerana dia percaya bahawa Malaysia adalah negara Islam mengikut kreteria yang telah digariskan oleh para Ulama Hanafi, malah Imam Syafie’ sendiri dan para ulama Hanabilah juga. Dia berani kata begitu kerana dia ada sempat mendengar kawannya Razak memberitahu; khabarnya Razak lalu dihadapan kelas pengajian kaum Salaf dengan berjalan terhenjut-henjut - kakinya sebelah tempang katok dengan kayu oleh anak nakal. Dan saat itu ustaz itu membicarakan tentang definasi negara Islam mengikut pandangan para ulama silam. Lalu tertarik dengan perbicaraan itu, Abd. Razak berhenti dan memasang telinganya. Ini cerita Abd. Razak. Dan ini jugalah yang Abd. Karim beriman. Abd. Karim beriman dengan al quran dan hadith. Kalau selain itu, bilang Abd. Karim, dia bisa tolak kerana semuanya main akal-akalan.
Abd. Karim tidak tahu baca tulis. Dia tak masuk sekolah kebangsaan macam anak-anak orang lain, dan dia tak ada duit nak masuk sekolah antarabangsa macam anak raja dan anak menteri. Dia lahir dalam keluarga miskin. Keluarganya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia tingal di gobok kecil yang tak ada paip air dari Syabas, dan letrik dari TNB. Apatah lagi telepon dari TM.
Kemudian Karim membesar dengan adik-beradiknya di sebuah perkampungan yang aman, jauh di pinggil belukar, kaki bukit. Dia anak terakhir dari 5 adik-beradik. Ayahnya tegas dan ibunya penyayang. Yang menarinya, Karim akan membontoti kakak dan abangnya dan mereka berjalan sebaris kala mereka bersiar-siar bersama ibu bapanya.
Masa dia anak-anak, dia ada terdengar kaum kerabatnya dan jiran tetangganya mengumpat orang Melayu. Kata mereka orang Melayu ini tak ada akhlaq. Mereka ini kaum biadap; suka memukul, menendang dan mencaci maki kaum kerabatnya. Jadi ketida dia sudah pandai berdikari, kerabatnya memesan “Kau Karim, hidup ini penuh pancaroba. Kau kena tabah dan berusaha semaju mungkin. Dan hati-hati dengan orang Melayu, terutamanya anak-anak mereka dan orang tua-tua yang pakai sorban ketayap - mereka jahat”.
Karim tidak tahu kebenaran ucapan nasihat kerabatnya. Yang dia tahu pesan itu harus digigit dengan gigi geraham. Macam pesan nabilah kepada sahabatnya “Gigitlah sunnah ku dan sunnah sahabtku yang mendapat petunjuk dengan gigi geraham kalian”. Justeru dia coba sebaik mungkin untuk memenuhkan janjinya kepada ayah ibu dan dia menjauh dari kampung Melayu.
Tetapi takdir Tuhan tetap berlaku; dia akhirnya tersesat jalan dan termasuk kampung Melayu. Apabila dia menyedari dia telah tersilap langkah, maka Karim coba untuk meredah belukar secara senyap-senyap. Dia merendahkan badan, berjalan secara perlahan, dengusan nafasnya cuba dikurangkan. Dia takut kalau-kalau kelibatnya diketahuan oleh anak-anak Orang Melayu dan Pak Aji dan Kyiayi.
Hujung belukar sana, sayup-sayup kedengaran orang memberi kuliah. Dihampirinya langgar itu dan dia berhenti sejenak, mau dengar apa omongan pak kiyayi orang Melayu. Nak, waktu itu pak Kiyayi baca bab taharah dan najis. Akhir cerita pasal zakar dan faraj, pak Kyiayi mula membebel panjang dan sesekali dia mengumpat kaum Karim. Malah lebih malang lagi Pak Kiayi mencemuh mereka seperti mereka tiada maruah langsung. Apakah kerana mereka duduk di kaki bukit dan pedalaman, tak pandai tenok TV dan dengar radio, malah tak tahu guna cerek letrik sehingga Pak Kiyayi bisa berlaku sebegitu? Kan dia orang alim, yang pergi haji dan tawaf di ka’bah, menekuni kubur baginda dan mencium batu hitam?
Namum penyorokannya itu akhirnya terbongkar, dia disadari oleh seorang anak macal [banjar: nakal] yang sedang buang air dipangkal pohon rambutan, lalu dia disergah. Oleh kerana ketakutan yang amat dasyat [jantungnya berdegup kencang - alhamdulillah Karim bebas dari serangan jantung] dia berlari ke seluruh kampung bagai kumbang putus tali. Lalu ketika dia membuat tawaf dikampung itu, anak-anak macal lain ikut serta mengepungnya, malah ada yang menghunus parang. Ketika itulah dia mengerti akan kebenaran pesan kerabatnya.
Entah kenapa orang Melayu bagai dirasuk setan saat itu. Marah bagai nak gila. tapi ada sedikit ketakutan yang menyelimuti jiwa mereka, seolah-olah orang Melayu takut untuk memegang tangannya, apatahlagi mau bersalam dengannya. Dia bukan Kaum Dali di Negeri India, yang dipulau dan dihinakan dan dinafikan sebagai manusia. Tidak! Dali dan kaumnya berbeza!
Mereka memukul batang tubuh Karim sambil menyumpah seranah keatasnya. Sekali dipukul, 10 seranah ditujah. Dipukulnya Karim di kepala, di kaki, di tangan; semua batang tubuh itu habis dibelasah dengan kayu.
Ketika jantungnya masih berdetak lagu, dan kakinya kencang berlari itu, yang matanya melilau memandang kalau-kalau ada lobang di benteng batang tubuh manusia Melayu, dia sempat mendongak ke langit dan memohon doa munajat: “Wahai Allah azza wa jallah, selamatkan lah aku dari Manusia Melayu yang tak mengerti apa-apa ini dan berikanlah mereka ilmu yang lurus”.
Usai saja berdoa, dengan tak sempat mengangkat tangan ketika itu, yang dia juga dengar pesan Abd. Razak: “Nabi tak mengangkat tangan dalam banyak doanya, dan adalah haram mengangkat tangan ketika selepas solat fardu, ketika khutbah Jumaat”. Maka setelah itu dia terus menerjah ke aras celah tadi, menyondol dengan kepalanya dan melibas-libaskan badnnya - sepenuh hati dan raga. Dia, saat itu, taruhkan segala imannya kepada Allah.
Mungkin kerna dia tulus dan tidak berbuat bid’ah hasanah seperti Orang Melayu, dia lolos dari kepungan orang Melayu, tapi dia menerima beberapa calar akibat hentaman kayu serta buluh, juga beberapa kelar luka terkena tusukan buluh dan parang panjang. Dengan darah yang menitis gugur kebumi, dia sabar menerima kekejaman sebegitu. Dia mengerti bagaimana Rasul dihunjam dengan batu ketika di Thaif, namun sang Nabi tak pernah untuk meminta azab dari Tuhan. Dia juga begitu, mau contohkan nabinya. Persis, tak tambah, tak kurang. Dia menuju ke kampung dengan perlahan, dengan darah meleleh perlahan, dengan segala pengalaman yang menyeksakan.
Bab II
Dia selepas memohon doa kepada Allah pada subuh itu, termenung sebentar. Apa yang buat orang Melayu begitu benci kepadanya dan bangsanya? Apakah kerana mereka dahulu penghuni belantara? Arh… manusia Melayu juga dulu diam di hutan. Atau mungkin orang Melayu fikir dia dari Burma? Padahal ada kata bijak-pandai tentang difusi bangsa Melayu itu yang asalnya dari dataran Yunan. Mungkin kerana dia berkulit gelap dan berbadan gempal - kakinya pendek, tangannya pendek, hidungnya kemek dan dia tak segak? Kalau begitu, apakah orang Melayu itu terlalu kacak hingga bisa dia merendahkan bagsa lain, sedangkan semua ini dijadikan mengikut kadar oleh Tuhan.
Masih terdengar sayup-sayup dicuping telinganya hinaan orang Melayu: “Kau bangsa hina. Nyah kau dari kampung kami” kata seorang yang masa itu menusuk buluh runcing ke lengannya”. Kemudian dia dilempari kata keji dari seorang pak Aji: “Chiss, berani kau masuk kampung kami, bangsat, babi”.
Sabar. Sabar Karim. Dia memujuk hatinya.
Kalaulah orang Melayu itu ditakdirkan lahir menjadi bagsat, pasti mereka akan mengerti bahawa bagsat itu lebih mulia diri Melayu. Kalau lah Allah lahirkan pak Aji itu dalam jasad seekor babi, pasti pak aji itu akan menyesali ulahnya tadi.
Tapi orang Melayu itu mudah lupa seperti kata Tun Mahathir. Mereka lupa bahawa Allah telah jadikan mereka dalam bentuk yang paling baik, kemudian dibekali dengan aqal kan diutu sang Rasul untuk membimbing mereka, Tapi mereka sering lupa akan ajaran rasul. Mereka bukan saja lupa pada hal itu, tetapi mereka lupa bahawa takdir tuhanlah yang menjadikan mereka bangsa Melayu, bukan seekor anjing atau babi. Tuhan boleh jadikan Pak Aji itu seekor babi, atau jadikan orang yang menusuknya itu seekor anjing. Tapi Allah beri mereka peluang untuk menjadi mansia, namum mereka kadang-kadang suka menjadi seorang Babi dan seorang Anjing.
Tetapi kerna mereka memang bangsa yang suka membanggagakan diri dan memang manusia yang suka lupa dn membuat lupa, maka mereka dengan semberono menajiskan anjing dan babi. Padahal Allah dan Rasul tidak pernah menajikan kedua makhluk itu.
Karim mau minta kepada orang Melayu, apakah hujjah yang mereka pakai sehingga mereka boleh menghinakan dia dan kaum kerabatnya?
Apakah orang Melayu itu sadar bahawa anjing dan babi itu adalah ciptaan Allah, sepertimana mereka juga? Apakah mereka tidak ada belas kasihan dan kasih sayang kepada sesama makhluk?
Entah, Abd. Karim tak tahu. Karim tidak paham dengan bangsa Melayu ini. Macam orang Pas kata ketika ahli mereka Jadi UMNO; “Dia lebih UMNO dari orang UMNO”. Justeru orang Melayu ini juga Islamnya lebih Islam dari Islam sebenar.
Karim berdoa agar Abd. Razak, yang selalu menyalak itu juga tak akan dikejar oleh budak-budak Melayu. Dia kesihankan kaki Razak yang patah bulan lepas, minta Razak tak diapa-apakn lagi. Juga dia berharap agar kaum kerabatnya yang berekor pintal pendek tak lagi hina oleh orang Melayu. Kalau tidak, dia ada terfikir mau bikin demontrasi jalanan dan tubuh “Persatuan Babi-Babi Se-Malaysia” - mau tuntut keadilan dan kesamaratn sebagai makhluk dimuka bumi ini.
Hukum Babi: Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir
Sekeping Kertas Luahan Hati
March 14, 2008Ada orang berkata bahawa yang tajam itu bukanlah sebilah pedang yang menusuk tubuh, tapi yang paling tajam itu adalah sebatang kalam yang bisa merobek jantung.
Walaupun kalam itu selalunya sependek 6 inci dan hujungnya tak bisa membelah daging, apatah lagi memotong bayam, tetapi kalam bukan sahaja mampu meragut nyawa seorang manusia tetapi ia kadang mampu berobohkan sebuah bangsa dan meluluhkan sebuah kota.
Yang sebenarnya, bukan kalam itulah yang membikin perubahan, penyedaran, keinsifan, pencerdikan dan kemajuan, tapi yang sebenarnya adalah hasil coretan kalam itu; kalimat-kalimat yang menjadi ilmu pengetahuan.
Kerana itu juga, para manusia yang menulis dan membuat kitab itu terdiri dari para bijak pandai yang mendalam ilmunya. Dan dalam pandangan semangat keagamaan, para cendiaka itu merupa ulama.
Peliknya, mereka ini menulis dengan jodol yang teramat banyak, sehinggga ada dikalangan mereka mencecah 500 buah! Ini lah yang orang selalu katakan sebagai keramat.
Kita coba untuk menulis sebuah buku ilmiah; sebulan masih belom selesai, tangguh. Masuk bulan ke-2, belom selesai. tangguh. Masih tak tersiap pada penhujung bulan ke 3. Yang akhirnya kita siap pada penghujung bulan ke 6. Nampaknya kerja menulis dengan berhujjah itu amat sulit. Yang mudah ialah menulis dengan tak keruan - tak ada ilmu dan tak ada makna.
Ilmu itu adalah apa yang dikatakan oleh Muhammad Idris: “Perkataan Gusti Agung dan perkatan Utusannya yang terakhir”, dan kemudian ditambah menjadi 3 oleh Ahmad Bin Abdul Halim Bin abdus Salam Al Harrani ”Dan kalam para anak didik utusan tersebut”.
Maka selain dari 3 sumber itu, maka agama tidaklah menjadikannya dasar pijakan, kaedah pikiran, dan kacamata melihat. Malah selalunya agama akan menjadi songsang apabila kita menimbang agama dengan selain dari pondasi tadi, walaupun kita meyakini bahawa kita menggunakan Kitab dan Hadith. Ini yang kita klaim tapi hakikatnya kita tak memahami agama persis sebagaimana para anak didik Rasul memahami agama, yang kita kalukan adaalah menggunakan pikiran kita lalu mentafsir agama mengikut kemahuan kita.
Tetapi ada juga manusia yang suka menulis. Dia tulis banyak karangan, dan dia bangga dengan karangannya. Dia rasakan bahawa ap yang dia tulis, pikir, utarakan dan lontarkan adalah hakikat, yang mendasari kebenaran, yang dibangun atas keadilan dan keinsafan. Tetapi dia tak menyedari bahawa dia hanya menulis mengikut logika dan pikirannya yang kosong walaupun dia mengatakan bahawa “saya mengikuti dasar pondasi agama tadi”.
Kerana logika itu ada beragam, seperti filsafat itu juga, atau seakan jalanya tariqat. Ada sekian banyak pikiran logis. Dan tiap-tiap pikiran logis itu basisnya cukup mudah, iaitu bahawa melihat sesuaitu dengan pandangan benar atau salah yang berdasar tabi’i alam. Memang ada pokiran logis itu tak mahu dikongkong dengan pandangan binari iaitu betul atau silap - salah atau benar, tetapi mereka tetap melihat sesuatu itu dengan akal semata, tanpa disebutkan barang sebutir hadis nabi!
Saya mahu tanyakan kepada mereka, ketika datang sebuah hadith, apakah yang mereka lakukan? beramal dengannya tanpa tangguh? Atau melihat hadith tersebut dari segenap perspektif? Atau berusaha untuk menolaknya dan tak mempercayainya?
Ketika itulah, apakah satu paham logis [tak kisah lah apa namanya; apakah binari, sejajar, literal, dan beberapa lagi] mampu untuk digunapaki dalam memahami sesebuah nash? Jawabannya adalah tidak. Kerna nash tidak mampu dipahami dengan kaedah logis, melainkan dengan pasrah.
Kerana itulah, saya mahu saja menulis dan memberikan tulisan saya ini kepad teman-teman yang selalu ber”logis”. Sebabnya mereka ini jarang benar untuk mau membaca kitab-kitab karangan cendiakan silam tadi, tetapi mereka lebih percayakan para manusia zaman ini. Seperti ketika saya mengunjungi Daus yang berkubang dengan para kaum Telawi, dia mengisi hidupnya dengan buku filsafat, dan dia tak membaca kitab yang berusia ratusan tahun.
Mungkin dia merasa bosan untuk membaca buku seperti itu.
Dan mereka ini juga tak berapa gemar untuk datang ke kelas pengajian. Tetapi mereka akan gencar kalau dipinta untuk dahir ke kelas logis.
Maka keran itulah, saya berharap, surat kecil ini mampu untuk mengajak mereka, paling kurang adalah membaca kitab para ilmuan silap, kalau tak kesempatan atau rabun, maka datanglah ke kelas pengajian.
Bercakap Dengan Pokok
March 11, 2008+ “Kau percaya aku boleh bercakap dengan pokok?”
- “Aku percaya. Itu Istidraj” [perkara luar biasa yang ditolong setan]
+ “Hummm mungkin kau tak percaya, tapi itulah kebenarannya. Kau akn mengapai maqam ini apbila kau ikhlas dan mengenal diri engkau”.
- “Aku percaya kepada apa yang nyata dan datang dari 2 sember - kitab dan utusan tuhan”.
+ “Aku juga. Semuanya dari 2 sumber tadi”.
- “Tapi sepanjang aku bercakap dengan kau, hujjah kau tak ad satupun yang disandarkan kepada 2 sumber tadi”.
+ “Kau terlalu ta’sub dengan wahabi. Kau perlu mendalami banyak lagi ilmu terutama ilmu mengenal diri”
- “Kau mungkin tak tahu, setiap aliran Islam yang aku ketahui, aku telah melazimkan diri dengannnya. Tapi semuanya makin memantapkan keyakinan aku kepada ajran Islam yang asli - itulah wahabbi. Kau tau ajaran wahhabi?”
+ “Tidak”.
- “hummmm”.
+ “Aku risau kau makin tersesat”
- “aku juga risau ko terus tenggelam dalam kesesatan. Apapun aku mau mendalami pemahamn ko”.
Aku keluar dari kereta Azim dan berdoa agar dia mengerti akan teks-teks silam yang berusia ratusan tahun.
Nyata dia tak pernah membaca sejarah dan teks-teks agam yang ditulis para ilmua Islam silam.
Pakatan Bawah Tanah
March 11, 2008Ini sejarah lama yang aku coba untuk lupakan dari ingatan. Ingatan aku, ingatan teman dan ingtakan orang lain yang terlibat.
Cerita betapa kebodohan itu selalunya merangkul anak muda. Benarlah bahawa kata orang “kebijaksanan itu meningkat dengan banyaknya usia”. Begitulah aku, melakukan satu yang aku anggap bodoh ketika di tingkatan 5 - kekalutan yang menggemparkan seluruh sekolah.
Ceritanya mudah, aku adalah manusia yang berfahan agama secara ortodok yang cuba menjadi liberal, juga seorang insan yang anti-estblishmen. Dan semasa itu aku adlah lelaki yang gilakan kuasa.
Tetapi demokrasi bukanlah satu mainan yang aku gemar, maka untuk mencapai matlamat berkuasa, aku, Alfairuz dan Azim telah merencana satu pakatan kiri untuk mengimbangi kuasa Pengawas yang kami anggap digunakn secara semberono, dan wujud salahguna kuasa dan K&K [Korupsi dan Kolusi]. Untuk menjayakn pakatan ini [biar aku namknnya sebagi Liga Keadilan] maka kami bertiga menebarkan pengaruh kepada kawan-kawan yang kelihatannya punya prinsip dan wawasan. Akhirnya masuklah beberapa hli baru ke dalam Liga; Mamu, Najib Ustaz, Fazli King dan 3 orang lagi yang aku terlupa nama mereka.
Setelah itu kami bertiga meminta para ahli baru untuk bertanding jawatan pengawas sementar kami bertindak sebagai “think tank” mereka.
Akhirnya 4 akli Liga berjaya merebut jawatan dengan pencapain terbaik adalah Timbalan Ketua Pengawas yang disandang oleh Najib Ustaz. Kami percaya bahw perjuangan ini akan menjadi nyata dan kami percaya bahw rakyat akan mampu dibela dengan kekuatan dan keinteltualan Liga Keadilan.
Seperti kata orang juga “Hari tak selamnya terang”, begitu juga dengan Liga ini. semakin lama semakin hati-hati anggota Liga menjadi kecil dan kuncup. Mereka lupa akan janji setia kami dibawah pohon rendang yang disinari cahaya rembulan. Yang terawal menginggalkan kami adalah 3 orang pengawas itu, sementara Najib masih kekal. 3 orang itu sudah seronok dengan para pengawas lain yang dahulunya mereka cuba sadarkan. Kemudian angin perubahan dikesan muncul dari Azim dan yang akhirnya Alfairuz.
2 orang A ini mungkin adalah lambang manusia yang kecewa apabila gagal dalam perjuangan. Maka akhirnya tinggallah aku bersama Najib Ustaz. Memang manusia itu banyak yang mudah kecewa apabila tumbang dalam kehidupan. Dari tabah terus menjadi longlai.
Lalu dengan sedikit kuasa dan sedikit dokongan, aku terus menjadi Maharaja di balik tabir - wujud Najid adalah wujud aku. Bermakna tindak-tanduk najib adalah diatas arahan aku - selalunya. Tetapi manusia itu tidaklah sempurna - Najib adalah seorang yang tidak pandai berpolitik dan teragak-agak. Justeru jawatannya sebagai orang nombor 2 dalam kabinet tidak banyak memainkan peranan dalam mewujudkan keadilan dan keamanan.
Keadaan ini berterusan sehinggalah Najib mewujudkan konfrantasi dengan pihak sekolah dan badan pengawas. Dan sebagai Mahjra, aku terpaksa mengambil tanggungjawab kesalahan Najib walaupun dia melakukannya tanpa arahan aku malah tanpa persetujuan.
Lalu seluruh sekolah melihat bahawa malam konfrantasi itu adalah dibawah rencan aku.
Setelah keadan reda, maka aku mengambil keputusan untuk merekrut pelapis dari tingkatan 4 bagi mengambil-alih kepimpinan sekolah pada pilihanraya kan datang. Maka aku dan Najib membuat pemerhatian kepada beberapa pelajar tingkatan 4 yang kelihatannya mempunya ciri-ciri kepimpinan dan punya budi pererti.
Kami mengenali mereka dan menawarkan jawatan dalam AJK Musalla, melantik mereka sebagi Imam supaya par pelajar melihat kehadiran mereka, memberikan masa untuk berceramah disurau supaya mereka mampu berlatih untuk berpidato dan pelajar lain akan melihat ketokohan mereka.
Dan pada setiap malam khamis, mereka wajib untuk mendengan bicara dari aku, yang matlamatnya mendoktrinkan mereka.
Akhirnya semasa pilihanraya seterusnya, Liga Keadilan menang besar dengan kekalahan hanya 5 kerusi dari 15 kerusi yang diperuntukkan kepada pelajar lelaki.
Setelah itu aku mengalami kemandulan yang berlarutan hingga sekarang. Mungkin aku juga mengalami “jiwa kacau” sepertimana Double A mengalaminya lebih awal dari aku.