Sebuah Revolusi
July 8, 2008 by tinjau“Kalimat yang benar berupa sau revolusi besar”
“Kalimat yang benar berupa sau revolusi besar”
Bertahun sebelum ini saya menulis tentang Biji soya dan Kicap - adalah metafora kepada sistem pendidikan kita dan keberadaan mahasiswa. Namun sayang kerana tulisan itu telah ditalkinkan bersama jenazah blog saya yang lama.
Saya gambarkan bahawa manusia yang kerjanya masuk kelas - belajar - hapal - kemudian ambil periksa - adaalah manusia yang sedang diproses dalam sebuah kilang yang begitu besar. Akhirnya setelah habis menjalani proses akhir iaitu mendapat ijazah diploma atau sarjana muda aka Sijil Halal Jakim ataupun sijil kualiti antarabangsa seperti GMP atau HACPP maka sudsah layaklah mereka itu diletakkan di kedai2 atau pun di pasaraya.
Semuanya bergantung pada pasaran; kalau musim itu permintaan kicap soya meningkat maka serata kilang di Malaysia mula mengeluarkan botol kicap soya. Kalau musim itu banyak rakyat kita mahukan kicap tomato maka para kilang besar itu pun mengeluarkan kicap tomato.
Harus kita sadar, kilang adalah kilang. Tak ada kilang yang berubah menjadi gedung ilmu. Justeru kita harus berusaha untuk mengubah kilang kicap kita ini kepada gedung ilmu. Tetapi ini sulit kerana para pembikinnya juga hampir semuanya adalah manusia yang telah terdoktrin dengan ideologi kekicapan.
Tidak kiralah yang membikin itu bergelar doktor, atau profesor, hampir semuanya telah keracunan dengan bau kicap. Maka untuk mengubah kilang itu kepada gedung ilmu amat sukar, lantaran yang pertamanya akan membangkang adalah pekerja kilang ini sendiri yang terdiri dari para doktor dan profesor.
Lalu kita pun menyelidiki punca “cerdik pandai” kita ini membelot kepada ilmu. Maka akhirnya kita ketemu jawabannya iaitu para pembikin ini sedari umur muda hingga meraih sarjana, telah bergelumang dengan satu sistem. Sistem yang mengarahkan kepada satu keupayaan sahaja: ingat dan luah kembali diatas sekeping kertas. Lalu ingtan yang tertuang itulah akan dinilai “hidup” dan “jaya” seorang manusia.
Justeru sanking lamanya para doktor dan profesor bergelumang dengan sistem exam orianted inilah akhirnya membuatkan mereka beriman bahawa pengukur kepandaian seseorang insan adalah dengan “ingat dan luahkan kembali”. Percaya bahawa seorang manusia yang boleh mengingat [punya hapalan baik] dan boleh menjawab soalan yang diberikan seperti yang termaktub dalam silabus berupa manusia yang cerdik dan harus diberikan “kepandaian” kepadanya.
Kemudian manusia yang tidak serasi dengan sistem “exam orianted” ini akan dinilai manusia yang gagal. Maknanya seorang manusia yang tidak punya ingatan yang kuat, atau manusia yang tidak kaku dan lesu seperti bakunya silabus, atau manusia yang sering menjana idea baru dan penuh krativiti, selalunya akan dinilai bodoh dan lembab lantaran mereka ini sering tidak mampu mengingat dan meluahkan kembali pengajaran para guru di kelas pada sekeping kertas yang harus dijawab dengat cepat-cepat dalam jangka masa terhad.
Sebenarnya, manusia yang bisa menumpukan perhatian pada pengajaran kemudian menghapal dan akhirnya memuntahkan kembali adalah manusia yang mempunyai jenis pemikiran penumpu. Manakala manusia yang berlawanan dengan “pemikiran penumpu” adalah manusia dari jenis pemikiran mencapah.
Kerana sistem pendidikan yang dibina oleh masyarakat kita adalah yang memenangkan golongan penumpu dan menumpaskan golongan mencapah, maka golongan mencapah terus tertindas setiap masa dalam alam persekolahan.
Lebih bertambah malang apabila tamat pengajian para kretivities dan idealis ini dicop “Kurang Bijak” pada kad kemajuan mereka oleh sistem pendidikan kita. Kemudian masyarakat memandang mereka sebagai orang yang “gagal”, sehinggalah ibu bapa mereka dan para pelajar yang di katakan bijak tadi pun mencebikkan diri mereka. Padahal mereka adalah orang yang bijak tetapi kebijaksanaan mereka itu tidak diukur dengan barometer yang benar. Akhirnya pelajar yang “gagal” itu pun tercalarlah emosinya dan terganggulah krebiliti dirinya dan menjadilah dia manusia yang punya jati diri rendah serta akhirnya menjadi orang yang tiada semangat juang yang tinggi.
Maka bila dilihat manusia yang punya pemikiran mencapah ini kebanyakannya adalah lelaki berbanding perempuan. Lelaki itu telah dijadikan memiliki pemikiran yang mencapah, salah satu bukti kebesaran Rabb; bahawa lelaki itu dijadikan sebagai ketua, sama ada ketua kumpulan kecil, ketua rumah tangga, ketua organisasi, ketua negeri dn ketua negara. Maka sudah pasti manusia yng dijadikan ketua ini harus punya pemikiran yang mencapah; guna untuk mengatur dan menyelesaikan masalah.
Justeru, kekhuawatiran kita mengenai kualiti lelaki, atau pun jumlah pelajar lelaki yang cemerlang dalam sistem pendidikan kita, bukanlah satu kebimbangan yang mnybabkan kita menunding jari kepada lelaki, tetapi faktor terbesar yang mendorong berlakunya hal demikian adalah kerana sistem pendidikan kita yang tidak memihak kepada mereka.
Memang dirisaukan tentang penurunan kualiti ini, maka seharunya kita bersama-sama membetulkan kesilapan paradigma yang membawa kepada falasi, dan kita haru merobah sistem kita supaya ianya lebih dinamika - sesuai untuk falsafah pendidikan itu sendiri - melahirkan manusia yang berilmu secara holistik.
Harus berubah secara pantas agar sisa yng tertingal ini boleh dijanakan kembali, dan lelaki yang telah kecundang bisa diperbaiki. Jangan sampai nanti kita kehilangan lelaki.
“Burung itu akan bersama dengan yang sejenis dengannya” - Nasr ud Dean Albani
Mungkin telah Tuhan berikan wewenang kepada orang yang bersorban dan berjubah sahaja untuk berbicara tentang agama-Nya. Selain dari mereka itu adalah haram dan terlarang. Barang siapa yang berbicara tentang agama tanpa pernah ke Azhar atau ke pondok dan pasantren maka dia dianggap dhalal - sesat.
Logisnya ada, iaitu orang yang bersorban dan jubah ini kan yang belajar agama. Lalu sudah satu kepastian bahawa orang yang belajar agama lah yang mengerti akan hal agama. Ketimbang seorang yang belajar kejuruteraan, sudah pasti dia hanya mengerti akan ruang lingkup kejuruteraan semata dan amatlah cetek ilmunya dalam hal agama. Begitu juga seorang yang belajar agama tiada pengetahuan dalam hal kejuruteraan.
Justeru, biarkan orang yang bersorban dan berjubah itu berbicara semua hal-hal agama, dan ingatan keras kepada orang yang belajar ilmu lain untuk mencampuri ehwal religus. Dan kepada yang tak belajar apa-apa itu, lebih baik diam dan mengekor; kalau disuruh angguh maka angguklah. Kalau disuruh geleng maka gelenglah.
Tetapi dunia hakikat itu bukan seperti itu; ada manusia yang belajar agama tetapi dia tak mengerti apa yang dia pelajari. Dan ada yang belajar kejuruteraan tetapi dia memahami apa yang disampaikan oleh seorang ustaz. Malah ada banyak orang yang belajar ilmu sains dan dalam masa yang sama dia belajar ilmu agama.
Makanya kita harus kembali kepada akar, basis dalam pemahaman iaitu setiap bangsa akan memerlukan agama untuk diisi dalam degupan jantungnya. Lalu seorang Melayu sudap pasti akan punya basis sedikit tentang agamanya. Yang beda antara yang ke London mengaji sains dan yang ke Tanta mengaji Fiqh wa usulihi adalah yang ke Tanta itu lebih banyak mengerti agama.
Oleh kerana pemahaman itulah kita melihat para ustaz kita ini dibawah bayangan malaikat, atau pun persis seperti nabi - ma’sum dan terjaga dari kesalahan tafsiran agama. Padahal seorang nabi terkadang melakukan silap seperti kasus nabi membelakangkan seorang buta dan memberi penghormatan kepada pembesar kaumnya yang masih musyrik. Kerana pada pikiran sang nabi, andai pembesar ini memelok Islam nescaya kaumnya akan menuruti. Tetapi pikiran nabi nyata mendapat teguran dari Tuhan lalu turun ayat daro kolong langit menegur pikiran nabi. Akhirnya nabi memperbetulkan tindakannya. Ini makna ma’sum seorang nabi, iaitu dia terjaga dari segala kesilapan dan kesalahan, andai berlaku maka Tuhan terus memperbetukan dia.
Sebaliknya seorang agamawan itu maqamnya lebih tinggi dari rasul dalam hal berbuat sialp dalam tafsiran agama. Seolah-olah mereka adalah malaikat bersayap yang menjalankan arahan Tuhan. Sedikitpun mereka tak tergelincir kerna mereka telah diprogramkan oleh Tuhan. Maka apa saja yang mereka katakan itu berupa titah sang Gusti Agung Purbawisesa. Manusia sekeliannya harus tunduk patuh tanpa banyak bicara dan tanpa engkar.
Lalu seorang manusia yang entah apakah pengajiannya di Tanta atau paling kurang punya 4 thanawi dari pasantren atau dia tak belajar agama, itu tak dapat dipastikan. Tetapi yang pasti dia adalah manusia yang bergelumang dengan muzik, telah mencabar kewibawaan Manusia-Malaikat ini. Roslan Aziz adalah seorang komposer lagu, yang sudah pasti Islam tidak menyetujui pekerjaannya. Dia tak terkenal sebagai seorang ustaz seperti Ustaz Akil Khair atau seperti Rabbani yang ber-Gospel Islami. Dia tak terkenal dengan islamis, malah pernah masuk mahkamah atas tuntutan cerai dari bekas isterinya yang juga seorang penyanyi.
Tetapi Roslan telah berani memperkatakan sesuatu yang benar: “Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,”
Ekoran itu Manusia-Malaikat ini pun tersentak lalu berang. Seperti anjing yang menyalak, bukit tak kan runtuh. Maka sudap pasti Roslan akan dicemuh dan dibenci kerna kenyataannya itu. Hari ini Roslan telah mohon maaf secara rasmi di blog beliau. Mungkin kerana memikirkan bahawa Manusia-Malaikat itu punya sayap dan bisa sampai kerumahnya dalam sekejip mata. Maka dia harus cepat-cepat mohon maaf, selagi masih ada masa sebelum mereka muncul di depan katilnya mlm ini dan berfatwa “Kau Sesat dan menyesatkan”.
Saya tidak menyokong Roslan yang tidak puas hati kerana Ella dan Mas Idayu dilarang menyanyi di konsert 100 hari kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi saya suka kepada kenyatannya di atas yang berjaya mensifati golongan agamawan dengan satu hakikat yang telus dan jujur. Berani.
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Roslan adalah kebenaran. Umum ketahui bahawa orang agama seperti itu. Pantang bagi seorang agamawan untuk memohon maaf atas ketelanjurannya. Malah adalah mustahil baginya untuk mengatakan bahawa pikirannya songsang dan bercanggah dengan Islam!
Untuk bersikap adil, biarlah kita yang selalu ke masjid dan surau, serta yang mengikuti pengajian, akan senantiasa menyahut cabaran Roslan. Kita harus tanyakan sang penceramah itu akan sumber rujukannya, dan apakah rujukannya itu sah dari segi pemahaman dan nukilan.
Lantas setelah itu, kalau terbukti bahawa para agamawan kita ini mengerti akan sumber ucapan dan pengajaran mereka, kita telah berjaya mendapat ilmu yang benar. Tetapi andai mereka - Manusia-Malaikat - ini tidak mampu mengemukakan bukti keabsahan rujukan mereka, maka haruslah kita berlepas diri dari mereka.
Nasihat saya kepada para agamawan kita:
”Allah telah utuskan Roslan untuk membangkitkan kembali Kesarjanaan Ilmiah kalian dalam menghayati agama. Kalian harus buktikan kepada Roslan dkk [dan kawan-kawan] nya bahawa kalian mengetahui setiap rujukan yang kalian bicarakan, kalian mengetahui darjat setiap hadith yang kalian ujarkan. Dengan itu, Roslan dkk akan tertunduk malu kerana ucapannya berlawanan dengan kenyataan”.
“Sains itu adalah penemuan. Bukan penciptaan. Sains bukan agama tetapi agamalah yang memberi pengetahuan kepada sains.” - Bangchik
Entah bagaimana ia berlaku; apakah dengan sengaja atau tersengaja - manusia seluruh dunia zaman ini meletakkan hidup mereka kepada lendiran hitam yang seperti minyak dagu bikinan sang bomoh siam.
Seluruhnya hidup ini berkaitan dengan lendir itu; dari anak yang belum menerjah keluar dari perut hingga lah yang sudah mati mau diusung dengan keranda; menaruh harap kepada sang lendir. Seolah-olah lendir itulah menjadi tuhan baharu kepada manusia yang morden ini.
Kalau lendir itu memberi rahmat, maka berbahagaialah manusia. Hatinya tenang bagai cermin, hidupnya bahagia, alamnya makmur dan mungkin nanti dia mati dalam senyum. Tapi kalau lendir itu murka maka mulut yang senyum itu sudah hilang diganti kerutan, keringat, kudeta dan korban nyawa.
Kita tanpa sadar, satu ketika dahulu lendir ini tak dipandang, yang zaman dahulu manusia tidak langsung menaruh harap kepadanya, yang dahulu manusia hanya pentingkan segenggam gandum, atau tanah, atau emas.
Tetapi itulah yang terjadi, apabila manusia mula mencipta mesin yang hanya akan “hidup” dengan bakaran lendir dari ‘mayat haiwan gergasi silam’, justeru manusia juga akan “hidup” dengan lendir itu tadi.
Lendir itu masih banyak di bawah tapak kaki kita. Nah di negara ini juga masih berupaya untuk bertahan paling kurang 30 tahun lagi. Tetapi mengapa lendir itu melonjak naik mendadak? Kata setengah orang ia hanyalah spekulasi Barat untuk menstabilkan ekonomi negaranya. Mungkin juga kaum-kaum “Pemecah Batu” - Iluminati sedang merangcang untuk membeli aset dunia dengan banyaknya sehingga mereka memanipulasikan bank-bank dunia dan mendesak agar harga petrol melonjak berganda.
Saya juga tak akan bandingkan harga petrol Malaysia dengan Singapura, kerana perbandingan ini adalah perbandingan orang buta. Saya lebih suka membandingkan harga kita dengan Emeriah Arab Bersatu kerana keduanya adalah pengeluar minyak dan menuju negara maju. Yang menariknya ialah kita adalah juara dalah apa juga berbanding UEA; kita ada menara tertinggi (tapi tak lama sebab Dubai sedang bikin menara tertinggi), Kita ada ladang Kelapa Sawit (Dubai ada Palm Island - gugusan pulau yang membentuk pohon), kita ada getah, ada bahan galian lain, ada pohon jati, sementara Dubai ada pasir kontang (mungkin UEA boleh jual kepada Singapura) dan kita mencatatkan harga petrol termahal antara negara engeluar minyah dunia! Malaysia Memang Boleh!
Walau apapun, kegelapan telah samppai, namun kita tidak harus berteleku mengutuk malam berhari-hari, harusnya menyalakan lilin, biar terang.
Maka kita harus merencana untuk menghilangkan beban derita, paling kurang mengangkat sedikit kesusahan rakyat. Harus wujud satu program menyeluruh yang mengambilkira setiap jiwa ini secara am nya. Dan program itu tak harus dibikin dalam mimpi atau angan-angan semata - harus berjiwa realiti dan praktikal.
Tidak seperti motivator Radio 24, yang bercakap seolah-olah dia budak sekolah menengah membuat karangan SPM;
1) Orang Miskin yang makan lau sehari 1 jenis seperti ikan dan kicap harus pikir untuk kerja lebih keras dan tanam sayur.
2) Orang sederhana yang berkerja harus mencari kerja sambilan.
Apakah patut disuruhnya orang miskin menanam sayur di dalam pasu? Dan disuruhnya untuk kerja lebih keras dan memikirkan apakah caranya untuk meningkatkan pendapatan.
Berapa pasu mau orang miskin miliki untuk cukup makan sayur dalam seminggu? Habis seminggu ulam dikutil, apakah ulam itu akan tumbuh dengan pantas? Dan dimanakah mau orang miskin itu letakkan 30 buah pasu dalam sebuah rumah pangsa 2 bilik milik DBKL?
Apakah doktor itu pikir bahawa orang miskin itui kerja main-main, atau sambil lewa, atau belum mengerjakan segala usahanya? Mungkin yang bermalas-malasan itu hanyalah segelintir, tetapi yang banyak adalah mereka yang berkerja mati-matian untuk mendapatkan nasi sepinggan.
Dan apakah doktor itu tak mengerti bahawa orang miskin ini selalunya kurang pendidikan, lalu disuruhnya “pikir” kaedah yang canggih untuk mengatasi kegawatan. Sedangkan Doktor itu yang bijak juga hanya mampu memikirkan langkah penyelesaian bagi seorang “budak sekolah”.
Lalu ibu saya katakan kepada doktor itu ”Aku meluat dengar dia bercakap. Orang yang tak tahu kenyataan” walaupun doktor iti tidak mendengar, tetapi saya pasti banyak lagi orang akan mengokong kata ibu saya.
“Macak kakak, keluar rumah pagi, balik rumah malam, suaminya pun macam itu juga. Ada anak 4 orang. Macam mana nak cari kerja tambahan? Doktor ini cakap main ikut suka.”
Justeru sudah sampai masanya bagi Malaysia untuk menoleh dan membandingkan dirinya dengan negara-negara arab terutamanya Dubai. Tanpa sumber-sumber yang kita miliki, dengan tanah kontang, Dubai dan negeri-negeri sekutunya berjaya bangun dan menjadi sebuah negara yang kaya.
Cukuplah kalau kita bersedia untuk berkorban kepada orang bawahan kita, dengan cuba untuk memakai baju sukan cap Abibas bukannya Adidas, atau memakai kemeja Poulo bukannya Polo, makan coklat Fidami bukannya Fidani, naik kereta Waja bukannya yang bersiri. Tapi nampaknya untuk potong gaji, ada orang yang menjadi wakil kita berkata “tak rasional”.
Kita harus hentikan projek yang bermega, tumpukan kepada projek kecil untuk meneruskan kitaran ekonomi negara. Bantu kontraktor kelas E dan F. luncurkan aliran tunai peniaga kecil, penjual makanan, penjaja pasar malam, meruncit kecil dan pembikin produk iks.
Lupakan sebentar konglomerat dan taokun-taikun besar, kerna mereka boleh menyeberang dengan “business class” mencari projek luar. Sedangkan orang kecil-kecil tadi nak naik “tambang murah” pun belum mampu setengahnya (tak sempat lah melihat skirt pramugari Air Asia yang senteng dengan paha yang pejal dan mantap. Saya harap kenaikan minyak tidaklah akan meniakkan skirt mereka dengan alasan kain mahal atau strategi menarik pelanggan).
Sesungghnya, rakyat sudah sedia berjimat cermat sekian lama. Maka yang berperanan paling besar saat ini adalah para wakil kita, dan kerajaan.
Harus ingat bahawa rakyat mungkin akan membenarkan kata Tan Sri Sanusi “UMNO akan pupus nanti”. Dan saya yang senantiasa mentaati Perdana Menteri, tak mapu berbuat apa-apa, melainkan coba makan coklat buatan sendiri.
“Mungkin bangsa manusia hari ini yang telah hilang kepercayaan kepada Tuhan, adalah kerana kita terluput satu perkara dan patut kita ingatkan kembali hal tersebut. Kalau setiap tahun kita cuba mengingati diri kita, diri ibu bapa, kerabat, dan kekasih kita, malah para agamawan pun akan mengingat nabi-nabi mereka, namum malangnya agamawan itu tak terdongak ke langit - mereka engkar untuk mengingat tuhan. Mungkin kerna tuhan itu wujudnya tak berawal, lalu kalau tuhan itu punya tarikh maujud, patutnya agamawan kita akan mengadakan “Happy Birthdat God” - badutagama.blogspot.com
“Ini yang halal diguna” sambil tangan En Zaid menunjukkan produknya yang telah mendapat halal. Sebuah Tiang lampu!
“Kalau yang berhimpun itu jumlahnya 20, 000 orang yang mendengar bicara Anwar Ibrahim. Yang ditulis dalam Press Utama Negara hanyalah 2000″ - Pyan Ikatkata
Catatan: Saya bukan penyokong DSAI dan bukan juga penyokong AMNO. Saya penyokong Partai Biasa - seperti kata We We, penulis pojok majalah Tempo.
Memang orang yang lebih pandai bisa membodohi orang yang kurang pandai - dalam sesuatu hal - malah orang yang mengerti akan mudah menipu manusia dungu.
Cukuplah bagi seorang manusia, kalau dia punya satu kepandaian banding manusia lainnya, maka segal apa yang dia tuturkan seolah-olah ma’sum dan sedarjat Al Kitab. Maka manusia yang lainnya hanya menurut dan membontotinya sambil mendengus: “dia manusia alim, bestari, cendiaka, dan yang paling penting dia lebih mengerti banding kita semua”.
Tetapi yang manusia lungu itu tak terjangkau pikir nya ialah manusia “bijak” itu pun adalah seorang manusia. Dan manusia itu adalah seorang yang pasti berbuat silap. Lalu mungkin-mungkin “fatwa” nya adalah satu kesilapan semasa mereka mengekorinya.
Begitulah tabiat manusia. Sehingga kehilangan seorang budak perempuan beberapa bulan lepas [sebelum PRU 12] sempat dirujuk nasibnya kepada seorang budak lelaki yang kononnya punya pengetahuan paranormal - mistik - yang mampu mengesan jejak kelibat manusia yang ghaib hilang, yang herna dia boleh menyelesaikan perkiraan ilmu kira-kira yang selalunya untuk orang dewasa. Tetapi hingga kini “korban” masih tak kungjung ketemu.
Ini hal yang berkaitan dengan keyakinan [yang bisa menggiring ke sorga atay bakaran neraka], tetapi manusia lungu tak peduli asalkan dia manusia yang dinobat “genius”.
Begitu juga selepas PRU 12, kita baru-baru ini digemparkan dengan aksi seorang anak “genius” yang melacur. [Wah! dia sudah dapat 2 kenikmatan; pertama kenikmatn berseggama, dan kedua dia mendapat wang yang lumayan!]
Lalu seluruh [kalau boleh saya katakan] rakyat muslim / melayu Malaysia merasa keciwa dengan tindakan Safiah ini.
Saya tiada kaitan dengan Safian, dan SAafiah tak mengenali saya. Tapi yang ada adlh dia menganut agama yang saya yakini. Ini sahaja. Justeru dia sudar seagama saya. Persoalan nasionalitas nya bukan agenda utama bagi saya. Tetapi ada beberapa hal yang kita harus sadar;
Pertama bahawa “genius” itu apa? Apakah “genius” itu adalah kepandaian kehadapan bagi seorang insan, seperti seorang anak yang baru lahir 5 bulan bisa terus bercakap? Atau seorang renta yang usianya hampir menjangkau 150 tahun? Ini pasti bukan “genius” yang kita mahukan.
Justeru yang kita pahami dari kata “genius” adalah keadaan seorang manusia yang membikin / merekacipta / berpikiran yang menjaungkau zaman. Seperti “genius” nya nabi yang datng membawa ajaran yang tak lapuk dek ujan, atau seperti Ibn Taimiyyah yang punya fatwa-fatwa yang masih bersesuaian dengan zaman ini.
Tetapi kalau sekadar bisa menyelesaikan masalah pengkamiran dalam usia 9 tahun, itu adalah “pandai matematik”, bukannya genius. Yang boleh kata genius ialah bila dia menemukan formular dalam matematik yang bisa mengubah paradikma ilmu kira dan mengundang kemajuan teknologi dari kira-kiranya / rumusnya. Adi putra dan Safian adalah 2 insan yang Tuhan karuniakan kebolehan untuk bijak matematik. Tetapi Tuhan tidak memberi ilmu-ilmu lain kepada mereka. Tanyakan kepada mereka, apakh mereka bisa melukis seperti Leanado, atau bermain ayat-ayat puisi seperti Subawaih atau mereka bisa menjadi loyar dan doktor pada usia 10 tahun?
Justeru, kita tidak meletakkan sesuatu pada bukan letaknya.
Kedua; Safian dan Adi Putra bukanlah maksum. Dan Islam itu bukan Safian dan Adi Putra. Yang benar adalah mereka penganut Islam. Lalu keduanya bukanlah gambaran mutlak Islam sehingga hari ini METRO di muka hadapannya meletakkan ayat “seolah-olah cerita pelacuran Safiah dan pemenjaraan ayahnya adalah rencana menghancurkan Islam”.
METRO harus mencari pelanggan untuk survival mereka, maka teg line seperti ini adalah menjadi keutamaan. Tetapi sebenarnya apa yang METRO utarakn adalah pikiran rakyat. Sesungguhnya banyak rakyat kita merasa begitu. Tanpa kita sadr bahw pikiran itu adalh pikiran yang menyongsang dari waras.
Saya Islam, tetapi Islam bukan saya. Kalau disebut Islam, yang kita terbayang adalah ajaran-ajarannya, Tuhan, Rasul, al quran, solat dan banyak lagi. Malah sat saya mengungkapkan Islam, sy tak terbayangpun diri saya dalam minda ini. Tetapi kalau dikatakn Penganut Islam itu, terus saya membayangkan diri sendiri.
Nah, kalau begitu, Islam itu bukannya Safiah. Lalu sudah menjadi lumrah bahaw bagi tiap-tiap keyakina itu harus punya kesesatan dan perbuatan engkar dari pengikutnya. Ini kerana manusia itu tadi tidak ma’sum. Ketika pengikut agama melakukan kejahatan, apakah kita melabel “inilah ajaran agama yang dianut si polan”? Pasti kita tak harus berkata begitu.
Oleh kerana itu, saudara janganlah kuatir kalau ada orang berkata bahawa “Islam tercemar hanya kerna perbuatan Safiah dan ini adalah sebuah konspirasi Barat”, kerana orang yang berfikir begitu adalah yang yang bahalul; tidak punya minda kelas pertama.
Kalau kita menggunakan dacing “kesalahan penganut” sebagai ukuran kebenaran, maka sudah pasti dengan senang setiap penganut bagi masing-masing agama saling menghinakan agama lain [saya bukan pejuang plurisme]. Ini belum lagi cerita Paderi Katolik yang merogol dan meliwat. Maka kalau Barat menggunakan isu Safiah, kita juga boleh menggunakn isu Paderi Katolik. Tetapi saya yakin, Barat bukanlah bodoh hingga mengeksploitasi Safian untuk menghinakan Islam. Kalau benar, Barat adalam bangsa yang lebih bodoh dari orang yang percaya kepada tilikan Adi.
Yang harus kita sikapi, menolong Safiah untuk menjadi manusia baik kembali. Dan menolong Adi Putra untuk meninggalkan amal supernaturalnya. Malah kita harus menolong setiap insan di muka bumi ini untuk kembali kepada kebenaran, membimbing yang kesilapan, memjinjing yang keletihan dan mendoakan kepada seluruh manusia agar beroleh cahaya. Bukan mereka berdua sahaj, tetapi semua, tanpa batas ras, agama, budaya, bahasa, nasionalitas dan usia.